Showing posts with label JJDN. Show all posts
Showing posts with label JJDN. Show all posts

Saturday, August 26, 2023

Kota Kinabalu - Kundasang

Kalau tidak ada penjadualan semula, bukan AirAsia namanya. Tiket asal ialah pada jam 2.40 petang kemudian di tunda lagi kepada jam 3.20 petang dan akhirnya pada jam 9.20 malam. Betul-betul menyusahkan kerana ada dua orang budak kecil dalam jemaah rombongan kami yang seramai sembilan orang. Cadangnya kalau dapat berlepas jam 2.40 petang, malam tu dapatlah makan-makan makanan laut di kawasan Todak Waterfront. 

Tapi tak adanya berlepas jam 9.20 malam sebab pesawatnya lambat sampai. Akhirnya jam 10.00 malam lebih barulah dapat berlepas dan sampai di Kota Kinabalu pada jam hampir 12.30 pagi. Nasib baik pemilik kereta yang telah dipesan sanggup menunggu di kawasan ketibaan awal-awal pagi tu. Begitu begini kitaorang sampai di hotel penginapan menghampiri jam 2.00 pagi. Tidur lebih kurang tiga jam dah kena bangun sebab subuh di KK ialah pada jam lima pagi.

Pemandangan dari Dreamtel Hotel yang menghadap ke Pulau Gaya. Bagus lokasi hotel ini sebab banyak tempat parking dan bersebelahan dengan Padang Merdeka. Sarapan paginya pun banyak pilihan.

Tuesday, September 27, 2022

Temerloh : Amani Vanilla Farm

Sampai dari Kuantan pada sebelah petang. Lepas siap makan malam terus masing-masing memilih untuk berehat saja. Esok paginya keluar ke Pekan Sehari Temerloh untuk mencari sarapan pagi. Pekan sehari di Temerloh ini dikatakan sebagai pekan sehari yang paling panjang di Malaysia. Kedudukannya memanjang di tepi Sungai Pahang berhampiran Temerloh Esplanade.

Thursday, June 23, 2022

Pulau Pangkor

Kali kedua ke Pulau Pangkor. Yang pertama lebih sepuluh tahun dulu. Banyak perubahan dari segi infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di sini. Mulai 1/1/2020 Pulau Pangkor sudah dijadikan pulau bebas cukai.

Ke sini  pada  masa  cuti  sekolah  jadi  pengunjung  tersangatlah  ramai. Masing-masing macam kemaruk nak bercuti termasuk kami. Ada dua pangkalan feri jika kita  nak ke sana iaitu  dari jeti Lumut dan Pulau Marina. Kami pilih Pulau Marina kerana jaraknya yang lebih dekat. Hanya dalam 15 minit saja untuk  sampai ke pulau. Tempat  letak  kenderaan  pun banyak dan dikenakan  caj sebanyak RM20 sehari.

Jika naik feri dari  jeti Pulau Marina lebih baik booking saja  tiket secara  online sebab  pada cuti umum dan hujung minggu orang tersangatlah ramai. Tiket boleh dibooking di sini.

Thursday, April 8, 2021

Morib Gold Coast

Nak melintas negeri pun masih tak boleh lagi, jadi kitaorang tinjaulah beberapa lokasi berhampran yang boleh dijadikan tempat melepak pada hujung minggu. Akhirnya kami pilih Morib Gold Coast yang nampak macam OK sikit. Sebenarnya pusat peranginan ini dah agak lama jadi memang tak berharap sangat untuk dapat kemudahan yang terbaik. Ramai yang mungkn tertarik untuk datang ke sini sebab pusat peranginan ini ada taman tema airnya sendiri. Tapi sangat mengecewakan kerana ianya di tutup, alasannya dalam tempoh PKPB sedangkan taman tema air lain sudah pun beroperasi. 

Ramai yang datang ke sini terasa tertipu.

Tuesday, March 23, 2021

Santai-santai di Port Dickson - Seri Bulan Apartment

Pagi tu sempat lagi turun ke pantai sebelum check out. Kat pantai ini tak ada banyak aktiviti laut yang boleh dibuat berbanding di Pantai Teluk Kemang. 

Tengah harinya sementara menunggu untuk check in penginapan seterusnya kami ke bandar Port Dickson untuk makan tengah hari. Banyak je kedai makan di sepanjang jalan tapi macam susah nak cari tempat parking. Lagipun kami nak melepak sekejap di Port Dickson Waterfront selepas makan.

Menara jam di bulatan bandar Port Dickson berhampiran tempat kami makan.

Thursday, February 11, 2021

Santai-santai di Port Dickson - PNB Ilham Resort

Keluar dari PD Ostrich Farm kami terus cari tempat untuk makan tengah hari. Memang banyak betul restoran di sepanjang jalan menuju ke Teluk Kemang. Akhirnya kami singgah di Kedai Makan Ayam Bakar Pasu Terlangkop. Selain ayam bakar, banyak lauk lain yang disalai dan dimasak berkuah seperti daging, itik dan ikan.

Untuk penginapan malam pertama kami pilih untuk menginap di PNB Ilham Resort yang terletak di kawasan Lagun Biru, Tanjung Tuan. Sudah beberapa kali menginap di sini. Resorts ini sudah agak lama tapi masih cantik macam dulu. Mulanya nak ambil dua malam terus di sini tapi bilik penuh untuk hari berikutnya.

