Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

May 9, 2014

Chicken Chop Mudah nye....versi kak Jade



Masak2 untuk hubby last few weeks sebelum beliau pulang ke perantauan orang..

Dalam banyak2 bahan..memang terlupa nak beli bread crumbs ..so sebagai alternatif akak gunapakai tepung goreng ayam serbaguna ADABI. hehe

 Alhamdulillah...tak perlu susah2 makan di luar..mencari parking bagai..


Bahan2 perap
fillet ayam - bahagian dada ayam
2 ulas bawang putih (akak tumbuk)
1 cmb sos tiram
sedikit daun oregano

Bahan2 untuk coating
1 biji telur
tepung serbaguna ADABI (pengganti bread crumbs..kena le kretif sbb masalah pelupa hihihi)

Cara2
- perap ayam dengan bahan perapan di atas (akak perap dalam 15 minit aje)
- panaskan minyak
- celupkan ayam dalam bahan coating
- gorengkan (pakai minyak banyak untuk hasilkan rupa paras yg comel.hehe)

Black Peper Sauce
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 cmb kicap pekat
1/2 kiub pati ayam knorr
1/s cmt serbuk lada hitam
1/2 cawan steak sauce (akak pakai brand - classic)
1/2 cawan air
4 biji cendawan butang (dihiris nipis2...ini optional aje ye..saje nak derhaka resepi sikit hehe)
garam & gula secukup rasa
sedikit tepung jagung (untuk memekat kan kuah)

Cara2 Membuat black peper sauce
- Panaskan minyak
- tumis bawang putih
- masukkan bawang besar
- biar agak layu & bila naik bau masukkan kicap, steak sauce, pati ayam,
 - masuk kan tepung jagung & masak sehingga kuah agak pekat
- masukkan gula & garam secukup rasa

angkat dan tuangkan diatas ayam..& ready to eat..jommmsss!!


Oh...few days after..
masak nasi lemak sebagai breakfast
menu biasa2 aje
tapi kali ni akak masukkan bawang besar di dalam nasik
memang sedap & wangi

 nasi lemak berhalba, berhalia & berbawang... 
kasi zoom sikit! ;)




June 13, 2013

SUP HERBA AYAM KAMPUNG - CHINESE STYLE


Sekali-sekala layan tekak sup herba ni sedap juga
Akak beli dalam peket aje di kedai ubat cine
ada banyak jenis herba jsut named it.. itu tauke akan cari kan utk u..
yg akak beli ni untuk reduce heat gitu...
akak tak suke ginseng so awal2 lg dah kaborkan NO NO NO GINSENG!!
ahaks! :p

pelbagai herba pilihan ku..reduce heat, body defend, for lungs.
sedap makan semasa panas2 u..
eh mana pulok ayam ku itu..tak nampak menyorok di bawah herba2 itu.. :p
mengandungi 7 jenis herba - longan kering, red dates, biji goji, 4 jenis akar kayu



March 6, 2013

TEPPANYAKI Home Made

Gara2 ter-suke dgn menu kat teppanyaki
akak blk rumah masak sendiri
ejas sikit2 ikut selera tekak
bahan2 pun mudah aje
masak pun cepat siap

 Sayur taugeh mesra..

Bahan2
*sedikit olive oil / marjerin
* 7 ulas bawang putih (akak tumbuk halus)
*lada sulah
*lada hitam
sebatang carrot dipotong dadu (nak sagat pun boleh aje)
3 helai kubis panjang (betui ke nama nye kubis ni?)
taugeh 50 posen (akak pakai taugeh besar tu..)
3-4 tangkai (each) daun sup/bawang (tambah sendiri)
kicap sos perisa MAGGI (modified sendiri, nk pakai kicap cair masin pun ok)

Cara2: ekau campak semua bahan (*) mengikut urutan, then masukkan carrot, taugeh & last sekali daun sup/bawang

Ayam berlada mables

Bahan2
setengah ekor ayam, diambil isi potong kecil2
* 7 ulas bawang putih (akak tumbuk halus)
* olive oil / marjerin
*lada hitam
*lada sulah
kicap manis/masin
sos kicap perisa MAGGI
3 tangkai (each) daun sup/bawang

Cara2: masukkan marjerin/olive oil, bawang putih, then masukkan ayam, lada sulah,lada hitam, kicap & last taburkan daun sup/bawang

DAH SIAP! tak smpai 10 mins utk both hidangan..jommmm makangggg!!!

menu basic ni feveret akak sejak zaman-berzaman..



February 8, 2013

Ayam Golek Percik versi kak Jade



Dah lama masak ayam golek yg ayu ni semasa hubby balik Malaysia tempoh hari..
masak simple2 aje..campak2 ikut menu sendiri..tp dgn penuh kandungan kasih-sayang gitu..ngeeee

walopon rupa paras tak menawan qolbu..tp Alhamdulillah rasa nya mengikut piawaian tekak lah..akak rasa kawan2 di luar sana lg terer masak ayam golek ni kan..

Bahan2
setengah ekor ayam kampung (ayam bandor pun oke aje hehe)
2 batang serai*
3 biji bawang putih*
2 biji bawang besar*
2cm halia* (anggaran je)
5 tangkai cili kering*
3 biji buah keras *
2 biji buah pala (optional aje)
sedikit gula/garam
2cm kunyit hidup* (nk tukar serbuk pun boleh aje..akak lebih suke kunyit hidup..ade umpph)
secawan santan (if tak suka lemak boleh kurangkan ye)
sedikit planta

Cara2
- kisar bahan2 bertanda*
- kemudian perap ayam bersama bahan2 kisar + gula + garam lebih kureng 20-30mins (nk peram sekejap aje pun boleh)
- panaskan kuali, kemudian masukkan planta & ayam perap tadi
- masukkan santan & kacau sebentar sehingga separuh masak
- keluarkan & masukkan dalam ketuhar, bakar & hidang bersama nasi tomato, nasi minyak atau apa2 nasi yg anda gemari ye.

Ngomel KakJade: rindu pula nk masak2 utk hubby..kesian pula hubby asyik makan kt kedai aje diperantauan nun..