Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Announcement -

Hai / hello
Assalamualaikum!

Makluman penting. Sila ambil perhatian kepada semua pelanggan2 MHCC yang dikasihi. Buat masa ini no. 019-208 2145 ade masalah sedikit , diminta sesiapa yang ingin membuat tempahan atau pertanyaan mengenai produk2 kami bolehlah sms/whatsapp terus ke nombor baru kami di 011-1131 2720 atau wechat id : myheartcupcakes . 

Insyaallah masalah ini akan kami selesaikan/usahakan dalam masa terdekat ini dan akan diberitahu kelak..

Segala kesulitan amat-amat kami kesali. 

Sekian, terima kasih.


We love u guys!!

:: MyHeartCupcakes ::

Thursday, July 11, 2013

Announcement : Pemberhentian khidmat penghantaran

Hello peminat/pelanggan MyHeartCupcakes sekalian,

Dukacita dimaklumkan bahawa khidmat penghataran yang kami sediakan terpaksa diberhentikan buat seketika atas sebab-sebab yg tidak dapat kami elakkan berkuatkuasa 1 April 2013.


Oleh yang demikian, kami berharap para pelanggan yang dikasihi dapat lah mengambil sendiri di MyHeartCupcakes di Keramat AU 5 atau boleh juga berjumpa disekitar kawasan berhampiran.

Dengan pemberhentian perkhidmatan ini, kami berharap segala urusan akan terus berjalan dgn lancar dengan izin Allah.


Sekian,












MyHeartCupcakes
with love

Wednesday, August 8, 2012

Annoucement : Tempahan Hari Raya

As Salam,

Para blogger-ian, alhamdulillah hari ini sudah 19 ramadan kita telah tunaikan...insyaallah lagi 10 hari sahaja lagi untuk sampai ke syawal....

Sempena Syawal ini kami menawarkan cupcakes, kek dan brownies  untuk dihidangkan dimeja semasa Syawal nanti...


Large = RM30, Medium = RM26


Large = RM60, Medium = RM45, Small = RM 35


Large = RM90, Medium = RM75, Small = RM55


Chocolate Walnut Brownie 
Size : 10 x 10 = RM55

Rainbow Cake | Size 8" = RM75

Red Velvet Cake | Size 8" = RM65

Choc. Moist Cake | Size 8" = RM55

--------------------------------------------------------------------------

Tempahan hanya dibuka sehingga 12/8/2012

Tarikh akhir collect cupcakes/kek/brownie pada 17/8/2012


berminat? sms/call/wattsap kami di 019.208 2145



Tuesday, May 22, 2012

Father's Day is coming!


Hai Myheartcupcakes customer,

Hari Bapa / Father's Day akan tiba tidak lama lagi, jadi ape kata berikan dan raikan hari bapa korang dengan cupcakes dari Myheartcupcakes.

Kongsikan detik-detik indah bersama ayah, papa, abah, daddy atau abi korang dgn mhcc....semoga hari bahgia ini akan menjadi lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya...

Jadi tunggu apa lagi? jom order sekarang sebelum terlambat!

Sunday, February 19, 2012

Tempahan Mac 2012 Kini Telah Dibuka


As Salam Dear Customers..

Tempahan untuk bulan Mac 2012 kini telah dibuka...berminat untuk menempah dari MyHeartCupcakes bole la mengisi borang yang telah disediakan dan tunggu feedback dari kami untuk confirmation. Minta kerjasama semua jangan la hantar order kalian last minute yek...(at least seminggu awal dari tarikh pick up/delivery) utk mengelak sebarang kekeliruan...

Harap maklum...


Thanks & Regards,
MyHeartCupcakes

Wednesday, January 19, 2011

Hola!

Salam dan hello semua pelanggan!

Saya dengan senang hati dan semangat waja ini telah pon membuka semula tempahan....kepada sesape yang berminat boleh la membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan...macam biase, download dulu borang tempahan di dalam blog, isi dan email kepada saya....

Tak sabar nak tunggu tempahan dari anda semua yang saya sayangi!

Semoga apa yang kalian inginkan dapat terlaksana....


Bye!
XoXo

Saturday, December 11, 2010

Announcement: Fresh from Oven

Panas..!! Panas..!!

Inilah permata hati saya yang ketiga...dilahirkan pada 01.11.10 pada jam 9.55mlm diberi nama..

MUHAMMAD RAYYAN MIRZA
2.75 KG


Sunday, October 3, 2010

STICKY POST : Gantung Apron!!!


Salam / Good Day!

Sekali lagi MHCC ingin mengumukan pergantungan apron sementara sehingga diberitahu kelak. Ini adalah kerana 'due date' untuk bersalin anak ke-3 sudah hampir tiba...saya dijangka bersalin pertengahan bulan November depan...jadi dengan keadaan kondisi badan dan perot yang membesar ini saya terpaksa menggantung apron buat sementara waktu.

Doakan kesihatan saya dan kandungan saya yang baik-baik selalu yek!

Kepada mereka yang telah call/sms/email untuk membuat tempahan minta maaf sesangat dan terima kasih tak terhingga saya ucapkan kerana memberi sokongan yang padu pada saya.

Sehingga jumpa lagi di masa hadapan...!!!

Sayang kalian semua...

~ XoXo ~

Sue @ MyHeartCupcakes

Tuesday, July 6, 2010

We're Open!!


Setelah berpenat lelah berpindah ke rumah sementara ni baru lah saya bersedia untuk membuka semula tempahan untuk para pelanggan yang tersayang... tempahan akan dibuka semula bermula pada 11 julai 2010....

Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 15, 2010

STICKY POST : CLOSED ORDER



Assalamualaikum kepada semua peminat setia MYHEARTCUPCAKES.

Di sini saya mengumumkan PENUTUPAN TEMPAHAN buat sementara waktu sehingga ketarikh yang akan diumumkan kelak. Ini adalah kerana kerja-kerja pengubahsuaian rumah yang akan berlangsung dalam tempoh 2-3 bulan.

Harap semua bersabar sehingga pengumuman seterusnya dan saya memohon kemaafan jikalau pengumuman ini amat mengecewakan kalian. Teruskan menyokong MYHEARTCUPCAKES.

Kesabaran dan penantian kalian amat saya hargai..

Saya sayang kalian.....muasccchxxx!!!

Monday, April 19, 2010

I'm Ready!

Hi Guys!!!

Now i dah sihat sepenuhnya...pada customer yg rindu dengan cupcakes i boleh la membuat tempahan sekarang...dengan mengisi order form yang terdapat di dalam blog....cepat! jangan ketinggalan!....

Love U Alls!

Sunday, April 18, 2010

STCKY POST: Gantung Apron Sebentar


Salam my dear reader/customer...

Lately my kesihatan agak terganggu....demam, batuk, selsema....& baru-baru ni doktor suspect saya kena asthma semula setelah sekian lama .....jadi di kesempatan ini saya memohon maaf pada semua kerana tak dapat ambil tempahan dalam waktu terdekat ini...sehingga diberitahu kelak...

Bila dah sihat bebetul insyaallah saya akan ambil tempahan semula... pada yg dah membuat tempahan jangan risau saya akan tunaikan....

Harap semua doakan kesihatan saya supaya pulih semula seperti selalu...amin...

Monday, April 20, 2009

MyHeartCupcakes kini kembali

Hello semua!!

lamenye saya tak post entry di sini....almaklumlah cuti yang panjang...dan sekarang alhamdulillah saya telah selamat bersalin dan berpantang...

Kini Myheartcupcakes telah kembali menunaikan permintaan kalian...jadi ape tunggu lagi cepat lah buat tempahan sekarang sebelum terlambat...dan saya akan cuba sedaya upaya untuk membuatkan yg terbaik untuk kalian...

Terima kasih.

Ikhlas dari:-
~MyHeartCupcakes~

Wednesday, February 11, 2009

Pengumumuman penting!

Assalamualaikum my dear readers & customers!

Bulan januari ni adalah bulan terakhir saya terima tempahan...lepas ni saya akan bercuti panjang sampai hujung bulan April nanti...ini adalah kerana saya akan cuti bersalin mungkin hujung bulan Februari ni ...tapi kalo ikut perkiraan doktor saya akan bersalin pada 01.03.09 ni...tapi kadangkala perkiraan tu tak tepat... jadi saya harus bersiap sedia takut nanti kelam kabut plak.

Insyaallah saya akan mula mengambil tempahan semula awal bulan Mei atau pertengahan Mei... Jadi saya mohon maaf sekiranya ade kesilapan atau salah faham sepanjang saya mengambil tempahan... dan doakan saya dan bakal baby saya nanti sihat dan selamat.

Jumpe lagi nanti yek! yang mana dah buat order awal utk bulan Februari jgn risau saya tetap akan selesaikan tugasan saya itu...

Sekian, wassallam.



Ikhlas dari,
Sue
MyHeartCupcakes

Tuesday, December 30, 2008

Xmas Part ... 4

Alop....

Just wanna share cuppies xmas yg sue buat...tapi malangnye org yg mengoder cuppies ini TIDAK mengambil/menuntut cuppies tersebut.... ini mendatangkan kemarahan dalam hati sue...dah la tak bayar! benci betul la kastemer yg macam ni.... pada hari yg dijanjikan utk ambil org tersebut tak dapat dihubungi...bile call tak dapat ...sms plak tak berjawap... mule la hati ni sumpah seranah org tersebut.... ikut kan hati mau aje sue paparkan no phone org itew...tapi sue ni bukan lah sekejam itew...

Timbang rasa la sikit...kalo ade hal ke masalah ke kalo dibagitau takkan la sue nak marah betul tak??? Tapi bile dah berlaku macam ni lepas ni terpaksa la sue mintak 50% deposit utk semua tempahan..... sebagai langkah berjaga² terpaksa la sue buat camtu....

So, kepada si pengoder cupcakes tersebut sila la bagi penjelasan....awak tak RUGI tapi yg RUGI adalah saya!!!!

sape nak makan cupcakes yg tak dituntut ini???? Encik 'Tong Sam' la yg kenyang!!!

Thursday, September 4, 2008

Announcement!

Assalamualaikum dear readers....

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, MyHeartCupcakes (MHCC) nak menguucapkan selamat berpuasa kepada semua readers.... semoga puasa kalian diberkati Allah.

Disini MHCC nak buat pengumuman sedikit, MHCC akan membuka tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri pada 25/09/2008 sehingga 29/09/2008. Jadi kepada sesiapa yang berminat sila email detail ke myheartcupcakes@gmail.com

Cepat! tempahan adalah terhad!

Wednesday, August 13, 2008

Pengumuman - Tempahan Ditutup

Di atas keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dengan ini saya ingin menutup tempahan sehingga diberitahu kelak. Hal ini bukanlah di sengajakan, ini adalah kerana saya sedang mengalami awal kehamilan jadi saya tak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap tempahan yang dibuat...demi kebaikan bersama buat sementara waktu ini saya terpaksa menutup tempahan.

Doakan agar kesihatan yang baik untuk saya selalu....insyaallah bila keadaan dah stabil baru saya akan buka semula tempahan...nantikan pengumuman itu nanti...

Kepada mereka yang telah call/sms/email untuk tempahan terima kasih saya ucapkan.

Dan yang dah confirm order jangan risau...tempahan kalian diteruskan.

Sehingga jumpa lagi di masa hadapan!!!!

Love Yea!


MyHeartCupcakes
Sue

Wednesday, February 20, 2008

Announcement!


Atas kenaikan bahan² mentah yang naik drastik, kami di MyHeartCupcakes ingin mengumumkan sedikit kenaikan harga terhadap cupcakes kami....Ini merupakan kali kedua kami menaikkan harga bagi cupcakes pada tahun ini....kami memohon maaf di atas segala kesulitan ini.... kami berharap agar anda dapat memahami situasi kami dan dapat menerima pengumuman ini... Harga baru kami akan berkuatkuasa pada 15 Mac 2008. Kami yakin harga myheartcupcakes masih lagi rendah diantara yang lain.

Myheartcupcakes akan tetap dengan prinsip untuk memberi hasil dan rasa yang terbaik berbanding yang lain. Sokongan anda amat kami hargai...

Sekian, terima kasih

++ MyHeartCupcakes++

** untuk harga baru sila email kepada saya, terima kasih



Thursday, January 10, 2008

Promo!

Interested in our cupcakes?? why don't u call us or email us at myheartcupcakes@gmail.com for any details yek!!!


Ok lah memandangkan tak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru cina dan valentines day, kami akan membuat design yang kiut miut untuk hari² tersebut...jadi jangan ketinggalan untuk melihat design² tersebut okies!!! so...tunguuuuu...!!!!

Thursday, January 3, 2008

Year 2008 - New Price List

hello myheartcupcakes lover...

Selamat tahun baru 2008 pada semua peminat myheartcupcakes....semoga azam tahun baru ini akan tercapai dan terlaksana.....

Okayla...ade sedikit info yg kami nak gitau semua....due to kenaikan harga bahan² mentah yang agak melampau kebelakangan ini...myheartcupcakes terpaksa menaik kan sedikit harga kapkek kami..sikit jek...but dont worry.. tak banyak sangat beza..harga kami masih lagi murah antara yang ada....insya Allah..

Kami akan pastikan memberi kualiti yang terbaik antara yang terbaik kepada semua

OUR NEW PRICE LIST

Large Size Cupcakes

16 Large with Buttercream Frosting = RM34
16 Large with Chocolate Buttercream Frosting = RM36
16 Large with Cream Cheese Frosting = RM38
* Additional RM3 for fillings


Medium Size Cupcakes

16 Medium with Buttercream Frosting = RM30
16 Medium with Chocolate Buttercream Frosting = RM32
16 Medium with Cream Cheese Frosting = RM36

25 Medium with Buttercream Frosting = RM47
25 Medium with Chocolate Buttercream Frosting = RM50
25 Medium with Cream Cheese Frosting = RM55

* Additional RM3 for fillings


Supermini Size Cupcakes

49 Superminies = RM40
64 Superminies = RM50

 

MyHeartCupcakes Template by Ipietoon Cute Blog Design