Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Saturday, January 30, 2010

GTP tentu hala tuju negara: Dr Mahathir





Perlu bukti keberkesananan untuk raih sokongan

PROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) akan menjadi kekuatan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menentukan hala tuju negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, matlamat yang disasarkan kerajaan dalam pelaksanaan GTP perlu dibuktikan keberkesanannya terlebih dulu, jika Perdana Menteri berhasrat mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

"Saya percaya GTP satu pendekatan baru yang cukup inovatif dengan memberi tumpuan kepada enam bidang utama dan ia pasti menarik perhatian rakyat untuk lebih tahu," katanya pada sidang media selepas memberi ucapan pada Majlis Bicara Perdana di sini, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata GTP akan menjadi kekuatan kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat mereka akan sentiasa diberi perhatian.

"Keyakinan rakyat datang daripada kejayaan demi kejayaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata sokongan kepada GTP bukan hanya harus datang daripada kakitangan kerajaan yang melaksanakan program ini tetapi juga daripada rakyat.

Kami kata:-GTP ni nampaknya adalah lebih untuk meraih kembali rakyat terbanyak yang telah menukar pilihan kepada parti lain selain BN dalam PRU12 hari tu.Jadi selama sejak merdeka dulu,tiadakah niat dalam hati pemerintah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat terbanyak ni?Takkan dah hampir terterap baru nak berubah.Jadi selama ni apa yang diperjuangkan oleh BN atau UMNO?Untuk selesa perut saja ke?Rakyat memang patut sentiasa diberi perhatian.Sebab rakyat telah menyokong kerajaan dan berkorban utk negara.Tapi kenapa baru sekarang kerajaan nak sedar.Selepas berbagai perkara dan ketidakadilan berlaku.Adakah mereka merasakan mereka akan ditukar?Moga perubahan yang dirancangkan ini menjadi kenyataan!Jangan kita lupa,RAKYAT ADALAH RAJA PEMIMPIN!

GTP kurangkan jenayah



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meneliti perancangan pengangkutan sambil diperhatikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan pada pelancaran Program Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju, di Kuala Lumpur, semalam.

Program wujudkan persekitaran selamat: Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin pelbagai langkah kerajaan bagi mengurangkan jenayah menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dapat mewujudkan persekitaran selamat demi kesejahteraan hidup rakyat.

Beliau berkata, sama ada orang ramai akan berasakan diri mereka selamat bergantung kepada pelaksanaan pelbagai langkah yang sudah ditetapkan dalam GTP.

"Ia sebenarnya satu isu mengenai keutamaan apa yang kita boleh buat. Jika kita memberi fokus kepada keutamaan ditetapkan itu, saya yakin kita boleh mencapai sasaran ditetapkan," katanya yang dipertanggungjawabkan untuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membanteras jenayah.

Hishammuddin berkata, pelaksanaan langkah ditetapkan GTP terbukti berkesan apabila kadar jenayah jalanan menurun menerusi tindakan kerajaan menambah 4,000 anggota polis bagi meningkatkan kawalan di kawasan dikenal pasti berlaku kadar jenayah tinggi.

"Daripada langkah sudah dilaksanakan itu, kita sudah nampak keberhasilan apabila peratus kadar jenayah jalanan menurun 6.7 peratus pada suku keempat 2009 berbanding suku kedua 2009 ketika GTP baru saja bermula," katanya.

"Rakyat sendiri yang akan menilai sejauh mana KPI mampu dicapai untuk mewujudkan kerajaan yang telus dalam setiap perkara yang dirancang dan dilakukan," katanya.

Kami kata:-Pelbagai langkah tu macam2 je bunyinya.Pada kami,langkah yang pertama perlu diambil adalah mengurangkan bebanan pihak Polis dari menjaga ceramah2 yg dibuat oleh PAS atau org lain.Tumpukan pada tugas membanteras jenayah.Bukan tak boleh ada polis,tapi agak-agaklah.Ini dekat sama ramai polis dengan orang dtg dengar ceramah.Lepas tu pulak cuba bayangkan.Anggota polis yang berpangkat Kopral ke bawah boleh pakai Toyota WISH!Banyak benor duit deme ni?Ada sorang tu baru berapa tahun keje,boleh pakai kereta yang harganya lebih RM125,000!Mana dia dapat duit banyak tu?Masuk kampung,Indonesia ada permit pun lari!Sebab apa agaknya?Pikir sendiri la.berkesan ke tidak,kita sama2 tgk nanti!

Perbaiki kehidupan semua rakyat



NAJIB bersama Muhyiddin serta dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta ahli Kabinet lain selepas pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan di Kuala Lumpur, semalam.

Pelaksanaan GTP komitmen kerajaan tingkat sistem penyampaian khidmat

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat semua peringkat terbabit dalam pelaksanaan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk memperbaiki kehidupan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama atau Wilayah bagi mencapai gagasan 1Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelancaran GTP melambangkan komitmen kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bagi melaksanakan transformasi selepas sesi percambahan minda di enam makmal membabitkan bidang utama seperti jenayah, rasuah, pendidikan, isi rumah berpendapatan rendah, infrastruktur asas luar bandar dan pengangkutan awam bandar.

"Peristiwa bersejarah ini penting bagi negara dan rakyat seharusnya menyertainya kerana apa yang rakyat mahu kerajaan beri perhatian dan tumpuan untuk mengatasi masalah mereka ada di dalamnya.

"Yang penting, selain komitmen kerajaan, kita mahu rakyat rasa ini sebahagian daripada milik mereka. Bukan saja terletak kepada kerajaan, malah perlu ada perasaan milik bersama untuk memastikan kejayaannya," katanya.

Beliau berkata, kewujudan makmal dan buku yang dilancarkan semalam juga menunjukkan komitmen kerajaan dan sistem khusus dirangka untuk memantau perkembangan GTP dari semasa ke semasa bagi mencapai tahap negara maju.

"Untuk mencapai matlamat itu, perubahan radikal sebegini tidak boleh dielakkan. Oleh itu, rakyat perlu sama terbabit kerana ia untuk kepentingan bersama," katanya.


MENTERI Kabinet dan tetamu kenamaan yang hadir pada pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan di Kuala Lumpur, semalam.

Kami kata:-undang2 yang dilaksanakan sejak lepas merdeka pun berasa payah nak settle masalah jenayah yang semakin meningkat.Mungkin Bapak Muhyiddin kita ni ada penyelesaiannya.Isi rumah pendapatan rendah tu pun satu.kalau ada ISI!Kalau takda?Rakyat terbeban dengan berbagai masalah termasuk pendapatan yang tidak mencukupi.Kalau dulu RM1ooo sebulan dah kira kaya.Sekarang?RM2500 pun senak lagi!Sebab apa agaknya?Sebab SEMUA BARANG DAH JADI"KENAIKAN TIDAK DAPAT DIELAKKAN!"Sebab tu lah jadi macam tu.Minyak naik,rakyat kena naik motor atau kereta gi kerja.Takkan nak isi kurang seliter sebab minyak naik?Belanja meningkat,takkan orang nak makan nasi seminggu sekali?belanja persekolahan naik,takkan nak ajak anak masuk hutan cari hasil hutan?Tapi ini semua bawah bidang kuasa sapa?Rakyat ke selama ni?

