Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Brunei perkenal undang-undang syariah

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional.
Baginda berkata, Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang baru diperkenalkan semalam selepas persediaan selama beberapa tahun itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian.
Undang-undang tersebut akan hanya dilaksanakan terhadap penganut Islam.
Ia merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan perlbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak.
"Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," titah baginda dalam satu ucapan.
Sultan Hassanal pertama kali mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara yang dihuni oleh 400,000 penduduk itu pada 1996.
"Brunei menonjolkan ciri-ciri sebuah negara feudal pada kurun ke-18 berbanding anggota penting rantau ekonomi dan sosial Asia Tenggara pada kurun ke-21," kata Timbalan Pengarah Asia Pertubuhan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch, Phil Robertson ketika mengulas perkembangan itu.
Beliau menyifatkan perubahan kepada undang-undang tersebut sebagai pencabulan hak, dibenci dan tanpa justifikasi.
Brunei telah mengharamkan penjualan dan perbuatan minum arak di tempat awam serta mengehadkan perkembangan ajaran agama lain.
Sultan Brunei sendiri melahirkan kebimbangan berhubung undang-undang syariah beberapa tahun lalu ketika kanun berkenaan dalam proses untuk disiapkan.
Namun, baginda berulang kali menyokong untuk mengukuhkan asas Islam bagi menghadapi pengaruh luar yang merosakkan termasuk internet.
Bagaimanapun, kerajaan Brunei dipercayai akan melaksanakan undang-undang syariah secara peringkat-peringkat seiring dengan cirinya sebagai sebuah negara yang aman, kata seorang felo pelawat di Pusat Pengajian Islam Omar Ali Saifuddien, Gibril Fouad Haddad.
"Adakah ia (undang-undang syariah) hanya simbolik? Saya tidak tahu," katanya. - Agensi

Thursday, December 6, 2012

Fungsi Kamera AES



Mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan 9 peratus pengguna jalan raya yang tegar melakukan kesalahan. Selain itu jumlah kenderaan bertambah sebanyak 10 peratus pada setiap tahun dan kira-kira 7,000 pengguna jalan raya terkorban saban tahun akibat daripada kemalangan. Merujuk kepada statistik ini juga sehingga bulan April 2012 terdapat kira-kira 14.7 juta kenderaan yang berdaftar masih aktif digunakan.

Bagi mengurangkan masalah ini kerajaan telah memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau AES sebagai kaedah untuk memantau dan mengesan pesalah lalu lintas. Berikut adalah fungsi kamera AES ini adalah:

  • Satu teknologi baru yang mampu mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalu lintas dilakukan di kawasan sering berlaku kemalangan.
  • Dapat mengenal pasti kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.
  • Berfungsi menguatkuasakan undang-undang secara automatik dan mampu berfungsi 24 jam.
  • Kamera automatik merekodkan kelajuan, nombor pendaftaran serta gambar pemandu.
  • Maklumat dihantar terus kepada pusat kawalan dan pengkalan data JPJ.
  • Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  • Sistem ini juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
  • Bukan hanya perangkap had laju tetapi adalah penyelamat kepada pengguna jalan raya. 


Monday, December 3, 2012

Khasiat Teh Hijau



Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di negara seperti Jepun yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiatnya adalah mampu meningkatkan metabolisme tubuh selain dapat memberi tenaga dan sekiranya diminum setiap hari dapat menurunkan berat badan.

Berdasarkan kepada kajian, ekstrak teh hijau dikenal pasti dapat mengaktifkan metabolisme serta meningkatkan tenaga kerana kandungan sejenis bahan iaitu polyphenois katekin dalam jumlah yang besar mampu membakar lemak sehingga empat peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau.

Selain itu antara khasiatnya yang lain adalah membantu mengawal glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah sekiranya diambil selepas makan.

Untuk itu amalan meminum teh hijau ada banyak kelebihannya. Di sini aku kongsikan lagi kelebihan-kelebihan lain yang ada  pada teh hijau iaitu:

Mengurangkan risiko kanser
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.

Mengatasi bengkak mata
Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah.

Antiseptik kulit
Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan.

Melindungi kulit
Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit.

Menurunkan tekanan darah
Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal.

Menguatkan daya ingatan
Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda.

