29 March 2011

dan sungguh,positif itu menenangkan :)


"ish..menyampah la!"

"erghhh...sakit hati betul dgn bende niiii..."

"bosan la..asyik duduk rumah je!"

pernah tak sesekali kita ubah gaya percakapan seharian kita?sebenarnya kita yang membebankan situasi yang sedia terbeban.kadang-kadang remeh je.kadang-kadang kita yang selalu berfikiran negatif.

cuba kita lihat orang sekeliling kita?kita ni...terlalu banyak ke kekurangannya jika ingin dibandingkan dgn yang lain?tiada kelebihan langsung ke di sisi kita?atau kita kufur dengan nikmat yang telah diberikan?renung-renungkan...nauzubillah

saya akur.sejak kecil saya dah diasuh ibu.sebab saya pernah melakukannya dulu dan baru kini saya rasakan keajaibannya dan bermakna sungguh teguran-teguran ibu terhadap saya sejak kecil. sungguh. belum terlambat untuk merasakannya dan saya tergerak untuk berkongsi.

sejak kecil, mmg saya mudah mengeluh. entah kenapa. mungkin waktu itu masih belum memahami nikmat hidup. walau sekecil mana pun, walau diukur dengan apa sekali pun, kesenangan dan kelapangan yang Allah berikan itu adalah nikmat yang paling besar.!cuma kita, kita yang tak tahu menghargai.

ibu tak pernah ajar anak-anak nya mengucapkan kata 'menyampah' dan ' bosan'. sampai sekrg saya rasa sangat bersalah dan takut untuk mengucapkan kata-kata negatif itu. sehingga terasa andai saya mengatakannya seolah2 saya tak bersyukur dengan nikmat Allah selama hayat ini, dan saya mengeluh dengan ujian yg begitu kecil!

bila kita semakin mendewasa, kita semakin merasakan nikmat dan ganjaran kesabaran itu bagi orang yang bersabar.kalau kita lihat, zaman skrg, ramai manusia yang terlalu mengikut perasaan. jiwa-jiwa muda yang semakin memberontak. anak-anak muda yang terlalu mengikut trend,pengaruh rakan sebaya,mudah emosi kerana kurg nya pegangan agama atau tak pernah merasa susah,dan tak pernah cuba untuk mengambil hikmah dan iktibar di setiap ujian yang menimpanya.



cuba kita berfikiran positif?

"inshaAllah...tak ada masalah yang x dapat diselesaikan.."

"x ape...tawakkal je.kita dah usaha kan?"

"astaghfirullah..."


terasa tenang kan?secara psychologynya...dan hati pun turut tenang. sebab itu saat kita nak menenangkan hati org lain pun, kata-kata perangsang dan positif itu sgt penting. kalau kita asyik memaki hamun, last2 hati kita juga yang sakit dan bertambah2 penyakit. tertekan. dan masalah tak selesai juga.justeru, kita perlu lah berfikiran positif dalam apa jua situasi sekalipun. jangan cepat menghukum,tp fikirkan sejenak......hikmah Allah itu pasti tersembunyi di sebalik kepayahan itu.

wallahualam.peringatan buat diri juga :)

28 March 2011

hero

Dari jendela kamar ,asma E4.6c






saat jendela dibuka,langsir bilik ku selak.disepit kemas membiarkan cahaya masuk seluas-luasnya.angin yang sepoi2 bahasa sekali sekala masuk memenuhi ruang bilik.sungguh.ia mengingatkan saya pada musim panas di perancis.berkelah bersama teman-teman di bawah pohon yang rendang.padang yang luas menghijau.udaranya sangat bersih!subhanallah



Saat duduk di dalam bilik,melakukan tugasan harian seperti biasa.saat duduk termenung seorang diri,memikirkan apakah tujuan kita dihidupkan?Allahuakbar...sekali sekala tafsir yang tertegak kemas di sebelah novel ‘bumi cinta’ saya capai. Membuka surah yang bertanda dan mula membaca.cuba menghadam ayat-ayat Allah.saya duduk di meja yang terletak di hadapan tingkap. Memang sengaja diubah ke situ agar sekali sekala mata dapat direhatkan dengan kehijauan bumi uia . Cahaya semulajadi itu menerangi kalam-kalam Allah.