Tuesday, January 26, 2010

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

SKMM akan siasat penulis 'blog' hina Raja Melayu


BANGI - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan rapi terhadap seorang penulis 'blog' yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Raja-Raja Melayu.

Beliau yang memandang serius perkara itu berkata, beliau juga akan meminta Peguam Negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.

“Kerana ini adalah salah satu daripada perkembangan di negara kita yang tidak perlu dipanjang-panjangkan.

“Kita mahu rakyat menghargai mereka yang memberi banyak sumbangan kepada negara dan sangat jarang sekali di negara Asia, rakyatnya menghentam bekas Ketua Negeri, terutamanya Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Serantau Seabad Buya Hamka di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Rais berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan terhadap seorang penulis 'blog', dikenali sebagai Aduka Taruna yang mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Rais berharap masyarakat tidak akan meneruskan budaya yang tidak bertamadun itu yang bertentangan dengan cara hidup dan undang-undang di negara ini.

“Kita ada banyak hal yang perlu dilakukan, apalah untungnya mengeji seseorang yang baru sahaja meninggal dunia.

“Sejarah banyak meninggalkan kesan, negara Rom juga banyak meninggalkan sejarah pahit dan hitam. Mereka (rakyat) tidak mencela dan menjadikan itu sebagai bahan perbandingan.

“Jadi, saya harap walau macam mana cerdik pun, gunakan kecerdikan itu untuk membina masyarakat Malaysia,” katanya. Bernama

P/S :-AmbOOOOOOiiii!Sedap juga pengampu sorang ni bercakap.Macam tak sedar kawan-kawan dia pun sama.Dalam Buletin Utama TV3 tadi siap suruh mintak maaf lagi tu!Betul2 pengampu!Penjilat BN!


1.Tahun 1993,UMNO dan barua-baruanya di negeri Kelantan telah dengan gigih menabalkan SULTAN Kelantan yang baru menggantikan SULTAN yang telah ada.Padahal SULTAN yang sedia ada belum pun mangkat atau disemadikan!Adakah mereka-mereka ini dijatuhkan hukuman yang berat?Adakah mereka2 ini meminta maaf pada SULTAN Kelantan?Siapa mereka?Sila semak semula sejarah!Adakah orang2 ini dari pihak pembangkang?


2.Sesudah pilihanraya umum ke 12 tahun 2008,terdapat kemelut dalam perlantikan MB Terengganu.Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.Tetapi perlantikan ini mendapat tentangan dari segolongan KAUM UMNO negeri. Keputusan lantikan telah dipersetujui oleh YDP AGONG,Tuanku Sultan Mizan.Tetapi masih ada orang membantah dengan ayat 'KAMI NAK DERIS,NATANG!'Baginda masih lagi YDP Agong BUKAN BEKAS YDP Agong.Kenapa tindakan tidak diambil?Sembah derhaka dia bising,tapi DERHAKA betul tak bunyi pulak?

dari http://www.pemudajerantut.blogspot.com/

Lawak ganti SENARIO?

Najib anggap 2010 penting


AHMAD bertanyakan sesuatu kepada Najib ketika program Soal Jawab TV3, malam tadi.

Kerajaan bertindak pantas

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meletakkan 2010 sebagai tahun untuk kerajaan dan kakitangannya bertindak pantas dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab terhadap rakyat, tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan.

Sambil menganggapnya penting, Perdana Menteri berkata, kepantasan dalam melaksanakan sesuatu tugasan boleh menjadi kayu pengukur daya saing negara yang penilaiannya akan dibuat melalui Laporan Bank Dunia dan Indeks Daya Saing.

"Jika kedudukan kita tercorot, tentunya keyakinan terhadap kita akan dinilai semula. Apa yang penting adalah mengutamakan sistem penyampaian untuk memenuhi harapan rakyat.

"Tak payah lobi jika nak jadi wakil rakyat, jika buat kerja dan pengundi senang hati tentu ada peluang, tetapi jika abaikan tanggungjawab dan tidak turun padang, sudah nak jumpa, tentu sekali ia memberi isyarat bahawa wakil rakyat itu tidak disukai dan dia tidak akan dipilih untuk mewakili parti.


Menyentuh isu politik, khususnya parti komponen Barisan Nasional (BN), Najib berharap semua parti mengikut langkah Umno melakukan pembaharuan, termasuk pindaan perlembagaan.

"Kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, kebakaran gereja dan surau sebagai antara kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.

"Kejadian ini menyedihkan saya, ia tidak sepatutnya berlaku di negara yang maju, bertamadun dan dianggap sebagai role model, sewajarnya jadi sempadan dan tidak wajar diulangi," katanya.


P/S :-Dia sedar ke apa yang dikata?Adakah ini KATA YANG AKAN DIKOTA? Hahahahahahahahahahahahahahahahah

Monday, January 25, 2010

Ye ke ni??????

Kerajaan tidak bincang hapus Cola

KOTA BHARU - Isu penghapusan Elaun Sara Hidup (Cola) yang dinikmati penjawat awam sekarang tidak pernah dibincangkan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin semalam.

Menurutnya, isu itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang berkepentingan untuk menimbulkan keresahan rakyat di samping menimbulkan keraguan terhadap keupayaan kerajaan menangani kesan kemelesatan ekonomi dunia.

“Isu Cola ini sebenarnya tak ada, tetapi diada-adakan oleh pembangkang untuk menunjukkan kepada umum bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap nasib penjawat awam dalam menangani isu kegawatan ekonomi yang dialami negara sekarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan Bank Simpanan Nasional di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Awang Adek berkata, apa yang penting rakyat jangan terpengaruh dengan khabar angin oleh pembangkang yang cuba mencari keuntungan daripada modal politik murahan mereka.

Baru-baru ini isu penghapusan Cola dibangkit dalam blog selain disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), kononnya sebagai langkah penjimatan, memaksa Jabatan Perkhidmatan Awam mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu.

Kami kata:Iye ke ni Datuk?Kami ni bukan apa.Dah banyak kali kes macam ni jadi kat Malaysia ni.Maklumlah kan,MALAYSIA BOLEH!Dulu masa kecoh minyak nak naik,KERAjaan nafi jugak.Tup-tup naik.Lepas tu baru-baru ni,kerajaan nafi yang harga gula akan naik,tengok-tengok naik juga.Dulu kata Kadar Elektrik tak naik,alih-alih naik juga.Jadi macam mana agaknya penerimaan rakyat terhadap berita-berita macam ni?Nak percaya bulat-bulat ke Datuk?Jangan banyak kali menipu.Siakap senohong,gelama ikan duri.Bercakap bohong,tambah lagi mencuri! Tak baik tu!!!!!!!

Sunday, January 24, 2010

Apa cerita??????

SPR kaji perkenal sistem pengundian awal

KUALA LUMPUR- Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal, dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.

Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal.

"Hakikatnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti telah dijadualkan bertugas pada hari tersebut dan sebagainya," katanya.

