bismillah
semoga post ini bermanfaat buat kita semua.
inshaAllah
pernah tak sepanjang kita hidup ni,kita pernah berkata-kata dalam hati..
"ya Allah,mcm mana la orang ni boleh biarkan...... .. mcm ni..mcm ni..."..."sanggup die biarkan anak die lintas jalan mcm tu je..?"....bla...bla.bla..
dalam hidup ni, bila kita keluar, berjalan dan berjalan, menyusuri lautan manusia,yg berbagai-bagai latar belakangnya, yang berbeza2 didikan dan prinsip2 nya, adakalnya terdetik di hati kita,
"manusia ini tak boleh berfikir ke?"
situasi 1
semalam saya keluar dengan ibu. ada saje urusan petang2 yang perlu disettle kan. bila ada kat rumah ni, saya lah peneman ibu. semalam kami singgah di salah sebuah supermarket, terletak tak berapa jauh dr rumah. tibe-tibe saya teringin nak makan roti paratha. so kami singgah di tempat mknn frozen dan capai mknn yang dihajati.
oops!citer psal mknn plak bulan2 puasa ni...hehe
hm,selalu kan kita nak masuk parking dan mencari2 parking yg kosong. sesetengah supermarket, troli bleh dibawa smpi ke luar. ke tempat parking. tp adakalnya parking ini bukan penuh dengan kereta tapi dengan troli. sambil membelokkan stering kereta , ibu kata
"mcm mana lah diorang ni..x boleh ke pulangkan troli ni kat tempat asalnya...?orang malaysia ni kalau tak menyusahkan orang tak boleh...at least letak lah ke tepi sikit.."
"itu lah bu...kadang2 manusia ni, terlalu pentingkan diri sendiri. diorg tak boleh fikir ke..hmm?"
"org skrg, dah tak fikir kan orang lain, janji lepas diri sendiri...esok kakak jgn buat mcm ni, buat apa2...fikir kan orang lain.."
saya yakin, ramai drpd kita ini masih berfikir ttg orang lain. tapi masih ada juga yang terlalu memntingkan diri sendiri. saya fikir, akal fikiran merek tak boleh sampai kepada situasi di mana mereka boleh memikirkan orang lain.
situasi 2
saya singgah di pejabat pos dengan ibu. saya ade kerja dan tugasan yang perlu saya siapkan dan lakukan semasa cuti ni. dan ia melibatkan pos mengepos. smlm cuaca agak mendung. barangkali hujan lebat, tp kadang2 matahari mengeluarkan sinarnya yang terik. kami parking di luar pejabat memandangkan circulation nya agak kurang.
selesai urusan dalam pejabat, elok kami melangkah keluar, hujan turun selebat-lebatnya. seorng wanita yang masih di dalam pun keluar. ada sebuah keret yang parking betul2 di tengah dataran yang x berapa luas. dan beberapa minit kemudian, sebuah kereta lagi ingin masuk. namun, ruangnya tak cukup. terpaksa si wanita berpurdah itu naik sedikit atas curb. kami pelik melihat kereta yang parking di tengah2. seolah tiada langsung memikirkan kemudahan orang lain yang juga ingin ke pejabat pos.
"knape lah kereta ni kat tgh2..?"
"entah la bu..."
saya dapat rasakan wanita yang sama2 menunggu hujan reda di sebelah kami adalah tuan kepada kereta tersebut. selepas ibu ckp, wanita itu terus berlari ke keretanya. mungkin dia agak terasa. wallahualam
setelah wanita itu masuk, saya fikir die ingin cepat2 berundur dan mengalihkan kereta, rupa-rupanya tidak. akibat hujan yang lebat, saya tak nampak apa yang sdg dilakukan dalam kereta. kalau iya pun, sekurag2 nya berundur lah sedikit.