Burung-burung di luar tak henti-henti berbicara sesama mereka.apa lah yang dibincangkan?sesekali hati kecil saya tergelak sendirian. “Comel nya suara2 burung ni..apalah yang diborakkan?”...kdg2 masing2 berebut ntuk bercakap.jarang sekali dunia sepi tanpa suara comel mereka. Terbang dari sini ke sana...bebas. sekali sekala menyinggah di jendela bilik saya.

Bila sampai angin menghembus,dedaun kering albizia jatuh ke bumi. Ditiup angin. Sesekali ada yang termasuk ke kamar. Bagai musim luruh di kota paris. Dedaun yang keperangan dihembus angin. Sama sekali suasana dan perasaan berubah.

tengahari,matahari mula menegak. Bayang2 mula hilang. Kain dijemuran mula mendapatkan cahaya. Proses penyejatan lebih cepat berlaku. Angin masih bertiup. Saat inilah masing2 mula mengisi perut. Cafe mahallah mula dipenuhi mahasiswi-mahasiswi yang sdg kelaparan. Mungkin ada saje yang baru bangun dan terus mengisi perut. Dan mungkin ada yang mengambil waktu sebelum zuhur untuk qoilullah sebentar.mungkin ada juga yang masih lena dibuai mimpi.itulah suasana di universiti.



kita bebas untuk memilih.bebas untuk mengatur jadual harian dan perjalanan hidup kita. Tiada ibu bapa yang mengatur,mengarah , menegur. 100% di tangan kita. Kita lah yang mencorakkan hari-hari kita. Dan pastinya kita inginkan yang terbaik!pastinya kita mahukan hari yg kita lalui pada saat ini lebih baik dr semalam.




andai tiba musim hujan,pasti tiada kain di jemuran. Hampir seminggu hujan turun tanpa diduga waktunya. Bumi uia kembali sejuk. Kipas dibilik semua terhenti. Menggigil saat menyucikan diri. Air whudu’ yang membasahi wajah sejuk luar biasa. Kabus menutupi hampir keseluruhan bentuk muka bumi.sayu..

sesekali hujan tempias ke kamar. Menandakan arah angin beralih arah. Kerana ia jarang-jarang sekali berlaku. Dengan kuasa Allah,tiada apa yang mustahil.masing-masing berpayung ke kulliyyah. Andai ada yang berkenderaan, pasti saja ramai yang menumpang..tapi, masih ada lagi yang dibuai mimpi. Cuaca sejuk sering melesukan tubuh yang tak cuba melawannya.

Saat tamat kulliyyah. Semua bergegas pulang. Ada yang masih membuat perbincangan . ada yang terus pulang gembira menamatkan hari yang penuh dengan kuliah. Berbeza bagi yang mementingkan kesihatan. Pasti saja ada temu janji di female sport complex. Bermain kayak,jogging, squash, badminton, swimming? Semua kami penuhi. Masa sejam diperuntukkan untuk beriadhah. Seronok. Melepaskan tekanan di kuliah. Sihat. Mengeluarkan peluh dan membakar lemak dalam badan.^_^ Indah bukan? Beriadhah bersama-sama teman-teman, bila lagi kita nak merasakan semua ni?kalau bukan di universiti?

