Seakan-akan peristiwa di April lalu berulang lagi, tapi cuma tempatnya berbeza. Apabila bangun dari tidur di pagi harinya penulis mendapati terdapat suatu kesan cakaran yang agak panjang, kali ini di bahagian dada penulis. Cara cakarannya lebih kurang sama seperti yang sebelum ini berlaku di MS Garden.
Kami kebingungan memikirkan misteri ini. Mawar mati-matian menafikan bahawa kesan itu hasil daripada perbuatannya kerana kukunya sangat pendek dan dia tidak mempunyai apa-apa alasan untuk mencakar sedemikian rupa. Penulis sendiri mempunyai perasaan yang sangat kuat bahawa kesan itu bukan daripada cakaran kuku sendiri. Kami simpulkan mungkin ada yang ingin bergurau di penginapan kami sewaktu Mawar sedang tidak suci, dan ketidaksucian itulah yang mengundang cakaran misteri pada epidermis penulis.
Showing posts with label Mystery. Show all posts
Showing posts with label Mystery. Show all posts
Monday, July 28, 2008
Sunday, April 20, 2008
Tingkat 4, MS Garden
Pada kunjungan terakhir tanpa prejudis pada Khamis lepas, penulis telah menetap di MS Garden yang pada mulanya dianggap sebuah tempat penginapan yang sangat menyenangkan. Tetapi segala tanggapan itu musnah apabila terjadi suatu peristiwa yang sukar untuk dihuraikan pada malam terakhir di hotel tersebut.
Penulis tidak tahu bagaimana ianya berlaku, tetapi apabila bangun di paginya penulis berasa pedih di paha dan belakang leher. Setelah diperiksa, terdapat suatu calar berupa cakaran yang sangat banyak terutama di paha. Ianya seolah-olah dicakar-cakar dengan suatu benda tajam seperti kuku atau hujung jarum sehingga meninggalkan parut yang membengkak dan kemerah-merahan. Kemudian tiba-tiba penulis mendapati terdapat kesan darah kering di lampu meja sebelah katil.
Puas memikirkan bagaimana ianya berlaku. Tidak mungkin calar itu dilakukan penulis sendiri kerana penulis sedang tidur dan parut di belakang leher itu tidak mungkin dilakukan oleh tangan penulis sendiri kerana ianya sukar untuk dicapai yang digoreskan sebegitu. Setelah bercerita kepada seorang pekerja hotel itu, dia bertanyakan di bilik mana penulis menetap. Dia hanya tersenyum apabila penulis memberitahu Tingkat 4. Katanya, “biasalah tu…”
Subscribe to:
Posts (Atom)