situasi 3
selalu je kita lihat, saat nak melintas jalan, berapa ramai ibu bapa yang prihatin yang sambil melintas mereka memimpin tangan anak2 mereka?bg saya, sungguh sedikit
.(mengikut pemerhatian saya).kadang2 saya musykil, apakah mereka tidak syg akan nyawa anak2 mereka?dan saya bangga pada sepasang ibu bapa yang masing2 memimpin tgn anak2 sambil melintas jalan.:)
selalu je ibu bapa mengabaikan tanggungjawab tanpa menegur anak-anak mereka jika mereka berkata perkara yang bukan2 terhadap org tua atau orang lain. katanya,
"biarlah.. mereka masih kecil". saya teringat bagaimana kami di didik masa kecil? sekali kami bercakap benda yang tak baik, ibu akan kejar kami satu rumah sambil pegang cili kat tangan. tp zaman skrg, perkara2 begini sudah jadi lumrah. seolah olah perkara itu sudah menjadi trend.
situasi 4
"kakak ammar nak beli angry bird la?"..."brape harganya?mahal tak.."
"ok..nah duit...nt adik bayar sendiri.."..."yess!ok"
selesai memilih, saya pesan pada adik saya, jangan pilih yg muka garang nt adik jd garang. then die pilih yg muka sedih.laaa knape amek yg ni?nt x happy je..amek yg lain. saya cerewet sket bab pemilihan brg2 ni yang bg saya apa yang kita miliki, bnda itu mampu mempengaruhi mood, tabiat, perwatakan kita. wallahualam.
then, saya suruh adik saya pergi ke kaunter. melatih dia menjadi berani dan berdikari. sedang dia beratur. datang seorng pak cik, bersama isteri dan anak2 nya. kelihatan di tangannya banyak baju. baju raya mungkin. tanpa beratur dan menunggu giliran, die terus melepasi adik saya dan terus ke kaunter.
saya depa kan tangan saya. saya suruh adik saya bayar dahulu. mujur cashier iu pun faham situasinya. saya cukup marah waktu itu. dalam hati saya,
"kalau iya pun budak ni kecik lagi...pak cik takde hak nak memotong barisan.tunjukkan lah akhlak yang baik depan isteri dan anak-anak.bukannya adik saya beli barang bertan-tan pun?"
tp saya diam. saya fikir, diam itu mungkin lebih baik dalam situasi mcm tu. saya bimbang situasi akan menjadi semakin keruh. memandangkan pak cik itu bermisai dan bermuka masam. menakutkan. saya bimbang egonya jatuh depan orang lain, isteri dan anak-anaknya.
tp , beringatlah walau siapa pun kita, sebesar mana pun kita, bukan setakat yg kecil perlu menghormati yang tua. yang tua perlu dahulu mghormati yang kecil, JIKA anda mahu dihormati. saya sgt2 tertarik dengan rancgn "law kana bainana" di tv, yg mana rmai telah menontonnya terlebih dahulu di youtube. rncgn yang menguji sikap manusia. dan mereka relatekan dengan sifat2 nabi Muhammad SAW di akhir rncgn.
subhanallah!andai nabi masih bersama kita, baginda lah role model terbaik masa kini! malangnya, manusia zaman ini telah hilang rasa prihatinnya, semakin mementingkan diri dan lupa bahawa dunia ini hanya sekadar pinjaman, maka berusahalah dengan sebaik mungkin di dunia ini,berbuat baik lah sesama manusia.tak ada ruginya...
kalau kita mengharapkan balasan, ya mungkin, kita takkan pernah dapat balasan yang sama, tp ingatlah segala amalan baik yang kita lakukan, Allah pasti berikan ganjaran yang setimpal.
apa yg saya lihat, masyarakat kita kurang prihatin dan peka dengan persekitarannya. apa kata, mulai saat ini kita ubah diri kita. ini adalah peringatan untuk diri jugak. sma2 lah kita memikirkan orang lain. ibu kata ,
"kalau kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita...tak perlu nak berkira sangat n terlalu mementingkan diri sendiri"
sama2 kita perbaiki diri kita untuk kehidupan yang lebih harmoni!
till next time inshaAllah!