Sunday, December 8, 2013

I'm a career woman.Heh.

Salam wbt.

Working life is so demanding I would say. Manakan tidak, when you already entitled as a career man or woman, most of the time you spend will be in the office. Mengadap kerja for at least 8 hours/day.

Tu belum lagi if you got piles of work to do. You might have to go home late plus you'll be so tired and stress. If only you really love ur job, you won't feel bad about it. Bear in mind that once you step into career world, u'll stuck in there for quite a long time till u retire or u decide to berenti keje awal and goyang kaki at home.

Because of that, I'm so having this high hope of marrying a rich man so that I can stop working and be a housewife..*berangan jelah keje aku kan*. Tapi sebelum nak tercapai impian aku yang terlampau besar ala-ala boleh dapat sesenang cam dalam drama tu, I have to work. No matter how much I love my job, or suka suam-suam kuku or hate it, my phase of life now is there. To be a career woman. To get money. To help my family. Owh well, I'm not anak orang kaya so takkan nak depend on parents money anymore, right?

Dalam setiap yang kita lalui, pasti ada manisnya. Cuma mungkin kita belum jumpa.
Keep calm and eat pavlova. This yummy pavlova made my day. Want some?

As seorang anak sulung yang sudah dewasa umurnya (dan bukan perangainya, sometimes), I feel that I'm responsible to make my parents happy, lighten their burden and let them now have time to rest and enjoy their life. Note that, mak ayah kita memang tak mintak pun kita bagi duit kat diorang and tak mintak pun balas jasa sebab their loves are unconditional and they only want the best for their children.

So far, aku takdelah stress tahap cipan or somewhat sepanjang hampir 4 bulan keje nih. Workloads can sometimes be banyak, but I'll try to chill and kayuh pelan-pelan. Yang penting buat keje elok-elok and jangan main-main. Finish the works given. Stress sikit-sikit tu biasalah. Tambah-tambah bila kena ngadap numbers everyday and I'm not so fancy of accounting anymore. Tapi as a first job, I gotta test and apply what I'd learnt all these years. After this, maybe I'll try to explore something else that suits me well.

I'm also kinda frustrated with my salary (Over kan baru keje nak demand. Dah ko compare dengan kawan ko yang dapat gaji banyak, of couse frust beb). I feel like with that amount of money, I can't really live well tambah-tambah in this metropolitan city where everything is about money. Rasanya when I want to buy something of my own things or for my family, mesti akan fikir banyak kali sampai terlebih masak whether I'm actually have enough money left to survive till the next pay. Tapi kalau dah stress and homesick, lupa abes semua tu. Tershopping jugak and akan habiskan duit for evry weekends memang aku akan keluar. U know living in KL, u can simply habis a lot just for transportation and food. Believe me. Belum lagi tengok sewa rumah and other costs of living. Seryes nanges tengok ur money laju je keluar macam air terjun. Sobs.

One of my way to distress. Go out and have some catched up sessions with my gurls.
I'll feel sooo happy then.

Anyhow, I always think that maybe sebab aku kurang bersyukur jugak, thats why asyik rasa tak cukup je. Camana orang yang lagi rendah gaji dari aku but manage je untuk survive and happy. Yes, aku maybe tak tau kesusahan diorang sebenar-benarnya..tapi when kita redha and syukur dengan rezeki yang kita ada, I believe that ketenangan tu akan datang. We don't need to focus on the ketakcukupan tu coz we believe on the rezeki yang Allah dah peruntukkan kat kita. I'm trying to be one. A grateful and thankful person. Doakan aku? ;)

Since now we're already at the end of the year, dalam bulan December, aku tersangatlah merasa lemau dalam membuat keje. Maybe sebab dah terbiasa cuti kan masa time-time camni. Tambah-tambah semua orang ada kat rumah tengah bercuti, and I'm stuck alone here in KL and ngadap keje, oh, it's sangatlah tak best ok! Pastu kan kan kan..bulan ni takde cuti 3 hari. Public holidays pulak semua jatuh in the middle of the week. Camne aku nak balik kampung? Tell me..huhu. Takkan la pulak nak mintak cuti every months just because nak balik kampung kan. Tapi dah kalau homesick aku ni gayanya lagi teruk dari masa duk kat obersea dulu, apa cerita der? Haihh..

Last month. Dapatlah alasan nak cuti and balik Kedah for kenduri Dibah.
Best masa ni..haha.

Tak dapek sapo-sapo nak nolong wehhhhh  -__-"


P/S: Time poket koyak ni lah banyak pulak Y.E.S. Bukan broadband tu lah. Year End Sale. Mampu cuci mata dan berangan lagi dan lagi jelah. *Nanges*

Saturday, November 30, 2013

25 years

Salam wbt.

I was chatting with my sis while waiting for the bus and suddenly I felt like just tersedar dari mimpi.

Me: Atik, esok dah Disember. Cepat gila. Lagi sebulan and am getting a year older! Acaner?

Achik: Ooo ek. Aku pun tak perasan. Hang dah jubli perak la nanti. Scaryyyyyy

Ok, when I came across that 'Jubli Perak' word, yes, I'm a lil bit scared..haha. Sama dengan umur company yang I keje sekarang ni. Wow.

Well, memang la we're getting older ye dak. Just what have I achieved being living in this world for almost 25 years? *Muhasabah please, Nadiah*

Last night, we as part of Kannal Group had an annual dinner at PJ Hilton. Since the group had been standing for 25 years this year, the night is specifically known as 25th Anniversary and Appreciation Night. This is my first annual dinner ever. (Well, dah this is my first job kan..hehe)

The theme was a smart casual; red & black. So semua pun melaram with that colours lah. I'm not really excited bout it so I just bought a mix & match clothes with red and black colour. Janji ikut theme. Siap pakai kasut kerja and my small greyish sling bag which I turned into handbag. Syukur sebab tak buat tema pelik-pelik cam Hollywood ke, masquerade ke..pheww.

Haaa..merah mak ngah tak we ols? Glamer rasa :P

For me, malam semalam tu tak la best sangat. Tapi kira dapat la experience macammana rupa annual dinner tu. Paling tak berkenan, the timing. Beriya kata start pukul 6 but ended up started at almost 8 pm. Penat we ols berdiri kat luar tunggu VIP yang very sesuka hati datang lambat. Important person la katakan. Kitorang ni kuli je. Been around Maghrib time pulak tu, makanya, ramailah yang 'uzur' dan tak solat. Surau kosong okeh. Tahniah sangat. Maklumlah dah touch up bagai kan.

Part makan ok-ok jugak je. Coz sempat makan starter and main dishes. By the time finished eating main course rehat kejap before nak continue with dessert. Ended up tak makan pun dessert coz takde orang yang bangun for makan dah. The food pun takdelah gempak tapi kenyang la. Tu yang penting.

Then, the performances. Ada ke patut ajak Winnie K? Bekas pemenang Asia Bagus katanya. Heyyyyy, zaman bila punya singer tu? Zaman kitorang kekanak Ribena kot. Suara ok la, boleh tahan tapi lagu-lagu yang dia nyanyi cam banyak sangat and satu macam je. Lagu Melayu plak rasa tak feel dia nyanyi coz pronunciation dia not very clear and tak feel gitu. Dah la seksi. Seksa tengok dia menari atas pentas tu.
Common la, sambut 25th years kot..ajak ler artis yang standard sikit alang-alang dah perabis banyak duit tu.

Lucky draw pulak boleh kasik puji sebab hadiah-hadiah very da bomb kebaboom. From the grand prize which is the trip to Korea to all those latest and canggih manggih gadgets; iPhone 5s, Galaxy tab 3, Samsung S4, dslr camera also alat kelengkapan rumah like aircond, water heater, lcd tv etc. Memang jadik impian dan idaman setiap insan yang hadir la untuk dapatkan. Being me, who is such an unlucky person coming to this kind of lucky draw and yang sewaktu dengannya..of course I didn't get any of those. *Cry*

Another session that make me cry dalam hati was the long services awards giving. Tak berkedip tengok the cheques amount yang the winners got. The employees got 20k while the directors got 70-150k. Just in one night, gedebuk! Dapat durian runtuh. How lucky eh. Well, yang tu takpe coz they really deserve it sebab most of them yang dah berkhidmat aroud 10 years gitu for the group. Pun ada jugak yang dah start keje situ when the group baru ditubuhkan dulu. Bravo to such loyal peoples. Aku yang baru 3-4 bulan ni pun haa..tak mampu der.

Anyway, I didn't go home with empty hands. Setelah terpaksa membuat tarian ngek ngok atas pentas dalam seminit sebab terkena dalam game 'passing the pisang' (ala-ala musical chair gitu). For this game, sape dapat pisang time the music stop, kena denda. Tapi pastu dapat la RM50 AEON voucher. Bolehlah dari tak dapat apa kan.

Pengubat jiwa lara. Gift door and voucher 50 hinggit. 

Being a group of company yang majoriti Non-Muslim, confirm-confirm la arak bertebaran dalam ball room itu. The music pun too loud..sakit kepala la. Since the event started late, it ended late jugaklah. Dalam pukul 12 tu, kami pun cabut balik while most of them still merasakan 'malam masih muda' and mula menari ala-ala di night club. Malaysian nowadays ya, is really influenced by western life style. Now, I feel culture shock kat my own so called tanah tumpah darahku.

Apapun, Happy 25th Anniversary to Kannal Group. Congrats on the excellence that you'd been achieved throughout these years. Thanks for giving me the chance to learn and develop my potential when no one wants to recognise it (even my 'beloved' sponsor ignores me sampai setahun menganggur).

Akhir kata, jangan lupa kasik naik gaji and bonus. Sekian :)

Sunday, November 17, 2013

LG :)

Salam wbt.

Alhamdulillah, life is so far so good and am enjoying every bits of it despite being so homesick.

Thanks for those beautiful peoples who are always making my day.

Nothing is sweeter than the togetherness we share. Love all of you to the moon and back! ;)

Favourite aunty; Aunty Azmah. She has helped me a lot since day 1 I get to know her.
May Allah repay the best for you dunya akhirah..ameen.
P/S: Love having chit chatting coffee session with you. We miss Costa, don't we?
Ema invited me to join her pre-convo photo session and I feel so honoured hehe.
Congrats dear on ur big day and another bigger day coming up ;)
So happy for u.
Wondergirls! (Hanaa, Iqa, me and Ashley)
We had an adventurous weekend at FRIM.
Yayy for burning lots of calories and walking on the canopy walk :D
Bestfriends lepaking session. Haven't met Dila and Rean for sooooo long and finally
we're able to meet up. Of course with Mira joining us, all of us can't stop laughing!
Geng for Malacca trip. We had lots of fun really ;)
Thanks Fara for the warm welcome and thanks to Dibah and Wahidah merealisasikan of our plan.


P/S: LG - Life's Good :) 

Thursday, November 14, 2013

Ada apa dengan gred?

Salam wbt.

12 tahun dulu, aku menangis tak mau-mau dekat bahu mak. Sebabnya remeh je, tak dapat 5A dalam UPSR. Tapi mak ngan ayah rileks je pun..hahaha.

Aku je emo lebih. Biasalah naluri seorang anak sulung yang merasakan aku dah kecewakan harapan keluarga kononnya. Cewah. Pastu sebab masa percubaan dapat straight A's pulak tu. Mau tak frust.

Tapi pelan dah dewasa ni, baru paham yg gred or A banyak-banyak tu takde makna apa. Tu untuk nilaian lahiriah semata. A juta-juta lemon pun bukan penentu kejayaan masa depan. There's so many things yang kita kena belajar dalam hidup. Nilai yang adakalanya takleh dpt dalam exam and gred yg kita peroleh.

Haa tu dia start dah merapu. Back to the real story. Sebenarnya nak ucap tahniah kat adik kecik aku Hanis Nabilah sebab berjaya dapat sama result ngan Along ngan Angah iaitu 4A 1B. Alhamdulillah..syukur. Banyak la jugak A ye dak? So among the four of us, Achik la juara sebab sorang je dapat 5A UPSR..ngeh3.

Nabilah with Achik yang bangga sebab jadik juara UPSR..haha

Takpe dik, i know u have done ur very best. Ada apa dengan gred? Haa gitu. InsyaAllah, ada rezeki dapat sekolah yang baik and terus berusaha untuk masa-masa mendatang. U have long way to go wiwi. May all ur dreams come true and make us proud. [U did anyway ;)]

So yeah, congratulations adik! Love u <3


Thursday, November 7, 2013

Sakit = Nikmat

Salam wbt.

Tengah menulis dengan hidung yang berlari (Baca: Running man..eh, running nose..hehe :P)

Aku ni jenis yang jarang sangat sakit. Alhamdulillah for that coz aku sangat tak suka bila time sakit tu, aku sorang-sorang..jauh from my parents. Almaklumlah time sakit biasanya kita harap attention lebih, especially from the loved ones kan kan kan?

Tapi, orang yang jarang sakit, kalau dia jatuh sakit akan teruk sikit la. Kalau cam aku, aku jarang batuk contohnya. Once batuk, lambat nak lega and boleh jadi batuk yang sampai takleh tido malam and sakit dada tu..haa..begitu.

Now with musim hujan-panas-hujan-demam-sakit-demam, Allah uji aku pun terkena tempias. Mujur rasa nak demam hari tu one night je. Berat sangat kepala sampai tak tido nyenyak. Esoknya dah baik tapi berganti pulak dengan selesema dan batuk sampai sekarang. Rupanya mak pun sama jugak. Moga kita dua cepat sembuh ye mak ;)

Sakit ni jugak satu kifarah dosa di mana Allah akan gugurkan dosa-dosa kecil kita. Masa nilah kita diuji samaada kita syukur ke tidak dengan nikmat sihat. Sihat sebelum sakit (Cer nyanyi lagu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..ade kan?). Time sihat tu kita buat apa? Banyak ke buat kebaikan? Jangan bila dah sakit, dah tak larat, beralasan tak mampu buat kebaikan. Na'uzubillah..