Wan Ahmad berkata, mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka mengundi.-Bernama

ulasan:-Ini adalah cadangan terbaru dari SPR.Untuk perhatian semua,Pilihanraya ni bukan sebulan sekali,bukan juga setahun sekali.Tempoh paling singkat untuk berlakunya pilihanraya umum adalah 4 tahun.Jadi adakah satu keberatan yang amat sangat untuk keluar mengundi bagi orang biasa dan pelepasan untuk mengundi dari Pengurus atau Boss di sesuatu syarikat?Adakah mereka ini tidak sanggup berkorban walau sedikit pada hari tersebut?Jadi adakah mereka ini tidak sayangkan NEGARA? Pada kami usaha ini tidak perlu.Kenaopa dibandingkan dengan sistem mengundi dinegara lain?Kenapa SISTEM DAKWAT KEKAL tidak pulak dimbil berat?Adakah ini tidak perlu?Adakah ia tidak relevan?Adakah SPR Parti KOMPONEN BN?Mungkin kut!

Sumber dari http://mtdpulautawar.blogspot.com/

PENIPU BESAR!!!!!!!!!!!!!

Kelantan tolak tawaran anggotai panel royalti minyak

KOTA BAHARU 24 Jan. - Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

"Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.

"Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini. - Bernama

P/S :-mungkin ada orang yang akan mengatakan MB Kelantan ini tidak memikirkan kepentingan rakyat dibawah pemerintahan beliau.Tapi kami melihat perkara ini ada wajarnya.Kes seperti ini(WANG IHSAN) telah berlaku di TERENGGANU ketika PAS mengambil alih kuasa kerajaan negeri.Sebelum itu tiada wang ihsan tetapi ROYALTI. TAPI sebaik saja bertukar kerajaan negeri,pemberian ROYALTI diberhentikan dan diganti dengan wang IHSAN.Kalau UMNO kuat mengatakan yang mereka JUARA RAKYAT,tetapi kenapa antara negeri yang paling ramai orang melayu iatu Kelantan dan Terengganu dinafikan hak mereka?Inikah contoh kerajaan yang jujur dan amanah kepada rakyat dan negara?Apakah ini contoh kerja KATA YANG DIKOTA?PENIPU BESAR!!!!!!!!!!!!!!

sumber dari http://www.pemudajerantut.blogspot.com/

Friday, January 22, 2010

Gila!

PAC siasat keputusan beli tren komuter

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dimaklumkan Kementerian Pengangkutan sudah membatalkan cadangan pembelian lapan tren Diesel Multiple Unit (DMU) dari Sepanyol pada Disember tahun lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata disebabkan Kementerian Pengangkutan sudah membuat keputusan membatalkan cadangan itu, siasatan dilakukan selepas ini akan menjurus kepada bagaimana keputusan itu dibuat.

“Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wooi, memaklumkan kepada PAC yang kementerian sudah membatalkan cadangan pembelian tren DMU bulan lalu.

“Ada rasionalnya (pembatalan), tetapi saya tidak boleh dedahkan. Ada banyak maklumat yang kita minta mereka berikan lagi. Sama ada keputusan itu dibuat akibat isu itu dibangkitkan di Parlimen atau sebab lain, kita tidak pasti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen, semalam.

Kontroversi pembelian tren DMU tercetus apabila beberapa Ahli Parlimen yang berbahas di Parlimen Disember lalu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyiasat cara pembelian tren komuter berkenaan didakwa sebagai pelik.

Kami kata:-ini memang perkara yang mengejutkan.Kita tau je dah nak batal pembelian.Kalau tak,memang beli punya.KERAjaan ni tak pikir ke.Masa sekarang ni rakyat tengah susah.Keadaan belum stabil.Tapi nampaknya kerajaan semacam tak mengerti kesusahan dan kesempitan RAKYAT.ikut deme je nak beli ke tak.Itu dah kena tegur,kalau tak tegur?Bukan rakyat tak mahu kemajuan,tapi tengok masa dan ketika la.jangan main ikut sedap je.Baik duit tu buat kebajikan lain macam kurangkan beban yuran sekolah,kawal harga gula,harga barangan harian lain dan macam-macam lagi.dulu KERAjaan pernah cerita tentang UBAH GAYA HIDUP ANDA,tapi deme tak bagi tauladan yang baik.Kami kata UBAH KERAJAAN ANDA!

Wednesday, January 20, 2010

Beza orang Rancangan dengan orang lain.......

Felda tetap diarah bayar RM11j kepada 354 peneroka

PUTRAJAYA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selepas Mahkamah Persekutuan di sini semalam, menolak rayuan Felda.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara menolak permohonan Felda untuk kebenaran mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memerintahkan Felda membayar ganti rugi terhadap kesemua peneroka.

Zaki berkata, tidak wujud persoalan undang-undang yang memerlukan mahkamah tertinggi itu membuat keputusan. Mahkamah turut memerintahkan Felda membayar kos RM30,000.

Felda mengemukakan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan agensi itu membayar saman berjumlah RM7.8 juta termasuk faedah kepada peneroka selepas peguam Felda gagal hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes itu.

Jumlah itu meningkat kepada RM11 juta dengan faedah terkumpul dan setiap peneroka dijangka menerima pampasan RM30,000.

Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang menuntut antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum selepas mendakwa agensi itu menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi.

Mereka menamakan Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail defendan kedua (Ibrahim telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan ketiga. - Bernama

Di dalam writ saman, mereka mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual.

Ketika prosiding semalam kira-kira 200 peneroka hadir dan memenuhi pekarangan mahkamah Istana Keadilan di sini.

Kami kata :-Ini cerita tentang berjayanya rakyat bawahan membawa perubahan dan menangkis ketidakadilan pihak berkuasa.Dalam tahun lepas,ada juga kes PEMBERONTAKAN peneroka di Felda Padang Piol.Tapi tak lama sangat tempohnya. Mungkin orang Felda Padang Piol ni baik2 dan sabar@ orangnya.Tapi dari cerita ni kita kena tahu yang golongan bawahan boleh berjaya kalau kita bersatu dan bekerjasama.Jangan diharap sangat kepada orang2 besar nak bawa hal kita ke depan.Deme dah kaya,bukan ada masa nak pandang orang rancangan macam kita ni. Lebih baik dia cari anak dara orang pulak,tambah lagi satu.Boleh?

Tuesday, January 19, 2010

Lembab nak mampus!

Lantik Pengerusi JKKK baru segera

JERANTUT FERI – Penduduk yang tinggal di bawah pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jerantut Feri memohon pihak berkenaan membuat pemilihan dan lantikan baru bagi jawatan pengerusi JKKK untuk memudahkan pentadbiran kampung.

Wakil penduduk, Mohd Nawawi Zulkifli, 30, berkata, jawatan pengerusi JKKK diambil alih sementara oleh pengerusi lama setelah beliau melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada kepimpinan baru.

Menurutnya, masalah berkenaan menyebabkan jawatankuasa yang baru tidak dapat dibentuk dan menyebabkan pengurusan kampung terjejas.

“Majoriti penduduk bersetuju dengan pengunduran pengerusi JKKK lama dan mengemukakan pencalonan yang baru.

“Kekosongan jawatan itu menyukarkan pelbagai urusan penduduk termasuklah urusan menandatangani pelbagai borang keperluan sekolah dan urusan lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, Mazuan Rozi Osman, 33, berkata, penduduk kampung di sini mengharapkan pihak berkenaan mempercepatkan lantikan baru untuk membolehkan jawatankuasa dibentuk, dan segala mesyuarat bagi tujuan kemajuan dan pembangunan kampung dapat dilaksanakan.

