~CuCuK AnGiN~
~Taukeh~
Showing posts with label Forex. Show all posts
Showing posts with label Forex. Show all posts
Tepat kul 12...4 Trade terakhir aku xdapat diselamatkan lagi.. Korang leh tgk ar graph bawah ni..
Aku start main daripada 22/1 sampai lah hari ni 16/2.. So pengalaman yang aku dapat daripada aku trade mmg priceless la..Cume pengakhirannya adalah Margin Call untuk aku..Last yang tinggal hanye lah $403.91.. Cukuplaqh nak guna beli tiket nak balik umah.. (Bapak aku cakap la)..
Well..walaupun aku rugi teruk, life must go on..Xpe usaha lagi..Esok start balik..Xkan nak putus asa kan..keep it up..Chaiyookk...
Labels: Forex
Salam buat korang trader2 forex..
Hari ni aku just buat trade macam biase..Cume aku nak tekankan kat sini kepentingan pivot line tu sendiri.. So aku just buat trade untuk pair GBPJPY..Rujuk graf di bawah..
Kalau gambar ni kecik korang klik je 2x untuk membesarkanye..
Untuk kes aku ni, aku trade pada signal untuk sell..So aku target memnag dia dah nak turun..Tetapi jika mengikut spekulasi aku, mungkin graph xkan turun selagi xmencecah dan melebihi pivot line..
First kat sini aku terangkan dulu apa itu pivot line.. Pivot line tu sebenarnye diambil dari data hari sebelumnya (contoh semalam) dah di calculate max and min nye. Selepas tu dapat buat satu pivot line dan kita boleh katakan pivot line ni adalah satu line tgh..
Secara kebiasaannya, graph amak sukar untuk menembusi pivot line. So kalau kita tgk graph tu dah menjauhi pivot line, kebiasaannya ia akan terus menjauhi. Tapi xmustahil graph hanya akan bermain2 dan hanya sideway kat area pivot line..
Seperti kes aku, aku set TP 20 dan SL 100.. Graph menghampiri pivot lain tetapi xmencecah lagi.Aku buat trade sell..Dengan harapan graph akan mencecah dan menebusi pivot line dan terus jatuh menjunam.
Tapi selepas beberapa jam aku tgk, nampaknye spekulasi aku salah. Ni disebabkan apabila graph tu sampai je kat pivot line, dia sideway dan terus mencapah naik sehingga 100 pips dan mencecah SL aku. Well.. taakulan yang salah lagi..
Aku rugi 100pip bersamaan dengan 11k USD.. bahye permainan macam ni.. So korang leh nampak kepentingan pivot line tu sendiri kan..Jangan mudah terpadaya ngan pergerakan graph. Ikut kata hati, permudahkan dengan aplikasi ilmu.
Selamat untuk korang..
Labels: Forex
Kecewanye aku...!
Selamat untuk korang..
Labels: Forex
Susah nak jangka..Semalam sedang aku rehat2 memikirkan quiz numerical esok, tibe2 member aku terpekik2.. Terkejut aku tgk pergerakan graf..Sume yang melibat kan JPY.. EJ,GJ,UJ bergerak melebihi batas...MAcam kejadian NFP untuk USD..Tapi ni lain... Cepat2 aku selak2 news, masih xde pape news yang dapat menerangkan pergerakan JPY secara mendadak..Stregth for JPY too high selama 15min... Lepas tu dia kembali tenang..
Sejurus xlama kemudian, pergerakan JPY mendadak kembali..perghh..HAti aku melonjak2 kemarahan..Apa ni.."Xde pape news pun"... Cepat2 aku bertanya abg aku, well penerangan nye mudah, maybe org kaya or big company making a bihg move..It's better not to join them... Well, aku xboleh buat apa2..masih ada 3 float..
Dan selepas tu seperti aku jangka, aku kene Margin Call.. Sia-sia usaha aku mengekalkan rekod terbaik 9trade tanpa kekalahan..Well anggap ni experienced baik untuk aku.. Hari pun dah Jumaat.. Market dah slow, and dah nak close market..So this week not mine...Maybe next week..gain experienced..
Salam untuk korang...
