Sedih.
Gembira.
Risau.Gelisah.Macam-macam lagilah....Perasaan itu adakalanya menyenangkan dan adakalanya juga meresahkan.Terutamanya ketika ia berdebar tanpa sebab.Dup! dap! dup! dap!
"Tu cuma perasaan kau je.Tak yah la fikirkan sangat"
"Mainan syaitan tu"
"Tu mind set je.Sebab tu lah berdebar-debar"
"Naluri je.Biasalah manusia"
Ini antara andaian yg sahabat saya beri tatkala saya merasainya.Mungkin betul juga.Sejak itu saya sering mengabaikan perasaan itu.Saya tak percaya perkara yg karut-karut.Kononnya,mesti ada sesuatu yg tak di duga berlaku.
As a result,once perasaan itu datang saya tak kisah pun walhal hati ini tak tahu nak describe macamana.Apa yg penting,always ingat Allah dan pohon ketenangan daripada Nya.Mungkin Allah mahu beri peringatan bahawa diri ini tak terlepas dari dosa.
Namun,seringkali kehairanan menjengah ke dalam hati ini.Naluri saya mudah mentafsir.Kadang-kadang apa yg saya jangkakan perkara itu terlebih dahulu terlintas di hati dan fikiran.Mungkin kebetulan.Tapi bukan sekali dua malah hampir selalu.Naluri sentiasa berkata benar.
Bersangka baiklah,mungkin Allah mahu diri saya lebih bersedia untuk segala kemungkinan.Andainya ia berita gembira bersyukurlah itu semuanyakan anugerah Allah.Andainya berita sedih biarlah hati ini bersedia dalam ketenangan dan bersabarlah.Yakin hikmah di sebaliknya.Allag Maha Mengetahui.
Ketika ada kelapangan masa tadi saya ada google sedikit maklumat naluri dan firasat.
Antara naluri dan firasat…
Naluri dan firasat adalah sesuatu yang cukup berbeza. Naluri adalah gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia itu sendiri. Firasat pula lebih cenderung kepada gerak hati yang lahir atas pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.
Ini baru sikit.Banyak lagi maklumat mengenainya.Cubalah baca di sini
http://kaunseling.multiply.com/journal/item/13
Semoga bermanfaat dan lebih memahami perbezaannya.
0 comments: