28 August 2013

last





the last day we met


the last day we play together


during our second last semester


the day we had our last presentation

nothing is everlast.












sahabat kecil ku

 teman sekolah rendah-yang hampir tak jumpe selama 12 tahun





selamat hari lahir




buat insan yang kami kasihi kerana Allah










yang ku impikan







Pernah satu ketika dahulu, ku impikan kumpulan tulisan ku ini bakal menjadi catatan diari hidupku yang satu saat nnti bisa di baca oleh cahaya-cahaya mata ku ketika ketiadaan ibu nya,iaitu aku.











27 August 2013

peneman






Hidup ini, sering mengajar kita untuk menghargai kehadiran sesuatu dari sekeliling kita. Saat ada dan tiada, tetap juga harus disyukuri. Kerna Allah tidak akan menguji di saat kita tidak mampu memikul dan terpikul. Indeed. Dia Maha Mengetahui.

Seringkali bila sendirian, aku perlukan tempat untuk meluah rasa. Akhirnya, air mata ku jatuh juga di hadapan ibu. Kata ibu, "menangislah". Saat aku belum sempurna dalam lena, ibu mengusap ubun-ubun ku. Lembut menatap wajah ku. Lalu, air mata ku laju jatuh membasahi tempat tidurku.

"Ibu tahu bila kakak hilang semangat"
Teringat abang juga pernah berkata,
"Abang tahu bila adik tak sihat atau sedih"

Peneman-peneman yang sering hadir dalam hidupku, silih berganti. Dia lah ibu dan abang ku, peneman hidupku yang paling setia. Ya Rabb, kurniakan kami kebahagiaan yang kekal hingga ke syurga Mu. Perkenankan









24 August 2013

kata ibu: syukur











umur berapa?
teka.

20?
tak.

19?
erm. 



Ibu, sampai bila boleh kakak nampak macam dewasa? dah habis spm? dah habis degree. dah kerja n sambung master. Bila ibu?






kakak,
syukur.











21 August 2013

Mengenali diriku










Lewat bacaanku, lewat penulisanku, minat ku terhadap warna dah photography, warna kesukaan ku dan bait-bait kata yang sering aku nyatakan, pasti nya sedikit sebanyak engkau boleh 'membaca' siapa diriku. Perwatakan, gaya pemikiran malah kesukaan ku pada apa?

Melalui warna-warna kegemaranku bisa saja kau bayangkan aku suka pada kelembutan, namun pada aktifnya aku pada photography, pastinya engkau tahu aku seorang perempuan yang suka menjelajah. ketahuilah, penulisan ku ini adalah segala isi hati yang menceritakan 'sebahagian' diri  dan hidup ku. Untuk lebih mengenali ku, perlukan waktu yang panjang kerna sehingga kapan pun, engkau takkan bisa memahami dan mengenali diriku.

Engkau pasti tahu matlamat dan prinsip hidupku lewat penulisanku. Perjalanan hidup ku melalui foto-foto yang diambil, kisah perjalanan 24 tahun ini, sebenanrnya banyak mengajar aku tentang aku. Dalam memilih siapa diriku, atas apa tujuan hidup ku, ke mana akan ku tuju selepas ini, aku sedang mempersiapkan diri ku. Malah, juga teman-teman di sekeliling aku.

Pada yang mengenali, juga yang tidak secara maya, ketahuilah, perkenalan ini banyak langkahnya. Hanya satu yang ku pinta, pada setiap terpesongnya aku, tarik tangan ku pada jalan yang engkau yakini. Mungkin saja, aku jauh, menjauh dari matlamat ku saat ku lelah. Namun, adanya kamu, menguatkan aku untuk terus melalui jalan yang lurus.


"ya Allah, ikhlaskan aku seperti sahabat Nabi SAW ini, ikhlaskan aku seperti Salman al-Farisi, dalam urusan mencintai dan segala urusan."





























Man jadda wajada













Hm. bila dah berphotoshop, mcm ni lah jadinya. dah lama x mengedit gambar. Edit gambar lama-lama antara cara nak mencari ilham dan mengembangkan idea bila tengah "free" atau.. pendek kata x tahu nak buat apa. Tup-tup hari ni dapat satu panggilan. Project watercolor again! Alhamdulillah. Tp kali ni,sepertinya projek besar (kedengaran di handphone). First project. done! buat poster dengan menggunakan photoshop with certain payment.

Man jadda wajada!
Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah
Rabbi yassir wa la tu'assir.


“Jangan engkau mengeluh jika suatu hari mengalami kesulitan, karena sesungguhnya engkau pun pernah mengalami kemudahan dalam waktu yang cukup lama.”
(via urouninshi)











20 August 2013

Redhailah










Terima kasih kerana 
menemukan  aku dengan ibu ayah mu

Saat itu
ku merasakan 
engkau memelihara kehormatanku 
sebagai seorang wanita
yang masih dipelihara dan dijaga
oleh keluarga ku

Terima kasih kerana
engkau menjaga maruah ku
sebagai seorang wanita
yang perjalanannya
disulami tarbiyyah dan
daawah

Impian,dan
harapan ku
telah
Allah kabulkan
lewat kehadiranmu
tanpa perlu komunikasi 
yang panjang,
mahupun
perjumpaan yang tanpa
sempadan

Jauh di sudut hatiku,
meyakini seluruh tindakanmu
membuatku aku
rasa wanita bahagia
yang
menguatkan mujahadahku
dalam penantian ini

Moga
Allah 
pelihara kita.
InshaAllah

Ya Rabb,redhailah perkenalan kami.ameen


sincerely me,
nadia rusli
18082013









19 August 2013

RI Akhawat Gombak




"Akak, nanti akak masuk rumah akhawat kan?"
"Errmm.. haah, inshaAllah.
tapi.. 

akak rasa mcm x layak je ni..x pe ke akak masuk skali?"

