Showing posts with label Wedding: Card. Show all posts
Showing posts with label Wedding: Card. Show all posts
Thursday, September 13, 2012
Dah pos kad kawin
Assalamualaikum...
Yeah.. baru nak pos kad. Super lambat la aku ni -__-"
Anyway, lega dah pos. Yang bagi by hand pun dah nak settle.
Phewww~
If anyone nak kad, please leave your address... and your nama. Bukan apa, takut posmen tak kenal nama glemer je.hehehe. I'm willing to go to the post office and post it special for you...
*wink wink*
Thursday, August 16, 2012
Kad kawen and kasut lelaki
Assalamualaikum...
Progress kawin..
Takde apa nak update. Cumanya, kad kawin dah sampai.hehe. Alhamdulillah.. Tapi plan nak tambah sesuatu kat kad kawin tak menjadi atas sebab-sebab tertentu. Jadinya, kad adalah sangat simple. huhu. Takpe la.......
My cutie little card... :)
Sapa mau kad ini sila angkat lappy!!! hehe
Pasal hantaran, dah nak settle! Sebab dah beli almost semuanya. Alhamdulillah jugak... :))
Ni kasut en. Tunang.
Cantik tak? Aku suka sangat wehhh!!
Beli time ada clearance sale.. Berbaloi-baloi~ teheeee
Katanya kasut ni boleh pakai time kawin and time konvo nanti.. Pastu sambung pakai time viva PhD pulak. ERK! =.="
Monday, August 13, 2012
Kad dah siap print yeay!
Assalamualaikum...
Kad kahwin da siap cetak! Wah CETAK sangat...!
Tak sabau nak tengok depan mata belolok ku ini. HAHA. Ini gambar yang berjaya dicurik. Tak sabar punya pasal kan. Hehe
Yes, very the petak one.. Sangatttttt suka!!
Ok mak jemah terlampau sudah hover eksaited katenye.. Kad belum sampai di tangan ye. Cuma dah siap printing je. Walaupun belum sampai di tangan, haku dapat rasakan kekiut-miutan kad tu nanti. HARHARHAR
Tak sabau dah nak bawak balik bagi mak ayah cuti raya ni.. Boleh la kata..
"Ayah, nah ni kad kawen angah. Esok angah nak kawen ek?"
*berlalu sambil tersipu-sipu malu selepas kena pelempang se-das*
Haha. Gelojoh. -__-7
Eh alamak, alamat kengkawan tak collect lagi.. Bila masa la agaknye nak pos ek? Sebulan sebelum majllis patut ke? Ke cepat sangat? 2 minggu sebelum? Eh macam lambat sangat.. 3 minggu sebelum? Ok kot.......
Bila ni? Bila ni???
@_@
*Ate ade ke sesape nak kad yang tak seberape nih... heeeeee
Monday, August 6, 2012
Draft kad kahwin
Assalamualaikum...
Draft kad kahwin dah siap! Dapat dalam softcopy. Then, aku print out untuk tengok in real.. Tapi ada beberapa benda yang nak kena betulkan.. Yela, aku kan cerewet........ -_-7
Memang simple je.. Kad jenis poskad. Senang tak payah nak selak-selak. Bukak sampul je terus terpampang nama haku. Lagipun, MURAH! Haha
Heharap draft kad ni boleh siap cepat-cepat. So that, boleh print cepat-cepat and siap cepat-cepat pastu boleh kawin cepat-cepat...HAK!
Sunday, July 15, 2012
Creative by Linda buat special promotion!
Assalamualaikum...
Creative by Lynda a.k.a CBL a.k.a the famous blogger bride forever buat special promotion. FYI, kad yang dia buat memang cantik and lain dari yang lain. Nama pun DIY kan.. Memang santek la.. Kalau la bajet banyak, memang boleh la buat macam ni. Tapi apa kan daya...(paham-paham je la..hehehehe)
Go grab this promotion yaww~!!
YOU CAN GET THIS TOO FOR FREE!
500pcs white paperbag favors (decorations only)
10pcs of VIP favors
1pc of exclusive guestbook with frame
A handbouquet
WHAT YOU NEED TO DO;
Click like on our facebook page
Share the picture above on your timeline
OR
Save the picture above
Share and spread the words on your blog
Leave your blog url in the comment box!
Easy.
*Memang EASY..hehe
Friday, July 6, 2012
Dah bayar deposit kad!
Assalamualaikum...
Owh hari ni rasa sangat STRESSSS
Dalam keseteresan pun dah sempat bayar deposit untuk kad kahwin. Senang settle cepat-cepat. malas dah nak pikior. huhu
Nak balik kampung!!!!!!!!
*Harap-harap dah ada progress yang dah bergerak kat kampung nanti.huhu
Wednesday, July 4, 2012
Dilema kad kahwin
Assalamualaikum...
Tinggal duabulanlebih saja lagi ni tak tempah kad lagi. Haihhh risaunye lah badan. Makin dekat rasa makin banyak pulak benda yang belum settle..nak nangis jap. Uwwaaaaaaaaa!!!
Ok dah.
Aku suka kad kahwin jenis poskad. Simple sangat and sweet macam kat bawah ni..
Yang kat bawah ni card from Jentayu Design. Aku sangat adore dengan kad-kad mereka... Tapi, macam biasa la. My pocket say a big NO to them. hukhuk
Owh jatuh chinta sama kad tersebut... Flower-flower gitu.. simple! Eh, simple-simple pun mau la kena 80sen sekeping tau. huhu
So, we decide to cari kad yang super bajet kebabom punya je lah. Lagipun nanti orang buang je kan.. (saja nak sedapkan hati.haha)
Nak DIY?? Owh lupakan saja...sebab masa agak mencemburui kite ye... (Tu la suh buat awal-awal takmoh buat <--- nak marah kat tunang.haha)
Dah tanya Padil, yang buat kad kawin tu. Tapi dia belum reply lagi. Mana la tau kot-kot dapat member price..hehe
Minggu ni plak nak balik kampung. Nak amek kad kahwin along dulu sebab nak cilok map. So that next week boleh gi kedai buat kad teros. Nak settlekan cepat-cepat pasal kad ni.
Ha yang kat bawah ni pulak idea kad kahwin yang agak la uniknye aku rasa.. Kad kahwin pakai kertas OHP. Tak pernah terpikir plak kan nak pakai plastik ni. Rasanya if nak pakai plastik ni kena ada cover kertas putih kot kat belakang dia. Barulah orang nampak nama jalan sume tu nanti.hehe
Papepun idea ni memang kreatif...
So far, kad kahwin takde progress lagi. HAHA
*Sila meroyankan diri sendiri sebab majlis dah dekat ye ana... T_T
Subscribe to:
Posts (Atom)