Maulidur Rasul
Semoga kita semua mendapat syafaat daripada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. insya-Allah!
t!nt@
dS
di
Tuesday, March 18, 2008
4
Ul@s@n
gEnrE: dunia realiti, history
t!nt@
dS
di
Tuesday, October 23, 2007
0
Ul@s@n
gEnrE: history
Petikan berita dr akhbar Berita Harian..
Perjalanan pulang angkasawan negara bermula apabila Soyuz bergerak meninggalkan ISS dan mendarat di bumi menggunakan mod automatik (pendaratan normal) sejak jam 8.15 pagi waktu tempatan.
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada krew Ekspedisi ke-16 di ISS, Dr Sheikh Muszaphar, Yunchikin dan Kotov memasuki Soyuz serta menutup selak yang menghubungkan kapal angkasa itu dengan komponen kargo milik Russia di ISS, dikenali Zarya.
Tepat jam 11.15 pagi, komander penerbangan mendapatkan kebenaran pengawal pusat kawalan udara Russia di MCC, untuk melepaskan cangkuk dan selak bagi memisahkan Soyuz dan Zarya. Enjin Soyuz kemudian dihidupkan untuk menjarakkannya dari ISS.
Enam minit kemudian, Soyuz bergerak 20 meter menjauhi ISS dan komander (Yunchikin) menghidupkan lagi enjin selama 15 saat untuk terus meninggalkan pusat itu.
Dua jam setengah kemudian, pada jarak 19 km dari ISS, komputer mengaktifkan dorongan Soyuz untuk keluar dari orbit. Enjin yang dihidupkan selama empat minit memperlahankan penurunan kapal angkasa dan mengeluarkannya dari orbit dan memulakan fasa memasuki atmosfera.
Setengah jam selepas itu, jejak pertama atmosfera bumi mula dikesan dan komputer memisahkan tiga modul kapal angkasa Soyuz dengan modul pendaratan (tengah) yang dihuni angkasawan, menjajar ke plat pelindung kepanasan bagi meminimumkan kesan haba.
Lapan minit kemudian payung terjun Soyuz diaktifkan dengan dua payung kecil, disusuli satu unit yang lebih besar dikeluarkan bagi memperlahankan kelajuan kapsul pendaratan daripada 220 meter sesaat kepada 80 meter sesaat.
Tali payung terjun pada kapsul diputuskan beberapa minit sebelum mendarat bagi menegakkan kembali modul pendaratan dengan kelajuan penurunan berkurang kepada tujuh meter sesaat, dan pada tahap itu, sistem komputer mengaktifkan penyerap hentakan kerusi krew.
Dua saat sebelum pendaratan, enam enjin di bawah Soyuz dihidupkan bagi mewujudkan dorongan ke atas, yang memperlahankan lagi kelajuan kapsul kepada 1.5 meter sesaat ketika modul pendaratan hanya berada 0.8 meter dari tanah.
Tepat jam 2.37 petang (6.37 petang, Malaysia), selepas tiga jam 23 minit perjalanan dari ISS, Soyuz selamat mendarat. Pasukan mencari dengan konvoi enam helikopter dan 12 kenderaan amfibia tentera Russia kemudian menemui kapsul pendaratan dengan semua angkasawan disahkan selamat.
Angkasawan Malaysia itu dijadualkan berada di sini untuk tempoh dua minggu lagi bagi tujuan kuarantin, sebelum kembali ke tanah air.
t!nt@
dS
di
Tuesday, October 23, 2007
0
Ul@s@n
gEnrE: history
t!nt@
dS
di
Wednesday, October 10, 2007
0
Ul@s@n
gEnrE: dunia realiti, history
9-11,
emergency some will say,
but no one will forget that September day.
When the strongest people and the bravest souls
risked their lives to go below.
The crashing towers falling down
spreading saddness all around.
We felt bravery for those who knew the cost,
and we felt saddness for all the ones we lost.
But out of the rubble rose wings of Hope
maybe someday we all will cope.
But until that day we all will greive
and deal with a memory that will never leave.
For our answers we look to the heavans
and deal with the pain of September 11th.
By: Jammie Howard 12
t!nt@
dS
di
Tuesday, September 11, 2007
0
Ul@s@n
gEnrE: history
t!nt@
dS
di
Monday, July 30, 2007
0
Ul@s@n
gEnrE: dunia realiti, history
Sudah beberapa hari saya tidak membuat sebarang entri baru. Hai.. entahlah! Rasa seperti tiada semangat apatah lagi laman web KarnaDya tidak boleh diview seperti biasa. Kosong.
Penulisan manuskrip baru pula tersangkut-sangkut. Mungkin juga saya agak penat kerana mengikuti latihan ping-pong pada pagi sabtu dan senaman aerobik pada petang selasa (tukar kpd hari rabu mulai Julai). Waktu rehat tengahari pula saya isi dengan latihan karom.
Untuk makluman semua, pada cuti sekolah bulan Ogos nanti, saya terlibat di dalam Karnival Sukan di daerah Mersing untuk acara ping-pong dan karom. Sebenarnya, saya memang aktif bersukan tetapi terpaksa dihentikan setelah mendirikan rumahtangga dan mula mengandung.
