Salam ~
Hampir seminggu tak ketemu kan? Pulang sebentar dari perantauan sekadar untuk mencoret ringkas.
Basically masuk hari ni, beberapa perkara telah berlaku which were:
1) 3 papers untuk this final exam dah lepas! Pheww...And two of them yg memang aku 'kurang' suka iaitu Computing and Econs. Law pun dah berlalu, Alhamdulillah.. Sekarang two more to go!
2) Dah tak sampai sebulan je lagi aku akan terbang pulang ke tanah air! Can't wait!! Finally.. :)
3) Owh, cakap pasal nak balik Malaysia..aku dah pun beli satu lagi luggage besar. Abes je exam Accounting 3hb ni, aku terus nak kemas-kemas barang..yeay!
4) Juz find out yg Dibah used to stay kat Batu 3, which is kampung atuk aku! She also kenal kedai mamak yg aku and atuk selalu pegi mase aku kecik-kecik dulu..Tak sangka ok! Nanti nak tanye atuk, kenal tak Mak Chaq Dibah tu..hehe. Nape tak penah jumpe ye dulu? Hebat sungguh aturan Allah. Kat UK ni jugak la kami mula kenal sedangkan pernah duduk sekampung :)
5) Terjumpa trailer filem " Lagenda Budak Setan " kat YouTube. Aku pernah baca novel tu. Teringat lagi mase tu Form 1, first time aku kenal dan start baca novel. Semua gara-gara terjumpa novel tu dalam locker masa tengah kemas-kemas. Yang tak tahan, pakat berebut semua ahli bilik nak baca novel tu..hehe :P Tebal kot! Now, aku lebih suka novel thriller and novel sejarah Islam. Tak minat sangat dah yg cintan cintun tu. Layan sket2 je..
6) Dalam pada dok bergembira, ada juga mende yang tak best terjadi. Cris, sorg budak Hong Kong yang patutnye jadi our housemate next sem takkan kembali lagi ke UK. Akibatnya, kami kena cari tenant baru nak ganti dye. Kalau tak jumpe, abes la..kena tanggung sewa dye i.e kami kena bayar sewa mahal setiap bulan. Parah la kalau gitu..Adoii. Sedang mengusahakan sesuatu. Moga Allah permudahkan urusan kami. Mohon doa semua..
Ok, rasanya cukuplah tu. Lepas exam insyaAllah akan cuba update lagi. Rindu sangat ok! Nak pegi perantauan semula..tata! :)