Menurutnya, ketiadaan JKKK menyebabkan urusan kampung tergendala dan pelbagai aktiviti tidak dapat dijalankan berikutan ketiadaan pemantauan dan kerjasama daripada JKKK sebagai tulang belakang komuniti di sini.

“Tiga nama calon bagi menggantikan pengerusi yang lama telah diusulkan, dan kami mengharapkan ia diberi pertimbangan sewajarnya.

“Ianya penting supaya urusan pentadbiran kampung dapat dilakukan dengan baik, dengan segala informasi dari semasa ke semasa dapat disampaikan kepada setiap penduduk di kawasan ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Zainal Karib Osman, 34, berkata, jawatankuasa yang baru amat diperlukan memandangkan sesi persekolahan yang baru dibuka menuntut banyak kerjasama dan komitmen daripada mereka untuk urusan cop pengesahan dan sebagainya.

Menurutnya, diharapkan pihak yang berkenaan dapat mempercepatkan proses perlantikan baru JKKK untuk penduduk kampung berkenaan, supaya tiada lagi masalah berbangkit kemudian hari.

Kami kata:- Perlantikan JKKK ni pun penting ni.Sebab apa?Sebab sini lah nak letak sedara-mara atau orang kuat dalam sesuatu pasukan.Ini kerana untuk merancang menguasai CAWANGAN dengan kuasa yang ada.Tapi itu dah jadi perkara biasa sebab UMNO memang duk pikir nak tolong sedara-mara dia je.Tak percaya?Kenapa lambat sangat nak buat keputusan?Sebab apa?Gempa bumi ke?Banjir besar ke?Tapi sebenarnya cuma nak tentukan orang yang akan dipilih nanti akan mengikut segala kata2 dari orang atasan tanpa mengira tentang orang setempat.Kita tengok,orang2 Feri beruntung ke tidak!

Monday, January 18, 2010

Bangunkan tapak pekan sari lama

JERANTUT FERI – Penduduk di sekitar kawasan Jerantut Feri dekat sini memohon pihak berkenaan untuk membangunkan lokasi tapak pekan sari lama dengan unit kedai, untuk membolehkan generasi muda mengembangkan bidang keusahawanan.

Wakil penduduk, Mazuan Rozi Osman, 33, berkata, kini ruang yang digunakan untuk berniaga dulunya tidak lagi digunakan semenjak tapak pekan sari itu berubah lokasi iaitu di tepi jalan utama.

Menurutnya, ruang berkenaan kini menjadi tempat meletak kenderaan dan haiwan menumpang teduh dengan keadaan tersebut menjejaskan pandangan selain pembaziran kawasan.

“Dianggarkan terdapat kira-kira 4,800 jumlah penduduk bagi keseluruhan kawasan Jerantut Feri, yang mana pertambahan penduduk dengan kemudahan seperti jumlah kedai adalah tidak seiring.

“Lokasi tinggal itu pernah dibangkitkan dalam mesyuarat sebelum ini, namun tidak diketahui sama ada ia mahu dirobohkan atau dibina dan diperkemas strukturnya dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mazuan berkata, selain jumlah penduduk yang bertambah terdapat pelbagai projek keusahawanan yang dijayakan generasi muda khususnya di kawasan ini, yang mana ketiadaan lokasi tetap untuk menjadi tempat pemasaran mengundang masalah.

Menurutnya, lokasi tinggal itu sepatutnya dibangunkan oleh pihak berwajib dengan menjadikan ia beberapa pintu unit kedai, supaya ia boleh disewa dan digunakan penduduk untuk tujuan perniagaan dan aktiviti ekonomi lainnya.


Kami kata:-Cadangan ni baik.Tapi kalau dah nak start buat esok,jangan pulak ada yang ambik kesempatan duk pilih kaum kerabat dia je belaka.Mula dari roboh,hingga ke buat bangunan baru,sampailah ke berniaga esok jangan bolot ke keluarga dan sahabat dia aje!Ini tidak.kalau ada peluang projek,semua bagi kengkawan belaka.Orang lain tak merasa.Tapi itu kalau pun kalau dibawa keatas dan diluluskan.Tapi takpe,ADUN Tahan tu kan HERO SEMALAYA!Mesti boleh lepas punya!Macam masjid Feri tu lah.Orang lain mintak,orang lain dapat nama.Betul?

Sunday, January 17, 2010

Kita tengok seterusnya.........

IPT tidak boleh sekat kebebasan bersuara siswa

KUALA LUMPUR: Pentadbiran universiti tidak boleh menyekat kebebasan bersuara mahasiswa yang disuarakan melalui sudut pidato yang diwujudkan kembali selepas diharamkan pada 1971.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, mengingatkan pentadbiran universiti supaya tidak menghalang ‘kebebasan’ itu dengan menetapkan pelbagai syarat bagi mahasiswa yang ingin bersuara.

“Sudut pidato adalah satu kejayaan suara mahasiswa, oleh itu, pihak universiti perlu memberi kepercayaan kepada pelajar menguruskannya dan juga beri kebebasan mereka bercakap.

“Jangan terlalu banyak sangat syarat kepada mereka (mahasiswa) untuk menggunakan sudut pidato... saya dengar ada universiti suruh mahasiswa isi borang tertentu dan sebagainya terlebih dulu, ini (sudut pidato) bukannya pertandingan.

“Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada mahasiswa untuk menggunakan sudut pidato, tetapi pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti boleh memantaunya,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.


Kami kata:- Hah!Tengok ni menteri cakap apa.Universiti ni kadang2 lebih SUDU DARI KUAH.Orang belum buat apa2,dia dah cakap dulu.Apa gunanya kebebasan kalau masih dipenjara dengan terlalu banyak syarat.Syarat itu perlu,tapi janganlah sampai mengongkong kreativiti pelajar Universiti tu.Tak berkembang otak nanti.Terbantut pulak pemikiran mereka2 ni!

Berita dari luar.......

UMNO DIBENCI KERANA PEMIMPIN

Tokey babi pun boleh gemuk kalau berniaga 5 tahun tak bayar sewa



PRU13 semakin hampir, apakah Umno semakin pulih dan diterima masyarakat? Dari beberapa kajian rambang, masyarakat masih belum dapat menerima Umno kembali. Pembangkang seperti Pas dan PKR masih mendapat perhatian rakyat terutama di Jerantut. Masih banyak yang Umno perlu baiki terutamanya sikap pemimpinnya sendiri. Pemimpin Umno disemua peringkat harus berubah, dan berubah dengan segera.


Ketua Umno dicawangan harus lebih jujur dengan menerima sesiapa saja menjadi ahli tanpa mengira kroni bagi tujuan menjaga kepentingan untuk terus berkuasa sebagai ketua cawangan. Umno cawangan bukan milik keluarga. Jangan si-ayah jadi Ketua Cawangan, emak jadi Ketua Wanita, anak lelaki jadi Ketua Pemuda dan anak perempuan jadi Ketua Puteri. Menantu jadi Ketua Penerangan dan adik jadi Setiausaha. Orang lain disekat dari jadi ahli kerana nak jadikan Umno warisan turun temurun.


