Memaparkan catatan dengan label EMO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EMO. Papar semua catatan

Rabu, 18 Disember 2013

MOOD MENULIS

Bahahahah

Mesti ramai pelik, bukan sorang dua ramai lak kawan aku masej aku. Sejak bile aku suke tulis carpen?. Jangan pelik sangatlah...aku kan dah biasa merepek dari dulu. Aku memang suka menulis. Kalau zaman UKM, teater. Satu carpen aku pon aku tak berani nak sumbangkan. Takut sebab aku tahu penulisan aku amat lemah. Merepek dan semuanya imiginasi biasa aku sahaja.

So aku nak bagitau, biasenye cerita yang aku merepek tulis dalam blog banyak adaptasi dari mimpi aku. Kan aku ada anugerah boleh sambung mimpi. Haaaa kau hado?

Nak share aku bayangkan watak dalam cerita aku ni sape???

Kihkihkih imiginasi liar sangat.

Syamsul Yusof >>>>> Bad
Taylor Kitsch >>> Azmer
 
Hebat tak imiginasi aku??? Kau hado??? Kihkih sekarang mood aku tak leh stop. Nanti sampai tetibe otak aku blur, beku habis. So ada masa aku tulissssssssssssss je. Tak pakse orang bukak blog aku pon. Aku menulis suke-suke. Tu je boleh buat aku senyum sorang-sorang. Loser gile rase.
 
 
 

Pulun-pulun.

Peace no war

" Sabtu ni wanie n chibi pulak kawin. Sure aku emo. harap aku boleh tenang LOL"

Khamis, 12 Disember 2013

PERASAAN BILA KAWAN BAIK KAHWIN?

Sedih?
Jeles?
Kosong?
Gembira?
Rasa Biasa?
Rasa yang tak boleh dirungkaikan dengan perkataan

Tapi aku rase emo gile. Sambil tengok muke abang-abang dalam telefon sambil dengar lagu Jay Chou. Habis tisu mengelap air mata yang mengalir tanpa henti.

Ape hak ko nak rasa macam tu?

Ayat cliche orang akan cakap,

"Weh.....ko patot gembira dia kawin...."

Mayb aku rasa kehilangan, walaupon dia hanyalah kawan baik. Aku anggap ko abang aku walaupon kita tak sealiran darah daging.

Orang akan anggap aku emo. Tapi aku pon tak tahu kenapa aku emo.

Aku tak sepatotnye emo

Mungkin aku patot cari kebahagian aku sendiri. Aku rase kosong sebab aku loser.

Mungkin selepas ni kita dah tak boleh macam dulu. Sebab ko dah jadi suami orang wahai abangku.

Tahniah, happy sebab akhirnya kau jumpa bintang kau.

Macam-macam kenangan kita se geng....gelak ketawa, senyum, marah, sedih, menasihati, mendidik, dan semua kenangan mungkin aku je yang ingat.

Sampai mati aku takkan lupa jasa kau.

Tahniah wahai Affan Arus

Semoga kau bahagia sehingga jannah
Lepas Jai, giliran Afun....Arai....Dan.....
Macam bodoh aku buat wallpaper laptop. Ni sebelum aku pergi ke Teluk Segadas, Pangkor ikut kem rekkem. Dimana mereka tak dapat ikut sebab nak siapkan tesis. Maka aku buat ni nak tunjuk kat dorang yang aku sedih gile sebab dorang tak dapat join kem rekkem tu. LOL macam bodoh. Bile aku tengok gamba ni rase malu pulak...walaupon Jai, Man Bob takde dalam gamba ni....aku tetap sayang korang same rate. Korang abang-abang terbaik aku penah jumpe. 

Eii sumpah malu gile aku tengok gamba ni...bodoh buat wallpaper gamba dorang siap ade tulis lagi...sayang korang??? waddefark ape la yang aku fikir masa ni??? Haish
Yes muke legend makan kek coklat!
Masa MMP, memule kite kenal kan!!!!!!! Nampak tak seluar aku terkoyak?????
Kerarockclothing........1 gorila dan 3 ekor kera. 
Best merasa ikut dorang cari rejeki!
Sampai sekarang, kalau aku datang bangi....muke inilah yang aku nak jumpe. Walaupon aku dah dibuli sejak bertahun-tahun tapi gelak tawa tu kenangan terindah LOL aku emo
Lepak mapley sampai subuh ape ade hal!!!!
Besday prank Affun. Ini yang terakhir kan dari kami?
Ampunkan aku selalu kutuk ko ngan rokok ko...dan aku penah curi rokok ko.
Ampunkan aku sebab aku selalu buat hal lari sana sini
Ampunkan aku kalau aku membebankan masalah ko
Ampunkan aku kalau aku terkasar bahasa
Ampunkan aku kalau masakan aku tak sedap
Ampunkan aku segalanya