Indahnya Islam kan? Sakit pun dapat ganjaran.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

Buat sesiapa yang ditimpa kesakitan meskipun seringan-ringan penyakit, moga Allah sembuhkan segera. Jom amal baca selawat syifa'. Mudah-mudahan jadi ubat :)



P/S: Rasa cam nak tercabut dah hidung ngan tekak. Tisu pon dah berapa bungkus habis. Jauhkan aku daripada merungut ya Allah. Moga jadi kifarah dosa..Ameen..


Tuesday, November 5, 2013

A fresh start

Salam wbt.

And so it's already November. Nearly coming to the end of 2013. But today is already a new year ; 1435 H.

As we always heard every year, hijrah simply means pindah or in our context nowadays, to change for better. Leave all those bad things we do, and start anew to become a good servant of Allah. Orang bertaqwa.

We asks for forgiveness in our doa akhir tahun and asking for a protection in our doa awal tahun. May we really means what we recite and of course the reminder always goes to myself first.

Salam Maal Hijrah 1435 for all Muslims. May Allah forgives us for what we have done in 1434H and bless our journey on searching for His redha and blessings this year.

Also,

"Moga Allah memelihara kita daripada gangguan syaitan, penolong-penolong serta kuncu-kuncunya, menolong kita dalam menghadapi hasutan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kita denganNya. Ameen..." [Petikan doa awal tahun]



P/s: Azam tahun baru Hijrah? Nak kawen..Eh?
      Mudah-mudahan tercapai hendaknye..hihi :P


Monday, October 7, 2013

Dream #2

Salam wbt.

Dah apehal pulak citer pasal dream letak gambar cake & cookies nih? Haha
Adelahhhh.. :P Nak sweet dreams kannn...

"Reality is wrong. Dreams are for real." [Tupac Shakur]

What a cool quote! No wonder best je rasa berdreaming..heheh. Anyway, sometimes what we want to be for real, can happened by just dreaming. But of course la with extra things like effort, plan, du'aa, strength, determination and whatnot kan.

Aku penah la dengar, orang kata, impian tu kena jadikan cita-cita. Sebab if we make it as cita-cita, that clearly shows yang we don't want our 'sweet dreams' to just be a dream. Once it comes, then it goes away just like that. How rugi, right?

So, aku adalah jugak impian yg biasa je..and I think if that dream fulfilled, fuhhh..memang bahagia lah. But knowing myself, I just want to let the time decides whether I can actually achieve something that I want. If like that la, huh, memang takkan tercapai impian aku nih..haha

Then, just in time, someone makes me realised that actually, nothing wrong pun dengan dream aku tu and dia pun dengan excitednye siap berimaginasi dan menggabungkan dreamnya so that we can make our dreams come true! Apa lagi, after that we only talk bout business..no more gossips..hahaha (serius betul ni nak merealisasikan mimpi)

So yeah, hope mimpi ni akan jadi nyata one day. May Allah ease our ways and give us semangat untuk make sure this thing happen dan bukan takat cakap-cakap kosong je. Ameen..

"Yesterday is but today's memory, and tomorrow is today's dream." [Khalil Gibran]

Sunday, October 6, 2013

Lari

Salam wbt.

Weekend adalah hari yang paling ditunggu. Time for escapism. Lupakan apa yang ditempuh sepanjang 5 hari.

Dan untuk menjadikan masa-masa tu sebagai 'Sweet escapism', aku pilih untuk explore. Teroka the other side of this urban city selain daripada mengadap mall yang besar, bangunan konkrit tinggi, tempat yang sesak dengan pelbagai ragam dan tempat yang membuatkan duit keluar macam air mengalir.

Biar penat sikit berjalan tapi dapat bukak mata luas-luas, dapat tengok warna alam and dapat bernafas bebas. Dapat luang masa untuk fikir dengan tenang serta tenteramkan perasaan. Sungguh, hidup terkadang rasa celaru. Tapi tu bukan alasan nak cuba benda baru, untuk cari tahu.

Area Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Rasa macam patut selalu datang sini. Ubatkan hati supaya tenang,
ingat Tuhan - Masjid Negara
Old building. Lama, buruk, tapi bermakna dan punya cerita.

P/s: Rindu rumah. Sangat-sangat. Tu yang poyo and tak betul sikit. Heh.

Monday, September 23, 2013

Empty Decorations

Salam wbt.

Sweet not-so-old song. Hlovate's novel brought me to the song. I dedicate this song to all my friends out there. Enjoy! :)



Cause I don't wanna be alone 
Living life all on my own 
I don't wanna live my life in isolation
Filled with empty decorations
Cause I wanna be with people that I know
Who will do the things I do
Making all my dreams come true
I don't recognize the shadows on my door
Although I've seen them all before
Because the only thing I really want is to be with you... 

Sunday, September 22, 2013

Randomness

Salam wbt.

Because you know, doing random things can be awesome. Bak kata Yuna, "Random awesome" (Tu tajuk lagu dia sebenarnya..hehe ;)

Having another great weekend, Alhamdulillah. Has a random escape starting from Friday nite teman my friend to distress from her workloads membawak ke one whole day of round bandar KL on Saturday. So we have checked in the Central Market-Jalan Masjid India/Jalan TAR-Times Square and Kg. Baru in one day..heh. Tiring yet enjoyable. 

2nd time coming here yet still a lot of things to explore.
P/s: I just sooo in love with the graffiti arts along the wall towards Central Market lrt station.
Lawa and so the kreatip okayyy..

The best part is to bump into my not-so-old friend, Faz (coz we kenal each other masa GCAP bulan April hari tu) and get to know a new friend, Ummil. Anyway, thanks to Mira for introducing us to each other. Siap boleh spend time with Ummil that one day teman her to find a dress for dinner and she gets a Snow White costume after a long search! :D

From left above; Ummil and Mira. Nice knowing you Ummil :)
Left below; terserempak Fazzzzzz!!!! :D
On the right; KLCC view from Kg Baru and bakso for lunch.

Since dah jalan gila-gila on the Saturday, Sunday is definitely a stay-at-home and rest day. Plan konon nak have a walk and cuci mata kat Paradigm Mall yang tak sampai sepelaung jaraknye tu pun tercancel dengan sendirinya sebab malas nak bersiap and keluar rumah.

Owh and tomorrow is Monday already. Rasa macam nak Monday Blues sudahhhh @__@

Friday, September 20, 2013

Suratan atau Kebetulan?

Salam wbt.

Teringat kisah kawan aku tentang jejaka yang sering ditemui setiap pagi dalam lrt masa on the way pegi kerja. Aku pun ada cerita yang hampir sama.

Masa mula-mula start kerja, aku travel ke Kelana Jaya naik lrt, and then naik bus RapidKL to office. Mula-mula tak perasan mamat tu, tapi bila tengah tunggu bas masa balik kerja baru terperasankan dia. So, tetiap hari masa tunggu bas tu curi-curi la usha..hahaha. Macam ada something ngan dia sebab muka dia macam muka seseorang yang aku kenal.

Bila dah pindah dekat-dekat sini and tak naik bas lagi, aku ingat takkan terserempak dengan mamat tu lagi dah. Tapi..tapi..tapi..terjumpa jugak! Sebabnya dia pun kerja kat bangunan ofis yang sama..rasanyalah..hahaha. Sekarang selalu nampak dia pagi-pagi, biasanya lepak dengan kawan dia sambil breakfast. Ntah dia perasan aku ke tak.