Awet Muda
Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Friday, November 30, 2012

Perkataan yang wanita selalu gunakan

Aku ingin kongsikan kata-kata yang selalu digunakan oleh wanita dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun bukannya semua tetapi mungkin ada satu dua yang mengena dengan anda.

1.Fine
Ini adalah perkataan yang perempuan suka gunakan untuk menghentikan pergaduhan. Tambahan pula bila dia merasakan dirinya sahaja yang betul dan apabila ini berlaku kaum adam hendaklah diam. Jangan sekali-kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai. Ini hanya akan membuat anda berdua bergaduh

2.Lima minit
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

3.Takde apa-apa
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

4.Pergilah! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’.
Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

5.Mengeluh yang kuat
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

6.Mengeluh yang perlahan
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan.. dan dia akan kekal puas.

7.Okaylah
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. ‘OKAYLAH’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAYLAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

8.Buatlah
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

9.Tolonglah
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

10.Terima kasih
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

11.Terima kasih banyak-banyak
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas’MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

Thursday, November 29, 2012

Mudahnya Menjemput Rezeki

Semua rezeki adalah datangnya daripada Allah. Ianya bukan hanya terhad kepada harta dan wang ringgit sahaja bahkan merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Menjemput rezeki adalah lebih mudah daripada mencari rezeki. Bagaimana? Kalau kita tahu caranya untuk mendapat rezeki, ia akan menjadi sangat mudah malah akan datang tanpa disangka-sangka. 

Kali ini aku ingin berkongsikan satu buku iaitu Mudahnya Menjemput Rezeki. Apa yang ingin dikongsi oleh penulis adalah pengalaman daripadanya sendiri yang mencari rezeki dengan rahsia-rahsia tertentu.

Untuk makluman semua, buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini adalah hasil tulisan Tuan Fathuri Salehuddin. Buku ini mengandungi sebanyak  184 mukasurat dan mempunyai 4 bahagian yang memaparkan 40 bab yang berlainan tajuk. Harga buku yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

Bahagian 1 menerangkan 'Apa itu Rezeki?', Bahagian ke 2 pula adalah mengenai 'Menjemput Rezeki', Bahagian ke 3 memaparkan mengenai 'Cerita Menjemput Rezeki' dan bahagian yang terakhir iaitu ke 4 adalah mengenai 'Apa Perlu Saya Buat Sekarang?'.

Untuk mengenali dengan lebih dekat lagi penulis buku ini, di sini aku kongsikan video pengenalan yang disampaikan oleh beliau.



Untuk mendapatkan dengan lebih jelas isi kandungannya bolehlah mengunjungi laman web ini di www.tarikanrezeki.com. Selain itu juga bagi yang berminat untuk menjadi pengedar berdaftar dan juga pengedar daerah bolehlah terus melawati laman web www.tarikanrezeki.com.

Jika ada yang berminat hendak memilikinya, boleh menghubungi Syed Mohd Saiful Ikhwan (013393 6460) atau meneruskan belian secara online di www.tarikanrezeki.com.


Monday, November 26, 2012

Kebaikan kamera AES

Sehingga ke hari ini perbicangan mengenai kamera AES ( Sistem Penguatkuasaan Automatik) masih lagi hangat diperkatakan. Ada yang menyokong dan juga ramai yang membantah. Kalau dah membantah tu faham-faham jerlah.  

Memang tidak dinafikan sistem AES ini ada kebaikannya. Jika ditanya kepada setiap individu, adakah mereka suka gerak geri diperhatikan terutamanya ketika memandu di jalan raya. Mesti jawapannya tidak. Ditambah lagi dikenakan hukuman jika melakukan kesalahan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan dan lain-lain lagi.

Di sini aku kongsikan serba sedikit mengenai kebaikan kamera AES ini:

