WAJIB KLIK banner INI!!setiap KLIK akan dibalas..sila lah KLIK n INFORM yea!!!TQ

klik salah satu gambar ini untuk menaikkan traffik di blog anda!!

hitz

05 December 2013

frust nya bila hasil menabung tidak setimpal yang diperolehi

Yosssssshhhhhh!!! harini sesi nak meluahkan perasaan yang agak kecewa + tak puas ati + frustated dan mcm2 lagiks.....

citernya macam nie.....

Hari sabtu yang lepas aku telah pergi ke bank maybank cawangan giant bandar kinrara, puchong.sebab setahu aku bank caw tu yang bukak pada setiap hari sabtu...tujuan aku pi bank sbb nak menukarkan duit syiling hasil penabungan selama setahun...mmg bolah dikatakan setiap hujung tahun aku akan menukar duit syiling hasil simpanan kat bank...

Nak dipendekkan cerita, sampai je kat bank, org kaunter cakap diorang x boleh proses duit syiling aku on the spot disebabkan ' akaun bank dibuka di cawangan lain'...( awatnya kalo bukak buku di caw lain x boleh ke nak tuko duit? nampak sgt diskriminasi di situ ) so hari isnin diorang akan bank-in kan duit aku...so kena tinggalkan duit syiling tu nnti diorang kirakan...aku isi form tulis no akaun bank dan no.tel....settle...dan aku pun beredar dari bank...tapi hati masa tu dah rse cam x best sebab banyak tu duit syiling aku tinggalkan mcm tu je...anggaran masa aku kira adalah dalam 560++...so aku tawakal je la...dgn harapan semoga duit aku diorang kira betul2 dan jgn la ada yang shot plaks...

So hari isnin, aku check bank x masukkan lagi duit aku...so aku call bank tanya knpe x masukkan lagi...bank cakap mesin syiling tu rosak...so diorang x boleh nak kira...kena tunggu repair...diorang ckp hari selasa baru boleh masukkan dalam akaun...ok lah aku pun tunggu la hari selasa...aku check dlm akaun bank dah masukkan duit aku...tapi yang kecewa nya bank hanya masukkan RM489 sahaja...genap2 lak tu...aku cam x puas ati la...padahal aku mmg dah tahu anggaran jumlah yang ada...sbb aku dah asing2 kan duit syiling tersebut dan setiap uncang aku dah tuliskan amountnya...

Hari Rabu aku kol bank tanya takut la diorang ada wat kesilapan ke atau ada duit syiling yang kena reject...jawapan yang diberikan diorang dah kira..dan tiada duit syiling yang reject...aku cakaplah aku dah kira duit tu n anggaran sebenarnya dalam 560++...pegawai bank cakap nnti dia akan call aku balik untuk check...

Mmmm bila dah jadik camni...aku rasa frust gaks la... tapi tenangkan hati, pujuk hati aku ni...aku redha je lah...mungkin duit syiling yang shot tu bukan milik aku....kalau ada ketidakjujuran dan ketidakamanahan pekerja bank tersebut biarlah...itu urusan dia ngan Allah...kita merancang tuhan yang menentukan....

so kesimpulan dan pengajaran untuk aku selepas ini...pasnie kalau ada bank yang x boleh nak kira on the spot duit kita tu baik kita jgn tinggalkan duit di bank...sbb normally kawan2 aku cakap @ yang keja bank pun salunya diorang akan kira time tu atau pun 2-3 jam je xde la sampai berhari2 kena tinggalkan duit....mb dah nampak kekurangan pihak bank di situ...wallahualam....

Nota kaki : actually duit tabung tu digunakan untuk bayo insurans & roadtax keta...huhuhuhu bestnya kalo dapat BR1M kan....leh la cover apa2 yang patut....yang x dapat BR1M ni kena menabung sikit2 ler....apa2 pun bersyukur lah dengan apa yang ada....hihihihi


so layantzzzzz je la eh!!!!