Di Bahagianpun demikian juga. Ketua bahagian harus lebih prihatin dan ambil peduli kepada ahli-ahli diperingkat cawangan dengan selalu melawat cawangan. Berumah tanggalah di Jerantut selaku Pemimpin Bahagian Jerantut bagi membolehkan rakyat menemui dan mengadu kesusahan. Ini yang rakyat inginkan. Bila kita prihatin kepada rakyat, maka rakyat akan membalas di pilihanraya nanti.


Pemuda patut lebih peka kepada peranan media baru dan berusaha gigih bagi menentang dakyah lawan dengan menggunakan medium internet iaitu melalui blog, facebook dan sebagainya. Pejabat Ketua Pemuda jangan saja dijadikan sebagai pusat permainan Pokker Face semata-mata, tapi gunakanlah internet dengan lebih berfaedah. Tingkatkan pembaca diblog pemuda bahagian. Kalau setakat 3 orang pengunjung dalam masa sehari, lebih baik tutup saja laman blog berkenaan. Berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Kalau tak tahu belajar pada yang tahu, kalau bodoh belajar dari yang pandai.


Seorang berjawatan didalam Wanita Umno dimaklumkan atas kapasitinya itu menjalankan perniagaan Rumah Rehat, namun sejak dari 5 tahun lalu tidak pernah membayar sewaan bahkan wang pendahuluan juga masih belum dilunaskan. Dalam mesyuarat, Ahli Majlis Daerah telah menyuarakan agar kontrek ditamatkan namun pihak majlis tidak berani mengambil tindakan. Kita harap Tuan Yang Di Pertuan Majlis bertindak lebih berani kerana rakyat memerhatikan ini selama ini. Kalau YDP rasa kurang berani, mungkin dia boleh berangkat ke mana-mana tempat lain. Kita hanya ingin pemimpin yang berani.


Apakah tindakan tidak dapat diambil ke atasnya hanya kerana dia berjawatan didalam Wanita Umno Bahagian? Umno Pahang tidak mampu mengambil tindakan? Bagaimana Umno Malaysia? Inikah keadilan untuk rakyat? Kita berharap pihak berkenaan akan mengambil tindakan segera sebelum perkara ini dirujuk ke pihak lebih tinggi lagi. Bagaimanapun, kita mengucapkan syabas kepada Naib Ketua Bahagian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu ini dan meminta pihak Majlis mengambil tindakan tegas. Kita lihat siapa yang ada telur dan telur siapa lebih besar?


Kita ingin bertanya, apakah dalam Umno ada 2 taraf keahlian dan 2 undang-undang yang akan menghukum golongan marhaen dan melindungi golongan elit? Satu Malaysia semakin nampak cemar kerana pemimpin Umno yang sebegini. Mungkin teori RAHMAN itu benar dan Najib adalah pemimpin Umno yang terakhir jadi PM dan akan berakhir segera iaitu pada PRU13 nanti.

diambil dari :-http://spu-bloggers.blogspot.com/

Burung terbang dalam sangkar yang luas!

Usah salah guna Sudut Pidato

Penyampaian berunsur fitnah, langgar garis panduan berdepan hukuman

KUALA LUMPUR: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara melalui Sudut Pidato atau Speakers' Corner yang dihidupkan semula, khususnya menyentuh isu berunsur fitnah atau sensitif.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, (UTM), Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata pelajar perlu bertanggungjawab terhadap apa yang disampaikan dan bersedia menerima hukuman sekiranya melanggar garis panduan ditetapkan universiti.

"Sudut Pidato ini adalah untuk kebaikan dan membenarkan pelajar melahirkan pandangan mengenai isu semasa atau apa saja perkara, tetapi kalau ada yang berunsurkan fitnah, mereka perlu bertanggungjawab dan menanggung akibatnya," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas mengenai usaha menghidupkan semula Sudut Pidato oleh IPT tempatan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi perintis, kelmarin.

Sudut Pidato popular di kalangan mahasiswa bagi menyuarakan pandangan mereka sekitar 1960-an dan 1970-an, sebelum diharamkan menerusi pelaksanaan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971.

Kami kata:-Cadangan ni nampak macam baik dan berkesan.Tapi belum jalan lagi dah macam2 amaran diberi.Kami pun tak setuju kalau ruangan ini digunakan untuk memfitnah.Tapi kalau sekiranya perkara semasa yang agak panas,macam mana?Pada pandangan kami,pelajar akan membuat analisa sendiri atau pemahaman yang berbeza berbanding orang biasa.DUDUK DI 'U' kenalah pantas berfikir!Sekiranya andaian atau pemahaman mereka agak berbeza,adakah ini dikira fitnah?Atau boleh dikira PERCAMBAHAN pemikiran?Yang mana satu sesuai?

Thursday, January 14, 2010

Dah berapa lama dah!!!!!!!!!

Lebih sedekad hidup bergelap

KAMPUNG SEMPADAN – Sebuah keluarga penoreh getah di sini merayu pihak berkenaan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumahnya yang bergelap semenjak 1999, iaitu ketika mereka mula berpindah di Batu 32, Kampung Sungai Malik, Kampung Sempadan dekat sini.

Penoreh berkenaan, Che Asmah Ismail, 47, berkata, dia dan suami berpindah dari estet Kemayan di Triang ke kampung itu setelah suaminya, Ngah Ramli Mat Yunus, 54, membeli tanah yang dijual penduduk di kawasan itu.

“Sepanjang lebih 11 tahun kami menetap di sini, kami tidak menerima kemudahan bekalan air bersih dan elektrik. Air diperolehi daripada sambungan dari rumah jiran berdekatan dan membayar secara bulanan kepadanya, selain daripada air tadahan hujan.

“Sehingga kini juga, api pelita dan lilinlah yang menerang malam kami kerana permohonan untuk mendapatkan bekalan elektrik berhadapan dengan beberapa masalah, ditambah kekurangan kewangan membuatkan bekalan tidak dapat diberikan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.:

Che Asmah berkata, setiap urusan dengan pihak berkenaan dilakukan suaminya yang juga bekerja di kilang batu bata di Damak, untuk menampung keperluan selain menoreh getah.

Menurutnya, masalah yang berlaku ialah kegagalan mereka sekeluarga menyediakan geran tanah menyebabkan bekalan elektrik tidak dapat dibekalkan.

“Ketika membeli tanah ini, pelan kami sudah sediakan namun kami tidak mampu untuk memanggil pihak berkenaan untuk menyukat tanah bagi mengeluarkan geran, kerana ia menuntut pembayaran hasil dan cukai juga terpaksa dikeluarkan, sedangkan kami tidak mempunyai wang yang cukup.

“Ketiadaan geran tapak rumah menyebabkan, pihak berkenaan tidak dapat menyediakan bekalan elektrik sedangkan pada ketika yang sama wakil rakyat juga telah turun melawat, manakala di rumah saya sendiri pendawaian elektrik juga sudah dibuat,” katanya.

Menurutnya, selain itu dia dan juga adik-adiknya yang lain berhadapan dengan masalah penggunaan komputer, kerana hanya boleh mempelajari ilmu IT berkenaan ketika di sekolah atau di luar rumah.

