August 12, 2010
No Comments
Ramadhan..
Rindu sungguh sama kamu..
Moga bersedia menyambut ketibaanmu..
Ingin sekali berjabat tangan denganmu..
Menangis sendu di dada malam mu..
Bertadarus bersamamu..
Kenyang dan berlapar denganmu..
Sebagai hadiah untuk Allah kita ~
Agar nanti tiba saatnya kita berpisah..
Akan ku titiskan air mata di pagi tanpa resah..
Setelah Fitri datang menjemput..
Kenangan sebulan bersamamu yang menguatkan baki..
Sebelas bulan ku yang lain..
Jikalau nanti sudah tidak berjumpa di tahun hadapan..
Itu bermakna..
Tentulah aku yang akan pergi..
SALAM RAMADHAN KAREEM BUAT SEMUA IKHWAH AKHAWAT FILLAH =)
August 09, 2010
No Comments
KAMI ADA KERNA KAU ADA~
Abdullah bin Ab Manaf + Rosayah binti Yunus @ Teratak Ilham =)
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 45 BUAT MAK dari kami,
budak2 nakal~ ('_~)v
1) Muhammad Hafiz a.k.a Feez (1985)
2) Syahadatul Hafizah a.k.a Kak (1986)
3) Abdul Hakim Fikri a.k.a Yee (1989)
4) Ahmad Akmal a.k.a Maa (1991)
5) Muhammad Arif a.k.a Reef (1994)
6) Nur Adam Azami a.k.a Ami (1996-besday awak lagi 2 hari, anak manje mak :P)
Always da best I ever had~
August 05, 2010
No Comments
Ramadhan is not a rehearsal.
Pencerahan ini saya dapat dalam satu kuliah ketika di tahun awal pengajian dahulu di Nilam Puri.
Lalu pemikiran menjadi jernih, dan kefahaman tambah mengganda.
Tentang Ramadhan yang dicintai.
Ramadhan ternyata bukan rehearsal.
Sampai-sampai kita perlu berusaha untuk berjuang dan mencoba dengan gigihnya di bulan penuh pahala ini.
Tapi ia tetap bukan rehearsal.
Kerna kata Ustaz:
"Di bulan Ramadhan, setiap sudut dan incinya adalah penuh dengan pahala dan berkah"
Jangan sampai kita terlepas walaupun sepicing.
Justeru haruslah ia dipacu bermula dari awal.
Sebab itu ada bulan Rejab dan Syaaban yang diberkahi untuk
mengambil manfaatnya, menjemput semangat Ramadhan.
Biar dua bulan ini kita memacu dari awal.
Rehearsalnya, bermula dari Rejab dan Syaaban.
Kalau harus mujahadah dan memaksa diri;
itu bermula dari sebelum Ramadhan.
Dengan Qiamullayl, puasa sunat, mentadabbur bertadarrus Al-Qur'an, berzikir, menjaga nafsu dan pandangan serta hati, juga melazimi perkara-perkara yang baik sahaja.
Itu sebelum Ramadhan.
Kerna Ramadhan, bukannya Rehearsal.
Kerna mereka yang menyangka dalam bulan Ramadhan baru harus memaksa diri,
maka Bulan ramadhan yang hadir terasa hambar.
Maka jadilah ada yang terlepas malam-malam bertarawikh,
malah tidak sempat menghabiskan 30 juzu' sedang insan lain khatam 2,3 kali dalam Bulan Ramadhan.
Qiamullail juga melepas pergi.
Membagi pahala hanya untuk yang bersedia sahaja.
Kerna itu Ramadhan; awalnya rahmat, kemudian keampunan dan akhirnya pelepasan dari api neraka.
Ramai yang berpura-pura dan kuat di awal Ramadhan sahaja.
Malam pertama Ramadhan surau penuh sekali untuk bertarawikh.
Malam 10 ke atas, menjadi semakin sirna, dan 20 ke atas..semakin hilang..dan kelam..
Saya teringat lagi, saat membaca majalah Anis juga sewaktu di Bumi Nilam penuh Barokah.
Seorang Ustazah menceritakan rahsia dan petua beliau, yang tidak ma'zurah ketika bulan Ramadhan.
Subhaanallah... beliau menceritakan bahawa sudah lama beliau tidak ma'zurah ketika Ramadhan, dengan berkat bulan Rejab dan Syaaban.
Beliau berpuasa sebanyak-banyaknya dalam dua bulan itu.
Dan beribadah sebanyak-banyaknya.
Dan berdoa setulus-tulusnya agar tidak ma'zurah dalam bulan Ramadhan.
Untuk menjalani ibadah dengan sesempurna-sempurnanya.
Alhamdulillah.
Itulah contoh mereka yang bersedia menyambut Ramadhan.
Ramadhan yang datang disambut dengan sangat-sangat gembira.
Seolah-olah ingin dipeluk kerna kerinduan yang teramat sangat.
Ibarat tidak bertemu insan yang dicintai selama setahun.
Masakan tidak rindu????
Rabu
4 Ogos 2010
Villa Mujahidah
10.15 malam
August 04, 2010
No Comments
Jangan ragu,
ALLAH tercinta Maha Ada untuk kau luah rasa jiwamu.
Tika kau tak keruan
Jangan hilang pedoman
Rasul tersayang ada menunggumu di 'sana' dalam kerinduan.
Tika kau terumbang,
Jangan bimbang,
Keluarga yang setia ada untukmu penuh cinta sayang.
Tika kau resah,
Jangan gundah,
Sahabatmu yang memahami sentiasa ada untuk kau luah.
Tika kau goyah,
Jangan kau lemah,
Kau harus tabah,
Kerana kau Pembawa Agama yang Indah.
Tika kau terluka,
Jangan kau berlama-lama,
Kau harus tegar rasa,
Kerana kau Mujahidah Muda.
Edited from original version~
by Ukhti Fillah
Blogger Templates
August 03, 2010
No Comments
Syahadah,
Tunaikan amanahmu..!
Kamu.....akan disoal tentang itu!
Syahadah,
Helalah nadi jiwa tarbawi...!
Kamu....akan kuat dengan itu!
Syahadah,
Hiduplah dalam nafas perjuangan..!
Kamu....akan bahagia dengan itu!
Ghurfah Syahadah,
Teratak Ilham,
3/6/2010
11.00 malam
After 'kefahaman'... :'/
Tunaikan amanahmu..!
Kamu.....akan disoal tentang itu!
Syahadah,
Helalah nadi jiwa tarbawi...!
Kamu....akan kuat dengan itu!
Syahadah,
Hiduplah dalam nafas perjuangan..!
Kamu....akan bahagia dengan itu!
Ghurfah Syahadah,
Teratak Ilham,
3/6/2010
11.00 malam
After 'kefahaman'... :'/
August 02, 2010
No Comments