Lap air mata sambil dengar lagu indie
Romance - ku ingin kamu

Lagu feveret ko gile 

Selasa, 12 November 2013

WHEN ..............PART 2

Aku akan menangis bila


Bila aku kene buli, kau selalu marah dan naikkan semangat aku
Bila aku balik lewat dari kerja, kau tunggu aku 
Bila aku lihat dompet kuning aku
Bila aku lihat botol perfume yang kosong dari Jeddah 
Bila aku lihat lelaki Cina memakai baju melayu
Bile aku bebel pasal kerja, kau sentiasa menjadi pendengar setia
Bila hujung minggu kau kejut aku awal pagi, kalau hp tak berjawab kau akan telefon rumah
Bila kau mintak izin dengan ayah ibu nak bawak aku keluar makan
Bila kau selalu berada depan rumah aku buat kejutan
Bila aku lihat ruang halaman rumah tempat kita selalu berborak
Bila aku lihat moto honda ada clucth
Bila kau selalu belanja makan 
Bila kau selalu beli aiscream Mc flurry, McD
Bila kau marah betulkan aku
Bila kau ambil berat tentang aku
Bila aku nampak buah plum
Bila aku dengar orang bersin atau selsema sebab kau selalu selsema
Bila aku lihat semua hadiah dari kau
Bila aku naik kereta aku rasa kau ada sebelah sambil perhatikan aku
Bila aku dengar lagu Jay Chou
Bila aku masak tomyam dan spageti, walaupon tak sedap tapi kau habiskan jugak
Bila Tahun Baru Cina
Bila besday aku
Bila besday ko
Bila aku nampak gitar yang aku pernah gantikan 
Bila aku bukak email
Bila aku bukak nota ym yang aku save untuk dibaca ulang kali
Bila aku nampak USOP (cicak gekco)
Bila aku lalu depan rumah kau
Bila aku nampak Kwon Sang Woo
Bila aku nampak chopstick
Bila aku nampak seaweed
Bila aku nampak baju raya yang kau beri
Bila aku nampak Herbalife
Bila ayah sebut pasai kau
Bila aku nampak laut dan kapal
Bila aku nampak lelaki jari cantik
Bila aku nampak call dari oversea
Bila dengar lagu Siti Nurhaliza sebab dulu kita berborak kat ym kau menyanyi sampai ko tertidur
Bila aku rindu sangat aku letak phone pada telinga seolah-olah aku dengar suara kau
Bila aku nampak Mualaf
Bila order air limau suam, aku teringat aku mesti asingkan biji limau untuk kau minum
Bila aku nampak mak aku guna bekas isi mee sup yang kau masak untuk aku
Bila aku buat Math dan aku tak dapat jawab
Bila Tahun Baru
Bila kau tegur aku bab agama
Bila malam.....sebelum tidur

Mungkin aku ni beban, aku ni menyusahkan hidup orang. Beban....
Aku tau aku ingat balik semua ni tak guna..
Aku dah usaha gila-gila weh nak lupa semua ni. Bukan setahun aku cuba dah bertahun
Aku pon tak paham kenapa aku macam ni
Semuga aku dapat ketenangan satu hari nanti.
Ada hikmah setiap yang terjadi.

Terima kasih untuk semua. 

Ahad, 27 Oktober 2013

BEAUTY AND THE BEAST - VERSI NADEY PART 3

Rentetan dari kisah
BEAUTY & THE BEAST - PART 1
BEAUTY & THE BEAST - PART 2
Terasa badan terhentak dari suatu inersia yang agak kuat....rupanya ada satu beg backpacked 20L menghempap muka sewaktu aku sedang lena dalam kereta. Di tempat penumpang, Perlahan aku mengalih beg tersebut aku melihat samar-samar lelaki bert-shirt putih sambil tersenyum memandu kereta. Lama benar mata aku nak mengecam bayangan lelaki kacak yang sedang memandu itu.

"Nadey,,,,nadey, tidur je tak teman abang memandu pon" , sapa lelaki tersebut. ZAPPPPPPPPPPPPPPPPSsss......Allah ini suara Halim. Ya Allah aku bermimpi lagi ni!!!!! Bangun nadey bangun!!!!!!!

"Awak, kita nak pergi mana??" aku nak try tampar muka aku tapi malang aku tak sedar-sedar dari mimpi ni!. Hati rasa tak sedap, kenapa aku kerap sangat bermimpi tentang Halim sejak kebelakangan ini.

"Nadey, kita nak pergi honeymoon la", senyum Halim buat aku rasa nak titis air mata. Damn punya syaitan kau memang laknat mempermainkan perasaan aku! Aku cuba membaca ayat kursi, dada aku semakin ditekan. Maka aku hentikan pembacaan.