“Ketiadaan bekalan elektrik mengganggu pembelajaran, namun saya amat bersyukur saya dan dua lagi berjaya menamatkan pengajian hingga ke menara gading, tetapi saya juga risau dengan masa depan adik bongsu saya yang terpaksa melalui nasib sama mengulang kaji pelajaran bertemankan api pelita.

Hisamsul berkata, dahulu terdapat lima batang tiang elektrik di pasang namun tidak tahu mengapa sehingga kini tiada sambungan dibuat dan ia tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah keluarga ini semalam mendapati pendawaian elektrik telah siap dan hanya tunggu untuk disambungkan ke tiang utama, namun tidak dapat dilakukan berkenaan tiada bekalan diberikan.

Sinar Harian turut difahamkan, terdapat lagi beberapa rumah berhampiran yang tidak dapat akses kepada bekalan elektrik sejak lebih sedekad lalu.


Kami kata:-Kg Sempadan ni yang dekat Lanchang tu ke?Tapi suami dia kerja kat DAMAK.JAdi ini termasuk dalam PARLIMEN JERANTUT,DUN DAMAK ni!Mana pergi AHLI PARLIMEN dengan ADUN DAMAK,DATUK LAU LEE?Makan gaji buta ke.DAMAK ni tak ada orang lain pernah menang.Sepanjang masa BARISAN NASIONAL.Sejak merdeka lagi ni.Tak cukup kuasa lagi ke?Tak dalam pengalaman lagi ke?Ke memang tak nak tolong orang MELAYU?Jangan sampai orang tolak awak esok!Sahabatku dalam UMNO,lihatlah contoh yang telah diberi ini dengan teliti.Nilailah dengan mata dan hati yang terbuka!Jangan kita nak cepat panas aje!

Wednesday, January 13, 2010

Betul ke ni Tan Sri??????

Ekonomi negara dijangka positif

PUTRAJAYA 12 Jan. – Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan positif pada suku keempat tahun lalu berbanding penguncupan yang berlaku pada tiga suku pertama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pelbagai petunjuk ekonomi menunjukkan Malaysia mencapai kadar pertumbuhan yang positif, tahun lalu.

Katanya, keadaan itu akan membantu negara mencapai kadar pertumbuhan tahunan melebihi lima peratus pada tahun ini.

“Walaupun saya tidak dapat menyatakan sejauh manakah kadar positif tersebut tetapi saya yakin Malaysia mampu capai kadar pertumbuhan yang positif.

“Malaysia telah mencatatkan kadar pertumbuhan negatif pada tiga suku sebelum ini iaitu masing-masing pada negatif 6.2, negatif 3.9 dan negatif 1.2 peratus.

“Petunjuk-petunjuk ekonomi yang ada bagaimanapun menunjukkan kadar kita adalah positif pada suku seterusnya,” kata beliau.

Nor Mohamed berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kumpulan Perniagaan Oxford mengenai penerbitan Laporan Malaysia 2010 di sini hari ini.

“Selain itu, harga minyak dan komoditi yang tinggi juga menguntungkan Malaysia yang merupakan pengeluar produk itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nor Mohamed berkata, kadar tol baru untuk lebuh raya di Semenanjung akan diketahui dalam tempoh suku pertama negara ini selepas ia diluluskan oleh Kabinet.

Kami kata:- Kata2 menteri ni kadang-kadang buat orang pening je.Setahu saya,ada member saya seorang guru memberitahu bahawa Skim Bantuan Tuisyen telah dimansuhkan.Mungkin pencapaian tidak memberansangkan.Sahabat saya seorang technician di DBKL kata kadar overtime(OT) telah dikurangkan hampir 2/3. Seorang lagi rakan di PETRONAS Kemaman kata,seramai 9000 orang pekerja akan mula diberhentikan.Macam tu juga kata seorang lagi rakan saya di industri automotif negara bahawa ribuan pekerja akan diberi pilihan atau Skim VSS(dalam erti kata lain,berenti lah tu!)Jadi petunjuk2 ini tak menggambarkan keadaan ekonomi semakin pulih.Mungkin Menteri cakap nak sedapkan hati orang ramai je kut!

Ye ke ni??????

Kementerian nafi harga gula akan naik lagi

TEMERLOH 13 Jan. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan spekulasi kononnya harga gula akan dinaikkan sekali lagi menjelang perayaan Tahun Baru Cina ini.

Beliau sebaliknya memberi jaminan bahawa harga bahan itu tidak akan dinaikkan lagi sama ada sebelum ataupun selepas musim perayaan tersebut.

Justeru, beliau menyifatkan berita dan spekulasi tentang kenaikan harga gula itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sema-mata untuk meraih keuntungan.

“Perbuatan mereka itu boleh menyebabkan rakyat menjadi panik dan ini tentunya akan mendorong orang ramai membeli gula dengan kuantiti yang banyak.

“Ini akan menyebabkan gula habis di pasaran bukan dalam tempoh yang sepatutnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - Utusan

Kami kata:-Iye ke Bapak Menteri ni?Dulu banyak kali orang kena kes minyak.Kabor tak naik,tup-tup,naik juga.Macam RON95 dan RON97 sekarang.Memang RON95(dulu merah)tak naik.Tapi cuba kita tengok RON97 tu.Tak ke harga dia lagi lebih dari hijau yang lama?Jangan jadi macam menteri besar Pahang.Kalau gula naik harga,kita boikot jangan makan gula.Kalau macam tu senang la nak jadi Memanda Menteri ke Menteri Besar.Kalau naik jangan pakai,kalau naik jangan guna.Orang besar takpelah.Gula dengan benda lainboleh claim.Rakyat bawah ni apa macam?Takkan nak main bedal je minum kopi o takde gula?Datuk AHMAD ALBAB pun marah gula takde! Minyak naik jangan bawa motor,bawa kereta.Jalan kaki! Sanggup ke kita?Pemimpin patutnya cari penyelesaian,bukan bagi jawapan macam budak sekolah!

GEREJA DAN MASJID BUJAL KEMAMAN DAN MASJID KG BEREMBANG DI AMPANG



KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.

"Ini adalah sokongan kerajaan...ini adalah tanda keikhlasan kerajaan dan saya harap semua pihak akan bersikap tenang"."Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan yang dialami oleh gereja itu dan pengumuman itu disambut dengan tepukan oleh ramai yang hadir.Najib dengan diiringi beberapa orang menteri kabinet dan timbalan menteri menghabiskan masa 15 minit di tingkat bawah bangunan yang menempatkan gereja itu dan menyaksikan sendiri beberapa kemusnahan seperti peralatan pejabat, akibat lontaran bom api.Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada ahli gereja serta penduduk setempat berebut-rebut untuk bersalaman dengan Perdana Menteri sebaik beliau selesai meninjau kerosakan di gereja itu selepas tiba di situ pukul 5 petang.

Najib berkata lawatan beliau ke tempat itu menunjukkan betapa kerajaan memandang serius insiden itu."Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini."Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."

