Ahad, 26 September 2010

Jalan-jalan ke Loken

Raya kali ni kami sekeluarga sempat jalan-jalan ke Loken walaupun ramai juga peniaga melayu tak berniaga tapi Loken tetap meriah . Saya dapat la juga beberapa barang idaman hati hehehe..

Hubby saya pula memang suka jalan-jalan ke Loken ni sebab macam-macam ada dan ada barang yang luar dari jangkaan kita boleh jumpa di sini . Anak-anak saya pula jenis yang senang nak dibawa berjalan mungkin sebab dah biasa dari kecil lagi...

Kali ni ke Loken hubby saya seronok bebenor sebab dapat jumpa motor klasik Triumph ni yang masih dalam keadaan yang sangat baik sebab masih boleh dipakai/tungang . Cuma kami tak tau sapa tuan empunyer motor klasik ni . Lama hubby belek motor ni serta berkeping-keping gambar diambil oleh hubby saya masa kat sana nak dibuat kenangan dan Adlina yang paling banyak posing kat motor klasik ni..





Adlina dan Adam posing kat motor triumph...

Lain kali kita jalan-jalan lagi ke Loken ya...

Sabtu, 25 September 2010

Kalau la dapat....

Haaaai.. kalau la tureen sunshine J&G Meakin serta pinggan dalam gambar ni dapat saya miliki bestnya.....tapi apa kan daya saya hanya dapat pegang untuk ambil gambar saja huhuh..saya sempat pesan pada makcik saya ni kalau dia nak jual saya memang nak beli .

Tahun sudah masa raya saya ziarah rumah makcik saya ni tapi masa tu saya masih belum berminat nak kumpul pinggan mangkuk lama ni dan masa tu saya tak berapa tahu sangat tentang jenis-jenis pinggan lama . Tapi tahun ni bila beraya je ke rumah saudara-mara mata saya ni memang tertarik je nak tengok isi kandungan almari pinggan mangkuk dan dapat cuci mata pun jadi la....best dah tue..

Alahai saya hanya dapat pegang untuk posing saja...jadi laa kalau ada rezeki saya dapat miliki juga set bunga macam ni kalau tak dapat dari makcik saya mungkin di tempat lain atau individu lain macam kat Amcorp Mall yang macam-macam ada tu...


Cantiknyaaaa tureen sunshine ni yang masih dalam kondisi yang sangat cantik dan pinggan mungkum/sup yang tip-top cun sangat...

Selain tureen dan mangkuk sup makcik saya ada koleksi pinggan makan corak yang sama dan semuanya masih dalam keadaan yang sangat tip-top...



Rupa-rupanya makcik saya ni pun minat kumpul pinggan mangkuk lama juga dan dalam gambar di atas ni adalah beberapa lagi koleksi yang mak saudara saya dapat simpan , set geisha sebelah kiri tu makcik saya beli di Singapura tahun 1959 dan masih dalam keadaan baik . Makcik saya bagi tahu yang dia ada set lengkap bunga sakura dan beberapa corak bunga lain tapi banyak yang dah pecah....

Jumaat, 24 September 2010

Best beraya ke rumah kak Shas..

Dah lama saya tak masukkan n3 baru dan hari ni n3 pertama saya lepas begitu lama saya bercuti dari berblog . Masa raya ke 4 saya sempat pegi beraya ke rumah kak Shas dan ni adalah kali kedua saya pegi rumah kak Shas thanks kak atas sambutan mesra akak dengan suami serta anak-anak akak especially si comel Adib yang sentiasa ceria saja .

Pada mulanya saya plan nak singgah rumah Ezany dulu tapi di sebab kan ada perubahan pada masa yang dah diplan saya terpaksa la cancel last minit tak pa lain kali je saya singgah rumah Ezany , Saya dan Ezany berkonvoi masa pergi rumah Kak Shas . Bila dah masuk rumah kak Shas saya memang tak leh tahannyer tengok koleksi lemari dan koleksi cawan serta teko kak Shas yang macam-macam corak dan semuanya cantik sangat...


Adam dan Adib yang happy je main sama-sama , saya dan kak shas ada sorang satu hero kecil . Tengok la tu Adib pandai makan sendiri , seronok saya tengok keletah 2 orang hero kecil ni..

Ini pula gambar kami bertiga Ezany , kak Shas dan saya . Bila dah jumpa gang sama minat memang kami sakan bercerita sampai ada ketikanya husband masing-masing senyap saja la dengar kami bertiga sembang hehehe tak pa la sekali sekala je dapat jumpa so banyak sangat yang nak di sembangkan..

Kami dijamu dengan nasi minyak dan ayam masak merah serta jelatah hmmmm sedap kak Shas masak . Lepas tu anak-anak saya makan dessert pula sagu dengan kuah santan/gula melaka yang sedap sangat . Terima kasih ya kak Shas..semua masakkan akak sodap-sodap yummy..

Ini pula jejaka idaman dari Gopeng , Zany yang posing sebelah lemari koleksi kak Shas yang mengancam tu...


Bestnyaaaa saya tengok lemari-lemari antik kepunyaan kak Shas ni tu belum kira lagi dengan isi dalam lemari tu yang semuanya mengancam ishhh cantik-cantik sangat dan cara kak Shas susun lemari ni pun sesuai sangat just nice..

Saya memang looking foward untuk pegi beraya ke rumah kak Shas kali ni . Pada kak Shas , saya ucapkan berbanyak terima kasih sebab akak banyak sangat tolong saya selama ni dan kak Shas seorang sahabat yang sangat baik, understanding , simple dan spoting campur kelakar la hehe tu yang buat saya suka sangat berkawan dengan kak Shas . Semoga persahabatan kita semua akan berkekalan sampai akhir hayat dan kalau mai KL sudi-sudi la singgah rumah saya ya....

Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger, silent reader dan pengunjung blog koleksi antik saya ni . Saya pun nak minta maaf jika saya ada melakukan sebarang kesalahan atau terkasar bahasa di dalam penulisan saya selama ni..

Semoga Syawal kali ni lebih bermakna dan kita semua berbahagia menyambut hari raya ni disamping insan tersayang..

Pada semua kawan-kawan dan pengunjung blog saya ni jemput la ambil kad raya ni dan ceria selalu ya..

KAD RAYA AIDILFITRI 2010

Terima kasih pada kawan-kawan yang bagi kad raya yang cantik-cantik sangat ni..

Kad raya dari Aris..

Kad dari Ezany..


Kad dari Yatt



Kad dari kak Chah