Begitu juga dengan dunia penulisan saya. Semuanya tertunda gara-gara mempunyai anak-anak kecil. Cabaran sebagai seorang ibu di dalam zaman sains dan teknologi ini memang sungguh getir. Di tambah lagi saya berkerjaya tetap. Kadang-kadang rasa macam hendak berhenti saja tetapi jika tiada kerjaya, rasa seperti kehidupan akan datang belum terjamin sepenuhnya.
Kini, anak-anak sudah mula membesar dan boleh mandiri (berdikari). Mereka juga faham dengan situasi saya di rumah, ada masanya saya tidak berpeluang melayan mereka kerana perlu menumpukan perhatian kepada penulisan.
Percaya tak? Saya ni memanglah nampak lembut tetapi jika dengan anak-anak, saya agak tegas. Tiada kompromi di dalam bab pelajaran! Kerja sekolah mesti beres, buat sendiri kemudian barulah saya menyemaknya.
Sesekali jika cuti sekolah, kami sekeluarga pergi bersiar-siar sambil bermandi-manda di Telok Cempedak, Kuantan atau di Port Dickson, N.Sembilan. Saya akan pastikan mereka seronok dan dapat mengisi masa itu dengan aktiviti riadah agar dapat merehatkan badan dan melegakan fikiran.
Karenah mereka yang pelbagai rentak itu kadangkala menyeronokkan dan ianya telah saya garap di dalam karya-karya saya. Semoga apabila besar nanti, mereka juga akan menulis seperti saya. Menulis tentang diri dia, tentang anak-anak mereka pula atau tentang saya, siapa tahu?!
t!nt@
dS
di
Wednesday, July 11, 2007
2
Ul@s@n
gEnrE: dunia realiti, history, tips
t!nt@
dS
di
Friday, March 30, 2007
4
Ul@s@n
gEnrE: history
OK, itu saja. Di harap pokcik b'puashati (no.6 tu over sikit!) dan jgn lupa.. janji kita di Imano's, ya.
Sekian, terima kasih.
p/s: Pokcik, minta maaflah sbb dEW! tak sampai hati nak tag kwn2 yg lain. Cukuplah ia berakhir setakat di blog ini saja! jgn marah ya, pokcik.. lain kali kita buat games yg lebih berilmu & berfaedah gitu (25%) cehwah!
t!nt@
dS
di
Saturday, February 24, 2007
0
Ul@s@n
gEnrE: history
Bidang penulisan saya bermula semenjak tahun 90an lagi di mana ketika itu saya sangat gemar membaca cerpen di majalah Remaja terbitan Karangkraf. Sehinggalah jari-jari ini rasa terpanggil untuk menulis sebuah cerpen sendiri yang diberi tajuk 'Selendang Rindu'.
Di masa itu, kemudahan dan peralatan komputer agak terbatas makanya mesin taip adalah pilihan terbaik untuk saya. Bayangkanlah.. sekiranya tersilap taip, kita perlulah memadamnya dengan sebersih-bersihnya. Kalau nasib tak baik, terpaksalah keseluruhan muka surat itu ditaip semula.
Namun, akhirnya impian saya untuk melihat hasil nukilan itu diterbitkan berjaya juga. Dalam masa beberapa bulan, cerpen itu diselitkan di dalam majalah Remaja. Alangkah bahagianya hidup ini kerana niat saya untuk menjadi penulis bukanlah satu omongan kosong. Saya masih ingat lagi, arwah emak terlalu suka dan bangga sehingga dia buat promosi dan menunjukkan karya saya di dalam majalah itu kepada rakan2 dan jiran-tetangga.
Alhamdulillah, rakan2 sekerja juga telah banyak memberikan kata-kata perangsang sekaligus mereka juga suka membaca karya saya itu dan tidak sabar-sabar menanti novel sulung dari saya sendiri. Hmm.. sebenarnya, ini adalah cabaran buat saya dan insha-ALLAH! Saya Boleh! Saya akan usahakan sehingga berjaya!
p/s: Ada tiga cerpen yang telah dihantar dan dua darinya iaitu 'Kalau Dah Jodoh' & 'Sandiwara' dimasukkan ke dalam buku koleksi cerpen2 terpilih terbitan Karangkraf iaitu Romantika oleh Brother Richie Rachman.
t!nt@
dS
di
Friday, January 26, 2007
4
Ul@s@n
gEnrE: history
Tanjung Puteri a.k.a Johor Bahru adalah tempat kelahiran saya. Bertuahnya dilahirkan di sini krn abah & arwah emak sebenarnya bukan org sini.
Abah merantau dr Juru, S.Prai semata-mata utk m'cari peluang pekerjaan. Sementelah, pd zaman 1960an itu terdpt byk kilang2 tekstil, biskut dan juga elektronik yg baru ditubuhkan oleh para pelabur. Arwah abang abah dahulunya bekerja sbg Polis Marin di Pengkalan Rinting, JB. Begitu juga dgn arwah emak. Ayahnya iaitu Tok Wan Pie (asal Semanggol) juga bekerja di tmpt yg sama.
Dipendekkan cerita, bertemulah jodoh di atr abah & arwah emak. Slps direstui semua, mrk pun bernikah... siap b'sanding di atas kapal!
Pd hujung thn 1971, lahirlah anak yang pertama... iaitu saya. Syukur... Alhamdulillah!
t!nt@
dS
di
Tuesday, December 12, 2006
0
Ul@s@n
gEnrE: history
|