Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

i apprEciatE u!!! ;)

Showing posts with label ibu-anak. Show all posts
Showing posts with label ibu-anak. Show all posts

Monday, March 20, 2017

An Early Mini Birthday Celebration to Jannah!

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ok, nak cerita pasal past few weeks..
06.3.2017 maka anakanda kedua saya; Nurul Jannah Alisya telahpun rasmi berumur 3tahun.
Bila dah umur 3tahun dan ada kakak yang dah pandai mengajar erti kek birthday dan celebration,(from their own way) makanya ibu dan papa harus bersiap sedia serba sedikit agar dapat memenuhi sedikit sebanyak impian si kecil.hehe

dia tak mintak banyak.
dengar lagu happy birthday pun dah sengih-sengih.

Makanya, cut it short, 05.03.2017 kami pun buat la sambutan kecik untuk birthday 2nd princess kami. (read:kami=ibu+papa)
Memula keluar rumah (kg) memang dorang dah tau nak celebrate sikit.
Otomatik kek wajib ada.
So, memula pergi Tesco.
Motif utama nak ushar susu bebudak ni.
Saya turun sorang je.. Papa dorang temankan dorang dalam kereta sebab memasing melena.
Dengan kuasa super power mak ni dapatla saya beli terus kek (candy cake choclate) dari kedai kek Kings kat floor atas bangunan Tesco tu. RM38.
birthday girl bersama kek

Terus kami bergerak ke Aeon (my kids's favorite place)
Motif utama nak pi potong-potong kek dekat food court je uolss..haha

ok, enjoy pictures!











hehe..comel birthday girl comot-comot.
Ingatkan dapat lah bawak balik 2-3 slice kek tu habuan opah & atuknya..rupanya abes bebudak ni makan..haha,,kid with cake ~ what else to expect kan??

Ohye, memandangkan nak celeb pun cincai-cincai je and no specific birthday gift pun except LOTS OF LOVE so marilah kita berbelanja sedikit untuk props bagi menghidupkan suasana sambutan-harijadi-paling-best-untuk-anak! hahha..ke Daiso lah kita!
Birthday girl dapat cekak kepala bertopi kaler purple macam dalam gambar kat atas ni, pastu si kakak pun sibuk nak crown tapi berjaya dipujuk sebab besday adik makanya dia mahukan medal (seperti dalam gambar)..haha..taktau apa motif tapi cincai jela bagi medal ikut turutan kelahiran..kahkah..
lepas tu beli paper crown tu..lepas tu beli sudu+paper plate habuan bubuh kek..hehe

Selepas makan-makan lepastu bersilih ganti solat dan anak nak ke toilet la bertukar diapers la, blablabla lajakla ke Maghrib.
Lepas sembahyang baru la kita buat aktiviti asing-asing..
Ibu as usual tak koser nak melayan area mainan..Biar papa dengan besday girl juga kakak sulung..Ibu dengan si kecik pi window shopping! hahaha..


Hilang dah shawl kakak! haha




Hope you have much enjoy Jannah! Ibu, papa, kakak dan adik sayang awak sangat-sangat.
Lillahhita'ala..
Membesar menjadi anak yang solehah ye anak!

Ibu sanggup buat apa saje untuk anak-anak ibu..insyaAllah ;)

Thursday, September 8, 2016

Syukur ~ 1

* entri ini adalah untuk motivasi diri agar sentiasa bersyukur dengan limpah kurnia-Nya *

Assalamualaikum..

Ya, setiap orang wajib bersyukur.
Supaya datangnya nikmat hidup dan sekaligus keredhaan.
Ketenangan dan kebahagian insyaAllah akan menyusul.
Itu yang kita nak!

Untuk entry #syukur yang pertama ni..saya nak titipkan yang saya bersyukur berpeluang menjadi seorang ibu!
Syukur ya Allah atas kesempatan ini.

Ada tiga anak perempuan yang comel-comel (yang penting comel di mata ibu), tak pernah saya sangka.
Tipu kalau dalam angan-angan tak pernah fikirkan yang diri ini nak anak kan?

Masa baru kahwin dulu saya risauuu sangat kalau Allah uji dengan kelewatan dapat zuriat.
Rasanya mana-mana pasangan pun akan rasa yang sama.
Tapi dalam kes saya..saya yang terlebih stress.
Husband chill je.
Tak pernah aim or borak-borak pasal nak anak berapa or bila,
Tak pernah usik-usik tanya pasal berbadan dua,
Dia sempoi je.
Alhamdulillah.
Ok, itu mungkin untuk next entry syukur saya.
hehe.

Tapi, begitulah..
Rasanya semua ibu pun memang sangat gembira bila dah jadi ibu.
Penat letih tak cukup rehat semua tu tolak tepi.
Di sini kita ceritakan betapa kita patut bersyukur.
ye Ya Allah, hambamu ini sangat bersyukur.
Tak terungkap perasaan gembira itu.
Perasaan seronok yang tiada batasan.
Hanya Engkau yang mengerti.
Alhamdulillah

Engkau periharalah zuriat-zuriat atas kurniaanMu ini ya Allah..
Lindungi mereka dari sebarang ancaman dan anasir yang tidak baik.
Hanya padaMu aku berserah ya Allah.
Hanya Engkau yang mengerti.


Wednesday, June 25, 2014

pengalaman bersalin anak kedua

Assalamualaikum wbt..

nak story pengalaman bersalinkan anak kedua --> Nurul Jannah Alisya
caesarean again!

bukan ku pinta begitu ye kawan-kawan..
seperti yang dah diceritakan sebelum ni [read: bersalin anak pertama]
mestilah saya nak bersalin normal kan?

banyak cakap-cakap mengatakan makan segala pil yang diberikan oleh nurse klinik kesihatan boleh mengundang baby untuk menjadi BAMBAM..
saya nak baby bambam..tapi saya nk bersalin normal..
my mind thinking like this "ok, mana tau kot kalo baby kecik sket kali ni, boleh merasa bersalin normal"
anak pertama lahir dengan berat 4.27kg..so memang tak dapat bersalin normal..
eh..ada orang mampu normal..
but for me..cannot..
jalan tak bukak sampai ke sudah..pfffttt! ;)
ok, honestly saya tak makan pun segala obimin, vit c given by nurse untuk second pregnancy ni.
hanya telan asid folic
dengan harapan yang tinggi untuk bersalin normal..
makan juga dikawal sikit *nak kawal banyak tak mampu..sebab memang bangsa pemakan..kahkah*
so ok la..berat last before deliver baby adalah 76kg (compared to 1st oregnancy..85kg)

dengan harapan menggunung tinggi..moga merasa normal delivery..
tapi..
Tuhan lebih mengetahui..
Dia sebaik-baik Perancang..
Alhamdulillah
walo tak dapat bersalin normal, masih diberi peluang bergelar ibu..
cahaya mata yang comel..
alhamdulillah

kenapa saya nak normal delivery?
sebab utama haruslah kerana saya nak anak lebih dari 3!!
as adviced by doc, a mum who have delivered baby with a caesarean method for 2times, she will definitely will deliver another baby with a caesarean too..
and of course, JUST THREE times!
why? pergi tanya doctor..
muahahaha...
takdelaa..main reason dia RISIKO UNTUK SI IBU

ya Allah, moga anak ketiga kami merupakan kembar
merasa gakla anak 4..ehehe

takpela..yang penting ANAK SIHAT..
insyaAllah

semua ni dah tertulis..
ko akan bersalin operate..
anak ko tiga sahaja..
kalo bukan sebab operate pun..mungkin memang tiga sahaja..
kan?
sama macam rezeki menyusukan baby..
semua orang tak sama
so jangan keji ibu-ibu yang tak dapat fully breast feed ni..
faham?

ok..dah melencong..

Nurul Jannah Alisya dilahirkan pada usia kandungan 36w 6d
rasanya laaa
ehehehe

kenapa awal?
sebab masa 36w ngam ngam (Sabtu) saya jatuh dalam bilik air
mujur takde sebarang pendarahan
cuma sakit laaaa kannn..ehehe
balik kampung..rumah PIL
sabtu tu memang menanggung sakit la..sengal badan
tapi plan kalo melarat ke hari Ahad..will see doctor
Alhamdulillah..
Ahad ok je

tapi Isnin bangun pagi sakit kat kelangkang (wujudkah perkataan ini?)
atas nasihat suami dan emak (yang telah di-import kerumah ku ketika itu) saya pun pergi ke hospital terdekat
iaitu Hosp. Sg. Bakap
tujuan asal nak mintak nurse check je..
ingatkan sekejapan jela kan
saya memang plan sekejap..dan ingat dapatla masuk ofis gak
rupanya melarat..

dari hosp sg bakap dibawa ke Hosp. Seberang Jaya
sebab sg bakap tak terima kes besar.
sebab katanya saya dah ada kontraksi
kes besar sebab my 1st experience kan ke caesarean

so naiklah ambulans ye kawan-kawan
macam kelakar sebab tak rasa ke tahap itu
pergi ngan baju ready nak ke ofis
tapi dah ke tahap naik ambulans lagi
macam mimpi
pastu terfikir "nak bersalin dah ke?kontraksi?biar betul"
sebab saya tak rasa apa-apa
cuma sakit sikit macam senak kat kelangkang *again..betul ke?*
mujur memang dah ready baju baby dalam kereta
pastu kan kena bukak segala barang kemas..
saya pun pass kat emak masa tu
dan tercicir loket white gold yang dibeli di KL..hukhuk
tapi takpe..dah dapat ganti..husband hadiahkan sempena melahirkan Jannah..ehehe

ok..lari topik lagi..

sampai hosp.seberang jaya saya terus dibawak ke LR
konsep disitu lain dari hosp. taiping
so redho jela
mungkin katil pun penuh
tunggulah kau di laluan LR tu walo ko tengah rilex tak sakit
tunggu bersama menjejet beg baju anak..
dah mintak ditukar ke Hosp. Taiping if let say "have to" deliver the baby
tapi enggak boleh ye kawan-kawan
lain negeri katenyee..
baiklah

dua-tiga kali diseluk..
tengok bukaan
memang 0
pastu blur..
tunggu doc lain plak
tunggu yang dimaksudkan memang tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
lama gila hokeh
dengan laparnya
kalola dapat tunggu kat katil ok jugakla
ini tidak..

pastu last doc check..still 0 bukaan
do scan.. dan nampakla keadaan baby montelku
estimated weight 3.9kg katanye
ralat scanner kan ± 0.5kg
so terus dorang decide CAESAREAN!
plan selasa operate
tapi saye dan suami mintak tukar ke Taiping..since nak kena belah pertu gak kan..
so doc pun buat surat segala
but still kena admitted jugak
merasa tido semalaman di situ..
bertemankan nyamuk yang sangatla banyak
hospital bernyamuk?sangatla sesuatu
hehehe

ohye..doc last tu masa scan dia kata nampak macam boboy
berbunga hati iols k
eh, doesnt means that i dont want a girl..tapi kalo dapat boy kan macam best..sebab dah ada girl kan
tapi sebab doc tu cantik..so saya maafkan tekaan dia..
ahahaha
duduk semalaman kat hospital tu..dapat 2injections di kanan dan kiri punggung
untuk bagi kuat paru-paru anak
yela..36w..quite awal kan..takut pre-matured baby
inject selang 6jam..
memula kanan..kendian kiri
SANGAT SAKIT!
tul tak tipu
lebih sakit dari injection ubat bius nak operate tu
for me la..orang lain mungkin berbeza

pastu keesokan harinya dapatla discharged.
balik Jawi dulu..
kendian bersiap segala baju
yela..nak balik kampung teruskan after deliver
segala baju berpantang
baju Qisya..husband..
segala mak nenek la

doc bagi surat suruh pergi hospital Taiping petang tu jugak
tapi dah duk buat persiapan..
dengan nak makan lagi,..
tok tek tok tek.. petang gak baru sampai rumah mak..
lepak kejap..terus gerak ke hospital..tinggal mak ayah juga Qisya kat rumah mak

me and husband only
sampai hospital dah petang
dekat kul6 dah kot..lupa
so doc semua pun dah yillek
esok pagi jela kekdahnya..
serah diri..hehe

so Rabu tu gerakla pergi hospital..me and husband only
pergi ke klinik dulu..
tunggu turn segala..
then bila doc scan perut..
terjumpa la sesuatu..
sesuatu yang macam problem..
either bladder or kidney..
sereyes sedih masa tu..
until now pun still taktau sangat ape problem ngan my baby..
duk follow up lagi
tapi Jannah nampak ok je
insyaAllah
doakan kesihatan anak saya ye korang..
estimetd weight 3.9kg also..

so terus kena perintah warded
walo hati sedih fikir keadaan baby
harus cekalkan hati ye dok?hehe
pergi makan dulu untuk terakhir kali menikmati air berais
ye..saya still pantang ais until now
kasi cukup 6bulan baru menikmati ais semula..
macam masa kakak Qisya dulu

pastu warded and doc decided Khamis pagi operate
i am the 1st patient from the list..
puasa dari jam 2pagi..
sebab plan pukul 8pagi operate
sekali tengok..drag sampai jam 12tgh ye kawan-kawan
tertekan di situ
sebab perut laparrrrr

drag sebab ada dua patient emergency case
salah sorang tu my room mate
indian..dia dah dibawa masuk LR dari kul8 malam macam tu
poor progress rasanya
last-last tolak masuk OT jugekkk

perasaan saya masa tu?
berdebarrrrrrrrr
dan laparrrrrrrrr
ehehe
harus berdebar kan..
dulu masa Qisya..kes emergency
ini memang dah diketahui akan masuk OT

muka nampak cool
hati Tuhan je tahu

masa kat depan OT tu (a step before OT room)
dorang dah tukarkan baju saya..angkat ke sana sini
haishhh
situ dahla sejuk abaq ang!!
OT kan..haruslah sejuk
mana buleh panas-panas
pastu mana ada dorang kasi selimut
ngan berdebar-debar lagi
harus gigil
hehe

by the time dorang bawak masuk OT
masa tu kul12 tengahari rasanya
terus doc siap-siap barang
pastu doc bius pun dah injek belakang badan saya
pastu terus tangan kena dapang *again..does this words exist?*
dah tak boleh berpeluk tubuh

ada nurse ditugaskan pegang dan jaga patient
dah dibuat border lat pinggang
yela..haruslah tutup kan..kalo tak pengsan la patient
hihi
gas kat mulut dah dipasang
tapi saya lemas ngan gas tu
so nurse kasi gas dari tiub je kot hidung
mulut duk selawat..istighfar..mengucap..
mana yang ingat..
pastu tak berenti-renti cakap "sejuknye..sejuk sejuk"
sebab memang sejuk
walopun dorang dah lepak warmer kat badan
macam nak shaking
doc pun risau kalo shaking
kesian nurse tu

pastu tak habis-habis duk tanye..
"dah start ke?baby dah keluar?"
sebab seingat saya masa Qisya dulu sekejapan je tau-tau baby keluar
sebab bila dah dibius kita dah tak rasa apa-apa kat bahagian pinggang ke bawah
haruslah tertanya-tanya kan

dan tepat jam 12.37tengahari terdengarlah baby nangis
kuar dari perut
kuwek kuwek..
hehe

semua macam impress baby beso
4.2kg katakan..hehe
saya duk tanye gender
tapi nurse macam nak surprise
tapi doc yang lead operation tu dia jerit
"kan dah kata baby girl"
ahahaha
sangat sempoi dorang k
doc tu nama Azizah
saya ingat sebab baca kat whiteboard tepi katil masa tengah operate tu
dan doc tu sangatla comel
kagum sangat sebab muda-muda dah lead OT..

saya berpeluang jumpa doc tu lagi sekali masa kat ward..doc lawat patient..
sekali nampak nama Azizah kat tag nama dia
baru tau..comelnya awak wahai doc..
muda lagi doc..kagum kagum
sebab masa kat OT mana nampak muka dorang..memasing pakai cover tu kan

settled urusan dalam jam 2petang
macam biasa..selepas tu memang dah tak berpeluang tengok baby
sebab baby beso-beso dorang direct bawak ward lain..
check condition
ibu adalah sedih
dapat jumpa baby sat je..dalam keadaan tak dapat pegang dengan tangan pun
cuma Alhamdulillah laa..
husband snap gambar
mujur dia teringat nak snap
sebab masa Qisya dulu dia lupa (-__-)"
sebab risau isteri lebih katanya..ehehe

my 2nd princess

my heart

my soul

masa memula nurse tunjuk baby kat saya..terus mulut cakap
"sejibik macam kakak dia" ;)
bezanya dorang..masa muka baru keluar perut ni kakak rambut kinting..adik straight

okla..
sampai sini dululaa
sambung lagi next time keh..
astalavista bebeh

Tuesday, October 22, 2013

KONGSI ~ dulu vs sekarang



Assalamualaikum..

Isk..lama sungguh tak menaip..azam baru (waaaaaaaaa...dah hujung tahun pun ada azam..hiks!) nak rajin update blog..tolongla masa+kerajinan, come to mama please! Bahahaha..

Korang-korang, perasan tak dengan teknologi sekarang yang serba up-to-date semua benda pun kita nak share.. siap dengan perasaan teruja sekali..

Yela, contohnya henpon, rasanya semua orang pun pakai henpon berkamera (at least) sekarang kan.. kalo tak share on-the-spot pun rasanya akan update gak once transferred to pc and etc. Yela, tak semua orang pakai line tenet kan?

Medium berinteraksi pun dah makin banyak..siap fb, instagram, keek, line, whatsapp, bla bla bla.. pilih je mana nak..semua benda pun nak share aktiviti..

Snap-snap gambar, then share.. terpulang pada niat memasing, ada yang suka-suka..ada yang nak isi masa lapang, nak cari kawan..ada yang mungkin jugak riak.. or mungkin jugak ada yang guna untuk tujuan promosi..Whatever la kan..janji jangan melampaui batas sudaaaaaaaaaa..

Yes, please, don’t share too much on your activity and your details. Be aware with the stalkers.

Okla, takmo la membebel panjang..niat asal bukan nak elaborate maksud kongsi/share or even bukan nak ajar cara-cara share gambar pun..ahaks!

Saje je, tetibe teringat macamana la orang dulu-dulu kan? Sebab macam saya, saya suka share aktiviti saye thru call to my mum..or even siblings (thru whatsapp) ..
Saya rasa life saya macam sunyi sangat dan macam kosong kalo lalui sorang-sorang..
Yes, i do have husband, daughter and friends, but still rasa bosan masa duk tunggu jammed on the way balik kerja..masa tunggu husband abes kerja (i do pick him up every day, and he will take about half an hour to finish his work when i reach his office) BORING!
Eh, bukan  marah dia k.. so bila boring memang tangan gatal je nak call mak (yes, i do call my mum everyday).
Bila call mak cerita la memacam perkara yang berlaku seharian..mostly about her grandchildren la~ Nurul Qisya Damia..eh, terasa macam dah lama tak share cerita pasal Qisya kat sini kan? Ok, SHARE lagiiiiiiiii..hahahaha..betapa saya suka mengeSHARE kan?ahaks!

Pastu semalam terfikir, macamana life mak saya dulu (rasanya semua mak-mak yang tak moden like my mum la..yang stay-at-home je 24hours..
Ngan anak ramai..camne dia kan?tak stress ke ngadap anak-anak yang banyak kerenah? Tak excited ke nak share perkembangan anak-anak kat emaknya pulak? Yela, zaman tu mana ada teknologi sangat.. kalo ada pun, telefon la kot..tu pun takdela rumah saya ada telefon pun masa zaman kami adik beradik di peringkat toddler..

 
my mum bersama my daughter..Qisya memang ada skill tidur sambil duduk ;)

Terus rasa KAGUM..

On how she handle her stress.. of course la ada stress kan? Takkan hepi je jaga anak..
How she managed satu rumah without any helps from my opah.. so independent!

KAGUM!

Yes, im proud of you mak!
Don’t know how if i were you..kompem asek nanges n tak puas hati memacam..hihihihi

Ok la..ending yang macam tak relate..

Belasah!!

Tuesday, May 21, 2013

baju raya nak SEDONDON please!!

Assalamualaikum..

korang dah ada baju raya?
ke awal lagi eh nak sembang pasal baju raya?ihik-ihik..

tahun ni macam menggedik plak rasa sebab excited fikir baju raya..
nak sedondon..and kalau baoleh plain kaler..
imagined kebaya for me n Qisya..hiks!
mungkin gatai terlebih sebab anak dah dapat lesen P berjalan..
Alhamdulillah..
walo Qisya takde cutting *macamla mak dia ada :p* tapi still mahukan kebaya for her!
duk terbayang kecomelan budak pakai kebaya..ahaks!

any idea where to find these matchy-matchy kebaya?
ofkos for her papa - baju melayu lah kan..
nak yang CANTIK dan MURAH..haha..ada ke?

colour? ofkos nak sama!
tapi colour ape nak yang tu tak decide lagi..
last time hasben rikues kaler SKY BLUE or HIJAU PUCUK PISANG..
tapi recently dia kata takmau baju baru plak..
pakai mana ada katanya..mungkin sebab susah hati fikir duit banyak nak keluar for new house tu..ahahaha
takpe darling..rezeki Allah sentiasa ada..insyaAllah..





pic: credit to google!

p/s: nak beli online? kind-of-serik la..hmm..will see
create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Labels

:: sharing is caring :: (188) ~ hoBi aku ~ (6) ~ wedding ~ (1) ♥my new journey♥ (155) 1-6bulan (3) aiskrim (1) aktiviti laki bini (30) aktiviti sekeluarga (2) along n ilham (12) anak (37) aqiqah (4) artis (3) atuk (1) audit team yg best (3) baby (6) baby carrier (1) baju raya (2) bandung (3) bbcreamsqb (1) berangans (1) birthday (6) bisnesadikberadik (2) budak (5) business is business (17) carrier (1) cleansersqb (1) comel (3) contest (1) crochet (7) crosstich (1) cuti-cuti (14) dapur elektrik (1) dinner (1) DIY (2) doa (2) dryer machine (1) electrolux (2) emo xtentu pasal (#_#) (20) encik suami (11) ho (1) how i wish i can get this ^_^ (9) ibu-anak (5) impian (4) ISLAM agamaku. (14) jahit menjahit (5) Jai's family vacation (1) jaikitofamily (2) jaikitoteam (2) just for FUN (19) kawan (1) kayuh itik (1) kediaman (1) kelakar (2) keluargaFAIZAL (26) keluargaku (52) kenduri kendara (12) kereta idaman (1) kerja (2) kesihatan anak (6) Lazada (1) lebiu anak-anak (3) lelong (1) lenovo (1) makan (16) mamayangbuat (2) manik (6) masak (9) masksqb (1) me (6) melaka (2) membebel (3) merepek meraban ;) (80) mimpi (2) muka (2) niece (1) nile (1) nuffnang (5) nurulJANNAHalisya (12) nurulKHAYRAsafiyyah (1) nurulQISYAdamia (67) online (2) opah (1) opishh (3) padang besar (3) parenthood (24) pelik (1) pengalaman (1) peraduan (2) photoshoot (3) pregnancy journey (14) ralat (3) ramadhan (1) raya (4) recommended! (2) resepi (2) resepi mereka (3) rezeki (1) risau (2) rumah (2) sakit (3) samsung (1) saya jual (1) semangat (3) seqybeauty (1) sesaje (80) shopping (21) SimaFairulWedding (2) skincaresqb (1) sqb (1) Stroller (1) susu (1) sweet cherry (1) syukur (25) tak suke. (4) taman tasik taiping (1) teka teki (1) teladan dan pedoman (32) teratakfaizalhasidah (2) teratakFS (1) teringin (1) theNuruls (5) tidur (2) TIPS (4) TOUCHing (4) tragedi (6) tudung (16) tutorial (1) tutorial handphone (1) tutorial printscreen (1) twins stroller (1) VCOA (4) wahai hati (1) wishes (3) zalora (2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...