Sesudah sampai di satu kampung yang indah, hanya rumah usang, tetapi isi rumah lengkap, kipas di syiling, mesin basuh dan dapur yang serba-serbi lengkap. "Tok imam depan, hadiahkan abang rumah ni selepas anak lelakinya meninggal dunia kemalangan setahun lepas. Bila abang belajar agama dengannya, dia dah pun menganggap abang sebagai anaknya. Mungkin ini rejeki kita. Nanti awak masak, kita jumpa imam masa solat zuhur nanti?" lebar ulasan Halim. What???? ABANG??? Berderau darah aku..........sumpah. Ini memang mimpi, aku benci ko syaitan! bisik hatiku selindung perasaan gusar daripada Halim.

Sumpah macam real, aku masak tomyam sebab barang dapur yang ada lengkap serba-serbi Halim pula mengemas di atas. Ya Allah, ini kehidupan yang aku idam. Tetapi ini semua mimpi, nanti bila sedar aku akan rabak menangis. Sambil itu tangan aku pantas membungkus bekalan untuk tok imam. Tepat pukul 1 petang, Halim sudah siap mandi dan wangi minyak tar menusuk hidung. Ya Allah handsome sangat laki aku. Haaaa tengok, aku dah terlalu mendalami watak dalam mimpi ni. Bodoh!

Setelah usai solat jemaah di surau yang terletak depan rumah kami, tok imam mengajak kami ke rumahnya. Tok imam memberi nasihat rumah tangga, mencontohi Rasulullah...bla bla bla....aku tidak kyusuk. Yang aku pikir, sambil melihat wajah Halim. Aku sebak, mimpi ini indah sangat.

Pulang sahaja kami ke rumah, aku terus ke dapur membasuh pinggan dan semua barang dapur kerana sudah ditinggal lama, sudah berhabuk. Siap ada telur lipas...waddehell aku benci lipas!! Tiba-tiba Halim menarik tangan aku. "La.....dah kedut tangan isteri abang, dah.....tak payah rajin sangat jom teman abang makan. Lapar..........". Darah seperti naik ke muka. Berderau darah. Melihat Halim menambah dua pinggan cukup buat aku bahagia. Teringat dulu waktu aku baru saja kenal Halim. Aku beritahunya, jika nak makan tomyam sedap datang rumah. Ibu ayah terkejut tetiba aku masak tomyam banyak gila. Aku menunggu Halim di ruang tamu. Lambat sangat dah ni....dah nak pukul 11 malam. Bila dihubungi, talian tak bersambut. Ni nak merajuk ni, getus aku!!!

Lagi beberapa minit pukul 12 tengah malam, Halim muncul depan rumah pakai spek hitam, muka lebam. Terkejut sampai nak gugur jantung. Rupanya sewaktu dia menumpang motor kawannya untuk ke rumah aku, tak semena-mena motor itu hilang kawalan. Tercampaklah si buta Halim ini. Ibu mengajak Halim masuk ke rumah. Halim menyelak bajunya dan menunjukkan tempat di mana dia berasa amat pedih. Bodoh aku, terlihat SIX PACK Halim....WOOWOWOOWOW homai...........pandangan aku kembali fokus apabila Halim menunjuk kesan calar pada belakangnya. Malam itu, aku membatalkan niat aku untuk merajuk sebab melihat lebam-lebam badan Halim, datang jugak rumah aku makan tomyam. Heee

"Awak, awak Halim ke?" tanya soklan bodoh ko ni nadey........haaa aku benci ko ni mulut lagi laju dari otak bahalul ko. "La....awak awak awak, cuba panggil abang. Saya dah jadi suami awak ni." Betul la ni Halim" SAH!!!!!! SAH gaya cakap, suara dan mimik muke depan aku SAH HALIM. Aku pantas bangun nak peluk Halim...........................

Tiba-tiba aku dengar lagu G Dragon, I'm missing you. Ok aku dah sedar dari mimpi.
Seyes aku kecewa. Kenapa aku bangun? Kenapa aku mimpi macam REAL gila?? Kenapa aku mimpi Halim kerap sangat? Sabtu ni aku ke Singapura. Nak pergi USS ke nak cari Halim? LOL

Bodoh sangat aku ni....bodoh. Bila la aku dapat bebas dari gangguan syaitan ni rrojim ni!!!

Rabu, 11 September 2013

PROTON: SERVIS JAHANAM!

Aku seorang rakyat sederhana, yang baru dapat kerja. Terpaksa kerja sebaik habis dari belajar di UKM dengan kos sara diri di Kuala Lumpur, nak bayar PTPTN, nak bayar KERETA, duit makan, duit keperluan diri, beri ibu bapa, duit makan haiwan kesayangan, duit simpanan kahwin dan lain-lain lagi...agak MEMBEBANKAN. Bila aku dapat kerja di TTDI kenalah pakai kereta sebab tiada kemudahan awam ke TTDI KL....maka ia sudah menjadi keperluan. Maka aku mendapatkan khidmat agen yang boleh dipercayai sebab bos dia kawan baik aku mase tingkatan satu duhulu. 