Setiap khamis. Saya akan terasing dengan teman-teman sama belajar. Mula memasuki kelompok usrah. Lain suasananya.lain pemikirannya. Pertemuan di masjid sgt seronok! Duduk dalam bulatan,tadabbur ayat2 Allah,berkongsi sirah2 nabi, tasmi’ surah yang telah dihafal..hadith yang telah dipelajari...dan tentunya permasalahan2 yg berbangkit.azan maghrib berkumandang.. iftor jamai’e. Mula menambah teman2 baru, dr perlbagai latar belakang majoring dan kos. Muka-muka tenang dan jiwa-jiwa bersih mula merapatkan ukhuwwah antara satu dengan yg lain. Malaikat mula melebarkan sayapnya di majlis ilmu yang penuh barakah!


bila malam mula meninggalkan siang, lampu-lampu mula terpasang. Tepat jam 7 malam. Uia mula disinari cahaya ciptaan manusia. Suasana kembali berubah. Masih aktif seperti siang. Sebab di uia ni..hampir setiap malam terisi dgn majlis2 ilmu.boleh dikatakan setiap malam ada saje kuliah2 agama,ta’lim, usrah, kelas mengaji, dan mcm2 event lagi yang dianjurkan oleh mahasiswa2 dan mahasiswi2 yang terlebih aktif.huhu


hampir tengah malam, pagar mahallah pasti ditutup. Demi keselamatan dan tandanya waktu keluar dah berakhir untuk hari ini. Lampu-lampu di kamar mula menerangi kepekatan malam. Seolah ada penempatan jika dilihat dari satelite. Ada yang masih berjaga,ada yang sudah melabuhkan tirai.tanda tuannya sudah tidur.dan, saya masih di sini, di meja yang masih berhadapan dgn jendela. Cuma suasana luarnya sgt berbeza. Jendela jiran di hadapan menjadi teman malam. Tingkap masih terbuka. Angin malam menghembus lembut.

sekian- catatan seorang mahasiswi

Setelah hampir 2 tahun 1 sem tinggal di bilik yang sama dan compartment yang sama.kini masanya untuk berpindah..(sedih) berat sebenarnya, tapi,sekali sekala manusia itu perlukan pada perubahan. Apa yang diharapkan, semoga teman sebiliknya yang baru adalah dalam kalangan mereka yang baik-baik. Menjaga aurat,menjaga solat, rajin mengaji, mengambil berat, pengemas, disiplin dan yang paling penting hati-hati ini sentiasa mendekatkan diri dgn Allah dan dalam setiap pergerakan dan hembusan nafas , Allah sentiasa di hati!

Buat rumateku,terima kasih yang tak terhingga kepada kalian. Yang sgt2 mengambil berat tatkala diri ini ditimpa musibah, saat badan panas akibat demam, saat diri ini memerlukan bantuan...terima kasih untuk barang-barang yang dipinjam,terima kasih untuk segalanya!seronok dapat berkenalan dan duduk bersama kalian, menghabiskan waktu bersama...dan saat yang tak boleh dilupakan ,ialah saat kita solat jemaah bersama pada bulan ramadhan..sungguh.hati ini merindukannya!


26 March 2011

bagi saya, lelaki itu baik bila...


anonymous:
mcm mane nk taw lelaki tu baik?

nadiarusli:
mcmmana nk taw lelaki tu baik?hehe...ni killer question ni^_^...hmm,kalau yg biasa2 kita dengr semestinya lelaki yg baik itu penampilannya dijaga,akhlaknya terpelihara,berbudi bahasa, rajin ke surau, mungkin?....dan mcm2 lagi....

1.
bagi saya,hmm..(mungkin corak pemikiran kita berbeza?atau...mungkin kita terfikir bnde yg sma?...huhu...saya tak pasti anonymous ni lelaki atau perempuan...:) bagi saya lelaki yang baik tu bila nak tahu dia baik atau tak, ia datang dengan sendirinya dari mata terus ke hati.(bukan bermaksud pandangan dr mata-ke-mata).dari pemerhatian kita..dia akan ada satu rasa 'senang' dalam hati apabila melihat,berbicara,atau bekerjasama dengannya...pendek kata kita berasa senang bila kita lakukan sesuatu bersama atas kefahaman yang kukuh ttg agama...(mcm batas2 pergaulan..etc). bila kita lakukan sesuatu berkumpulan ia akan sentiasa terdetik untuk mengingatkan kita ttg Allah.

tak perlu bersuara tetapi cukup sekadar dengan melihat perbuatan yang disenangi. sbgai contoh, situasi bila mana kita bekerja dgn lelaki yg 'baik' kita akan lebih senang,mungkin sebab masing2 dah faham adab2 dan batas2 dalam bermuamalah antara yang bukan mahram,maka,sma2 akan menjaga.dia tahu bila mana perlu berteman dsb. sebab lelaki yang baik, takkan dia sanggup berdua-duaan dgn perempuan bila bekerja dsb. ini mungkin dalam bab bekerja belum termasuk aktiviti2 lain.so pandai2 lah menilai ^_^

bagi saya,lelaki yg baik tu takkan keluar dgn perempuan berdua-duan dan takkan create situasi yang membawa fitnah. maknanya dia pandai mengawal nafsu,dan membeza kan mana yang betul,dan mana yang salah. pandangan, jarak , bersentuhan semua tu dia akan jaga dengan baik dan lelaki itu seharusnya tegas dgn perempuan yg terlalu mudah menggoda dan menggedik.


2.
bagi saya, lelaki yang baik ni dia sangat mengutamakan hal agama dalam percakapan sehariannya. di samping perbuatan yang dia lakukan(tp yg ni antara dia dgn Allah) kita mungkin x nampak,dan tak boleh menilai sejauh mana kesungguhannya dan keikhlasannya beribadah. cuma ,mungkin kita boleh mula merisik (spy) drpd sahabat dan teman-temannya.atau mungkin drpd pensyarahnya...ahli keluarganya mungkin? :) hehe..pandai-pandai lah...

dia mesti pandai dan berhikmah dalam memperjuangkan Islam dan berda'wah menyebarkan agama Allah.mungkin dia aktif dalam usrah sbg contoh. sebab nanti bila dah mula nak mengemudi sebuah keluarga, ketua keluarga yg akan dirujuk. so kebanyakan benda seseorang ayah perlu 'master'..sebaik2nya untuk mendidik dan mengasuh anak2 dan isteri dgn jalan yang diredhai :) mesti kita nak cium bau syurga kan? jadi suami yg baik itu teramatlah penting untuk membimbing kita ke sana..inshaAllah ameen!

3.
Budi bahasanya,gentlemen, hormatnya pada wanita, tak pernah membebankan perempuan...sebolehnya dia akan mengetuai sesuatu.dia tahu amanahnya sbg pemimpin.sebab itu, dalam apa2 persatuan pun,atau organise any event, saya lebih suka lelaki yang 'lead'. lelaki seharusnya diberi penghormatan sbg ketua. dan bila kita dah jadi isteri nt pun,apa2 keputusan mesti husband yg buat kan? so, lelaki yg baik itu harus ada ciri2 sbg pemimpin yg baik.

dan kita sbg perempuan,harus memberi dorongan dan semangat pada mereka.sbg contoh yg plg simple,mengikut pengalaman sndiri,apabila kita masuk lif,lelaki yg baik pasti akan akan mendahulukan perempuan. bila nampak perempuan dalam kesusahan dia akan cepat2 membantu tanpa teragak2...dan mcm2 situasi lg yg kita boleh perhatikan..dan mesti terdetik kat hati kita kan? "baiknya lelaki ni..." ^_^


4.
lelaki yg bermasyarakat.bagi saya , saya suka lelaki yg pandai bergaul dlm komunitinya yg terdiri dr pelbagai peringkat umur.pandai melayan org tua,kanak2..mak cik2 di sekitar kawasannya...dsb. sebabnya, secara tak langsung ia akan memupuk rasa hormat, budi bahasa..kenal jiran-jirannya, ahli keluarganya. rajin menziarahi kenalan2nya, keluarga berhampiran dsb. dan yang paling penting, dia sangat2 mendahulukan keluarganya dalam apa2 jua situasi pun.


hmm...mungkin ada banyaaaak lagi.huhu.itu depends kepada bagaimana cara kita menilai.atau bagaimana cara kita di didik oleh ibu bapa kita. so kita pun mesti mngharapkan lelaki yg baik itu sebgitu.kan? that's why dr fadzilah kamsah pernah ckp, biasanya calon suami atau isteri yg kita pilih ni, mostly akan menyerupai rupa, wajah, sikap, atau perangai abang/ ayah kita...wallahualam

dan org kata bukan mudah untuk jumpa lelaki yg baik zaman skrg ni...huhu...erm,mungkin ya mungkin tak.cuma,apa2 yg saya tulis di atas ni,ini lah apa yg diasuh oleh kedua ibu bapa saya. abang saya juga :) dan,kita buat kebaikan ni, adalah untuk manusia tapi kerana Tuhan.



ikhlaskan hati,hiasi peribadi inshaAllah anda akan berjumpa dengan lelaki yang baik hati ^_^



wallhualam,sekdar perkongsian.
boleh tambah,boleh betulkan mana yg silap :)

25 March 2011

tentang secret admire


beberapa minggu lepas, tatkala sibuk menyiapkan beberapa assignment dan projek, saya di datangi satu message dr seseorang yang tidak dikenali.pada mulanya sekdar bertanya ttg agama dan mula mahu 'berukhwah'..

saya sekadar menjawab dengan ilmu yang terbatas. bila saat ingin bertanya siapa, kata nya

'secret admire'

ok.anda akan mula mengenali saya 'orang' yang macam mana. lol kalau saya TAK SUKA saya akan katakannya, dan kalau saya suka saya akan mendiamkan diri. dan dalam hal ini, saya sangat2 tidak suka,sebab apa?sebab saya tahu dia lelaki.

mula timbul ketidakselesaan dalam hati. ini tandanya perkara tak baik, maka perlu berhenti. saya mula menyiasat nombor phonenya melalui teman-teman saya. malangnya tak dpt dikesan. dan...saya minta bantuan rumate untuk berlakon 'tersalah call' orang. ternyata die lelaki. dan namanya juga dapat dikesan. alhamdulillah within 2 days.

everyday lelaki misteri itu menghantar pesanan ringkas. lewat mlm.jam yang sama. dan soalan ttg agama namun berlainan isu. hmm...dan, diselitkan juga salam ukhwah dsb. saya mula tak melayan. berdiam diri. dan terus diam...

hari demi hari saya masih diganggu. akhirnya saya kata pada nya, selagi tak beritahu saya siapa yang beri nombor n siapa dia, saya takkan jawab satu soalan pun. drnya akhirnya! die terkena. selesai die menjawab semua soalan.saya katakan padanya...

" maaf, saya tak bermessage dengan lelaki tanpa urusan penting.dan saya harap awak faham n respect prinsip saya...."

saya sebut namanya, semua ttgnya yg saya tahu. yang dia cuba sembunyikan dari saya. dan saya minta dia sampaikan salam pada 'si pemberi' nombor phone saya.evil cukup sekadar tahu semua yg ingin saya tahu,dan saya menjawab kesemua soalannya dgn baik.that's it!

terdiam.


hanya untuk seketika.

esok saya didatangi message dr nya lg.kali ni, dia kata,

"nak berkawan pun salah ke?"

saya kata, jangan gunakan isu agama dan kata 'ukhuwah' untuk mendekati saya. erm..rasanya itu kata terakhir dari saya.kemudian saya tak balas message nya sehingga kini.