  1. Untuk mengurangkan kemalangan dan kadar kematian di jalan raya yang tinggi di negara ini, iaitu 19 orang sehari.
  2. Memantau setiap kesalahan pengguna jalan raya 24 jam
  3. Dapat mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu (kerana mereka sedar diri mereka diperhatikan ketika memandu)
  4. Dapat mengurangkan kemalangan maut di kawasan yang telah dipilih pemasangannya.
  5. Dapat mendidik mereka yang sentiasa melanggar lampu isyarat supaya sedar jika melanggar lampu merah akibatnya melayanglah duit.
  6. Sistem AES untuk mendidik dan bukannya untuk menghukum.
  7. Sistem ini bukan sebagai perangkap kerana 2 km sebelum sampai ke kawasan kamera AES itu, pengguna telah dimaklumkan melalui papan tanda bahawa di depan mereka ada kamera dan 1 km kemudian satu lagi tanda jalan memberitahu di depan mereka ada kamera AES dan 500 meter sebelum tiba di kawasan kamera, mereka dimaklumkan sekali lagi. Kalau sengaja langgar peraturan tu memang nak bagi duit free kat kerajaan. Takpe sedekah sekali sekala.
  8. Dapat memberi amaran kepada pemandu supaya mematuhi had kelajuan.

Walau bagaimana pun aku harap pihak kerajaan mengkaji kelemahan pemasangannya seperti dari segi saiz papan tanda amaran atau jika diletakkan di tempat yang tidak sesuai seperti terlindung dan lain-lain yang boleh menyebabkan pengguna jalan raya terlepas pandang. Ini boleh mengelakkan daripada tanggapan orang ramai bahawa kamera AES ini sebagai 'PERANGKAP'. 





Wednesday, November 7, 2012

Uji Minda

Di bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..

Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?

Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah…

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 …. Campur lagi 1000 . Campur lagi 20… Campur lagi 1000 . Campur lagi 10….. Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk …jawapan.. ..

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .

Soalan keempat:

Bapa sadah ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Sadah. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. …?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.

Monday, November 5, 2012

Ramalan Cuaca Seluruh Malaysia Terkini


Di negara kita, musim tengkujuh bermula pada bulan November dan berakhir pada pertengahan bulan Januari setiap tahun dan melanda negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Memandangkan sekarang ini cuaca di seluruh Malaysia tidak menentu, di sini aku ingin kongsikan maklumat ramalan cuaca di seluruh negara untuk 7 hari bermula 5 November 2012 sehingga 11 November 2012 untuk kita merancang perjalanan dan aktiviti harian.

Walau bagaimanapun beberapa buah negeri telah pun mengalami banjir disebabkan cuaca yang tidak menentu. Menurut laporan Majlis Keselamatan Negara sehingga jam 10 malam tadi, seramai 3,659 mangsa banjir telah dipindahkan di Johor, Perak, Melaka dan Selangor.

Berikut adalah ramalan cuaca mengikut negeri dan bandar-bandar utama seluruh Malaysia:


Sunday, November 4, 2012

Tabiat Negatif Pemandu

Salah satu tabiat negatif pemandu adalah menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Tahukah anda bahawa kebanyakan pemandu hari ini hanya menggunakan separuh daripada kemahiran mereka semasa memandu di jalan raya?

Usah terkejut, kerana itu adalah realiti. Dorongan itu terjadi berikutan naluri semula jadi manusia yang memberi input salah tentang apa yang sepatutnya dilakukan semasa memandu.

Menggunakan telefon bimbit, menaip teks khidmat pesanan ringkas (SMS), membetulkan siaran radio dan juga mencari arah menerusi sistem navigasi ketika kereta sedang bergerak. Malah ada yang boleh makan, minum serta bersolek ketika memandu.

Memandu memang tidak sukar lebih lagi kenderaan moden yang dilengkapi dengan pelbagai ciri contohnya kenderaan automatik.

Kini, jurutera GM di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa universiti di Jepun sedang merancang mengurangkan keterlibatan manusia dalam mengendalikan kenderaan.

Mereka cuba menjadikan sistem automasi berfungsi sepenuhnya. Daripada lebuh raya yang membolehkan kereta dipandu tanpa memegang stereng, hinggalah ujian pergerakan mekanikal yang diintegrasikan bersama sistem GPS. Desakan itu timbul berikutan sebahagian besar faktor kemalangan yang berlaku berpunca daripada kesilapan manusia.

Secara relatifnya, semua orang dewasa boleh memandu. Namun, apa yang membezakan pemandu yang cekap dan sebaliknya adalah corak pemanduan. Cekap, bukan semestinya anda seorang pelumba litar atau pemandu ujian seperti Tiff Needell atau Quentin Willson.

