Sebenarnya dah lama aku tak pergi layan konsert terbuka kat Dataran Merdeka. Seingat aku kali terakhir masa tu aku masih undergrads which means it was more than 10 years ago. So, last Saturday, lepas layan movie Angel vs Demon at KLCC, together with my hubby, we went to Dataran Merdeka for 25th Aniversary Concert of TV3.
Macam-macam orang ada.. ramainya lautan manusia tak terkira.. Kami sampai pun dah dekat jam 9.30 malam. Awal2 tu bosanla artis2nya.. But my hubby insisted to wait till very last moment to see the performance of his favourite Awie and Wings.
Aku pun agak teruja dengan kemunculan Faizal Tahir Superman.. memang best.. Tapi sebab dia tak nyanyi lagu Sampai Syurga so aku ada rasa sikit frust. Anyway, semasa kemunculan Awie dan Wings di penghujung konsert, aku tengok ramai juga mak budak+bapak budak bangun menuju ke arah stage layan Awie yang menyanyikan lagu SEJATI. Teringat zaman sekolah dulu.. Lagu SEJATI was famous when I was in form 4 he he.. so nearly 18 years.. he he.. yelah.. rockers yang dulu rambut panjang sekarang semuanya dah jadi mat skema rambut pendek.
Anyway, seronok juga layan konsert ni sekali sekala. Rugi rasanya anak2 tak ikut sama menyaksikan kemeriahan manusia di Dataran Merdeka..
2 comments:
lagu sejati tu masa aku darjah 5... huhu...
dulu masa kecik2 masa mak abah bawak gi jln2 kat tasik perdana, tiba2 ada konsert lefthanded kat situ... itu lah kali pertama dan terakhir aku tgk konsert rock secara live... masa tu nash rambut panjang sampai pinggang.
ko ingat tak dulu bila rancangan muzik2 kat tv3, ko mesti record video clip best2 terutama wings dengan kump gersang...
masa tu wings top dengan lagu taman rashida utama...
ha ha.. tu masa kecik2 selalu record tapi aku rasa video klip tu rockers tu sendiri pun tak sanggup nak tengok muka diorang dulu2..
p.s. Kelantan bila nak ada konsert Wings? hu hu~
Post a Comment