....
hmm,actually kisah ni bukan penting tetapi sekadar ingin berkongsi. untuk perempuan di luar sana dan peringatan ntuk diri sendiri juga, jangan mudah 'menggugurkan diri ke tanah'. kita perlu kuat!kerna lelaki yang baik, pendekatannya bukan sebegini. mendesak dengan tidak berhikmah. mengganggu lewat mlm dsb tanpa urusan penting pun. malah menggunakan isu agama untuk message seorang perempuan bukan mahram,sedangkan ramai teman2 dan ustaz / ustazah di luar sana yang boleh dirujuk.

dan saya bertanya pada diri..for what purpose?!! andai saya message die,dan die message saya,then ke mana hubungan itu?sekadar berkawan?then what??

mula2 ttg "agama".....lepas tu? wallahualam

dan prinsip saya, saya lebih suka utamakan 'suami' dalam apa jua hal.pada mulanya saya malu mahu berkongsi..tp bila share dgn kwn2 mereka suka dgn cara pemikiran ini.lagi sekali saya ingin ingatkan, saya bukan lah yang sempurna dan terbaik. saya juga kdangkala melakukan kesilapan saat alpa dan leka dgn duniawi.tapi, selagi kita sedar kita sdg melakukan kesilapan cepat2 lah bertaubat,istighfar bnyk2...wink

mcm ni, demi menjaga sesebuah hubungan always think that "suami" saya no 1.ya,of course Allah must be at the first place. tp dlm situasi tertentu saya selalu fikirkan "ohh...tak boleh2..Allah tak suka perkara ini,dan saya tak mahu menjadi sekian..sekian.... kepada lelaki lain kecuali suami ku"razz bla...blaa..blaa....

"tak boleh2.."(tahan nafsu+tahan godaan syaitan) >_< "aku harus menjaga itu dan ini.....mereka bukan lelaki yang halal untuk ku...apa hak mereka??...bla...bla....blaaa...." ini sekdar contoh.saya selalu bermonolog dalam hati...istighfar---
malu dengan Allahmad

dan sebagai 'wanita' kita memang sering diuji. itu normal. bila dah sampai usia baligh mcm2 akan kita lalui. dari sekecil2 perkara hinggalah ke perkara yang agak serius. maka, kita perlu bijak menanganinya...ingat! lelaki yg soleh untuk perempuan yang solehah....

so jaga diri baik2 dr skrg. sama2 kita perbaiki ya wink

p/s: mesti suami kita seronok, dia lah yang pertama bagi kita!segala2nya yang pertama untuk dia...! indah bukan?

Islam itu cukup indah!

buat secret admire.maaf, saya harus bertegas. bukan semua perempuan semudah2nya melayan lelaki.anda tersalah no....please try later~

22 March 2011

end of semester

bila hujan turun
sekali sekala mengejutkan lena yang panjang
bila tempias ke wajah


hmmm...rasanya mungkin ini kali terakhir






kabus di pagi hari...
suasana pagi yang pasti dirindui ^_^
menghirup udara segar
mengharapkan setiap hari
bermula dengan baik :)







bila cuaca sejuk
...









jadual
melatih diri berdisiplin









makanan di kala kelaparan ^_^
buku koleksi sendiri...






all in one!







sesekali teringat ibu..
titik peluh dan keringat ibu ayah
yang membuatkan aku di sini
menimba ilmu di uia
peluang ini takkan ku sia-sia kan
inshaAllah





untuk satu semester
the old and the new one!
:)





pengumpul syiling :)
jarang sekali basuh baju sendiri
so...hantar laundry je lah
haish >_<"





setiap hari memikirkan baju apa yang nak dipakai ke kelas..
??







pemberian ibu
sooo..sweet!
ramai yang bertanya bila memakainya..
>_<





buat rumate tercinta,
pasti saat ini akan diingati sampai bila2
terima kasih kalian!
=)





bila detik terhenti....






damascus
mengajar erti kekuatan dan ketabahan






di hari yang ceria...
bila warna itu memberi makna






inshaAllah,akan ku terus menapak dalam perjuangan ini...andai esok masih adawink
lalui lah hari anda dengan sebaik2nya
hargai setiap saat dan ketika
inshaAllah di situ tersembunyi nya kebahagiaan

buat semua,doakan semoga semester ini berakhir dengan baik dan sukses!
buat teman-teman yang sdg dan bakal menduduki final xm,
do ur best!n TAWAKKAL wink