Kecekapan pemanduan berdasarkan naluri dan keupayaan mengesan sesuatu kecelakaan beberapa saat sebelum ia berlaku. Perbezaan jumlah saat itu kadangkala menentukan sama ada anda mampu atau tidak menyerap kemalangan, mengelak kemalangan atau terus sahaja menghentam dengan momentum penuh.

Kurang kosentrasi

Kesilapan yang sering berpunca daripada manusia adalah kurangnya konsentrasi semasa memandu. Jika anda menggunakan telefon bimbit dengan kit bebas tangan sekalipun, sebenarnya tumpuan memandu kini terbahagi kepada dua situasi yang berbeza.

Malah, beberapa kajian mendapati konsentrasi memandu boleh hilang sehingga 70 peratus ketika berbual menerusi talian, tidak kira sama ada menggunakan kit bebas tangan atau sebaliknya.

Pernahkah anda terlepas memasuki simpang jalan kerana sibuk berbual dengan rakan sebelah? Ini adalah contoh jelas mengenai konsentrasi yang terganggu.

Konsentrasi bukan sahaja melibatkan mata. Ia berkaitan dengan naluri dan keupayaan deria lain untuk berinteraksi bersama sewaktu memandu.

Tali pinggang keledar

Ingat, secanggih manapun kenderaan ia tidak akan berfungsi menyelamatkan pemandu jika anda mengabaikan fakta keselamatan yang telah disediakan secara asas. Setiap komponen perlu berhubung untuk memastikan setiap satunya berfungsi menyelamatkan pemandu ketika kemalangan.

Beg udara, jika pengeluar kenderaan memasang 30 unit sekalipun tidak akan berguna sekiranya tali pinggang keledar tidak dipakai.

Tragedi kemalangan Mercedes Puteri Diana pada tahun 1998 adalah antara contoh komponen semudah tali pinggang keledar mampu menyelamatkan nyawa.

Daripada empat orang yang berada di dalam kereta, Puteri Diana, Dodi Al Fayed dan pemandu-Henri Paul hanya Trevor rees-Jones (pengawal peribadi Dody Fayed) yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Sebabnya, hanya Jones yang memakai tali pinggang keledar. Ringkasnya, untuk menjadi seorang pemandu yang cekap, semuanya harus bermula daripada asas. Pakai tali pinggang keselamatan, tidak kira anda duduk di barisan mana sekalipun.

Kerusi, cermin belakang dan titik buta

Sebaik melabuhkan punggung ke kerusi kenderaan, perkara utama yang perlu dilakukan adalah melaras tempat duduk mengikut kedudukan yang sesuai dan selesa. Selesa bukan bermaksud dalam kedudukan seperti di kerusi malas.

Selesa maksudnya anda mempunyai genggaman stereng yang kemas, jarak kaki menekan kesemua pedal yang betul, selain ketinggian sesuai dengan tahap penglihatan depan serta kedudukan stereng yang sepatutnya.

Kemudian, laraskan ketiga-tiga cermin pandang belakang agar mendapat sudut pandangan yang sesuai. Cermin kiri dan kanan perlu berada dalam posisi yang memberi perspektif pandangan secukupnya dan meminimumkan titik buta.

Hidupkan suis penghawa dingin, audio dan laras sistem navigasi, sebelum memakai tali pinggang keledar dengan kemas. Sekarang anda sudah bersedia untuk memandu.

Pemandu yang cekap juga bermaksud pemandu mengawal kereta dan bukannya kereta yang mengawal pemandu. Kawalan terletak 100 peratus pada tubuh badan anda dan gunakan sebaiknya segala fungsi yang ada pada kereta.

Jangan lupa memberikan isyarat membelok untuk keluar masuk simpang dan menukar lorong. Jangan lupa menggunakan cermin pandang belakang yang anda laras tadi sebelum menukar sebarang haluan kenderaan.

Kelajuan mengikut situasi

Latih diri untuk menduga apa yang berlaku dan akan berlaku di hadapan anda. Bayangkan perspektif pemanduan melebihi sempadan. Di hadapan anda mungkin sebuah kereta Perodua Kancil dan ingat, bukan hanya Kancil sahaja yang perlu anda perhatikan. Jangkakan juga dua atau tiga kenderaan di hadapan anda.

Ketika melalui selekoh yang panjang atau jalan berbukit, pandu dalam kelajuan yang sesuai agar anda mempunyai masa secukupnya untuk membrek sekiranya terdapat halangan di hadapan.

