Showing posts with label Naufal Ammar. Show all posts
Showing posts with label Naufal Ammar. Show all posts

Saturday, May 20, 2017

Tok ayah

Ammar 3 tahun
Arissa 7 tahun

Muara sungai tempat ibu bermain.

Sudah jauh berubah wajah.

Dulu perlu naik menggunakan ceracak buluh atau batang kelapa yang dijadikan titi.

Usai petang ibu girang ke muara sungai,
Menanti tok ayah pulang,
Membawa muatan,
Itulah kenangan tak akan terpadam.
Bangsal ini usianya sudah puluhan tahun.

Wednesday, January 27, 2016

2 tahun 1 hari alhamdulillah

Semua rujukan ada di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop



Teks: Masayu Ahmad
Baca asas persediaan di sini ya www.janawangdirumah.com

Dua tahun 1 hari.
Selamat hari lahir anakanda Ammar.
Gambar selepas keluar bilik bersalin. Ibu sudah pengsan sebelah, sebelum pengsan snap dulu buat kenangan hehe.
Tetapi datang doktor bertahu Ammar perlu masuk ke bilik pembedahan dalam tempoh 24 jam.
Disebabkan ibu masih letih, jadi ibu pulang berehat.
Ayah datang melihat perkembangan Ammar, waktu sudah malam. Ibu sudah lupa jam berapa ayah pulang dan maklumkan anakanda sudah selamat.
Kemudian dipindahkan ke NICU.
Menamani Ammar kiri dan kanan mesin gergasi. Ibu tahu Ammar kuat, ibu juga perlu kuat.
Ibu datang setiap hari dan ayah tolak menggunakan kerusi roda.
Kemudian setiap 3 jam ibu datang, untuk menyusu Ammar.
Begitulah rutin sepanjang 40 hari berpantang. Sehinggalah habis pantang kita masih di NICU dan Ammar dipindahkan ke wad bersama ibu.
Gembiranya bukan kepalang kerana Ammar sudah berada di sisi. Ibu tidak lagi ulang alik dari wad penginapan ke wad NICU.
Begitulah rutin setiap hari sepanjang tempoh pantang. Sampai lupa pun sedang pantang, hiho.
Demi anak.
Alhamdulillah, pendakian setiap hari agar kita tahu makna sebanar kasih sayang. Kita lupakan kesedihan kita fokus kesyukuran.
Sepanjang 1 tahun setengah juga, hospital rumah ke dua.
Alhamdulillah, Ammar sudah sihat sepenuhnya. ;D


Monday, January 18, 2016

Berlari ke kaki langit

Sungguh pantas masa bergerak.
Pagi ini Arissa ayah yang hantarkan.
Bersemangat setiap hari. Tahun lepas kalau setahun hanya setengah tahun sahaja kakak ke sekolah.
Pergi ketika rajin sahaja.
Tahun ini bersemangat. Ibu ulang setiap hari,
"Kakak tahun hadapan sudah naik darjah satu, jadi kakak perlu rajin sedikit."
Berjumpa cikgu Dah ketika membeli sarapan pagi.
"Semangat dia, selalu kalau puji suka bangun dan berada di depan. Arissa memang sungguh-sungguh mahu kejar mengaji dan juga membaca.
Saya senyum sahaja.
Setiap kali balik mesti ibu yang perlu jemput awal. Satu botol minuman sejuk ibu sudah sediakan.
Berlari gembira keluar dari kelas.
Tak sabar mahu jumpa Ammar. Balik ke rumah hanya bermain dan main sahaja. Ibu lupuskan aktiviti belajar, hanya main dan main. Malam sama-sama tidur awal bersama Ammar.
Pagi banyaknya ibu bersama Ammar, selepas sarapan Ammar suka aktiviti depan rumah sambil bertenang keliling laman.
Usai jam 9.30 barulah Ammar tidur. Inilah waktunya ibu menyambung tugasan lain.
Disebabkan hari persekolahan, selepas asar barulah tiga abang sampai ke rumah.
Rehat dan menikmati menu ibu sudah sediakan. Bersambung sesi hafazan malam jam 7.00 hingga 8.30.
10.30 waktu tidur.
Rutin sekarang lebih terurus dan tempoh bertenang-tenang.
Ibu baru memasuki trek penulisan semula selepas urusan keluarga sudah kembali memasuki rutin.
Selalula berdoa.
"Ya Allah ilhamkan aku kerja yang tidak memberlukan aku sibuk dan menyibuk. Ya Allah ilhamkan aku ketenangan yang berterusan dalam urusan keluarga dan rumahtangga.
Ya Allah, jadikan urusan kerja ini membantu sama untuk berada tenang di rumah."
Allah itu maha Pemberi, Maha Pemurah.
Mintalah, kerana kita boleh meminta dan Allah akan berikan.
Sabar dan solat dalam setiap permintaan yang ditangguhkan.
Travelog suri nota motivasi.