12 March 2011

disini,saya belajar.




library iium :)

di sini saya belajar. belajar menguruskan masa dengan baik.isi dengan pengisian yang terbaik.peluang ada,grab saje. tapi..kadang2 saya akur, saya tewas dengan sikap "break" kejap. ada masa nya saya akan langgar rules, nak bebas (konon). macam...saya tak dtg kelas. dan saya buat kerja di bilik. haha....this thing happens once in a lifetime...yeke?agaknya.surprised

harap2 tak berulang lagi. tapi...semester ni saya rasa, saya sgt teruk. tp saya buat2 ok. hmm. knape yek? entah la...mrgreen mungkin...kdg2 manusia ni, perlu keluar drpd kerja yang selalu2 nya dia buat...sumtyms kita rasa mcm nak keluar sket dr skop kita...ya,mmg kita tak boleh nak kuasai semua bnde ,tp adakalanya kita perlu ambil tahu,walau dengan apa cara sekalipun.


saya attend satu forum...erm...actually beberapa.kalau ikutkan assignment,mmg saya tak kemana...tp saya rasa, saya perlu belajar...untuk....bahagi kan masa dengan baik.saya fikir, satu2 event takkan berulang dua tiga kali...kalau ada tahun depan pun, mungkin tak sama...

hmm...dr pagi sampai ke malam,saya boleh tahan berada di luar tanpa pulang ke bilik. saya akan cuba penuhkan masa selain berada dalam kulliyyah@studio.aha...itu saya, lagipun best ...sebabnya kita akan terjumpa dengan kawan2 yang luar dr kulliyyah kita. itu saya suka wink

kalau pergi ke masjid, lain kawan yang kita jumpe...kalau pergi ke library,lain pulak kawan yang kita jumpa....dan,ya..sememangnya uia kecik.round sedalam n sejauh mana pun,pasti akan berjumpa dgn org yang kita kenal, baik lelaki mahupun perempuan. seronok berkawan, dr situ, saya belajar sifat manusia..saya lebih kenal teman2 saya jenis yang mcm mna...dan...yang paling saya suka, bila saje nak pergi makan sorang2..pasti saje saya berteman, maksudnya, ade saje terserempak dengan mana2 kenalan, n kami akan makan bersama, jarang sekali saya makan sendirian....cantik kan aturan Allah?


saya pergi ke forum "meritokrasi dan kuota:ke mana melayu"...dan dihadiri oleh panel yang hebat2...dan sgt2 tak sangka,rupa2nya..presiden kelab debat uia ialah teman saya sendiri...haha.impress sekejap.lol dia mmg hebat.dan saya kenalnya sejak dr foundation lagi. ada masa ,saya akan luangkan masa di library...untuk mengelak kan saya terus tidur dan tidur di atas tilam yang empuk di bilik.neutral hehe. masuk waktu solat, saya akan pergi ke masjid...dan...begitulah seterusnya....

petang2 pulak....ikut mood,kalau rasa nak berkayak,maka berkayak lah saya...kalau rasa nak berjoging....maka berjoging lah keliling tasik uia....dan...ada masanya saya akan main squash...semua ni,untuk kesihatan.sebab Allah lebih cintakan hambaNya yang kuat dr yang lemah kan? so,stamina kne kuat!!winkye kan?

luangkan masa petang2 dgn beriadhah mmg seronok. alhamdulillah Garden of Knowledge of Virtue ni sgt best kalau kita pandai menghargainya...pandai2 lah cari masa terluang untuk grab2 peluang yang ada sementara masih di universiti..waktu ni lah kita nak have fun dgn kawan2...sumtyms saya beriadhah dgn teman seusrah, kdg2 dengan teman sebilik...dan selalunya dengan teman se studio...