Kelajuan yang sesuai bukan bermaksud 20km/sejam di jalan yang berkelebaran 15 kaki. Anda mungkin dilanggar dari belakang jika memandu terlalu perlahan. Kelajuan yang sesuai juga adalah berdasarkan situasi dan cuaca.

Jalan berbukit juga antara faktor yang sering menyebabkan kemalangan. Ia berikutan titik buta yang terjadi akibat halangan geografi.

Sekarang, anda sudah mendapat perspektif betul bagaimana seharusnya memandu dengan cara yang selamat.

Ingat, jika semua orang di jalan raya mengamalkan corak pemanduan serupa, akhirnya jalan raya akan menjadi tempat yang lebih selamat.

Bertoleransi sesama pemandu. Anda tidak perlu membayar cukai jalan berganda kerana mengangkat tangan meminta maaf sekiranya membuat silap.

Tiada siapa yang sempurna semasa memandu, namun akhirnya anda akan menjadi semakin cekap jika mengamalkan corak pemanduan yang betul. Bukankah itu bagus untuk kita semua?

Friday, October 19, 2012

Kebaikan Makan Pisang

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan  potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu. Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium. 

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang. Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Pisang murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. “Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. “Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Khasiat Pisang
“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya. Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak. Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah. Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang. “Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau. Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan. Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk. “Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.


Sunday, October 7, 2012

Jaket peluk untuk pengguna Facebook

KINI, pengguna Facebook boleh merasakan seperti dipeluk sewaktu memakai jaket Like-A-Hug dan rakan mengklik butang "Like" pada status mereka.

SAN FRANCISCO - Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu sama lain tidak kira di mana pun mereka berada.
Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa Kit Chow.
Disifatkan sebagai 'media sosial yang boleh dipakai', jaket tersebut akan mengembung dan memberikan perasaan seperti dipeluk kepada pemakainya apabila rakan-rakan di Facebook mengklik "Like" pada status yang ditulis.
Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT untuk menghasilkan jaket berwarna hitam itu.
Like-A-Hug membolehkan kita berasa lebih rapat biar pun jarak fizikal adalah jauh," kata Chow. - AFP

Monday, May 30, 2011

Lelaki pendiam lebih menarik

VANCOUVER - Kaum wanita mendapati lelaki pendiam dan kelihatan angkuh lebih menarik berbanding lelaki yang mempunyai perwatakan gembira.

Menurut kajian terbaru Universiti British Columbia di Kanada, wanita paling tidak tertarik kepada lelaki yang mudah tersenyum sebaliknya menggemari lelaki yang kelihatan berkuasa atau bersikap misteri.

Namun dalam penemuan bertentangan, lelaki pula didapati paling tertarik kepada wanita yang kelihatan gembira dan tidak menggemari golongan Hawa yang dianggap mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Kajian itu adalah yang pertama menunjukkan perbezaan ketara antara jantina mengenai tarikan senyuman dan membantu menjelaskan mengapa lelaki yang dianggap nakal sering menjadi kegilaan wanita.

“Walaupun muka yang gembira penting untuk memulakan interaksi sosial, namun tidak banyak kajian yang dilakukan untuk menyelidik sama ada senyuman itu adalah sesuatu yang menarik,” menurut ketua penyelidik, Jessica Tracy.

“Kajian ini mendapati lelaki dan wanita memberikan respons yang sangat berbeza kepada pameran emosi termasuk senyuman,” katanya.

Monday, November 22, 2010

Tahukah Anda?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.


3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.



4. Kebanyakan lipstick yang awek2 korang pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.



5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.



6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.



7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.



9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh nyammuk!. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.



10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah
diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.



11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.



12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.



13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.



14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.



15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.



16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.



17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.



18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.



19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.



20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.



21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.



22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.



23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.



24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta-merta.



25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.



26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)



27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.



28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.



29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.



29.Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ? kan?



14 Fakta menarik yang agak mencuit hati sebagai tatapan pengunjung yang dikasihi. Allah SWT tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, setiap kejadian baik mahupun buruk ada hikmah di sebaliknya.



Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka."(Surah Al-Imram, ayat 191).



1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.



2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).



3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.



4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.



5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.



6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.



7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.



8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.



9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.



10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.



11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.



12. Semua beruang kutub adalah kidal.



13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.



14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails