Alhamdulillah for whatever Allah has given to us. Dia kawan saya dari matrik lagi. kami satu studio sampai sekarang, alhamdulillah. banyak perkara yang kami lalui..dan...sekarang dah final year. seems like 'susahnya' belajar tak sama macam dlu. Allahurabbi...permudahkan urusan kami.
Hari ini usrah pertama kami berlangsung. Rindu sangat pada usrah bila hampir 3 bulan praktikal, terasa dahaga kan jiwa yang ditarbiyyah. tapi, kak sumayyah kata, bila kita ditarbiyyah, kita dicampak ke mana-mana pun, kita mampu untuk mentarbiyyah. dan tarbiyyah itu 'mengajar' kita tanpa kita sedar sebenarnya.
Banyak perkara dalam diri yang telah mengalami perubahan. even, belum cukup baik tapi harus sentiasa berniat untuk jadi yang terbaik. itulah keinginan semua orang. tadi, kak sumayyah tanya, kalau orang tanya kita apa khabar iman kita hari ini? kita nak jawab apa?hmm.
Macam mana nak tahu tahap iman kita?
Lihat bila kita diuji, apa respon kita? mengeluh atau masih mampu mengucap alhamdulillah?bagaimana tawakkal kita pada Allah? cara menujunya terletak pada ibadah kita pada Allah. dalam....lima kali sehari kita solat, berapa kali kita khusyuk dalam solat? Allahuakbar. tersentak-
"Bila kita diuji, jangan cepat mengeluh", pesan kak sumayyah
Sebenarnya, untuk sem ni, naqibah bulatan cinta kami telah bertukar. kak sumayyah jadi naqibah kami. entah kenapa, rasa sedih..tapi teruja pada masa yang sama. kak sumayyah adalah seorang daie yang sgt saya kagumi. hanya mengenalinya dari jauh, dari gaya penyampaiannya dalam mukhayyam lantas terasa teringin ingin mengenali dengan lebih rapat pada sosok tubuh ini. dan, hari ini, malam ini, Allah takdirkan kak sumayyah untuk jadi naqibah kami. subhanallah! Allah beri sekadar lebih untuk mengenali. Kak sumayyah berkongsi banyak cerita pada anak-anak usrah nya. dan sungguh, kisahnya sangat menjadi penguat dan sumber inspirasi pada diri.
Bila...
Allah datangkan ujian yang melemahkan, Allah gantikan sesuatu dengan 'hadiah' yang sangat istimewa.... menjadikan lebih jatuh hati pada bulatan cinta.
"apa khabar semua hari ni?"
"penat.."
"sakit perut.."
"sedihh..."
Saya tahu kak sumayyah graduate new zealand. dia memang hebat dari zaman persekolahan. tp, kak sumayyah kata, tarbiyyah lah yang banyak 'mengajar' tanpa dia sedar.
"...naqibah mak akak masa kat US dlu, nak dtg usrah yang sejam, ambil masa 5 jam pergi n 5 jam balik... tp dia selalu pesan pada anak-anak usrah dia, apa yang menguatkannya, dia berpegang pada firman Allah ( Surah al Baqarah ayat 208) 'masuklah Islam secara keseluruhannya', dan ingatlah lima perkara sebelum lima perkara... ...sekarang, anak-anak usrahnya dah jadi daie yang hebat2.... ..lihatlah kekuatan dakwah... ... pada setiap naqibah itu, kita akan lihat sifat yang berbeza-beza.. .. ada yang garang, sangat menepati masa, ada yang sangat2 pemurah... .. kitalah qudwah itu... .. anak-anak usrah akan contohi kita, tiru gaya kita, cara percakapan kita... apa yang dia lihat yang terbaik, itu lah yang akan dia contohi... .."
Malam tu, saya share apa yang dah saya lalui seharian dengan kak sumayyah n teman usrah. saya penat. fikiran saya agak serabut sem ni. trying to be good enough for the first stage of design thesis studio for the first proposal, but then.. terasa mcm... 'gagal'. i lost something. atau... i'm not good enough in delivering and convincing my idea. something missing...atau....i need to change my topic of interest. * saya kurang pergantungan pada Allah agaknya. terlalu busy dengan benda-benda lain. atau.. hilang concentration on... mana satu priority.atau mood belajar belum masuk sepenuhnya.heh
"kak sumayyah... fatin rasa... mcm down sket hari ni. lepas maghrib td, ftn mengaji, cuba tenangkan diri.. akhirnya fatin menangis... memang, bila kita diuji, kita tak nak mengeluh... ibu selalu pesan, takde orang yang perfect, ada jatuh,ada bangun.. tp bila kita tengah lalui ujian tu... terasa mcm.. hmm....sebnarnya kak sumayyah, dr first year... smpi 2nd-3rd year... alhamdulillah... ftn perform dlm study..ada lah jugak stuck2.. but then,bila ada something yang buat kita down... fatin akan terfikir...'eh layak ke aku dpt DL selama ni..' rasa mcm lost sgt2... ...tp ftn taw, at the end, mesti ada something yang Allah bagi.."
kak sumayyah dengar cerita saya. kadang-kadang cerita yang dikongsikan masa kita jatuh, boleh jadi inspirasi pada orang lain, yang bukan selamanya kita di atas. dan bukan selamanya orang yang kita kagumi, tak pernah melalui masa susah. bukan semua cerita yang tertulis akan nampak indah semuanya. ada masanya, kita perlu merasa berada di bawah. hidup ni mcm roda, kata kak sumayyah.kak sumayyah cerita kan pahit manis nya belajar di malaysia sampailah ke nwe zealand. sungguh, dengan berkongsi pengalaman yang beri motivasi, mampu menaikkan semula semangat. bahawa ada orang lain juga yang Allah uji, lagi hebat ujiannya dr kita.
saya suka bila kak sumayyah kongsikan:-
"dlu, masa akak asyik jatuh je dalam subjek ni... akak selalu mengadu kat ayah akak... pastu ayah akak cakap..' Allah nak bagi kita rasa apa yang orang lain rasa apabila berada di bawah...' masa tu..baru lah akak refleks diri. akhirnya, bila final akak lulus dan antara best student n pelajar malaysia muslim yang terpilih... fatin, gagal tu sifatnya sementara je..hidup ni mcm roda. sekarang baru first stage kan? alah... boleh punyer! inilah namanya belajar, kalau dah pandai tak delah kita kat sini..."
Banyak lagi yang kak sumayyah kongsikan. Alhamdulillah bila senang. Alhamdulillah bila diuji.terasa kne 'refresh' sekjap. esok kebetulan ada program tepi sungai. hopefully dpt tenangkan diri sekejap,then continue on my research. moga Allah kurniakan ilham, kesenangan dan kemudahan dalam menghadam ilmu.
*Preparation untuk akademi murabbi. moga Allah beri kesempatan untuk pergi.kemudahan dan kelapangan masa untuk terus berada dalam dunia mencari ilmu, tarbiyyah dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. buat masa ni, ini keutamaan nya.akan bertambah lagi kelak. dan inshaAllah, bila niat kerana Nya, semua benda akan jadi mudah. tetaplah pada jalan Allah.inshaAllah
Kawan-kawan yang baik itu rezki. jagalah silaturrahim. cari lah kenalan seberapa ramai di bumi uia ini. semoga ukhuwwah ni, kekal hingga ke syurga. ameen
Fatin,
Jatuh bangun tu perkara biasa dalam hidup. teruskan bersemangat dalam belajar!
mahallah asma'
22nd September 2012