Bincang-bincang nak ambek VIVA tapi abang tu kata kalau tambah RM50 boleh dapat kereta SAGA FLX 1.3 FULL SPEC. So aku decide ambek PROTON JUGAK!!!!!! Walaupon ayah dan ibu aku pakai PROTON tapi aku TIADA PILIHAN yang lain kereana ini sahaja yang murah dan selesa. Syukur dapat alhamdulillah

Tidak sampai sebulan pakai, bila undur kereta, enjin mati. Aku ingat timing dia rendah. bawak pergi servis minyak 1000km dan baiki sekali....Tak lama selepas servis, enjin mati sewaktu aku tengah laju memandu. Alhamdulillah nyawa masih panjang, tiada kenderaan dari arah belakang atau kemalangan berlaku. Aku dengan pantas ambil cuti pergi PROTON Taman Maluri, Kepong. Ok dorang kata dah upload software baru. 

Masuk bulan ketiga, Sabtu lepas, 7 September 2013 aku ke Melaka. Tengah laju ni, enjin MATI lagi...ya Allah berdebarnya aku nasib baik kereta belakang masih jauh. Sempat aku ketepi dan hidupkan semual enjin! Bila jadi kes ni!!!!!!!!! AKU TAK BOLEH TUNGGU LAMA

Isnin, pukul 8 aku call PROTON TAMAN MALURI, KEPONG. Mereka beritahu, aku kene pergi ke HQ PROTON di Shah Alam sebab ini masalah enjin. Aku sampai sana, pelayan pelangan mencatat masalah aku dalam borang servis dan beri nombor giliran untuk menunggu. 

Dia beritahu, "Cik akan tunggu lama harini. Kes kecemasan macam Cik ini ada beberapa pelanggan sudah membuat appointment, jika Cik nak buat appointment pon dalam 3 minggu ini sudah penuh". Aku pikir, harini aku cuti la, at least petang dia boleh tengok masalah kereta aku takkan aku nak tunggu 3 minggu lagi??? 

Aku tunggu macam orang bodoh, lupe nak beli sarapan sampai ketar lutut bila jam dinding menunjukkan jam 3 petang. Aku nak keluar takut dia panggil nama. So aku tunggu lagi dalam pukul 5 petang aku dah tak tahan. Lagi2 nampak pekerja sana dok borak2, gelak2 siap boleh tengok website gosip lagi.

Aku cakap, cik PROTON tutup pukul 5.15 petang dan saya nak balik. Boleh cik tolong pertimbangkan kes kecemasan saya, kalau tak saya nak balik rumah macam mana? saya rushing juga nak pergi HKL mak saya masuk wad. Kalau saya balik macam tu je, sia2 la saya tunggu sini dari pagi. Saya nak balik ni bahaya, jam dan bila2 masa sy boleh kemalangan.

Bila aku cakap macam tu, barulah ada respon. Ada advisor nama Zamharif. Dia baru kerja sebulan kat PROTON tu, yang tak boleh bla dia macam BLUR gila. 

Dia cakap, maaf cik saya orang baru saya tak tahu apa2. 

Aku naik suara, kalau tak tahu, pergi tanya senior. Tadi senior awak sudah bagi cadangan untuk panggil mekanik cek kereta,...yang awak duduk main pen depan saya buat ape? Sekurang2 nya saya perlu khidmat nasihat awak sebagai advisor ...saya perlu ke branch lain ke...kene tinggal kereta ke...bagi saya cadangan, apa perlu saya lakukan sekarang!!!!!!!!

Dia bangun masuk satu bilik tak tahu buat ape...lame gila aku tunggu...last2 datang mekanik cek kereta...aku tunggu lagi dalam pukul 7 malam. Mekanik datang kata, kereta aku memang tak boleh upload VENO!!! Cik boleh datang esok tak? datang pukul 8 pagi tak payah ambil nombor sebab cik dah ade dalam appoimtment. 

Esok, Selasa 10 September. Mak aku buat minor surgery har itui. Aku bangun awal pergi ke SHAH ALAM. Breakfast di Petronas sebab aku pikir tengah hari aku balik la kot. UPLOAD VENO je...Bila sampai tepat 8 pagi, Zamharif ni tak muncul2.....nama orang yang ambil giliran semua dah dipanggil. 

Aku pergi ke kaunter, En Zamharif ni mana? Saya disuruh datang seawal 8 pagi sebab mekanik nak upload VENO kat kereta saya. Tak kan Zamharif datang lewat saya kene tunggu dia? Itu masalah dia...bukan masalah saya. 

Receptionist cakap, maaf cik En Zamharif masuk lambat sebab tayar die pancit. Dia seorang je boleh bukak ID dia dan boleh handle kes cik. Cik duduk dulu.

