Yalla... Sahtein Wal A'fiyeh
Yalla, perkataan versatile dalam percakapan Arab yang mempunyai berbagai maksud seperti jom, mari atau OK.....
Sahtein bermaksud 2 kali sihat dan A'fieh pula kesejahteraan.
Masyarakat Arab khususnya dari rantau Bilad Al Shams (Jordan, Syria dan Lebanon) sering mendoakan kesejahteraan apabila bertemu sesama sendiri dan tiba waktu makan, Sahtein wal A'fieh merupakan ungkapan kesejahteraan yang sering diucapkan mereka.
Cubalah keenakan hidangan nasi tradisional arab seperti Mendy, Maqlubah, Bukhary & Kabsa.
HMK Nasi Arab juga menyediakan perkhidmatan memasak hidangan nasi arab untuk parti-parti keraian, kenduri-kendara dan juga secara ready-packed single serve.
Yalla Yalla... Sahtein Wal A'fieh

2015 New Updated Price
Sunday, September 6, 2009
Nasi Maqlubah
Hidangan ini amat terkenal dan berasal dari negara-negara Jordan, Palestine, Syria dan Lebanon.
Maqlubah bermaksud turned up side down atau diterbalikkan.
Ini ialah kerana cara memasaknya ialah daging (ayam atau kambing) di masak terlebih dahulu kemudian disusun bawah sekali didalam periuk, kemudian disusun pula sayuran yang juga telah dimasak seperti carrot, terung, cauliflower dan ubi kentang dan diikuti pula oleh beras dan dimasak bersama rempah ratus.
Setelah masak dengan sempurna periuk akan diterbalikkan atau diterlangkupkan ke dalam talam dan hasilnya nasi di bawah, sayuran di tengah dan daging diatas sekali...
Amat sesuai dihidangkan bersama salatah atau salad arab yang terdiri dari timun kyuri, bawang, capsicum, tomato, parsley, jus lemon, minyak zaitun dan yang penting, sejenis rempah yang dinamakan sumac.
Juga dihidangkan bersama harrah banadurah, salsa tomato pedas lebanon.
Selamat menjamu selera.... Tafaddhaluu... Sahtein Wal Aafiyeh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
meleleh... how much?
ReplyDelete