Assalammualaikum
Ok, dah agak lama Farah tak update blog ni. Memandangkan macam tak ada benda yang menarik sangat untuk dikongsikan. Kali ni Farah akan update pasal trip Farah ke melaka hari tu. Post ni dah lama duduk dalam draft sebab menunggu gambar tapi apakan daya, gambar tu tak berjaya untuk di copy. sob sob. Takpe, nanti tengok gambar ape yang ada jela ye.
Ok, Bersamaan dengan 9 Januari 2014, kelas Farah ada buat fieldtrip ke Melaka. Bas bergerak dari Johor Bahru ke Melaka lebih kurang pukul 8.00 pagi dan sampai ke destinasi pertama kami sekitar jam 10.45 pagi sebab tersesat kejap. Hehe
Destinasi pertama ialah ke Kilang Dodol yang memang sedap dan digemari ramai terutama penggemar dodol dan wajik. Ibu dengan abah Farah termasuk sekali sebab diorang sangat suka. Mesti nak beli jenama ni punya sebab sedap.
|
Haa, pernah tengok label warne kuning hijau ni? Ni lah produk keluaran Mamaku Food Industries atau namanya sekarang sudah bertukar kepada Hamidah Food Industries |
Mula-mula briefing daripada En Zainal mengenai syarikat ni. Dah 3 generasi sejak syarikat ni dimulakan, memang dah lama dah syarikat ni. Lepas tu kami dibawa melawat sekitar kilang untuk melihat sendiri proses pembuatan dodol di sini. Kilang ni menggunaka mesin untuk manggaul dodol. Walaupun menggunakan mesin, tapi dodol ni tetap mengambil masa yang lama iaitu 8 jam untuk membuatnya.
Kalau korang nak tahu, dodol mamaku ade banyak perisa tau. Ada perisa Asli, durian, jagung, laici, strawberi, pandan dan kopi. Tapi perisa-perisa ni diorang tak buat banyak. Diorang akan buat kalau ade permintaan. Kalau hari-hari biasa memang buat perisa asli dan durian sahaja.
|
Dodol perisa Pandan |
|
Dodol perisa Strawberi |
|
Dodol perisa Kopi |
|
Dodol perisa Laici |
|
Dodol perisa Jagung |
|
Dodol perisa Asli |
Diorang masih masak dodol ni menggunakan kayu api sebab ingin mengekalkan rasa asli dodol tersebut. Menurut kata En Zainal, kalau orang yang memang suka sangat dodol ni, diorang biasanya boleh tahu kalau dodol tu dimasak menggunakan gas atau kayu api. Dan biasanya mereka lebih sukakan dodol yang dimasak menggunakan kayu api sebab rasanya lebih sedap.
|
Yang ini yang expert nak tentukan kesedapan dodol tu. Dia boleh tau ape yang tak cukup. Tak ingat pulak lah namanya. |
|
Yang ni proses buat cakar ayam |
|
Wajik Mamaku. Memang sedap. |
|
Yang ni packaging untuk dodol |
Ok, itu jelah gambar yang boleh Farah kongsikan sebab gambar banyak dekat kamera orang lain. Seterusnya kitorang pergi ke Hang Tuah Centre untuk tengok pembuatan kasut manik. Orang yang memang nak menjahit manik ni memang sangat memerlukan tahap kesabaran dan ketelitian yang tinggi.
|
Hasil jahitan sebelum diletakkan pada kasut |
Lepas tu bas kitorang drop dekat dataran pahlawan dan aktiviti bebas pon bermulalah. Berjalan sane sini. malam tu lepas isyak balik semula ke Johor Bahru.
|
Comel je cupcake ni kan. Gambar topi dan scroll. Semoga semuanya grad on time. |
Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)
0 comments:
Post a Comment