Actually, bukanlah aku ni ade fefeeling ke ape ke kat mamat tu. Saja hobi usha-usha orang. Dalam banyak-banyak manusia kat situ, boleh pulak terperasan dia..adeh la. Maybe sebab aku suka gaya dia yang cool and muka dia yang nak sama ngan orang yang aku kenal tu.

Adakah ini suratan, ataupun sekadar kebetulan? Ewah ~ :P

Disclaimer: Ini memang bukan gambar aku and mamat tu. XD

P/s: Nampak sangat aku je yang perasan and syok sendiri. Yelah, bosan kan..hahaha

Thursday, September 19, 2013

Awesomeness

Salam wbt.

One of the good things living in KL; Even if I'm far away from my family, I'm always have my friends to cheer me up. Even if we can only meet on the weekends, that would be enough for me.

Coz when we meet up, we gonna have a great time. Spend time like the day will never end, laughing, gossiping and sharing every moments together.

Indeed,


********************

Berjaya mengambil berkat pengantin di beberapa buah kenduri in a month :P
From left above: Kenduri Asilahani, Liyana, Nurul and Kak Su.
Menyempatkan diri berhula-hula di Taiping sejurus balik from Asilah's wedding :)
Lepak minum kopi bercawan-cawan at CoffeeSociete.
Pastu sakit perut and takleh tido sampai kul 4 pagi @__@


Wednesday, September 18, 2013

KLian

Salam wbt.

Hi blog! Fuh..fuh..(tiup habuk) Mak aih..dekat sebulan lebih tak datang menjenguk apatah lagi nak menulis. Dah nampak dah gaya-gaya pengabaian dan kemalasan di situ..huhu..

Well, as you know, being a career woman is not easy. Baru aku tahu camni rupanya life yang dilalui oleh kawan-kawan aku yang terlebih dulu melangkah ke alam pekerjaan. Life yang macam takdak life..sobsss. Bukanlah busy sangat pun aku ni ha..tapi yelah, masa untuk diri sendiri tu diakui dah kurang la. Siang tu memang seharian kat ofis. Balik je dah malam, time tulah nak online, tengok drama, mengemas, membasuh bla bla bla. Agak terlebih penat sikit hari tu, tidoq awal. Bangun pagi esok dok ulang rutin yang sama jelah.

Hari yang ditunggu, of course weekend. Rasa macam tak mau dok rumah. Nak merayap, jumpa kawan-kawan. Being a career woman is one thing, another thing is that when you are working in this urban city, KL. Sedih sebab jauh from family. Bukan tak biasa, tapi for this phase of life, memang kena berdikari habis. Dulu time belajar duduk KL takpelah semua tersedia. Now, kena start from nothing. Cari bilik sewa, tambah lagi dengan takde geng, kena redha je tinggal dengan sape-sape yang tak dikenali. Sewa kat area ni plak boleh tahan mahal. Pandai-pandailah cari jalan nak hidup.

Kota raya tempat berkelana..
I'm now a KLian (KL alien..hahaha :P)

Anyway, life is getting better. Just need to remind myself niat aku berada kat sini. Mula-mula memang rasa susah dengan tercampak tinggal kat area yang tak berapa nak secure, rumah yang tak cukup kemudahan dan jauh dengan tempat kerja, menghadap jam tetiap hari kat LDP walaupun naik bas, tapi Alhamdulillah sekarang dah agak selesa. Pegi kerja pun jalan kaki je..hehe. Cuma tulah, sunyi jugak sebab kat rumah ni everyone buat hal masing-masing so part takde kawan tu masih lagi ditangisi..wuwuwu.

"Real life never stops - Kehidupan sebenar tak kunjung padam". Ni kata-kata yang setiap hari aku tengok kat billboard dekat Asia Jaya masa naik lrt pergi kerja awal-awal dulu. Whenever aku nampak je iklan ni, secara automatik terus aku refresh and renew niat pegi keje tetiap hari. Sekarang eventhough tak tengok iklan ni, aku tetap akan semat kata-kata ni dalam kepala otak as a self reminder.

Ni dia la iklan yang aku dok habaq tu..haaa

Rileks je Nadiah. Enjoy and at the same time find the meaning of your life. Life ain't easy but it ain't too bad either :)


P/S: Tension pasal notes penting kat IPod banyak hilang..huhu

Monday, July 29, 2013

Rezeki & Jodoh

Salam wbt.

Benar, rezeki dan jodoh tu di tangan Tuhan. Ternyata hanya Dia yang tahu semua persoalan yang berkaitan keduanya. Tugas kita, usaha+doa+tawakal. Ditambah dengan keberkatan bulan Ramadhan, Alhamdulillah, setiap yang didoakan malah apa yang tak disangka-sangka akan diperoleh :')

Seminggu aku berada di KL minggu lepas. Dengan tujuan nak datang interview dari sebuah syarikat yang tak lah terkenal tapi menjanjikan peluang pekerjaan buat aku. Meskipun rasa agak berat hati untuk turun KL sebab dah berkali-kali turun tapi tak menemukan sebarang hasil dan segan nak kacau orang time bulan puasa camni (sebab terpaksa tumpang rumah orang), namun Allah permudahkan segala urusan.

Interviewnya sangatlah santai gaya borak-borak sambil minum kopi (tapi tak minumlah sebab puasa kan..hehe). Plus, Miss Chelvy (interviewer) tu pulak sangat soft spoken and very kind. She's actually a consultant kat company tu which is company abang dia. She inspired and advised me on a lot of things dalam masa 2-3 hari jumpa dia. I got the job and came for two days training just to know what kind of works I will be doing when I officially join in.  I feel honoured sebab she really wanted to take me in and wanted to teach me from the very basic as she knew that I didn't have any working experience. So, right after raya, a new phase of my life begin! Wish me luck, people :)

Besides that, rasa happy and bertuah sangat sebab dapat jumpa sahabat-sahabat tercinta for berbuka puasa masa hari Nuzul Quran. Dah lama sangat nak jumpa diorang semua especially ada di antara diorang bakal bertukar status masa bulan Syawal nanti. Thanks korang sebab arranged kan pertemuan kita ni..hehe. Apa lagi yang aku nak mintak selain dapat jumpa korang, berbuka dan berterawih sama-sama kat Masjid Besi serta berukhuwwah dan bergelak tawa ramai-ramai macam dulu? Precious time with you lovely people :')

Guess what? We even met Ust Don & his wife masa jalan-jalan kat
Taman Botani hari tu ;)

Iftar at Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi

Love



Moga pertemuan kita yang singkat tu akan menambah lagi eratnya persahabatan kita atas nama cinta kepada Dia..insyaAllah. Harap-harap lepas ni kita dapat peluang kumpul ramai-ramai lagi dengan sahabat-sahabat lain yang tak dapat datang hari tu.


P/S: Dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. Moga Allah izin jumpa cik Lailatul Qadar..ameen..Jom buat pecutan terakhir! ;)


Tuesday, July 23, 2013

CahayaMu

Salam wbt.