Labels: Forex
Cuti ku dah bermula..Aku banyak habiskan masa2 aku dengan melepak dirumah, tidur, buang masa.. Isk teruk betul..
so aku pun diperkenalkan oleh abg aku tentang Forex..Sesuatu perniagaan yang melibatkan pertukaran mata wang asing di kalangan negara-negara terpenting dalam dunia nie. Well mula2 bende ni x ar membuatkan aku kagum sangat, cume bila ditunjukkan pada aku apa maksud Forex tu sebenarnya aku jadi tertarik..
First aku belajar basic2 tentang forex tu sendiri.Aku sendiri nak tau apa itu forex. Aku dapat tgk macam mana org lain boleh jadi kaya hanya dengan menjadi trade full time. mesti ada teknik yang dorg gunakan. mana ada cara senang nak jadi senang kan..
Tapi cuba korang fikirkan, sekarang ni bukan zaman macam zaman dulu,sume org bekerja keras..Just for a little profit..Zaman sekarang ni org pandai yang menguasai.jalan dah ada depan mata, terpulang pada diri sendiri je nak buat atau tidak. bagi aku bende ni jalan yang terbaik aku pilih. memang aku nampak benda ni boleh bawak keuntungan.Cuma memang susah sikit, tersalah langkah tersungkur jatuh ke bawah..
Well, aku mulakan dengan membiasakan diri menggunakan demo account dahulu. Aku mula belajar tentang buy trade, sell trade. Tgk bentuk graph, mcm mana perjalanan graft. Learn how to predict the way of graph go. 3 hari pertama aku membuat trade, aku mendapat Margin Call pertama aku. Aku gagal. Dalam kegelojohan aku trade tanpa fikir akibat , aku gagal.
Xpe nasib baik account demo je. then aku bukak lagi new account (demo). Aku masuk deposit 10ribu USD.. well untuk minnggu ni aku dah buat 13 trade, 11 trade berjaya, 2 trade gagal. Aku menang 220 pip. Setelah di campur tolak, equity aku just 18k.So aku untung 8k. Cuma bagi aku aku still xpuas hati pada diri aku, satu aku tamak. Sepatutnya selepas aku dah capai kejayaan 5 trade, so aku dah boleh stop. Seminggu 5trade cukup ar kan.. tapi aku kan beginner, so macam teruja. thats why aku buat kesilapan. It's ok 'learn from mistake bro'.
Aku baru2 ni ada pergi lepak dengan member2 aku. just hang out borak2.. Ada gak aku kuarkan cter pasal forex ni.. Biasela , dorg mmg xtunjukkan sebarang minat pun.Aku dah agak. mungkin dorg nak aku cuba sendiri, then pas aku dah kaya baru dorg nak bukak mata agaknye. Xkisahlah kalau camtu..
Cuma ada satu perkara aku pelik, dorg kata adakah Forex tu halal. Well senang je pada pemikiran aku, Forex ni x ubah macam pengurup wang. kalau ko jumpa pengurup wang tu, ko leh kata dia buat keje haram ker? dia x jual pape..Dia jual duit..betul x.. So, konsep yang sama dalam Forex, janganlah kita cepat2 nak menjatuhkan hukum jika kita sendiri xtau apa maksud Forex tu sendiri kan..
Ada jugak aku dengar orang kata Forex tu penipu..X betul sama sekali..Bende ni xmelanggar undang2 mana2 negara pun. Forex ni satu dunia..So bagi aku kalau korang berminat, korang buat ar sendiri research apa itu forex..Kenali ia dulu, mmg sukar..Kalau korang tanye sape2 yang pernah cuba, mungkin dorang dah gagal dalam forex, dorang akan kata xpayah lah cuba.Penipu sume tu..Kita kene yakkin pada diri sendiri, benda ni perlu ada teknik sendiri. dalam 100% , 95% orang gagal. tapi kita jangan lupa pada 5% yang berjaya..Bagaimana dorang boleh berjaya..Kenapa kita xcuba belajar untuk menjadi 5% yang berjaya tu..Mesti dorang ada cara dorang sendiri..
Ermm.. Aku ni pun nak cakap banyak pun xboleh, sebab aku ni pun beginner lagi..So let's try first..kalau nak berjaya kene mencuba..Xsalah mencuba..
Semoga semua orang berjaya, ternmasuk kroang sekali.
Assalamualaikum..
Labels: Forex
Subscribe to:
Posts (Atom)