Baru-baru ini saya berkesempatan ke Singapore dari Jakarta. Pergi pun tak lama, 1 hari 1 malam. Oleh kerana saya terlepas promo untuk tiket flight, jadinya saya terpaksa mencari cara lain untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Awalnya memang nak ambil keretapi tetapi tiket pula dah habis. Nak tak nak, kenalah ambil bas walaupun saya agak seriau. Google sana-sini, kurangnya info untuk bas yang menghubungkan Singapore dengan KL. Maksud saya, mana terminal bas di Singapore yang boleh saya terjah untuk dapatkan bas ke KL. Susah hati dibuatnya. Lepas tu terfikir pula nak ambil bas dari Singapore ke JB, dari JB ambil bas ekspress ke KL, tapi bila dihitung-hitung macam buang masa, tenaga dan ongkos lah pula. Pukul berapa pula nak gerak ke JB? Setelah fikir semasaknya, emm baik ambil direct bus dari Singapore terus ke TBS, Tasik Selatan.
Apa-apa hal, kena cari info yang berkaitan. Godek punya godek, saya terjumpa website easybook.com. Menarik, sebabnya website ini menawarkan pembelian tiket bukan hanya bas tetapi train secara online. Saya cuba dapatkan tiket secara online beberapa hari sebelum berangkat tetapi tak berjaya kerana ketiadaan kad kredit.
Apa yang membuatkan saya suka mengenai web ini, info yang dipaparkan sangat user friendly. Dari waktu berangkat, harga, jenis bas dan beberapa info lain dipaparkan secara jelas di sini. Jadinya, takdelah saya bakal 'meracau' sendirian dan mudah untuk saya merancang perjalanan untuk kembali ke tanah air (konon).
Tu dia, macam-macam harga. Saya ambil yang termurah tempohari, StarMart Ekpress dengan tambang SGD20.00/sehala, berangkat jam 12.00 tgh mlm ke KL.
Detail perjalanan
Kalau berhajat nak beli tiket secara online, klik aje choose seat. Macam biasalah, kalau pembelian secara online ini semua detail yang berkaitan perlu dimasukkan. Lagi satu, kos juga akan bertambah dari harga asal kerana akan adanya kos tambahan.
Masukkan ajelah maklumat yang dipinta, kalau malas beli aje tiket di kaunter (itu pun kalau tiket tak kehabisan hehehe)
Method pembayaran, pilih aje nak mana satu. Transaksi awal saya sangkut di sini sebab guna debit card hehehe.
****
Saya takkan cerita detail perjalanan saya ke Singapore. Malas. Cuma saya nak share sedikit tentang lokasi Golden Mile Complex/Tower di mana di sini saya ambil untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Dari Singapore ke Kuala Lumpur, saya ambil bas di Golden Mile Complex. Kenapa? Sebabnya hanya StarMart Ekpress yang menawarkan harga tiket termurah untuk ke TBS. Jadinya, nak tak nak saya perlu ke Golden Mile Complex.
Direction dari Changi Airport
Ambil train (East West Line) dan wajib turun di station Tanah Merah. Di sini tukar platftorm dan ambil train dari line yang sama (East West Line) dan turun di station Paya Lebar. Tukar ke Circle Line (CC) dan turun di station Nicol Highway. Seterusnya ikut signboard A, naik aje jejantas dan ikut signboard ke Golden Mile Complex/Tower. Jalan kaki lebih kurang 5 minit dah pun sampai.
MRT Map. [sumber : travelnix]
Sila jangan terkejut dengan suasana di Golden Mile Complex. Sini suasananya bukan seperti terminal bas di Malaysia. Errr, suasananya memang agak kurang menyenangkan. Mungkin saya tiba di sini pun dah lewat malam jadinya suasanya memang tak berapa nak best; ada beberapa kelab malam di sini dengan pelayan/pelanggan yang keluar masuk. Kaunter tiket berada di dalam bangunan. Make sure, check in 30 minit di kaunter tiket sebelum bas berangkat menuju destinasi. Nanti mereka akan update sistem dan bagi mineral water percuma.