Kau bawa cahaya di dalam hidupku
Di saat ku membutuhkan
Di jalanku yang tak terang

Hatiku bertanya benarkah ku telah berbakti
Atau ku saat ini hanya sekadar berjanji

Kau selalu ada saat jiwaku tiada
Kau beri cinta terindah
Saat hidupku terluka

Tak terbayangkan arti hidupku tanpa hadirMu
Kau hembuskan harapan ketika ku kehilangan

Hanya padaMu ku kembali
Hanya karena Mu ku berjanji
Arti hidup hanya untuk Mu, ya Allah

Atas izinMu ku terlahir
Ats kuasaMu ku berdiri
Iringilah setiap langkahku, ya Allah


P/S: Menghampiri pertengahan bulan Ramadan..Allahu..moga terus diberi kekuatan untuk mendapatkan mutiara Ramadhan dan beroleh cahaya serta pengampunan dariNya..ameen

Wednesday, July 17, 2013

Masterpiece

Salam wbt.

Menurut Free Online Dictionary, masterpiece bermaksud;

mas·ter·piece (m s t r-p s ). n. 1. An outstanding work of art or craft. 2. The greatest work, as of an artist. Also called masterwork.

Everyone surely ada sisi kreatif masing-masing kan. So, apa pun yang kita hasilkan tu, kira masterpiece la..(for our ownselves sudahhh :P)

Tu dia masterpiece sempena Ramadhan.
(Tak reti pulak nak rotate pic ni..huhu)

Aku ada la satu tabiat ni which is suka doodling, contiang or melukis. Dulu, zaman belajar of course la aktiviti ni aku buat masa boring dengar lectures kan..ahaks (Eleh, korang pun mesti penah buat kan kan kan?) Tak pun, bila ada kertas kosong depan mata, pastu ada pen ke, pensel ke, haa siap la. Bukan lawa pun lukisnya, tapi saja syok-syok kata orang.

Sah-sah ni bukan lukisan. Dapat conteng macam ni pun aku suka jugak..hehe

Selama aku dok menanam anggur ni pun, aku jadikan aktiviti ni sebagai hobi. Bila rasa dah tak tau nak buat apa sangat, or ada something yang terlintas kat pikiran or nampak something yang interesting, aku start la lukis. Tambah best, bila adik aku bagi dia punya pen kaler-kaler Sharpie tu..ehehe. Aku siap beli sketch book lagi. Ada dua benda ni, cukup syarat, jalan. Heh.




Bila sebut pasal lukis, I remember that dulu masa sekolah rendah, ayah selalu lukiskan untuk aku. Tu pasal lukisan selalu kena lekat kat papan kenyataan belakang kelas..hehe. To my surprise, masa mengemas my personal things, aku terjumpa balik salah satu lukisan yang ayah pernah buat untuk aku dulu. Ayah lagi terkejut lah kan..tak sangka aku still simpan masterpiece dia..haha ;) 

Ni antara barang kenangan terMAHAL aku; Lukisan ayah :')

Not necessarily drawings as in dalam bentuk pictures, I do love something yang ada tulisan-tulisan yang font dia cool and cute. Khat paling suka and since sekarang tengah trending jugak seni-seni khat and jawi ni especially for hiasan rumah, aku pun berangan la bila ada rumah nanti nak jugaklah beli. Mesti best je bila tengok tersusun je khat kat dinding rumah kan? 

Nais giler kalau dapat home decor camni. Nakkkkkkkkkk!

Lagi best kalau aku ni seorang yang kreatif dan berbakat. Apa yang aku nampak semua aku boleh lukis. Seriously jealous dengan orang-orang kreatif ni. Subhanallah, Allah bagi kelebihan kat setiap orang tu berbeza-beza kan?

Monday, July 15, 2013

Erti Sebuah Ramadhan

Salam wbt.

Terjumpa this video. MasyaAllah, inspiring indeed. Plus, aku suka cara penyampaian Kak Wardina. It's simple yet memberi kesan. Come, let's watch the video. May we get something beneficial from it, 
insyaAllah :)



I've also jotted down some notes from the video for reference. Here you are:

  • Nowadays, dalam masyarakat kita, bagi sesetengah orang puasa tidak lagi dinanti-nanti. Kenapa? Kerana ianya telah menjadi adat ritual, dilakukan tanpa pemahaman.
  • Bila disuruh berpuasa, semua orang berpuasa kerana orang lain berpuasa. Bermakna dia tak faham kenapa dia berpuasa.
  • Sedangkan dalam Al-Quran, jelas Allah SWT nyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 183; "Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..."
  • That's it. Puasa adalah untuk kita beroleh taqwa dan taqwa itu adalah sesuatu yang kita cari, menjadi goal hidup seorang Muslim yang faham.
  • Hakikatnya, ramai orang Islam yang tidak berpuasa. Ada juga yang berpuasa tetapi tidak solat. Satu lagi level di mana melakukan sesuatu tanpa pemahaman.
  • Bila melakukan sesuatu tanpa pemahaman, kita takkan merasa kenikmatan dalam melakukan perkara-perkara seperti solat, puasa, berhijab dan sebagainya. Setiap suruhan Allah itu ada kebaikannya bagi diri kita.
  • Apabila dapat merasa kenikmatan berpuasa itu, MasyaAllah..ianya dapat mengubah kita dari dalam hati kita.
  • Allah tahu kita ini sering lalai. Jadi, Allah bagi satu bulan dalam setahun ini untuk kita kembali mengingati Allah. Allah kata; "...mudah-mudahan kamu bertaqwa.."
  • Tak semua orang yang berpuasa itu mendapat taqwa dan semoga kita menjadi orang yang mendapat taqwa itu.
  • Kita lupa Allah 11 bulan dan Allah beri 30 hari untuk kita kembali kepadaNya. MasyaAllah, how kind Allah is.
  • 30 hari ini, Allah tidak memerlukan puasa kita. Kita yang memerlukannya untuk kembali kepada Allah, pencipta kita.
  • We need Ramadhan so bad, kerana jiwa-jiwa kita ini kotor, penuh dendam dan benci. Jiwa-jiwa kita ini sangat lalai dalam mengingatiNya.
  • Allah kata; "Ok, I give you a chance. Here is the chance supaya kamu melihat kembali ke dalam diri kamu, siapa kamu sebenarnya". Kembali untuk menyucikan hati-hati kita yang kotor ini, kembali dekat dengan Allah.
  • MasyaAllah, sekiranya kita berpuasa sesungguhnya kerana Allah dan untuk menyucikan hati ini, kita dapat merasa seolah-olah hati kita berkata-kata dengan Allah dan segala amal itu kita dapat rasa, kita rasa sebak. Kita buka puasa pun bukan dengan pergi bufet hotel sebab kita kata, "Cukup Allah." Kerana Allah ingin mengajar kita kesengsaraan orang lain juga.
  • Kita tahu di luar sana masih ada orang yang susah sehingga mencari makanan dalam tong sampah, tak cukup makan. Sedangkan kita ni makanan penuh satu meja, hakikatnya kita nak bersihkan hati kita daripada nafsu lapar, nafsu mengumpat, nafsu membeli dan sebagainya. So, it beats the purpose of fasting.
  • Moga insyaAllah pada tahun ni, kita menundukkan semua nafsu-nafsu yang telah bermaharajalela dalam diri kita.
  • Kita sekat kemahuan kita dan kita lihatlah hasilnya dalam jiwa kita yang insyaAllah, kita dapat rasakan sesuatu yang belum pernah kita rasakan sebelum ini.
  • Dan semoga Allah membrikan kesempatan buat kita menghabiskan Ramadhan kali ini, bertemu dengan lailatulqadar, insyaAllah dan semoga Allah menggantikan penyakit-penyakit hati ini dan Allah bantu kita menjadi seorang Muslim yang benar-benar hakikatnya mempunyai taqwa kepada Allah.
  • Mudah-mudahan kita semua menempuh Ramadhan ini dengan tangisan dan air mata, dengan penuh pengharapan dan semoga Allah mengampunkan kita semua sebab kita banyak sangat dosa.
  • Puasa ini, Allah menyuruh kita kembali bermuhasabah diri, bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk kita lebih kisah/peduli kepada orang lain.
  • Sekiranya puasa ini tidak membantu kita menyucikan hati, ada sesuatu yang tidak betul di sana.
  • Semoga kita berjumpa apa yang kita cari. Semoga kita berjaya memperoleh piala taqwa dan semoga Allah merubah kita menjadi manusia yang lebih baik lagi.
  • Sekiranya kita menempuh Ramadhan ini dengan seikhlas hati, kita membuka kembali kitab Allah yang telah diturunkan dalam bulan Ramadhan, kita membacanya dengan penuh penghayatan, kita berdoa semoga Allah mengubah kita menjadikan kita Muslim yang lebih baik, insyaAllah, banyak masalah dalam dunia ini dapat diselesaikan. Wallahua'lam.