apa2 pun, di sini lah saya belajar. andai hidup kita cuma ada satu matlamat...sekadar belajar, siapkan assignment dan skor,rasa mcm hidup kita terlalu 'bosan'...apa kata, mulai saat ini, kita belajar untuk pelbagai kannya....termasuk mengembangkan minat kita...bab agama,kesihatan, makanan, kecantikan, keterampilan, ilmu2 sampingan...etc.

ya kdg2 terasa mcm banyak nye...mana satu nak buat?sebenarnya,kita tak perlu fikir banyak atau sket,but, just do it!sekali kita dah selesaikan satu perkara, kita akan mula 'ketagih' untuk buat mcm2 lagi....winkbelieve me.dan kejayaan bukan diukur atas satu benda sahaja..tp atas banyak aspek.

lagipun, kalau kita cuba mcm2 perkara, akan mula terbentuknya keyakinan dalam diri...and...kita akan tahu mana kebolehan kita.erm....setakat ni, ini apa yang saya dapat simpulkan daripada apa yang saya belajar dan lalui.untuk semester 2 ni,semoga ia penamat tahun dua yang baik.inshaAllahwink

okeh!sambung keje mrgreen


indah bukan?

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...

kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,

kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...

itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...

itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?

yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..

kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,

biarkan ia tetap diam...

kerana...

jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...

Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..

bersabarlah dalam diammu...


dshare dr FB

08 March 2011

bila hati berbicara




“ya..bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tidak memahami kau selalu merinduinya..bukan Allah tak mengerti bayangannya sering singgah di minda mu.semua itu fitrah..dan setiap fitrah, ada peraturannya..”

-fatimah syarha


sungguh.saat membacanya, betul2 terkena pada hati. memang ini yang sedang saya lalui. ia fitrah...perasaan seorang wanita yang semulajadi. bukan dibuat2..bukan diminta,tapi ia hadir dengan sendirinya. dan fitrah itu, harus dibimbing dengan sebaiknya...andai ia terarah dengan baik, alhamdulillah..

tipu kalau saya katakan saya tak rindukannya...tipu kalau saya katakan saya tak pernah rasa ingin berjumpa dengannya...tetapi iman menghalanginya. dan takdir belum pernah mengizinkannya...ia nafsu semata-mata. saya istighfar. itu cara termudah untuk tak tunduk pada nafsu. ini lah yang diajarkan kakak sedaurah saya dulu...smile


sungguh perit sebenarnya menahan perasaan. lebih2 lagi ia sesuatu yang belum pasti. ia rahsia Allah.

dan..tiba-tiba saya malu. malu sangat2.
redface bila mana teringatkan pada si dia, hati cepat2 berpaling. alangkah tak baik nya hati ini, mendahulukan cinta manusia lebih daripada Allah. si dia belum tentu teringatkan kita, sedangkan Allah tak pernah melupakan hambaNya. dan...saya yakin, semuanya datang dari Allah, mohon dan terus mohon padaNya..hanya Dia yang tahu mana yang terbaik buat kita!- saya nangis---



didik lah diri menjadi orang yang baik, nescaya kamu akan mendpat jodoh yang baik. jangan sandarkan cinta pada nafsu semata...
pesanan buat diri dan teman-teman-

ya,kadang2 senang kan nak bercakap. tp bila sampai masanya syaitan menggoda...hilang semua kata-kata yang pernah diungkapkan...cara yang terbaik, mengadulah pada mereka yang benar2 boleh dipercayai...baik dalam urusan agamanya...agar hati tak mudah terpesong...

kita boleh sebenarnya. cuma...tanya pada hati..nak atau tak nak?

kalau nak. semudah2 nya anak adam yang satu ini tewas pada syaitan
evil dan nafsu.
kalau tak nak...kita lah orang yang menang!

ia tak semudah seperti yang dibayangkan bila kita sendiri yang melaluinya...wahai hati, semoga terus kuat dan kuat!!
wink


maybe who u are tomorrow will be better than who I am today

.