Friday, August 14, 2015

Tenang mudik ke muara

Teks: Masayu Ahmad

Baca panduan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat. Hari ini sudah 15.8.2015.

Saya masih menekuni manuskrip 10 langkah mudah bina kedai online juga mengemaskini 35 pengiklan. Masih berjuang dan bertarung dan menyelesaikan dua perkara ini dalam minggu ini. Harapnya selesai 20.8.2015.

Pagi ini Sabtu, cuaca molek bersama rintik hujan pagi. Khamis lepas sepatutnya ada follow up Ammar dengan pakar, saya tidak  pergi dan hanya mahu berehat sahaja di rumah.

Faham sahajalah kalau di rumah tambahan pula tidak ada pembantu, jadinya selepas Ammar tidak lagi banyak berumahtangga di hospital keadaan lebih tenang.

Ammar juga semakin sihat. Sudah 1 tahun 8 bulan. Keletahnya sekarang sangat menghiburkan hati. Mudah dijaga dan mulutnya sudah mula petah, semakin banyak perkataan baru yang keluar dari bibir comel ini.

10 manuskrip

Sekarang ini fokus masih mahu selesaikan 10 manuskrip lagi dan ia sudah pun siap cover ebook. Hanya saya perlu lebih laju.

Juga untuk tahun ini kami sasarkan 2000 ahli yang mendaftar bersama ABDR.

Alhamdulillah.

Monday, June 15, 2015

Iqbal sudah tidak ada

Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com
www.akademibekerjadirumah.com/shop

"Iqbal sudah tidak ada."

"Jam berapa?"

"Pagi tadi sekitar 1. 30."

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Iqbal sudah tentunya antara kisah yang berada dalam sekitar memori saya.

Sama-sama menghuni wad hujung dan paling lama ia lebih kurang setahun. Manakala Ammar keluar masuk. Tok Penghulu gelaran bagi mana-mana penghuni paling lama.

Menghidapi penyakit jantung. Ibunya sarat mengandung dan mengasuh Iqbal tanpa jemu. Dalam keadaan sarat hamil,

"Tak mengapa, beruntunglah ada anak syurga," saya suka mengulang-ngulang ayat ini. Ya, memang betul beruntunglah ada anak syurga yang akan membantu kita nanti di sana.

Mama iqbal hanya tersenyum,  Selamat beradu Iqbal. Moga ketenangan milkmu jua.

Ammar kembali pulih

Banyak statu saya tentang Ammar. Alhamdulillah pagi ini Ammar semakin sihat dan positif. Harapnya dapat pulang Rabu nanti. Ammar hanya perlu berak dan kentut sahaja. Setakat jam saya menulis ini Ammar masih berpuasa.

Di saat melihat makanan, mulutnya muncung menunjukkan pada saya. Sabar ya nak, nanti ibu bagi makan. Sabar dahulu hingga Ammar boleh makan. Sudah tidak lama sahaja lagi.

Ammar juga pernah mendiami wad icu selama 40 hari lebih kurang, selepas kelahiran.

Saat bertarung melahirkan, saya kehabisan tenaga dan terus tidur. Sekitar jam 8 pagi doktor memberitahu Ammar perlu dibedah segera dalam tempoh 24 jam.

Saya menurunkan tandatangan. Dalam keadaan masih letih, saya pulang dahulu untuk berehat.

Hanya en.suami yang datang untuk melihat Ammar. Seminggu pertama saya datang melihat anak setiap hari. Keadaan ICU kebanyakan bayi adalah pra matang dan anak-anak adalah kebanyakan mengalami komplikasi yang pelbagai. Ie menginsafkan diri.

Bilik Timur Belakang

Saya mendiami wad Timur Belakang, sementara Ammar masih berada di ICU satu, setiap 3 jam saya ke sana kerana mahu menyusukan anakanda. Setiap hari itulah rutin membelai dan mendoakan anakanda. Ammar ketika ini masih belum dapa terus menyusu. Jadi saya perahkan susu dan simpan. Setiap hari saya memeluk anakanda Ammar dan beri kata-kata peransang untuk segera sihat dan boleh bersama saya di bilik Timur Belakang.