Aku melenting bila aku dengar perempuan tu cakap camtu. Dia datang lewat atau MC bukan masalah saya. Kenapa PROTON tak professional, pentingkan customer dahulu. Kalau dia MC????????? Saya datang sia2???? TOLONGLAH itu bukan masalah saya, saya banyak lagi hal nak buat! Saya dah cuti 2 hari untuk kereta ni! Kalau boleh saya nak balik awal dan pergi kerja!!!!!!!!!!!!! Sila pas kes saya pada advisor lain. Tolonglah

Lepas tu ada mekanik semalam datang ambil kunci aku dan advisor lain yang handle kes aku!. Lega...aku tunggu jap, kalau tengah hari tak setel aku blah g TTDI. 

Dalam pukul 11 pagi, advisor dan mekanik datang jumpe aku. Cik, kereta cik ni ade masalah wiring,boleh cik tunggu lagi? sejam je... Dan aku setuju sebab die kata sejam je.

Aku tertidur sebab penat menunggu, tengok jam pukul 1 tengah hari. Allah, tak pergi kerja la aku harini...Aku jumpe cik Zamharif tu tapi dia jalan cepat2 kata, sekejap ye cik...

Pastu ada customer servis buat pantauan komen dari customer...memang aku mengadu semua. 

Selang 2 jam, dalam pukul 3.30 petang, aku cek Shuttle Service last dalam pukul 4 petang. Aku tanya Zamharif tu lagi, sekejap ye cik...pastu aku tahan dia...aku cakap ....Saya nak balik ni dah lewat, shuttle servis pon last pukul 4 petang ni...saya dah lama sangat tunggu better saya balik.

Dia tahan aku, cik tunggu sekejap ye, Proton tak kasi simpan kereta. Better cik ambek kereta cik sekejap lagi. Kami detect kereta cik ada masalah wiring wayar tak match...barang kene order lagi 3 minggu...

Aku mengamok " Ya Allahhh....Sekejap lagi???????? dari semalam saya dengar mende yang sama..mula2 sejam....sekarang encik kata 3 minggu?????? Kenapa tak suh saya tinggal kereta pagi tadi??? Kenapa saya tak boleh balik kerja atau saya pergi buat keje lain??? Mak saya kat hospital harini! Encik ingat saya banyak sangat masa??? Encik nak bayar gaji saya cuti 2 harini??????? Encik sebagai advisor tolong lah beri jalan alternatif pada saya, kalau kereta tak boleh suruh la saya balik dulu....ni tunggu macam orang bodoh!!!!!!"

Ada dua orang macam manager kat tepi, dorang diam je...orang lain pon diam. Tak buat ape-apa tolong masalah kawan...semua hanya lihat dan diam. Serius aku tak pernah pergi tempat servis, bila customer mengamuk tiada orang yang tolong redakan masalah, takde!!!!!!!!!! Biasanya aku tengok, at least manager dia bawak customer masalah berbincang dalam bilik, tak elok orang lain tengok takut effect pada customer lain...TAPI SERVIS orang melayu yang tak professional memang tak tolong pekerja melayu dan customer melayu! Seyes aku kecewa sangat2

Zamharif tu boleh cakap, cik bagi saya masa 10 minit saya pergi tanya mekanik macam mana. Aku tunggu 10 minit takde...aku nampak shuttle van aku terus blah. Aku tak tahan aku menangis kat pakcik van tu, pakcik van tu hantar aku sampai KTM. Dalam pukul 5 macam tu PROTON call aku...Lantak aku tak nak angkat...ni aku dah kat KTM die suruh aku datang balik ambek kereta yang tak siap lagi??? 

Rabu, 11 September 2013, aku migrain sebab terlampau tension semalam, muke bengkak sebab aku menangis gila...aku menangis sebab bukan pasai kereta je...pasai semua...dan2 Allah beri ujian untuk aku serentak semua sekali! Bila aku dah tak tahu nak mintak pertolongan sesiapa, aku jadi lost....aku kecewa gila...so aku menangis tu je yang mampu. Sejak 3 minggu lagi aku dah ade masalah ...Allah beri ujian kali ni sampai aku rasa tak tertanggung. 

Aku ingat nak half day harini, aku bangun siap masak, aku dapat call dari PROTON suh ambek kereta. Kereta aku tak siap wiring sebab barang kene tempah. Kereta boleh pandu elok cuma kemungkinan mati enjin tu ada. 

Ya Allah........nyawa aku dalam bahaya la lagi 3 minggu???? Aku rase nak marah lagi. Petang tu aku ajak ayah aku teman, sebab takde sapa dah boleh tolong. Sampai sana, tak de orang layan lagi. 