***************
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat."

***************
"Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan dia tidak mendapat ampunan, maka jika mati dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin! Aku pun mengatakan: Amin!" [Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya]

Sunday, July 14, 2013

Aip, jangan marah!

Salam wbt.



Pesanan Nabi SAW: "Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi, yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah." [Riwayat Muttafaq 'alaih]

**********

Suatu hari di bulan Syaaban.

Aku: Adik, nanti kan, time bulan puasa, kalau Along nak marah/ marah Adik, ingatkan Along tau! Cakap, "Along, jangan marah. Along kan puasa.."

Adik: Kenapa? 

Aku: Ye lah. Along kan suka marah-marah Adik. Nanti habis la puasa Along. Kurang pahala..hehehe

Adik: Oooo..ha, tulah. Suka marah orang. Tanak ingatkan. Biar puasa Along kurus *evil laugh*

Aku: Alaaaa...plisssssss...

**********

Memang diakui, aku ni agak pemarah especially bila dengan adik-adik. Dah rasa besar sangat kot jadi anak sulung, astaghfirullah al azim...Yelah, selalunya yang naik angin pasal si adik ni suka cari pasal. Yang si kakak ni pulak payah nak mengalah kadang-kadang tu. Pastu, kaki mengusik..hehe :P

So, dalam bulan Ramadhan ni, as we know, bukanlah puasa tu sekadar untuk tahan lapar dan dahaga je, tapi untuk tahan diri daripada perkara yang sia-sia dan mengawal nafsu. Tak kiralah nafsu apa pun, be it nafsu nak makan banyak, nafsu amarah dan sebagainya.

Rasulullah SAW pun dah ajar, "Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: 'Sesungguhnya aku berpuasa'." [Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim/ Sahih al-Targhib 1068]

Kan ke molek gitu? Tak letih marah-marah orang and tak memanjangkan pertengkaran :)

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan 1434

Salam wbt.


4 Ramadhan 1434. Alhamdulillah, Allah sampaikan juga kita semua dalam bulan Ramadhan kali ni. Ramadhan Kareem buat semua :) Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain.

Aku tertarik dengan satu kenyataan daripada seorang ustaz (maaf, tak ingat nama beliau), "Saya lebih suka memanggil bulan Ramadhan sebagai bulan Ramadhan dan bukan bulan puasa seperti kebiasaannya. Sebab Ramadhan bukan sekadar satu bulan di mana kita menahan lapar dan dahaga tapi lebih dari itu. Ramadhan adalah bulan ibadah, bulan Al-Quran, bulan tarbiyyah dan bulan keampunan."

Besides that, aku juga tertarik dengan sebuah hadith tentang bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh kebaikan yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah SWT (maksudnya): "Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu jauh lebih harum daripada bau kasturi. Puasa adalah perisai. Jika seseorang sedang berpuasa, maka janganlah hendaknya dia melakukan atau menuturkan perkara yang tidak bermanfaat. Jika ada seseorang yang memakinya, maka hendaklah dia mengatakan bahawa aku sedang berpuasa" [Riwayat Al-Bukhari no.1894 dan Muslim no.1151]

Another hadith is; "Barangsiapa yang mendirikan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Terlalu banyak kelebihan, ruang dan juga peluang yang Allah nak bagi pada kita dalam bulan mulia ni. Subhanallah. Buat diri sendiri dan semua, mudah-mudahan dengan kesempatan masa yang masih Allah berikan kepada kita, kita sama-sama berusaha berjuang mentarbiah, membaiki serta membersihkan diri kita dari segala dosa dan kemungkaran. Seringkali kita diingatkan untuk menganggap Ramadhan yang dilalui ni sebagai Ramadhan terakhir. Kita takkan pernah tahu apakah kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang...

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna.."


P/S: Bila orang ucapkan Ramadhan Kareem, kita jawab 'Allahu akram' (Allah yang terlebih mulia) :)


Friday, July 12, 2013

365 Hari

Salam wbt.

Ingat tak countdown yang aku katakan hari tu? Ha, inilah dia nak habaqnya. Orang tak countdown mende-mende gini. Aku je yang buat pasal ni antara perkara yang 'besar' dalam sejarah hidup aku...



Jadinya, hari ni genap 365 HARI aku since aku balik for good from the UK and...itu bermakna, selama itulah jugak aku dah menjadi penanam anggur (baca: penganggur) yang berjaya..huwaaaa :( Seriously, dulu masa belajar, bila dengar ramai la jugak para graduan menganggur sampai setengah tu bertahun-tahun, aku terfikir la jugak betul ke and kenapa kan. But then, bila aku sendiri dah melalui fasa yang sama, secara realitinya, baru aku faham. Faham perasaan diorang jelah, part kenapa susah nak dapat kerja and apesal tak dapat-dapat jugak kerja even dah belajar sampai universiti tu aku masih cuba nak faham dan tercari-cari jawapan.

Bukan setakat aku je, orang lain pun tertanya-tanya jugak la kan apasal la budak ni tercongok lagi kat rumah tak kerja-kerja. Kesian kat mak ayah mesti malu nak jawab apa bila orang tanya. Sepanjang setahun ni, memang tak dapat dinafikan macam-macam aku rasa. Setahun bukan satu jangka masa yang pendek ok eventhough cepat je terasa hari-hari tu berlalu. Bayangkanlah, orang yang bujang pun dah berkahwin, yang mengandung pun dah beranak, baby pun dah besar and pandai macam-macam dah dalam tempoh setahun tu, tapi aku? Not even move on to a new phase of life. Statik, sama je.