Bersambung...


Wednesday, November 12, 2014

Melangkah gagah

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com


Saya sudah 10 bulan ;)

Terus melangkah gagah, melangkah gagah kerana kita tahu apa matlamat yang ingin kita capai. Melangkah gagah saat kita kecewa. Kecewa itu adalah perkara lumrah, kerana kita perlu akur dengan qada dan qadar. Kecewa tidak boleh lama kerana sikap putus asa itu sendiri menyebabkan kita membakar minda kita dengan perkara negatif

Saya juga pernah kecewa apabila manuskrip tidak dipandang, saya juga pernah kecewa kerana manuskrip tidak mendapat tempat. Kerana itulah satu cerminan bahawa usaha saya itu masih tidak seberapa. Saya pusing ke depan dengan tidak meletak harapan, tetapi bekerjalah seorang saya boleh mencapai harapan itu dengan usaha luar biasa bukan biasa-biasa.

Kecewa itu adalah biasa. Jika ada yang meganggap saya ini tidak pernah kecewa, mestilah saya mengiyakan saya pernah kecewa. Acapkali saya kecewa, saya cermin diri, siapalah saya untuk kecewa sedangkan usaha saya baru satu tangga.

Inspirasai setiap hari

Begitu semangat saya hari ini, adalah kerana mempunyai pendamping yang baik seperti en.suami. Dialah pemberi semangat luar biasa. Walaupun kadangkala apabila berbincang saya ini suka mendominasi, tetapi saya memang akur en.suamilah memberi semangat paling ampuh ketika saya menelelofon saya mahu berhenti kerja.

"Berhenti ler."

Itulah ayat yang keluar dari mulutnya. Maka saya memandu girang pada hari tersebut, melalui jalan pulang dengan deraian air mata. Memandu jalan pulang itulah jalan akhir saya memandu sebagai pekerja. Dan sebagaimana selalu seperti nasihat ketua saya ketika di Karangkraf, ketika berhenti kerja, jumpa majikan dan berterima kasih.

Terima kasih kerana memberi peluang, terima kasih kerana memberi peluang untuk menimba pengalaman. Waima kita sangat gembira, kita perlu sedar tempat kita mula berjuang dan tempat kita mula belajar dunia pekerjaaan.

Tempat kerja ke dua saya adalah Amanah Ikhtiar Malaysia. Dua tempat ini meninggalkan banyak pengalaman.

Saya berhenti kerana anak-anak begitu mendominasi keputusan saya. ;)Baca lagi di sini ya www.janawangdirumah.com





Tuesday, November 11, 2014

Menjentik rasa

Teks: Masayu Ahmad

Lagi dua bulan Ammar menginjak setahun sekarang sudah usia 10 bulan. Allahu Allah cepat masa merentas tanpa kita sedar.

Sekarang sangat banyak omelannya, dadadda. bababbaa. tatatattata, celik mata lihat mata mungil Ammar, menarik ibu untuk kembali melayannya.

Hari cuti begini akan kedengaran lagi.

"Hari ini sarapan apa."

"Apa masakan yang sedap hari ini, ibu."

"Kita makan apa."

Makan, makan, makan. Itulah kan anak-anak. Kalau cuti sekolah macam terenjat elektrik juga. Baru selesai menu pagi perlu terus jalan masak menu tengahari. Sudah mahu duduk, anak-anak sudah mengosok perut kelaparan. Adeh, kadangkala itulah rutin. Kita jemu, tetapi anak-anak tidak jemu merasai masakan ibu. Jangan jemu ibu, nanti kita teringat-ingat apabila usia tua.

Biasanya saya terus masak sekaligus pagi dan tengahari. Pagi ada juga membeli siap dibungkus. Kiri dan kanak jalan sangat banyak menu nasi berlauk. Biasanya memang banyak pilihan, nasi berlauk ikan, nasi kerabu, sate dan nasi himpit. nasi itik, serati, daging bakar, dan macam-macam aneka kuih.

Jika di Kuala Lumpur saya hanya ada pilihan makcik nasi kerabu. Bagi kalian yang selalu baca sejak dari dahulu blog ini mesti masih teringat kisah nasi kerabu.

Saya sekarang ini sedang siapkan manuskrip Mula Bisnes Tanpa Modal, perlu berlari untuk 200 mukasurat.