Ulasan: Diucapkan tahniah kepada PM kerana mengambil tindakan yang cepat dalam membantu dan melawat gereja yang dibom oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. PM berkata "Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita".Sekiranya ucapan PM ini betul dan penuh tanggungjawab, bagaimana status dengan masjid Kg Bujal di Kemasik, Kemaman dan Masjid Kg berembang di Ampang, kenapa langsung tidak menjaga keharmonian dan agama pada ketika itu ?Sedangkan masjid juga adalah tempat beribadah bagi ummat islam.Sekali lagi saya nyatakan tahniah kepada PM kerana mengeluarkan peruntukan sebanyak lima ratus ribu ringgit terhadap gereja yang dibom itu tetapi janganlah jadikan ummat islam di Negara ini sebagai satu etnik yang seolah-olah tidak ada maruah seperti yang telah dilakukan kepada kedua-dua buah kampung iaitu Kg Bujal dan Kg Berembang .Kalau nak bantu dan harmoni tolonglah kedua-duanya kerana ummat islam di negara ini juga adalah rakyat Malaysia sepertimana penganut agama kristian yang telah dibom gereja mereka.

Monday, January 11, 2010

Perkara yang dapat perhatian!!!!!!!!!!!!!!!

Tiga lagi gereja, sekolah, surau sasaran serangan


NADZIM (tengah duduk) bersama dengan gabungan NGO menyokong mengenai sukarelawan mengawal keamanan semalam.

Rakyat tak perlu bimbang insiden terpencil

BUKIT BERUNTUNG: Tiga lagi gereja, satu sekolah dan sebuah surau menjadi sasaran serangan bom petrol dan batu oleh pihak tidak bertanggungjawab, semalam, tetapi keadaan keseluruhannya amat terkawal, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin memberi jaminan rakyat tidak perlu bimbang dengan beberapa insiden terpencil itu kerana keadaan adalah terkawal.

"Saya meminta orang ramai jangan terpengaruh dengan laporan segelintir media asing mengenai apa yang berlaku kerana kejadian sebenar tidak serius seperti digembar-gemburkan mereka.

"Malah, Ketua Polis Negara sudah diarah memantau semua blog, internet dan SMS yang menyebarkan khabar angin sehingga mencetuskan kebimbangan rakyat serta ambil tindakan tegas terhadap mereka yang mendalanginya," katanya pada sidang media selepas menyertai Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa di sini, semalam.

Dalam kejadian terbaru pagi semalam, dua gereja di Taiping iaitu Gereja All Saints di Jalan Taming Sari dan Gereja Saints Louis di Jalan Lumba Kuda serta pos pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dilempar bom petrol tetapi tiada kebakaran berlaku.



Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata hanya ada kesan hitam pada dinding luar kedua-dua gereja itu akibat api kecil, tetapi tiada kerosakan.

P/S :- Keadaan tegang,berhati-hati.Jangan cakap ikut suka,nanti kena gari!Kecoh sekarang orang bakar gereja,serang surau dan macam-mcam lagi.Tetapi adakah kita masih sedar yang gula dah naik,bil lektrik nak naik,bayaran sekolah nak naik,Elaun COLA nak hilang,PPSMI tak menjadi(GAGAL).Enjin jet macamana cerita?Adakah kita masih ingat dengan itu semua?MUNGKIN TIDAK!!!!!

Thursday, January 7, 2010

Berita tak sedap dengar!!!!!!!!!!!!!!!!

Hapus Cola jejas pretasi sektor awam: Cuepacs

SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam.

“Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan.

“Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara.

Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.

Menurutnya, langkah ini sekiranya dilaksanakan pastinya mendapat reaksi yang pelbagai daripada kakitangan awam.

“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.

P/S :-Hah!Dah ada yang bunyi ni.Macam mana kalau jadi betul?Kakitangan peringkat bawahan tentu bertambah pening kepala mereka.Mana baru bukak sekolah,sikit lagi nak masuk IPT pulak.Makin derita lah rakyat kita ni.Nama je negara kaya.Minyak ada,sawit ada,kayu ada macam2 lagilah.Tapi kayu macam kat Jerantut ni ada geng2 tertentu aje yang sapu.Alasan nak buat projek,tapi lepas kayu dah keluar,hampas pun tak ada.Nak buat macam mana,PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT lah katakan!

Diambil dari http://www.pemudajerantut.blogspot.com/

Tuesday, January 5, 2010

Tak tahu mana satu yg betul!

Jangan terpengaruh dengan orang luar

BANDAR BARU –: Penduduk di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) 410 dekat sini dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan negeri mahu mengambil alih tanah di kawasan berkenaan untuk tujuan pembangunan pada masa akan datang.

:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, banyak aduan diterima di pejabatnya dari penduduk di sini, yang tidak berpuas hati dengan kehadiran pihak yang mendakwa kerajaan negeri mahu mengambil alih tanah penempatan mereka.:

Menurutnya, dakwaan itu adalah salah sebaliknya pihak swasta yang berminat untuk mendapatkan tanah di kawasan perumahan berkenaan untuk projek mereka.:

“PAKR 410 adalah perumahan mampu milik kos rendah oleh kerajaan negeri terbesar di daerah ini, dan dan ini projek terakhir yang membolehkan pembeli berurusan secara terus dengan kerajaan tanpa melalui bank.

“Pihak swasta yang berminat mendapatkan tanah kawasan perumahan berkenaan menawarkan penduduk dengan pelbagai janji dan juga akan menggantikan penduduk ke suatu lokasi penempatan lain jika mereka bersetuju,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, ia hanyalah projek pihak swasta yang dilakukan adalah atas dasar perniagaan, berharap penduduk dapat berfikir secara mendalam dan serius terhadap apa yang ditawarkan.

“Jika penduduk berminat dengan apa yang ditawarkan, itu adalah hak mereka dan membuat perbincangan serta muafakat untuk mengatasi masalah yang berlaku dengan baik.

Beliau berkata, terdapat banyak aduan penduduk sendiri datang mengadu kepadanya dengan beranggapan mereka akan berhadapan kesusahan apabila kerajaan negeri ingin memindahkan lokasi penempatan mereka.

Menurutnya, isu yang wujud itu adalah tidak berasas dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri, ianya hanya bermotifkan perniagaan memandangkan lokasi berkenaan mempunyai potensi yang baik.

“Saya tidak boleh menghalang kerana semuanya atas budi bicara penduduk, namun saya amat mengharapkan agar setiap keputusan yang mahu diambil hendaklah dilakukan secara muafakat, supaya segala masalah dan kesulitan dapat dielakkan dan tiada masalah berbangkit kelak,” katanya.


Kami kata:-Perkara ni dah dengar lama dah.sebelum ni cuma dianggap KHABAR2 ANGIN je.Tapi kalau dah boleh kata sampai hari2 datang,org pun NAIK ANGIN! Gitulah nasib org MELAYU di Jerantut ni.YB Damak bukan orang MELAYU,dalam DUN pun jarang cakap pasal orang MELAYU Jerantut.ADUN MELAYU lain nampak gayanya buat2 tak tahu je!Kenapa agaknya?Takkan PEMIMPIN GAGAH dah tak berani nak bercakap?Ke dah kena suap.Tanah yang cantik depan CIMB Jerantut pun lepas ke tangan orang lain,ini pulak tanah tak berapa nampak!Mungkin PROJEK SILANG kut?

Pemimpin gagah perkasa!!!!!!!!!

Isu kalimah elak jadi rusuhan Natrah


AHMAD Zahid menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada murid sekolah rendah kawasan parlimen Bagan Datoh semalam. - Foto Abu Bakar Sidek

Sensitiviti ummah perlu dihormati: Ahmad Zahid

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menghormati sensitiviti umat Islam berhubung penggunaan kalimah 'Allah' bagi mengelak tercetus sebarang kemungkinan atau ketegangan.