Kalau diingat-ingat, emosi aku pun memang tunggang langgang. Sometimes rasa useless sangat, depress, sedih, lost, stress. Negatif. Menangis and menyesal tu takyah cakap la. Tak terkira. Tapi yang paling heart breaking tu bila aku fikirkan mak dengan ayah. Malu pun ada sebab as anak sulung, patutnya aku la yang tolong bantu family. Ni tak, aku still bergantung kat mak ayah. Of course, as parents, mak ayah takkan pernah berkira kalau pasal duit cuma aku pasti yang mereka sangat risaukan masa depan anak-anak. I'm truly sorry mak and ayah sebab selalu buat mak ayah susah hati..terima kasih sebab selalu bagi supports and keep praying for Along..

Despite of those negative feeling, aku selalu cuba kuatkan semangat and kawan-kawan aku pun banyak bagi kata-kata semangat and reminders. Thanks korang! :') Ingat ni Nadiah: Soal rezeki kan Allah yang tentukan. Don't ever complain and rasa kecewa sebab Dia dah tentukan kadar dan waktu bilamana kita akan dapat rezeki tu. Memang kita rasa dah buat macam-macam, usaha itu ini tapi akhirnya kena doa and tawakal banyak-banyak. Then, redha. He knows best kan? Jangan buruk sangka and think that Allah tak dengar doa kita. 

Mudah-mudahan sempena Ramadhan kali ni, akan dimakbulkan doa-doa aku dan kita semua. Ameen.


P/S: Tapi bila difikirkan balik, hikmah aku still kat rumah ni, dapatlah aku meluangkan banyak masa ngan family especially my parents. Sementara ada kesempatan ni, dapatlah aku tolong mak ayah jadi suri rumah, jadi driver, teman mak pegi pasar dsb. Alhamdulillah :)

Wednesday, July 3, 2013

Dream #1

Salam wbt.

I always hope that one day I can frequently travel again like I always did back then when I was studying in the UK.

Somehow, I realise that the reality is not always as what we are hoping for. Talking about travel dreams and future plans with one of my friends recently, make me miss my old good times travelling with fellow friends. 

What I love about travelling together is, it makes us knowing each others better and we can even learn a lot from the places we go as well as from the nature (Allah creations). I always dream to have some great nature vacations, insyaAllah. I think I'm a nature lover even though I do not have so many chances to go to such places when I come back to Malaysia.

Well, you need to have some friends or at least a partner who share the same interest to go there. Plus, you need to have time as well as some budget (money), right? What a great time I'm gonna have if I can go to those places which I've been dreaming of. I can imagine how relaxing and calming it will be.. *Ok, I start to imagine and daydream. Bye*

Of course this is not a place of nature. But I miss our Europe trip in 2011.
The best vacation I ever had I would say. :')
and I miss my gang of travelling too...
(also, all of my travelling partners when we traveled together to other places)

This is our theme song for the Europe trip. Another song is 'Bulan ditutup awan' by Yuna.
Sentimental, no? :P Miss the part where we sing together while looking at the sky, pointing at the stars and sipping hot chocs/ coffee :')


P/S: Place that I really want to go now is Broga Hill. Mira, let's make it true! 

Tuesday, July 2, 2013

Jannah

Salam wbt.

Hlovatesays; Anthem


Kadang-kadang manusia ni suka buat tak tentu hala
Ikut je apa yang terlintas kat kepala
Pikirnya tak sampai beberapa petala
Jangan dicari yang namanya bala
Hidup kat dunia bukan setakat nak la la la
Yang dikejar redha dan jugak pahala
Kerna destinasi kita menuju syurga Allah Taala

::YgniNadiahsays:P::


Monday, July 1, 2013

Campuran dan Sebatian

Salam wbt.

Dengan kembalinya laptop kesayangan ke sisi, barulah aku rasa lega and terasa nak menulis. Bukan apa, bila guna laptop lain rasa cam tak best je. Tak feel nak buat apa-apa..hehe. (Peh, alasan aku :P)

Hampir seminggu lebih si Compaq Presario CQ40 aku ni dah tersadai kat kedai komputer sebab kerosakan board nye. Dan dengan itu terbanglah sejumlah wang demi mengubati penyakit beliau..sobs :'( Memang padanlah muka aku sebab tak pernah nak jaga laptop ni betul-betul. Makcik kedai tu kata, board ni rosak sebab kemungkinan habuk dah banyak sangat melekat kat kipas laptop tu, pastu overheating or sebab suka main atas katil. Tersekat la nafas laptop tu macam orang kalau kena sekat nafas la. Haaa..lain kali jangan tau guna je, kena tau jugak cara menjaga alat-alat teknologi ni.

Kelip-kelip mata, dah bulan Julai. Cepatnya..cepatnya..cepatnya..Mixed feeling I bila masuk Julai ni. Berdebar-debar counting days beberapa hari lagi. (Counting days apakah? Jeng..jeng..jeng..hahaha.) Di samping perasaan dup dap dup dap tu, I'm so excited for Ramadhan is coming! In a week time lagi insyaAllah. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur dan sempat sampai ke Ramadhan kali ni. For the time being, tengah cuba bersiap-sedia baca apa yang patut, prepare mentally and physically dengan harapan Ramadhan kali ni Ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Pastu rasa happy sangat sebab semalam, di hari terakhir Jun, aku dapat banyak berita baik tentang sahabat-sahabat yang bakal mengakhiri zaman single mingle mereka. Alhamdulillah. Ramai pulak sahabat-sahabat terdekat yang bertunang dan bakal menjadi raja sehari masa raya nanti. Berangan la aku nak pegi..mudah-mudahan ada rezeki merasa nasik minyak diorang. May Allah ease everything for them untuk preparation semua kan. Untuk sahabat-sahabat aku yang masih berstatus single, don't worry too much. The time will come, insyaAllah. Yang penting, kita still satu geng..hahaha.

Dalam seminggu dua ni jugak, aku dapat berita rakan-rakan yang grad from maktab last year sudah pun mendapat tempat dan di posting kan. Alhamdulillah, rezeki selepas hampir tujuh bulan menunggu. Sedikit ujian buat mereka, rata-rata mendapat posting di Sabah, Sarawak dan Johor. Jauh tuuu. Plus, membayangkan akan menempuh Ramadhan di tempat yang agak asing, mesti cuak jugak. Anyway, setiap perkara pasti ada hikmah kan. Dapat jugak pengalaman pegi sana dan mengalami kehidupan kat sana. All the best buat mereka. Since Aisyah Azmi, one of my ex-dormmates masa kat Kisas dulu pun dapat kat Sabah, aku pun sempat lah turun jumpa dia sekejap kat Sungai Petani. Seronok sangat dapat jumpa memandangkan last jumpa after SPM dulu la. Maintain slim and sweet lagi makcik ni ;)

All the best Aisyah di Tuaran sana! ;)

Buat korang-korang yang call aku semalam (u know who u are), thanks banyak-banyak. Terbajet popular jap sebab berderet-deret orang call sampai adik I jeles..hahaha. Really made my day yang seringkali kebosanan nih. Puas ketawa kot :P Nanti senang-senang call la lagi update gosip terbaru..haha.