"ehh akak nape cakap mcm tu?.. bukan takpe, KENA"
"ahaha.. inshaAllah,nt ape2 perkembangan jangan lupa bagitaw ye"

Sebenarnya ada seorang akhawat yang saya cintai dia kerna Allah telah meletakkan nama saya dalam penghuni RI (rumah islam). Sebenarnya juga, saat sedang dalam persiapan menyambung master ni, entah kenapa, terasa, terlalu sunyi. Sungguh, terasa bila dalam sekelip mata Allah tarik nikmat seronoknya bila berkawan, bergantung, bersama dan mengulangkaji bersama. Allahu Allah

Sifat dan karakter saya yang lebih gemar bersosial dan berkawan. Waktu degree waktu yang benar-benar lama dalam study, tapi saat kesukaran itu lah Allah letakkan aku bersama-sama teman seperjuangan yang Alhamdulillah, sepanjang kami belajar, kami belajar dan berkongsi bersama. Tiada rasa cemburu, dengki mahupun menikam dari belakang (yang selalu saya dengar certa-cerita dari luar sebelum melangkah ke menara gading). Saat kami berjaya, kami azamkan untuk semua sama-sama berjaya. Dan itulah yang menyebabkan kami disenangi pensyarah dan lain-lain. Alhamdulillah

Dan,ketika ini, saya sering menangis sendirian. Tiada teman ingin berbicara seperti dulu. Waktu dulu, jika rasa ingin berteman, akan pergi ke bilik teman lain untuk buat kerja dan tidur bersama, naik atas? turun bawah? pergi wing sebelah? atau..berhijrah ke blok lain? Allahuakbar. Memang hubungan ku dengan teman-teman lain seperti adik beradik, lain atau sama kos, kami serasi dan selesa bersama. Dengan izin Allah.

Dan, sebenarnya, keputusan untuk duduk bersama akhawat adalah ntuk mengisi kekosongan dan kerinduan bersama-sama dalam belajar. Malah, azam ku, jika dapat bersama akhawat, inshaAllah akan lebih istiqamah dan membina kekuatan dalam diri ntuk menjadi daie yang berkarakter baik inshaAllah. Termasuk lah rutin harian yang lebih terjaga, inshaAllah. dan bila lama duduk bersama, inshaAllah, akan membina character dan sahsiah yang lebih baik. ini azam dan angan ku. tiada lain, melainkan ingin mendidik hati menjadi yang terbaik sebagai seorang daie.


inshaAllah







 



Mimpi dan kehadiran




"Ibu,kakak mimpi sesuatu mlm td!"
Sambil menuruni anak tangga, terus membuka almari di ruang tamu dan capai buku "tafsir mimpi" karangan Ibn Sirin."Kakak mimpi apa malam td?" jawab ibu sambil sarapan.."mimpi.... kakak lahirkan baby perempuan... tp x sakit lasg.." .. "iye? ibu pernah mimpi bayi lelaki... tanda x baik. esoknya ibu dimalukan dalam meeting sekolah".."oh yg ibu cerita dulu...?"... jari jemari ku terus membelek buku,ah! chapter 9.

Tertulis di situ,
Melihat bayi perempuan ini, petanda baik.

Semalam,sibuk di dapur. Instinct ibu memang kuat kalau ada kehadiran tetamu. Dan, ternyata sungguh ramai tetamu , keluarga yg hadir semalam. Sehingga lah lepas isya' tapi kami terpaksa juga meneruskan perjalanan pulang ke kampus malam itu. 


Alhamdulillah,
Rupanya, mungkin itu petanda mimpi. Semalam adalah hari yang sangat menggembirakan dengan kehadiran tetamu istimewa.Semoga Allah permudahkan perjalanan seterusnya. Biidznillah







14 August 2013

Aku pendosa


Apa kau fikir aku sempurna? apa kau fikir aku tiada dosa? cukuplah pujian mu ke atas ku. Aku adalah selemah-lemah manusia yang juga sering tersasar, tetapi, Allah selalu ada untuk mengetuk pintu hati ku supaya kembali pada jalan Nya. Dosa itu nampak indah,mudah. Payah lagi nak menghindar nya. sedang, pahala itu semudah-mudah nya boleh dikumpul, cuma terkadang mujahadah itu perlu,sangat perlu.

Di saat itu, aku teruji.. .

Untuk menjadi sempurna,sesempurna sangkaan mu. Untuk menjadi sesempurna itu, mohon teguri aku di saat aku kealpaan dan jatuh. Tuhan yang membolak balikkan hati ini, tetapkan lah ia di jalan Mu. Ku mohon agar aku lah perempuan yang teguh itu, yang dapat menempis segala fitnahnya dunia. Aku bimbang, jatuhnya aku pada duri-duri yang menyakitkan, hingga luka parah yang meninggalkan kesan. Biar lah 'kesakitan' itu akhirnya nnt terubat dengan keindahan syurga Mu.

Maafkan aku andai hanya tahu berkata-kata. Setiap amal yang payah sekali istiqamahnya, terlalu perlukan bimbingan yang baik dari sekeliling. Dunia hari ini, sering melemahkan kejadian ku sebagai perempuan akhir zaman. Aku, jauh sekali untuk sesempurna sangkaan mu, kerna .. .












aku juga pendosa.
Astaghfirullahal'azim





“Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia… yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, pada hal khalayak pastinya inginkan yang baik-baik dan indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah… menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan “memendamkan” kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!” (Ustaz Pahrol) 
















maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.