Aku pergi jumpe receptionist, Saya nak jumpa manager...saya nak ambil kereta dan balik!, Malang dia bagitau manager meeting. Last2 aku cakap, takde siapa dah ke boleh handle kes sy ni? Pastu die suh aku rujuk Workshop Manager. Alhamdulilah, dia bagi servis bagus, dia ajak aku test kereta dan cerita masalah aku dari awal. Dia sendiri terkejut kenapa Advisor Zamharif tak kasi aku balik. Sebab masalah enjin biasenya tak boleh settle sehari. 

Aku cakap, salah management la sebab Zamharif budak baru dia tak boleh handle emergency case!!! kene bagi senior yang handle. Itu SALAH MANAGEMENT!!!!!!

Selesai cek, dia kata... saya kompiden kereta cik ok....kalau ada masalah call saya. Saya akan reply secepat mungkin kes cik. Tapi cik kene datang lagi 3 minggu untuk tukar barang wiring. 

Aku lega, at least dia bagi jaminan! Takde la aku rase aku sia2 beli kereta ni. Walaupon kereta aku yang paling murah, tapi tak boleh beri layanan MURAHAN!!!!!! aku ada hak sebagai pengguna.  Aku beli buat loan dengan bank bukan RM300 tapi RM39,000. Aku baru pakai 3 bulan bukan 3 TAHUN!!!!!!! Pastu tingkap dah rosak...enjin mati...pe kess

Aku jumpa dengan Encik Zamhariff, aku mintak maaf atas kesalahan aku memarahi dia di khalayak ramai. Aku tahu tu salah aku memalukan dia tetapi apekan daya aku untuk mengawal kemarahan waktu itu.

Ya Allah, begini sikap PROTON lagi2 HQ kot...layan customer macam tu! Rasanya, dorang tak akan pernah kesah dengan masalah pengguna sebab dorang tahu, MESTI ADA ORANG BELI JUGAK WALAUPON BANYAK KOMPLEN...SEBAB RAKYAT TIADA PILIHAN sebab kereta proton je mampu DIMILIK!!!!!!!!!!!!

Aku sebagai rakyat Malaysia yang guna produk Malaysia aku berhak bersuara. Aku kesal, aku malu dengan orang CINA, orang INDIA di Malaysia ni lagi2 nampak pekerja MELAYU layan customer macam tu. MEMALUKAN....

Aku akan berusaha agar pihak ATASAN ambil kesah hal ni!

Aku nak jual proton, tapi aku akan kerugian lebih dalam RM10 ribu. Tiada pilihan. Aku kecewa sangat2. Aku ni nak bayar PTPTN lagi...sampai mati hutang tak setel2 bayar..

KESIMPULAN

JANGAN BELI KERETA PROTON.....

Mungkin dalam ramai2, aku dapat batch kereta yang tak berapa baik! Jika anda bernasib baik...syukur lah...jika anda macam saya....haaaa tolong kemukan, pertahankan HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA. Aku tak nak dengar kes kawan atau orang terdekat mengalami kemalangan akibat kes enjin mati semasa pemanduan. Bila aku pergi forum atau luah perasaan di FB, ramai kes seperti aku. Ada yang kes enjin mati semasa turun bukit nasib baik ada dia langgar pokok...kalau tak...

Bila kes macam ni, bila PROTON tak pernah dengar suara pembeli, hanya ingin untung laris hasil penjualan...maka hak kami sebagai pengguna tiada. Kami tiada pilihan lain. Sampai bila PROTON nak tipu pembeli? Jika kes TM orang boleh bising, takkan kes PROTON orang tak boleh bising.

YA bukan salah PROTON sepenuhnya, tetapi salah aku ke untuk memohon agar aku dapat jaminan untuk kereta ini? Disebabkan jaminan 3 tahun selepas pembelian aku tidak dilayan? Merugikan company jika ada kes pemohonan jaminan kereta yang mereka jual ni?

Nyawa kami? Warga PROTON sendiri menggunakan kereta PROTON kan??? Mereka tak takut ke jadi macam aku, atau ahli keluarga mereka? 

PIKIRLAH



Khamis, 30 Mei 2013

1st impression: BAIK GILA LAKI NI!!!!!!!!!!!! UNTUNGNYA KALAU JADI PEREMPUAN NI

What can i say is......This is the luckiest women in this world. She had cute husband who have such a big heart. 

Sesape yang terasa dirinya kategori bukan perempuan cantik sure kate lelaki ni yA Allah baik gile....judge laki saje....kita tak tahu perempuan ni yang baik hati sampai lelaki ni boleh terpikat kat die kan.....POSITIF.....sebab tu bagi yang Islam, kami percaya jodoh seseorang itu sudah ditakdirkan....sebab terciptanya Hawa dari tulang rusuk kiri Adam...maka kita MESTI ada jodoh, cuma lambat atau cepat.....sempat di dunia kalau tak sempat disini....di syurga itu PASTI.

Apa yang aku nak katakan disini....aku sering bertanya kenapa banyak usaha aku tak berhasil....usehe aku kearah jodoh...aku terpikir sebab rupa aku ke??? sebab perangai???? Sampai sekarang aku tak nampak jawapan dari segi zahirnya tetapi aku dapat jawapan dari aspek keagamaan iaitu, jodoh belum sampai, si adam belum bersedia siapkan diri untuk jadi imam....semua lah...tapi tu aspek pemikiran agama. 

Tapi mungkin perangai..........itu yang aku nak bincangkan
Dulu aku selalu benci perempuan cantik....sebab bagi aku perempuan cantik ni perasan cantik dan berlagak cun...plus gedik gile tahap cipan....lagi2 aku menyampah bila dalam sekolah dia asyik dapat pakwe dan boleh tukar2 orang....yang aku?????? Bab 1 loser...

Tapi bile makin dewasa perspektif aku bertukar, aku mula berjumpa dengan pelbagai orang....kebanyakan perangai buruk ni sume yang lagi hodoh dari aku!...aku kompiden aku cantik konon. Sampai pernah aku cakap....muke hodoh takpe jangan perangai pon hodoh....aku dok maki2

Biasanya....perempuan atau lelaki cantik dan hensem, buat perangai buruk macam mane....masih boleh dimaafkan....mayb tengok muke cantik sangat sampai lembut hati...Tapi kalau la orang tu buruk....aku maki gile babi siap cakap tak sedo diri,,,,haaa gitu

Contohnya masa aku di UKM, ada seorang hamba Allah ni aku anggap die kawan tapi die dah saiko kt aku.....memang aku salahkan muke hodoh die la....kalau die hensem sure aku redha je die saiko kat aku...kuang ajo aku ni....

Tapi aku tak sedar, aku seperti maki pada diri sendiri....jika perangai aku elok...aku tak maki orang :)
Begitu juga pandangan orang lain terhadap aku....Kesimpulan aku juga perempuan hodoh dan berperangai buruk.

Maka, start dari kesedaran betapa buruknya perangai aku, aku dah menhentikan perangai saiko aku kat orang yang aku suka....sebab aku pernah rasa perasaan annoying tu so dengan itu, aku dah stop jadi stalker dan PENGGATAI....cume berperangai hodoh pada kawan2 bagi aku itu salah satu dari entertainment. HAHA cover...

So far, hati aku hanya kat seorang sahaja, aku akan jumpe keredhaan apabila aku jodoh aku....maka aku sedang usehe mencari jodoh sebenar agar aku boleh tenang dan mendapat keredhaan........

MAKA, bila aku tengok gambar ni....aku percaya aku bukan buruk rupa paras tapi perangai....ubah mana patot sampai aku jumpe lelaki yang baik!.....amin...


Syukur tengok gambar ni, aku pon nak lelaki hero Malaysia juga.... :)

Isnin, 20 Mei 2013

AIR ASIA ISU: KES IBU DAN ANAKNYA YANG DEMAM CAMPAK DIABAIKAN DI VIETNAM

Ok sesape tak tahu kes ini silap google ape masalah sebenarnye.....semalam aku baca kat FB pagi ni lebih detail di blog Mazidul Kamal. Anak die kene tahan tak boleh balik Malaysia sebab demam campak, tapi salah seorang penumpang AA adalah pegawai medic dah check budak ni dah kebah cuma kesan luka demam campak je kelihatan. Datang nurse / doktor dr Vietnam yg tak reti cakap English cek suhu budak tu, bila orang tanye tak jawab terus blah...kalo aku sure rembat nurse tu kan!

Masa ni ramai orang Malaysia pelbagai kaum tolong beri bantuan kewangan weh...terharu gile tengok. Tapi kes dah setel, bengang lak aku nampak statement Tony kat Twitter yang dia kate kes ibu dan anaknya memang dah dalam law AA....memang budak tu sakit....tapi masalahnye banyak sangat info lain dari ape yang die tahu....tak kan pegawai medik tu bodoh kate budak tu sehat or demam lagi....

Lantak tu masalah dorang, Alhamdulillah budak tu dan ibunya selamat sampai ke Malaysia 

Pastu dalam blog Mazidul ada la gamba macam ni lebih kurang, aku tak puas hati aku google lagi....actually aku tengok event ni dalam TV3....

 Nak tahu nape aku google??? pramugari kat blakang tu semua muke melayu kot....ni sure la arak weeh
 Yes, yang kat blakang tu aarghhh arghhhh kene arak....harap dorang sental baju tu elok2.....tak leh bawak solat.....ehhehehehe...
OK.....seb baik pakai spender....bapak la weh...tak selera aku tengok

Khamis, 16 Mei 2013

HOW TO MOVE ON FROM FRUSTRATED.

Ok...haritu aku just post tumblr tapi hari ni nak menaip!

Aku buntu, serabut giler, tak pasai2 marah orang tak berdosa, banyak usehe dah aku buat nak lupekan kesedihan kan....maka aku google la....how to move on...