Ok, ni last..hehe. Congrats to The Red Warriors team (Kelantan) sebab menang dalam Piala FA 2013 buat tahun kedua berturut-turut. Putih mata Harimau Selatan (Johor Darul Takzim) tak dapat Audi. Well, pengalaman dan semangat berpasukan tu nampak membezakan kekuatan kedua-dua pasukan. This morning, Brazil pulak berjaya menewaskan Sepanyol 3-0 dalam Confederation Cup. Title juara World Cup and Euro Cup yang dimiliki Sepanyol ternyata bukan penentu yang mereka boleh menang dalam perlawanan kali ni. Congrats Brasilia!

P/s: Tiba-tiba minat kat Neymar, pemenang kasut Emas yang membawa Brazil menang tadi..hehe

Tuesday, June 11, 2013

Sebenarnya, Saya Peminat Hlovate

Salam wbt. 

I've finished reading (like almost 2 months ago) Hlovate's latest masterpiece, Anthem . One word to describe; AWESOME!

As usual, Hlovate and dia punya masterpiece never let me down. I love all of dia punya novels (Setakat yang I ada and baca laa..ehehe :D) Till now, I've read Versus, Aa+Bb, Contengan Jalanan and Anthem. I've also bought dia punya special edition buku Hlovatinta where dalam buku tu ada petikan quotes menarik yang dia letak dalam some of the novels.

My favourite novel: Contengan Jalanan coz cerita dia tak pasal cintan cintun. Kalau ikut apa yang ditulis kat cover buku tu, it's about contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan. Memang sangat best and I highly recommend this book to those yang nak baca buku Hlovate.

Besides story dia yang best, it has a unique cover too.
Upside down cover with 2 stories inside.
Actually, I fell in love dengan cover dia then I decided to buy this book..haha XD

What I like about Hlovate is dia punya style of writing yang sangat santai. Penggunaan bahasa yang sempoi, straight to the point, senang faham and penggunaan ayat-ayat English dia pun best. Then, dia selalu selitkan quotes or analogy yang interesting dalam cerita dia. Banyak jugak info yang aku dapat tahu and ilmu yang dapat belajar when baca buku-buku dia.

Kadang-kadang apa yang ditulis tu kita might know and we just take it for granted tapi Hlovate boleh buat kita buka mata and buka minda untuk realise balik pasal that certain things. Tema cerita setiap novel tu memang apa yang kita selalu come across in life and mungkin ada yang kita anggap perkara remeh but sebenarnya itu perkara yang patut kita make into counts as we go on with our daily lives. Boleh dikatakan cerita-cerita dia ni ada unsur-unsur Islamik dan isu yang diangkat dekat dengan orang muda.

Haa, nampaknya aku dah buat review pasal penulis buku pulak dah instead of dia punya books. Nak buat macammana dah suka..hehe. Anyway, to Hlovate, keep on writing and inspiring others okeh. You'll make a great writer and daie, insyaAllah :)

Nah, come and enjoy this video made by one of Hlovate's fan. Here you go ;)



P/s: I really don't know whether to address Hlovate as he/she, his/her coz till now, all of Hlovate's fans still guessing Hlovate's gender..haha. Daripada apa yang dia pernah tulis dalam buku-buku dia, still can't tell Hlovate is lelaki or perempuan..hurmm..Does that matter anyway? :P

Sunday, June 9, 2013

Jalang-jalang Ganu

Salam wbt.

"Negeri cantik, budaya menarik, orangnya pun baik-baik"

Sekarang, kita pegi Terengganu pulak. Kami ke Kuala Terengganu je hari tu. Cukuplah lepas hajat nak pegi tengok Masjid Kristal yang lawa tu..hehe

Tapi orang kata, kalau pegi Ganu, kena pegi pantai dan pulau-pulau kat sana pasal tu yang mahal and cantik tu. Memang bila lalu kat tepi laut Ganu, teruja beb! Cantik sangat air laut dia. Next time maybe. Masa ngan duit cemburu nak buat camana kan. At least, akhirnya setelah 24 tahun aku hidup ni, dapatlah merasa datang Ganu for the first time.

The only thing yang aku nak sangat bila pegi Terengganu, of course makan kepok lekor banyak-banyak. Nak yang fresh, dari Terengganu. Alhamdulillah, dapatlah jugak walaupun tak sempat nak makan kat Seberang Takir yang dikatakan sangatlah popular kepok lekornya. Beratur orang nak beli. Yang bestnya, mak borong banyak kepok lekor and keropok keping, weeehuuuuuuuu! :D

Antara keropok keping yang diborong.

So, kat Kuala Terengganu tu, tempat first yang kami tuju ialah Pasar Payang. Ni antara tempat wajiblah kan. Bagi para wanita, pasar ni memang syurga membeli belah gak. Kat sini mak beli setengah kodi (aku tak penah dengar pun penjodoh bilangan ni..huhu)  kain batik Terengganu and 3 pasang kain pasang batik untuk aku, angah and achik. Memang cantik-cantik dan berkualiti batik Terengganu ni. Kain sutera batik lukis dorg paling cantik and menarik hati. Colour dan corak kain-kain tu sangat sweet and ekslusif. Maklumlah lukis tangan. Tapi tulah, mampu tengok jelah sebab harga memang ratus-ratus, ribu-ribu ye tuan-tuan dan puan-puan. Kau mampu? Aku memang taklah..huhu. Kain pasang tu pun mak aku yang belanja kot -__-"

Tq mak belanja kain yg lawa-lawa ni..hee

Kain batik setengah kodi i.e 10 helai

After shopping plus pekena nasi dagang kat Pasar Payang, kami terus pegi ke Taman Tamadun Islam. Kat sinilah terletaknya Masjid Kristal dan Taman Monumen. Subhanallah, Masjid Kristal tu memanglah indah seperti yang dikatakan. Dari jauh pun dah shining kubahnya bila disinar mentari. Ramai sangat orang datang melawat masjid tu. Siap ada majlis akad nikah lagi masa kami pegi tu. Memang meriah :)


Pusat Konvensyen TTI

Masjid Kristal di kejauhan...


Merelip merelap kubah dia.



Dah puas mengagumi keindahan Masjid Kristal, kami pergi ke Taman Monumen. Kat dalam taman ni, terdapat monumen-monumen masjid dari seluruh dunia yang dibina dengan saiz yang agak besar jugaklah. Agak menarik sebab kita boleh tengok keunikan senibina masjid-masjid di luar negara. Disebabkan kawasannya yang agak luas, ada jugak perkhidmatan tren untuk membawa pengunjung mengelilingi taman sambil melihat monumen-monumen. Tapi kena bayarlah kan. Tiket je dah mahal (pada akulah), so kami choose to jalan kaki je. Boleh pegi dekat-dekat sikit dengan monumen-monumen tu. Pada sesiapa yang nak berbasikal pun boleh. Basikal disediakan secara percuma :)

Maghi jelajah Taman Monumen..yehaa





That's the only things that we did kat Kuala Terengganu. Not much tapi puas sebab dah dapat pegi tempat-tempat menarik kat sana. Next time nak pegi pantai dan pulau je. On the way back, kami singgah sambil menghirup udara segar kat Pantai Rhu Sepuluh dan memborong lagi keropok-keropok ikan untuk dibawa pulang.