Asalamualaikum dan selamat petang , kejap je dah hari Isnin kan dan kita semua pun baru je habis menyambut Hari raya Aidiladha . Ok la hari ni saya nak berkongsi koleksi teko roses yang baru saya dapat kumpul ni .
Sebelum ni saya suka kumpul koleksi yang simple dan klasik macam bunga padi , ros jambatan dan kekwa hitam tapi sekarang ni saya dah mula minat dengan roses juga . Saya dapat la kumpul beberapa jenis corak ros tapi semuanya hanya teko dan saya akan cuba cari set cawannya pula .
Teko shape buah pear dengan corak roses color pink dan grey , saya ada kumpul piring bujang saja tanpa cawan , mana la saya nak cari cawannya kalau dapat memang cantik sangat la set ni.