Plan memang dah lama tapi baru-baru ini sahaja dapat direalisasikan. Macam biasalah kalau aktiviti-aktiviti dalam negara memang kawan saya tu yang akan uruskan. Kami cuma tunggu update dan arahan seterusnya sahaja. Setelah berkali-kali bermain tarik tali dengan tarikh, akhirnya berjaya jugalah kami berlepas ke Sedim. Hanya kami berlapan yang turun dihari kejadian dari 11 orang. Tak mengapalah, mungkin dah takde rezeki, kan? Nasib baik jugalah, harga pakej tetap sama walaupun kekurangan ahli.

[Pic : Pijah Pelangi]
Kos untuk rafting (2km), night walk, abseiling dan camping adalah RM180. Kos ini juga dah termasuk makan tengahari dan minum petang. Pada saya dah murah sangat sebab dah include semuanya. Untuk abseiling, dengan melihat kepada keadaan masing-masing yang dah kepenatan kami ambil keputusan untuk batalkan. Plan untuk berkhemah di sini juga kami batalkan dan berangkat ke Penang untuk lepak di sana semalaman - rindu nak pekena nasi kandaq Deen.

Epic - bot terlipat dua (dah macam sandwich kami ditengahnya), terbalik dan glupppppp; terkapai-kapai mencari jalan keluar. [Pic : Anne]

Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun ada nyaris-nyaris lemas.
Memang takde gambar dari kamera saya sepanjang aktiviti di Sedim. Frust dan geram sebab tak dapat pegang kamera sendiri. Bukan tak bawa tetapi kamera, hp dan beberapa barangan peribadi basah gara-gara air masuk ke dalam bag. Memang 'jahan-nam' semua benda huhuhu - tak nak ingat, sakit hati (*nanges).
Apa pun dengan macam-macam perkara yang jadi di sini, saya dan kawan-kawan tetap enjoy. Puas sangat-sangat walaupun paras air di Sedim agak cetek gara-gara kemarau dan lebam sana-sini, itu memang ole-ole terbaik dari Sedim. Buat semua yang turut serta terima kasih untuk memori indah ini.