Showing posts with label Selamat Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Guru. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Monolog 16 Mei


How well do you know yourself? Ok.come ..do read dis entry together..

free personality quizNo asks me to describe myself but,it just share ....heres some Q & A  about "Muhammad Hanif  Abdullah" dan ......


 Q:Anda siapa?
A:Muhammad Hanif Bin Abdullah.

Q:Umur?
A:Ada Facebook saya tak?tengok info la broo.

Q:Anda sekarang belajar dimana?dan ceritakan secara ringkas.
A: Saya belajar di UUM dalam jurusan BBA Logistic & Transportation.Saya mohon jurusan ini bukan realiti kehendak diri tapi,cikgu suruh.Dia kata,peluang kamu cerah dalam bidang ini.Saya nampak kamu boleh pergi jauh.Dengan itu,saya terus apply..dalam masa yang sama saya gagal ketika temuduga guru..

Q:Jadi,dialah sumber inspirasi kamu?Sempena hari guru pada esok hari apa kata-kata yang ingin kamu berikan.
A: Saya suka soalan itu. haha (ketawa kecil).Saya seorang yang amat menghargai orang lain apatah lagi orang yang banyak memberi saya rangsangan positif,ilmu dan pengetahuan. Bukan untuk beliau sahaja,tapi kepada semua warga pendidik jua.. Selamat Hari Guru! Pengorbananmu amat saya hargai........Syukran!

Q:Saya dapat dengar nada suara anda agak terharu disitu.Jika tidak keterlaluan,adakah ada guru lain yang membongkar keupayaan awak sehingga berada si tahap ini?
A: Terima kasih sebenarnya paling hujung tali saya boleh simpulkan.Mereka banyak memberi saya semangat,inspirasi dan banyak lagi..Malah,mendidik saya menjadi orang yang tidur kepada orang yang berlari tanpa melihat duri di tepi..Anda ada guru...saya ada guru..Jadi,itu sudah cukup menjawab sebahagian daripada soalan anda....Sebenarnya,saya kenal potensi diri sejak tingkatan 3...Namun,dari segi akademik,saya akui..masih 'sengal'ketika itu.Sedikit demi sedikit,guru 'itu' mendidik saya begaimana sebenarnya mengenal ilmu pengetahuan dari aspek agama islam... Natijahnya,saya cemerlang dalam peperiksaan..walaupun pada awalnya,saya antara pelajar tercorot..Maaf..Jawapan agak panjang..

Q:Jika anda berada dihadapan guru-guru ketika ini..hmm..Agaknya,apakah reaksi anda ya..

A: Saya tidak suka soalan anda.. Sesungguhnya,saya akan tertunduk malu..senyum tak kata apa-apa... Haha..gurau saje. Saya akan happy la!! Nak belanja mereka semua makan dan tanpa ada noktah dalam perbualan!! hahaha (ketawa kecil) dem.. love them!!

Q: Soalan terahir.Anda kenal saya?
A: Soalan yang saya tunggu-tunggu..Baiklah,saya tahu..Anda ialah Muhammad Hanif Bin Abdullah yang lama kan??


Q: Berani awak bertanya ya...Siapa tukang tanya sekarang?awak atau saya?Baiklah, itulah jawapan yang saya tunggu-tunggu juga...
A: Terima kasih kenal saya lagi. Semoga awak kekal jadi 'jilid lama' saya dan 'tegur'jika saya.. saya alpa esok hari.Sekian...


**monolog seketika

SAYA SAYANG SEKOLAH² SAYA *ayat tak leh blaa..

Ok.tiba-tiba tergerak hati pula nak tayang picture lama-lama..Banyak sudah di albumkan :)
Rindu baii.. Jom pergi sekolah balik!

1st School:SMADATA







 2nd School: SMKDUMA






Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979
10 PERKARA AKU NAK BUAT BALIK BILA FIKIR TENTANG SEKOLAH:

1- Siap sedia untuk perhimpunan pagi pada hari Isnin dan Jumaat ..Pakai kemas².Ok,aku dikedudukan nombor 2 bila beratur( ciss..dalam hati teringin nak tinggi)

2- Buat-buat nyanyi bila time lagu negaraku dan sekolah (xsenonoh kau anif.haha)

3- Ucap,"Selamat Pagi Cikgu" "Asalammualaikum Cikgu" "Syukran Jazilan Ya Ustaz/Ustazah" (huu..indu baii)

4- Setiap malam sabtu/ahad,tanya mak..Mana stoking?kapurkiwi kasut?(mak kata: tulaa..sok nak sekolah baru nak cari..glurrrp)

5- Tanya kawan dah siap nota dan latihan ke belum.haha.. (apa lagi.nak copy lerr)

6- Siap sedia kuku dalam keadaan pendek..Rambut pendek.. kalau tak,nayaa.. (letak atas meja.cepat!)

7- Waktu rehat,kami(pengawas) keluar duhulu..Tak perlu beratur/berebut.Haha..Baik-baik dengan makcik kantin,dapat makan free!!

8- Bila tiba waktu gotong royong atau koko,fikir alasan apa untuk tidak hadir(sesekali)..haha.. lagi-lagi masa merentas desa .Tapi,Lama² rajin baii (insap)

9- Aku suka ini.Waktu spotcheck.Masa ini,ramailah duk puji-puji..abg ni hensem la..cute la..sebab?tak nak kantui liquid/rambut berekor/bawa handphone dan macam-macam lagi..grr..

10-Sudah pasti...Peristiwa paling yang tak boleh lupa ialah Program Hari guru!!! :)

SELAMAT HARI GURU. JASA DAN PENGORBANANMU TETAP DIKENANG SEHINGGA BILA-BILA




NOTA KAKI: Masa sekolah rendah,cikgu selalu tanya"Anif,dah besar nanti kamu nak jadi apa?" "saya nak jadi cikgu,cikgu..." "bagusss...!!"