Euro 2008: Sepanyol jaguh Eropah
Posted On Monday, June 30, 2008 at at 9:13 PM by Izzat Amin bin Mohd NasirJUARA BARU: Pasukan Sepanyol meraikan kejayaan muncul juara Euro 2008 selepas menewaskan Jerman 1-0 pada perlawanan akhir di Vienna, awal pagi semalam. Kejayaan itu menamatkan penantian mereka selama 44 tahun. |
The Red Fury akhiri penantian julang trofi Euro selama 44 tahun
VIENNA: Pasukan terbaik memenangi Kejohanan Eropah. Sepanyol menyumbat gol terbanyak dan menguasai bola lebih lama daripada pencabar lain untuk menjulang trofi prestij itu julung kali dalam tempoh 44 tahun.
"Kemenangan ini bukan sahaja baik untuk Sepanyol tetapi juga bola sepak kerana pasukan yang beraksi terbaik memenangi gelaran," kata Fernando Torres yang menjaringkan gol tunggal pada babak pertama membantu Sepanyol menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir, awal pagi semalam.
"Akhirnya keadilan sudah dilaksanakan dan pasukan yang bermain bola sepak terbaik memenangi kejohanan kali ini," kata penyerang Liverpool itu yang menjadi elemen memisahkan antara pemenang dan pasukan yang kalah dengan jaringan hebat.
Sepanyol mungkin tidak memenangi banyak trofi seperti Jerman atau Itali tetapi persembahan penuh warna dalam Euro 2008 kali ini membutirkan pasukan berkenaan satu lagi gelaran utama selepas menjuarai pada 1964 di halaman sendiri.
JARINGAN kemenangan Sepanyol di minit ke 33. |
"Ia hari gembira untuk Sepanyol memenangi gelaran Eropah dan melakukannya dengan cara paling hebat," kata jurulatih, Luis Aragones. "Kini kami boleh berkata bahawa kami boleh memenangi Kejohanan Eropah dan gelaran yang lain."
Pasukan Sepanyol bermula agak goyah dalam kempen kelayakan Euro 2008 dengan kekalahan kepada Ireland Utara dan Sweden tetapi dapat bangkit untuk merakamkan lapan kemenangan dan seri sekali untuk menjuarai peringkat kumpulan.
Kini, Sepanyol melebarkan rentetan kemenangan kepada 22 perlawanan dan membantu Aragones berundur dengan nada yang bangga selepas menamatkan tempoh empat tahun selaku jurulatih.
Pemainnya melambung-lambung jurulatih berusia 69 tahun ke udara selepas tamat permainan ketika penyokong Sepanyol menari dan bersorak riang di galeri tempat duduk di Stadium Ernst Happel di Vienna.
"Jerman adalah pasukan yang liat untuk ditentang dan mereka bertahan dengan baik. Kami memiliki barisan pemain yang bergerak sebagai satu unit padu dan menyerang baik. Kami bekerja keras dan berjaya sampai ke tahap ini."