Pages - Menu

Meh Sape2 Nk Suh Saya Follow Blog , Letak Link Blog Kat Sini Yer :)

Pengikut Blog

Memaparkan catatan dengan label Disember. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Disember. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Disember 2011

Berakhir Sudah Ko-K (Semester Ketiga)



Alhamdulilah, berakhir sudah ko-k untuk semester ketiga bagi semester pertama 2011/2012.Gembira tak terkata asenya bila dah berakhir ko-k untuk semester ini. Mana taknya , takdelah pasni nk bangun tuk pergi ko-k..pasni ayat keramat " APA ITU KO-K " dh leh guna tuk aku..hehehe..walaupun ad satu semester lagik..hihihi..

Isnin, 27 Disember 2010

Senarai Pemenang ASK2010



Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Nor Khiriah (Antara Garisan)

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Sharifah Amani (Mualaf)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Bront Palare (Belukar)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Aaron Aziz (Evolusi Kl Drift 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Fazura (Pisau Cukur)

Filem Terbaik
Mualaf

Drama TV Terbaik
ASTRO : Antara Garisan

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Isma Yusoof (Antara Garisan)

Pengarah Terbaik Filem
Yasmin Ahmad (Mualaf)

Pengarah Terbaik Drama
Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Anugerah Khas Yasmin Ahmad
Shaheizy Sam

Lakon TV Terbaik
ASTRO : Antara Garisan

Drama Komedi Terbaik
TV3 : Simpang Tiga

Lakon Layar Terbaik
Shamsul Yusof

Rancangan Hiburan Terbaik
TV3 : Anugerah Bintang Popular

Rancangan Bual Bicara Terbaik
RTM:Isu Khas Gaza Palestin Kami BErsamamu

Laporan Khas/Berita Terbaik
TV3 : Aduan Rakyat Berbumbung Lagit

Rancangan Muzikal Terbaik
TV3: Anugerah Juara Lagu 24

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
ASTRO : Prima Epik Suatu Ketika

Videografi Terbaik Drama
ASTRO : Datang Bulan

Drama Rantaian Terbaik
TV3 : Nur Kasih

# tahniah kepada semua pemenang yang memenangi untuk semua kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2010 terbitan TV3..nampaknya sakan la korang berjalan di Los Angeles nanti....dabbobobommmmm...

# apa-apa pun..good job diberikan kepada pengacara ASK2010 iaitu Awal & Vanida Imran,korang memang gempak dan happening..memang best..x kering gusi dengan lawak korang..hopely dapat digandingkan lagik..

Aku Masih Dara



Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan.

Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.

Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.

Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.

Isnin, 20 Disember 2010

Part Time (Short Semester)

Ermm.nampaknya cuti semester pertama aku sudah pun bermula..cuti short sem ni akan berakhir pada 14hb Januari 2011..so lambat lagi la..heheehe..leh aku duk rumah puas2...al-maklumlah..dah lama aku duk UUM n menghadap buku untuk final exam baru nih..tapi nervous still ada lagi dalam diri nih coz result untuk semester pertama ni xtahu la mcm mana nanti..risaunya aku...aku harap2 sangat dapat result yang baik.impian aku nk dapat 2.8 or 2.9 ke atas itu pun dh kira bersyukur sangat2...tapi dapat lebih lagi..lagi aku bersyukur kepada Allah SWT...aminnnn.....

Okeylah..memandangkan cuti short sem ni aku telah pun buat keputusan untuk bekerja PART TIME di S.ALAM.baru-baru ni,aku dibagitahu oleh mak cik saudara aku di S.Alam,dimana ada kerja PART TIME tempatnya.Mak cik aku ni keje sebagai kerani di SD CARD yang terletak di seksyen 15,Shah Alam.dier bagi tahu dekat aku yang company ada buat PART TIME untuk simcard..bayaran yang dibayar adalah :

1k simcard = RM30

So..memang lumayan..tapi bayangkan nk ciapkan 1k simcard tuh...waduhhh...penat seyh..namun aku go on jugak,mana x nya,baik aku teruskan,daripada aku x kerja,baik kerja..dapat la jugak duit top4 nanti untuk aku beli brg untuk semester kedua nanti...ehmmmm...

So..aku pun dh sampai S.ALAM..so kerja PART TIME telah pun bermula pada hari pertama lagik..waduhh..penat pun lum hilang lagik..dah suruh kerja..xper..nanti income masuk..hik2..
Aku telah diajar oleh makcik aku untuk starter pack untuk TUNETALK..ermm..sebanyak 500 keping.banyaknyer...so makcik aku suh aku buat cepat2 siap n dier nk dalam pukul 3.00ptg.so aku pun buat la seperti mana yang dier ajar dekat aku.....so aku pun bekerja la dengan keras sekerasnya...

Lebih 3 jam lebih..adusss sakitnyer pinggang aku..memang letih gak ek wat card nih..hehehe..xper...aku pikir pasal income..letih tolak ketepi dulu..hehehe..apa-apa pun dalam lebih kurang pukul 2.00 petang,semua dh siap simcard tersebut dan makcik aku pun ambil card yang telah disiapkan itu...so kerja aku sudah beres....

Penatnyerrrrr.........