Saturday, November 8, 2014

Naufal Ammar sudah 10 bulan



Teks: Masayu Ahmad

Ammar sayang sudah pun menginjak 10 bulan. Lagi dua bulan usia anakanad setahun. Betapa pantas masa bergerak, meninggalkan ibu yang semakin 'kalut' pelbagai amanah dan tugas kiri dan kanan. Ibu masih mahu Ammar sebagai bayi. Tetapi ibu tidak boleh menghentikan putaran masa. Jadi ibu perlu segera bangkit dan berlari menampal segala kekurangan dalam diri. Usiamu menginjak setiap hari.

Ammar sayang

Ketika sebulan atau 44 hari kita berkampung di ICU. Ibu tegar ketika dirimu itu dipenuhi wayar. Hati ibu dipalu pilu. Air jernih mengalir di saat 24 jam kelahiran Ammar perlu menjalani pembedahan yang perlu dilakukan segera.

Kerana kepenatan ibu pulang dahulu dari wad berehat di rumah. Hanya ayah datang kembali melihat Ammar di wad. Mesej dihantar kepada ibu. Ibu hanya menangis. Esoknya ibu sudah bersemangat menemani Ammar. Kita bersama mendiami ICU hinggalah ibu habis pantang. Ibu kekal bersama Ammar.

Ammar kuat, hebat, bersemangat. ;)


Wednesday, January 29, 2014

Hari 4 pantang, terus berjuang

Hari ke 4 pantang, insya-Allah

Rasa lebih bertenaga dan segar, mulakan dahulu dengan air zam-zam, kurma, jus etsrak delima. Banyak mahu menulis,

Saya mulakan inspirasi pagi ini dengan perkongsian nota, sumber fb


APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?

Imbas kembali sebelum saya mula membuka perniagaan bidang logistic dan warehouse di Hong kong, Shanghai dan Guangzhou. Saya perlu berguru dengan mentor yang berjaya disana.
Walaupun banyak ilmu yang diperolehi, kita sebagai seorang muslim mempunyai etika, tanggungjawab dan perlu menilai halal dan haram, apa yang dibolehkan atau diharuskan dalam setiap urusniaga.

Saya kagum sekali dengan prinsip-prinsip niaga mereka yang :

1) Sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira tentang waktu)

2) Melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam

3) Menerima kegagalan pertama sebagai pemberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan

4) Menentukan matlamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)

5) Lebih menekankan budaya "siapa cepat dia dapat"

6) Mempunyai jaringan yang kuat menyokong asas perniagaan peruncitan dan amat sukar digugat kerana kemantapannya

7) Jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok

8) Suka kepada pembentukan persatuan dan setia mewarisinya sejak turun temurun.

9) Menganggap berniaga itu suatu seni adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarinya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.

10) Setiap peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.

Ingatlah, bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik!

perjuangan hari ke 2,3 pantang

sudah 29.1. 2014

Hari ke-3

Alhamdulillah, hari ke tiga berpantang-detoks, rawatan dalaman dan luaran
-pagi in saya mulakan dengan air zam-zam (selawat dan niat untuk pemulihan dalaman, estrak jus delima untuk kecut peranakan/rahim juga sangat memudahkan penghadaman setiap pagi, kurma untuk tenaga dan banyakkan susu ibu
-mandian tersak/ air mandian, paling mudah ialah campuran serai wangi dan daun pandan wangi, rebus dan campur dengan air biasa
-hari ini akan bermula sesi urut tradisional, pilih awal pagi, kerana tenaga tukang urut juga masih bagus. Kita juga dapat hasil urutan maksima. Urutan saya bermula jam 9 hingga 10 pagi, insya-allah.
Pilihlah bersalin alami/norma ia membantu kita cepat pulih dan sihat.
Baca lagi di sini Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang Tradisional, Moden

hakim; ibu bila ibu boleh masok
arif; ibu nok make gapo, sayo wak mari sini ike bakar ko sup
aiman; ibu mari sayo urut, sie ibu sakit
www.janawangdirumah.com


Sarapan-kurma, air zam-zam,milo panas
Menu: nasi panas, ikan bakar, lada hitam
Ubatan: estrak jus delima, habiskan ubatan hospital
rawatan: Urut tradisional dan tungku (batu sungai balut daun kadok/daunlengkuas)
Baca lagi: Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang Tradisional, Moden
tak sabar nak mula buka sauna, ok ke tidak, kita tengok macamman

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin