Friday, 19 February 2021

Pilihan

Yang disentuh dalam tadabbur surah Al Kahfi berkenaan kisah Nabi Khidhir yang membunuh seorang anak yang mengikut pengetahuan nabi tersebut, ilham oleh Allah SWT - kelak apabila anak itu besar akan memesongkan aqidah kedua ibu bapanya.

Walaupun membunuh itu suatu perkara dilarang oleh Allah SWT, tetapi dalam kisah ini Allah perintahkan untuk bunuh budak tu sebab mudharatnya kemudian hari lebih besar kesannya apabila dia menjadi penghalang ibubapanya beriman kepada Allah yang Esa.

Jadi pilihan yang lebih baik adalah dengan membunuh anak tersebut.

Salah satu tadabbur tentang kisah ini yang ustazah kongsikan, berkaitan "pilihan dalam hidup" yang kita praktikkan dalam kehidupan seharian. 

Antara dua pilihan yang kedua-duanya memberi kesan buruk, maka pilihlah impak keburukannya yang lebih kecil.

Manakala dua pilihan yang kedua-duanya memberi kesan baik, pilihlah kesan kebaikan yang lebih besar.

Adapun antara dua pilihan yang memberi kesan baik tapi hanya sedikit, manakala satu lagi bakal memberi kesan buruk yang lebih besar jika kita tidak memilihnya, maka pilihlah untuk menjauhkan kesan yang lebih buruk tadi berbanding memilih sesuatu yang baik tapi hanya sedikit kebaikannya.

Wallahu a'lam.

Catatan ringkas pengajian Jumaat.

No comments: