Showing posts with label tulisan cantik. Show all posts
Showing posts with label tulisan cantik. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Tulisan Cantik,Orang Suka ?



Mr AA menulis guna tangan...... ^^


Apabila berkata tentang tulisan cantik,AA berani katakan hampir 80 % adalah dalam kalangan pompuan. Oleh sebab itu, kebanyakan mereka ini duduk diam2 buat kerja sebagai setiausaha ,presenter dan sebagainya.  Adakah ini menandakan rata-rata tulisan lelaki tak kemas? Err….  Tak semua.


Memetik artikel dari blog guruohguru ,


Menjadi tabiat saya sejak memeriksa buku-buku pelajar, saya akan memilih buku pelajar yang paling cantik tulisannya dan yang paling kemas.

Rupa-rupanya saya juga terpengaruh dengan tulisan cantik. Mungkin ini sebagai motivasi untuk saya. Tetapi saya tidak mengabaikan buku-buku pelajar yang lain. Gara-gara penangan tulisan cantik. Kadang-kadang tidak terfikir dahulu, sekarang baru saya rasai keseronokan memeriksa tulisan cantik.

Dan yang paling menarik juga, kebanyakan pemilik tulisan cantik di sekolah saya adalah dalam kalangan pelajar lelaki. Mereka juga selalunya pelajar terbaik sekolah. Inilah dia penangan tulisan cantik!”



 Oleh itu,tulisan semula jadi cantik @ tidak, itu bukan persoalan.





Hari ini AA nak kongsi, cara-cara untuk mendapat tulisan cantik. Walaupun tulisan AA takde la secantik mana tapi boleh lah..

1) Cuba kita curi masa sekejap,  target  10 orang yang mempunyai tulisan cantik . Tak kisahlah, kawan-kawan,guru –guru ataupun keluarga.  Korang  teliti betul-betul bentuk /design tulisan mereka.  Tulisan kan ada macam-macam style, ada yang menegak,bulat-bulat ,bersambung-sambung dan  macam-macam laa..hehe… Selepas itu,korang tiru bulat-bulat tulisan mereka didalam buku nota. Dah selesai tiru 10 tulisan, korang pilih… Mana tulisna yang korang mampu buat dan kelihatan sungguh cantik..ewahhh.. kalau tak yakin dengan keputusan sendiri, cer suruh kawan judge. Mana satu paling cantik antara 10/10 tu..hehe

2)Penggunaan pen sangat penting sayang.. Kalau tulisan kecil, lebih baik bermata bulat dan 0.7.. Kalau tulisan besar, 0.5 lah ..  Pen yang AA suka gunakan ialah Paper mate dan Stabilo! Hehe..  Kalau hilang,memang  nangislah AA nak cari yang betul-betul serasi dengan tangan nih.. 

“ mana aku letak pen ni.. alahai, pen tu tak sedap ahh” * shuuuu...campak jejauh

3)Kita kena rajin menulis. Practice makes perfect.. Sepertimana main gitar jugak, kalau dah lama tak petik.. boleh sumbang beb.. So, rajin-rajinlah capai pen dan kertas. Tulis saje apa yang korang suka.. haha 

4)Belajar tulisan baru takpe tapi jangan suka-suka nak tukar tulisan .Macam AA, sejak tingkatan 1 -3 … Tulisan sentiasa berubah-ubah.. Macam takde pendirian..Pernah sekali,cikgu Bahasa Melayu AA tegur macam ini:



 “Saya peningla baca tulisan awak ni.. Sekejap menegak,sekejap condong.. ganggu btul lah.. Awak tahu tak, sebab tulisan awak ini lah saya boleh tolak markah awak taw! “ Err… Sejak kena tegur macam itu, AA tekad nak perbaiki tulisan. Nak tanding tulisan sorang minah kat meja depan tu, hahahaha.. yeah! I got it..



Perlu ingat!



AA pernah terdengar orang kata, tulisan ini melambangkan keperibadian seseorang. Kalau dia tulis sampai timbul urat sendi dakwat tu pada kertas(over!), eh dia nie tegas pada pendirian dan tangkas.. Kalau samar ..nampak tak nampak tu, dia bukanlah orang yang panas baran /pemarah.. hehe..   Jadi pilihlah TULISAN KEKAL korang dari sekarang ! AA yang mana satu ya??? mmmm… ^^



Lecturer pernah berkata: “ saya tahu signature antara kamu.. Mana satu original,mana satu palsu..”



Jangan risau! Kalau ada orang kata korang macam tulisan doktor, itu satu kelebihan jugak… bukan senang nak dapat title doktor .. Kau ade???hihihik.. So,jangan berasa rendah diri k. Yang penting, orang boleh baca dan paham apa yang kita tulis itu sudah memadai. Hehe

Kadang-kadang AA merungut jugak ,mentang-mentang tulisan boleh tahan… Suka-suki-laki-tiri-bapak -jiran-diorang je nak buli kita! ~nasib badan kecik



“nip, macam biasa kerja kau tulis je.. Jangan pergi mana-mana..… Aku dan Arif(bukan nama sebenar) present..”  *adehh,pengsan di bahu wan maimunah

 Tapi percayalah, tulisan cantik orang suka dik.. ^^

 Di kesempatan ini, AA nak ucap terima kaseh pada - Alif Haris,Nur Amallina, sis Liyana Zahim , dan Atik sebab sudi bagi kad raya..hehe ^^ .. eh siyes,tulisan diorang cantek!  :)












NOTA KAKI : Dah lama giler tak praktik tulisan jawi..  Keras dah tangan ni.hahaha..