1) Google: Let's Face it 
Nadey: Redha.....Terima......tu perkara yang paling lambat nak serap dalam jiwa. Kalau ada rejeki ko boleh jumpe pengganti dengan cepat maka ko takde la pikir pasai masalah lampau sangat. Tapi untuk orang macam aku....dah usehe nak cari pengganti tapi takde rejeki, keredhaan untuk menerima yang kita sudah kene buang, sudah ditinggalkan....repeating day by day. Maka, bagi orang macam aku kene usehe gile sikit...

2) Google: Dont try and let go
Nadey: Jangan cube nak masej lagi......kene lepaskan....kene ingat kalau kita masej lagi la die rase beban....tapi pada awal2 tu kalau terlajak masej la kan konon.....percaya la....bila kita tak masej orang yang kecewakan kita...sure die akan rasa yang kite sudah ada life baru....so hidup die boleh tenang. That's why ada orang cakap, kalau sayang lepaskan....biar dia hidup bahagia....ayat sedih kan....kan...kan...Untuk orang macam aku....pada awal aku dah delete semua contact number, tapi orang tu datang balik katanya as a friend....so hati kecil aku kata ini harapan. Sebenarnye itu racun. Kalau boleh jangan accept langsung call yang mencurigakan...ye tahu hati meronta2 tapi percayalah semua itu racun nanti makan diri.

3) Google: Delete, and delete
Nadey: Dalam proses recovery ni, kalau boleh setiap mase nampak orang tu....dalam bilik nampak barang-barang yang pernah diberi oleh orang itu.....gambar2 kami.......sampaikan ape yang kami berborak dalam ym pon aku simpan. MAKA jangan lah sayang, delete semua....delete....buang2...kalau sayang nak buang letak dalam kotak atas almari....bertahun pas tu kalau terbukak sure kita akan senyum je....kenangan!Memang susah nk buang gambar semua la....tapi pikir keadaan meroyan kita nanti....demi kebaikan masa depan...pls buang 

4) Google: Write all your feeling 
Bila kita dalam emosi....nak mengadu kat kawan bukan semua paham ape yg kita rasa, maka luahan dari segi penulisan menzahirkan emosi, itu salah satu luahan positif.....luahkan semua...tapi bagi yang Islam...of course mengadu pada Pencipta adalah ubat yang mujarab. Kalau ada blog...tulis kat blog....biarlah orang annoying ....jangan malu. Allah swt beri ujian kepada kita....kita orang terpilih untuk diberi ujian kesedihan ini....so jangan malu sangat.....dan jangan compare hidup kita dengan orang.

5) Google:  Music
Nadey: betul, tapi jangan dengar lagu sedih...jangan dengar lagu bruno mars, haaaa jangan dengar lagu KOREA, indonesia.....haaa lagu dorang banyak jiwang juga. Bagi aku...aku dengar lagu band2 KPOP yang rancak, LINKIN PARK, MY CHEMICAL ROMANCE, SLIPKNOT, KORN.....EPICA...lagu yang rock gile kan

6) Google: Try new activity
Nadey: busykan diri......aku macam dulu jugak....tapi aku bzkan diri aku dengan tengok cerita korea....tapi kalau cerita korea yang sedih2 ni....memang payah la....tapi aku elak sikit. Aku tengok Running man....ala reality show mane2 la yang kelakar....asyik gelak je

7) Google: Meet someone new
Nadey: YEs....ini yang aku tengah try, walaupon dah bertahun aku try, banyak kali putus asa. Tapi demi masa depan, aku positif....aku try semua...walaupon orang kata terdesak ...aku peduli apa....susah senang aku nak lupakan kesedihan orang tak tahu kan....takpe...aku tak akan berhenti usehe...tengok borang JOM KAHWIN CAMPUR...kt blog revert muslim.....haaa aku isi je...sebab dari pandangan aku...semangat mualaf untuk belajar agama lagi mantap berbanding orang macam aku yang lahir2 je melayu dan Islam. Pastu kawan aku putri, suh gune WeChat ....cari kenalan baru...aku try tapi so far aku tak pernah reply....sebab yang add aku sume jantan gatal kebanyakan Indian n Chinese tua....LOL....kalau orang berkopiah add sejuk jugak perut.....haish tak kesah la ape pun cara masing2....positif dan istiqamah...ini usehe selain dari berdoa saja.

Aku tau post aku tak berguna sangat pon, kepada orang yang senasib macam aku....jangan lah kita compare dengan life orang lain....dia kurus n cantik sebab tu die senang dapat pengganti dan kahwin....sebenarnye kita tak tahu ape yang Allah duga dia....maka positif dan usehe dengan cara kita. Jangan rasa dengan bunuh diri, orang yang tinggalkan kita akan suka kita jugak akhirnya...puih takde!!!! Move on and get a life....