Katanya, negara tidak mahu peristiwa rusuhan Natrah yang mencetuskan ketegangan antara Islam dan Kristian di Singapura pada 12 Disember 1950 berulang jika penggunaan kalimah 'Allah' dieksploitasi oleh pihak tertentu.

Rusuhan di republik itu tercetus berikutan keputusan mahkamah mengeluarkan arahan agar Natrah atau nama asalnya, Bertha Hertogh @ Maria Huberdina Hertogh yang diserahkan dan dijaga oleh keluarga angkat Islam, dikembalikan kepada ibu bapanya.

Ahmad Zahid berharap semua pihak menghormati sensitiviti umat Islam kerana kita perlu menghormati agama lain.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya.

Ahmad Zahid berkata, beliau hairan mengapa akhbar mingguan itu bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya.

"Saya meragui ada pihak mempunyai tujuan tertentu hingga mendorong pendakyah bukan Islam mahu menyamakan Allah dengan 'Tuhan' mereka," katanya.

Beliau turut mengajak tokoh ulama serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bersatu menangani isu berkenaan.

P/S :- Saya sokong penuh keputusan mempertahankan nama ALLAH dari sewenang2nya digunakan oleh org bukan Islam.Tapi hal2 lain seperti dakwaan Mufti Perak sedikit masa dahulu tentang kadar murtad tidak pula mendapat perhatian dari Menteri atau orang berkuasa tertentu.Cuma sesetengah orang kecil yang mempertikaikan perkara ini.Kenapa kurang org2 BESAR ini bersuara?Saya juga pernah mendengar wujudnya GEREJA MELAYU di Lembah Kelang.Adakah perkara ini benar?Mengapa tindakan tidak diambil?Adakah ini juga dikira menghormati agama lain?

Diambil dari :-http://pemudajerantut.blogspot.com/

Monday, January 4, 2010

Tak sedar je!!!!!!!!!!

'Bukan alasan naikkan harga'


ABDUL Khasani Musa menaikkan notis harga makanan dan minuman di warungnya yang masih kekal ketika tinjauan di sekitar Kuantan, semalam.

Kos tambahan ditanggung pengusaha makanan, minuman terlalu kecil

KUALA LUMPUR: Industri pengeluaran makanan dan minuman tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengeksploitasi kenaikan harga gula dengan menaikkan harga makanan dan minuman pada kadar yang membebankan pengguna kerana ia hanya menyebabkan peningkatan kos pengeluaran maksimum sebanyak lima sen.

Bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga pada kadar yang melampau, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dijangka mengadakan dialog dengan persatuan peniaga makanan dan industri tenusu, Jumaat ini.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, menegaskan kenaikan maksimum lima sen itu diperolehi berdasarkan pengiraan kandungan gula dalam pengeluaran makanan dan minuman oleh kementerian itu.

"Adalah keterlaluan jika ada peniaga menaikkan harga makanan dan minuman pada kadar yang membebankan. "Lagipun kos tambahan yang ditanggung peniaga atau pengeluar hanyalah pada kadar maksimum lima sen sahaja," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kebimbangan pengguna berhubung kenaikan harga barang disebabkan peningkatan harga gula yang berkuat kuasa kelmarin.

P/S :- Sedar tak sedar,harga gula dah naik.Oleh itu ada pihak yang akan cuba utk menaikkan harga barang.Tapi orang tak perasan biasanya sebab banyak lagi HAL BESAR yang sedang BERLAKU dalam masa yang sama.Contoh,enjin jet hilang,kemasukan ke sekolah,gereja dan macam2 lagi.Jadi hal ini tak masuk dalam senarai PENTING perhatian rakyat.Tapi nak buat macam mana,kan Malaysia Boleh!Semua boleh.Naik harga boleh,kena tipu boleh,lektrik naik,air naik pun boleh.Hemmm.Tak tahulah!

Sumber dari http://www.pemudajerantut.blogspot.com/

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru!!Kena lagi...............

Harga gula naik 20 sen

PUTRAJAYA: Harga runcit gula di pasaran tempatan dinaikkan 20 sen sekilogram berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Beliau berkata, harga runcit baru gula di Semenanjung ialah RM1.65 sen sekilogram, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.75 sekilogram.

“Kerajaan mengambil langkah itu berdasarkan faktor sosioekonomi dan harga gula mentah di pasaran dunia yang kini mencecah RM2.20 sekilogram berbanding RM1.35 sekilogram ketika kontrak jangka panjang bagi 2009-2011 ditandatangani dengan pembekal gula antarabangsa sebelum ini.

“Langkah itu juga bertujuan mengurangkan subsidi yang terlalu tinggi terpaksa dibayar kerajaan kepada pengilang gula setiap tahun bagi memastikan harga runcit bahan itu sentiasa stabil,” katanya pada sedia media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Zain berkata, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara Asean lain termasuk Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (RM3.05 sekilogram), Indonesia (RM3.40 sekilogram) dan Filipina (RM3.62 sekilogram).

Malah, beliau berkata rakyat di negara ini mungkin terpaksa berdepan kenaikan harga gula sebanyak RM1 sekilogram jika kerajaan tidak memberikan subsidi.

Katanya, jika kerajaan mengekalkan harga gula pada paras lama, iaitu RM1.45 sekilogram di Semenanjung dan RM1.55 di Sabah dan Sarawak, jumlah subsidi terpaksa ditanggung adalah se RM1.26 bilion setahun.

Beliau berkata, kajian kementerian juga mendapati kenaikan harga gula juga akan memberi kesan minimum terhadap peningkatan harga barang makanan yang mempunyai kandungan gula seperti susu cair, teh tarik dan minuman dalam tin.

"Misalnya, secawan teh tarik atau kopi yang kita anggarkan mempunyai kandungan gula sebanyak 40 gram akan menerima kesan kenaikan harga sebanyak 0.8 sen.

"Kementerian akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan peniaga makanan dan pemilik restoran tidak menaikkan harga makanan sesuka hati," katanya.

Beliau berkata mulai hari ini, kerajaan menarik balik subsidi bagi roti putih dan mengeluarkannya daripada kawalan.

P/S :- Selamat tahun baru!!!Ucapan untuk semua rakyat 1 MALAYSIA.Semoga kita akan terus bersama kerajaan BN sehingga kiamat!!!!Program PERMATA dirancang semasa ekonomi belum pulih.Nak laksana perlu modal yg SANGAT BESAR! Prasekolah kan dah ada?Tapi mungkin org tak nampak kaitan antara ini dengan kenaikan pelbagai barangan pengguna.Mungkin sebab GST kut?Bonus untuk kakitangan kerajaan tak ada.Tapi tetap nak tubuh pasukan F1 1Malaysia!Bukankah itu 1 pembaziran yg sangat nyata?Tak boleh fikir ke?Pemimpin apa macam ni?Inikah yang digelar tradisi membela rakyat?Terus lah menipu!Mudah-muahan BN akan jatuh dalam PRU13 nanti!Kitalah rakyat yang menumpang dan ditekan di negeri sendiri!!!!!!!!!!!!!!