PNB Ilham Resort kini dikenali sebagai Villea Resorts.

Monday, February 1, 2021

Santai-santai di Port Dickson - PD Ostrich Showfarm

Jalan-jalan ke Port Dickson je tapi sampai 3H2M. Sebenarnya sesaja nak berehat dan menghilangkan rasa bosan duduk di rumah. Percutian ini pada akhir tahun 2020 dan pada malam tahun baru 2021 kami berada di PD.

Keluar agak awal sikit sebab nak menyinggah di Ostrich Showfarm. Hari itu hari bekerja jadi yang lain  akan menyusul pada sebelah petangnya. Ke sini pun sebab nak melayan si  kecik tu. Tiket masuk boleh dibeli di kaunter atau secara online. Jika beli secara online dapat potongan RM2 untuk setiap tiket.

Lokasinya tidak jauh dari Polteknik Port Dickson.

Saturday, January 16, 2021

Jalan-jalan PKPB - Sekinchan

Petang itu kami tak terus balik tapi singgah menginap di Sekin Hotel & Resort di Sekinchan. Khabarnya hotel ini milik Dato' Jamal Yunus. Di dalam kawasan hotel ini ada Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Jadi kalau nak makan-makan agak senang terutamanya pada waktu malam. Masa kami sampai di sana ada banyak kerja-kerja renovasi yang sedang djalankan untuk mencantikkan kawasan persekitaran dan menambah bilangan bilik hotel. Ada kemudahan kolam renang tapi masih tidak dibuka dalam tempoh PKPB. Ada juga kolam untuk memancing bagi yang berminat.

Laluan masuk Sekin Hotel & Resorts. Banyak tempat letak kenderaan dalam kawasan ini.

Tuesday, January 5, 2021

Jalan-jalan PKPB - Sunflower Garden

Hari dah mula panas jadi kami bergerak ke destinasi seterusnya. Biasanya kita akan ke Thailand untuk ke ladang bunga matahari tapi di Bagan Datuk pun ada walaupun saiznya lebih kecil. Lokasinya berada Bagan Sungai Burung, Bagan Datuk. Tempatnya agak tersorok sikit. Tempat letak kereta pun agak terhad dan terpaksa berjalan kira-kira 200 meter untuk ke ladangnya. Bayaran masuk ke tempat ini ialah RM13.00 dan dibekalkan sekali dengan makanan ikan.

Sunflower Garden Bagan Datuk, Perak.

Sunday, December 27, 2020

Jalan-jalan PKPB - Teluk Intan dan Bagan Datuk

Selepas lebih dua bulan terperap di rumah barulah dapat merasa berjalan-jalan. Itu pun sebab Menteri Kanan kita umumkan boleh rentas negeri walaupun masih dalam tempoh PKPB. Jadi lokasi pun macam tak dirancang sangat janji dapat jalan-jalan. Kami pilih Teluk Intan dan Bagan Datuk sebab dah lebih sepuluh tahun rasanya tak menjejakkan kaki di sana.

Jalan pun agak masih lengang mungkin ramai orang yang masih was-was untuk keluar rumah. Lagipun sebahagian Lebuhraya Pantai Barat ada yang sudah boleh digunakan jadi perjalanan agak lancar. Antara yang dah di buka ialah dari Klang ke Kapar dan dari Sabak Bernam ke jambatan menuju ke Lumut iaitu bypass pekan Hutan Melintang.

Daerah yang terletak bersebelahan.

Tuesday, July 14, 2020

Pantai Bagan Lalang

Ini lokasi pertama berjalan-jalan bersama keluarga dalam tempoh PKPP. Semasa PKP dan PKPB adalah satu tempoh untuk mengumpul lemak-lemak saja. Tempatnya pun tak jauh cuma dalam lingkungan 60 km saja dari rumah bergantung laluan mana yang kita ikuti.
 
Cuaca sangat cerah pada hari itu.

Monday, November 18, 2019

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Dari Masjid Sri Sendayan kami ke Lexis Hibiscus, Pasir Panjang, Port Dickson. Sampai di sini pada jam dua petang. Terus beratur di kaunter check in. Waktu check in nya ialah pada jam tiga petang. Ramai sungguh tetamu pada hari ini sempena cuti hujung minggu selama tiga hari. Tempat letak kereta di hadapan hotel penuh hingga sampai ke jalan masuk di bahagian kiri kanannya. Pilihan yang ada ialah di bangunan parking bertingkat. Agak leceh jugalah sebab laluannya agak sempit. Jadi dapatlah parking di tingkat tiga.

Papantanda yang besar boleh dilihat dari jauh, jadi tak akan terlepas jalan masuknya.

Tuesday, November 5, 2019

Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Sempena cuti hujung minggu selama beberapa hari akhir bulan Oktober lepas, kami ke sini iaitu ke Masjid Sri Sendayan.

Masjid ini terletak di bandar Sri Sendayan, dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan. Senibinanya agak unik dan ada pengaruh masjid yang ada di negara Arab. Oleh kerana sudah menjadi viral di media sosial ramai pelawat yang datang dari serata tempat berkunjung ke sini.

 Masjid Sri Sendayan.