Ok..aku sambung esk lak ea...bububuyeeeee...

Jumaat, 17 Disember 2010

movie@Janin



Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang orang kampung telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera.

nak tahu dengan lebih lanjut filem Janin ini..korang nantikan di pawagam...eaaaa....

movie@Damping Malam



okeylah..hari ni aku nk citer pasal filem terbaru terbitan Excellent Motion Picture iaitu syarikat kepunyaan pengarah terbaik siapa lagi kalu bukan Ahamd Idham.Filem yang bertajuk "DAMPING MALAM" telah menjadi tajuk utama dalam filem ini.Melihat poster diatas,sudah menampakkan filem ini sememangnya hebat dan agak menyeramkan..itu hanya pandangan aku sahaja.tapi kalau citer x sedap.....i don't know...aku pun x sabar nk menengok citer nih...mesti thriller n seram nih...

ini merupakan kali pertama Ahmad Idham selaku pelakon utama dalam filem ini menjadi hero bersama Amy Mastura.mungin ini kombinasi pelakon yang menarik untuk mengukuhkan lagi cerita ini.

filem ini akan mendamping pawagam 30 DISEMBER 2010..ermmm..tapi sempat x aku nengok nanti..al-maklumlah..kat kelantan xder pawangan lorhhh....terpaksa la aku tgk kat KL nanti..insyallah kalau aku g KL..hohoo....

okeylah..malas dah aku nk membebel lama2 sangat...so..korang baca la sinopsis yang aku sudah copy dari blog lain..heheeh....

semoga korang terhibur dengan filem ini yerrrrr.....jangan lupa saksikan filem ini di pawagam yerrr....serammmmmmm.....

SINOPSIS :

Filem Damping Malam mengisahkan WADI dengan isterinya KU KHALIRA yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA. Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian. Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana.

Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI. KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…

Khamis, 10 Disember 2009

UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA



Ha..tentu korang terkejut nape la aku duk posting poster terbaek ni...

UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA...

Ha...kalau korang nak tahu filem animasi yang terbaek yang pernah dihasilkan di MALAYSIA ini akan ditayangkan di TV.....

Kalau anda dah tahu...xer..kalau yang belum tahu lagik...okey aku nak bagitahu info kat korang..

Filem UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA akan ditayangkan pada 10hb Disember 2009 di saluran yang terkenal dengan trademark " DEKAT DIHATI"....iaitu TV9..

TV9 menjadi penyiar rasmi bagi filem tersebut..Nampaknya Las Copaque memberikan kepercayaan kepada TV9 untuk menayangkan filem tersebut...Nampaknya rating TV9 akan naik mendadak ler...

Bagi peminat UPIN IPIN,memang tak dinafikan TV9 telah menjadi penyiar rasmi bagi kartun kegemaran sekarang UPIN & IPIN...He2...Setiap hari Isnin hingga Jumaat,TV9 akan menyiarkan selama 5 minit kartun UPIN IPIN & Geng....

Pelbagai aksi dan telatah yang disampaikan oleh UPIN & IPIN dalam siaran tersebut...

UPIN IPIN menjadi satu fenomena yang ketara di MALAYSIA kerana keunikan suara dan animasi yang dihasilkan memang kelas tinggi tu..cam kartun kat Hollywood lak pulak....ermm

Okeylah...berbalik kepada Filem UPIN IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA...

Sinopsisnya :

Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.

Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.

Jom kita kenali watak-watak yang ada dalam filem UPIN & IPIN : GENG PENGEMBARAAN BERMULA :

Badrol
Seorang budak yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.

Lim
Budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.

Rajoo (Kannan a/l Rajan)
Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.

Ros
Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering memarahkannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.

Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz)
Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi “s”.

oKEYlah....korang jangan lupa ek saksikan filem animasi yang terbaek pernah dihasilkan oleh hasil tangan Las Copaque iaitu :

UPIN & IPIN
GENG PENGEMBARAAN BERMULA

pada hari Khamis

bertarikh 10hb Disember 2009

pada pukul 9.30 malam

di slauran Dekat Dihati

TV9

Selamat Menonton....

Isnin, 1 Disember 2008

Musim Banjir

Hai korang sumer.....Korang tengah wak per tu....Bagi kengkawan aku yang berada di Pantai timur mesti korang tengah risau coz sekarang kan musim banjir/tengkujuh/peralihan Monsun.

Sekarang musim banjir telah melanda negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan,Terengganu dan juga Pahang.Banjir selalu melanda negeri-negeri pantai timur pada akhir bulan November hinggalah bulan Disember..

Seingat saya,pada tahun 2003 merupakan banjir paling terburuk pernah berlaku di Kelantan.Hampir seluruh bandar-bandar utama seperti Kota Bharu dilanda banjir dan menyebabkan perjalananan ekonomi lumpuh.Banjir tersebut telah menyebabkan ekonomi di negeri kelantan terhenti seketika.

Banjir tersebut telah menyebabkan banyak pihak yang terpaksa memberikan bantuan yang secukupnya untuk menampungkan kehidupan kepada mangsa-mangsa banir yang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir yang dibuka.




Awas !!!!
Banjir

Negara Pelawat Blog


free counters