Negara kini sedang hangat dengan isu-isu panas.Terutamanya tentang krisis di Mesir.Pelbagai usaha membawa pelajar-pelajar Mesir ke tanah air giat di jalankan.Tidak kira melalui jalan air mahupun darat.Semua pihak sedang bekerja keras magi memastikan misi ini berjaya.Apa yg penting mereka semua berjaya di keluarkan dari Mesir.
Ibu bapa,saudara mara,sahabat andai turut terkena tempiasnya.Kerisauan itu jelas terpancar, di tambah dengan spekulasi-spekulasi yg hiperbola.Padahal setelah saya mengetahui sendiri keadaan sahabat-sahabat di Mesir,mereka masih dalam ketenangan.Sungguh,hati mereka masih teguh kesan tarbiyah yg mantap.Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah.
Pihak media juga harapnya jangan begitu teruja memaparkan isu-isu hangat hingga merisaukan waris mereka di Malaysia.
Itu isu global.
Namun, saya di sini sedang berperang dengan air banjir.Bukan saya keseorangan, tapi seluruh penduduk selatan tanah air.Setiap hari mengira ketinggian air.Sudah ramai penduduk di arahkan berpindah.Barang-barang semua telah diletakkan di tempat tinggi.Begitu juga kenderaan-kenderaan peribadi.
Pusat-pusat bencana tidak pernah berhenti menerima mangsa-mangsa banjir yg meningkat setiap masa.
Pihak bomba dan penyelamat bertungkus lumus membantu memindahkan mangsa.
Helikopter sentiasa berlegar di udara bagi menghantar bekalan makanan di kawasan yg terjejas teruk.
Pihak kementerian Kesihatan juga tidak tertinggal dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada mangsa-mangsa terutamanya warga emas dan kanak-kanak.Bantuan-bantuan keperluan asas seperti selimut,makanan dan bekalan air bersih juga sentiasa di hulurkan oleh mereka yg prihatin.
Jika semua agensi-agensi kerajaan sedang bertungkus lumus berlainan pula bagi kanak-kanak.Bagaikan pesta air.Buktinya lihat sahaja kanak-kanak di sekitar rumah saya.Riuh rendah mereka berakit.Mereka juga sengaja mengayuh basikal dengan kelajuan yg tinggi bagi menghasilkan impak air bagaikan motor boat.
Ayah saya juga tidak terlepas memasang jala di celah celah pokok.Semalam pak cik depan rumah saya berjaya menjala ikan sembilang.Bolehlah di buat lauk untuk mengisi perut.Walaupun paras air hampir ke lutut mereka tetap berani meredah banjir.Saya juga sama gembira bermain air banjir bersama anak-anak jiran.
Mengeratkan ukhwah.
Walaupun di timpa bencana kita tidak boleh sedih.Yg penting keselamatan perlu di utamakan.
Mungkin pembaca tertanya-tanya bagaimana saya boleh di rumah sedangkan banjir?
Sebenarnya rumah saya sengaja di bina di atas tapak rumah yg tinggi.Namun sekeliling kawasan rumah telah di tenggelami air.Bagaikan pulau.Risau juga hati ini.Jika air naik lagi sikit,alamatnya malam ini bermalam di pusat bencana la.Cuaca yg tidak menentu lagi memburukkan keadaan.Setiap detik mengira kenaikkan air.
Jiran di belakang dan sebelah rumah sejak semalam sudah menginap di pusat bencana kerana tapak rumah mereka agak rendah berbanding rumah saya.Hendak keluar ke mana-mana pun tidak boleh.Laluan perhubungan juga telah ditenggelami air.
Tidak lama lagi bekalan elektrik juga akan di putuskan untuk mengelakkan arus mengalir melalui air banjir.Waaaaaaa bergelap la saya nanti.No internet,no TV and no entertainment.
Apa hikmahnya?
Pasti Allah mahu mengingatkan kita bahawa iklim dunia sudah tidak menentu.Jika Johor dulu tidak terkenal sebagai negeri banjir seperti di pantai timur,namun sejak Dec2006 segalanya berubah.Banjir besar melanda.Dan kini selepas 4tahun bajir kedua berlaku,Jan2011.Malah kenaikan paras air lagi tinggi dari sebelumnya.Ini membuktikan pencairan air di kutub utara telah meningkatkan paras air laut.Taburan hujan lebat setiap masa turut menjadi penyumbang utama.
Mengapa ais di kutub utara cair?
Ini tidak lain adalah tangan manusia yg rakus membuat kerosakan seperti pencemaran udara dan penembangan hutan yg telah meningkatan suhu dunia sekaligus menjadi faktor pencairan air.
Benarlah bahawa manusia sendiri yg akan membuat kerosakkan di atas muka bumi ini.
Tidak sedar lagikah?!!!mungkin mereka tidak merasainya.
Saya sudah merasai betapa peritnya melihat mangsa-mangsa banjir dalam kepayahan mereka mengangkat barang.Walaupun ada kegembiraan dalam bermain air banjir,Tapi itu hanya sebentar.
Bagaimana selepasnya?
Banyak harta benda rosak terutamanya perkakassn elektrik.Peti sejuk,sofa,tilam,pakaian-pakaian,buku sekolah semuanya terkena air banjir.Persekitaran yg busuk akibat banyak sampah sarap yg di bawa air banjir berteraburan.Penyakit berjangkit menular akibat kekurangan bekalan air bersih.Rumah yg di penuhi lumpur perlu di bersihkan.Penatnya tidak terkata.
Marilah Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Sama-sama kita muhasabah.Telah banyak peringatan yg Allah beri.Bumi semakin tua.
Tapi amalan kita?
Tepuk dada tanya iman.Sebelum berakhir saya harap semoga kita bersama-sama menjaga bumi kita untuk kesejahteraan bersama.