Showing posts with label I am Juliet. Show all posts
Showing posts with label I am Juliet. Show all posts

Monday, June 1, 2009

Kerana Kasih

Korang tengok dak cerekarama sabtu lepas. Alaaa..yg si eizlan yusof (giler hot aku rasa dia ni wokeh!!!) ngan si ogy tu?

Memula tengok tu aku ok lagi. Tak tau jalan cerita camna lagi kan.. Si alaa...sapa joyah yg masuk sehati berdansa tu...hmm tak ingat la pulak aku namanya. Kita panggil si bini aje la yea.

Bila si bini dia dok marah marah , aku pun apa la sengal betina ni memang kaki jeles ke..atau curang ke..iya la kan, tak de la aku nak pikir jalan cerita lain kok dah lakonan tu ala ala pompuan baik bertudung baik

Sekali ambik ko!! Bila scene anak-anak dia dah dok panggil papa, pastu si ogy tu dah senyum simpul malu malu..aku mula la panas hati. Mende nye ko ni pompuan sewel!! (bukan dituju kepada ogy, tapi pada characternye tu lah).

Bikin panas lagi aku bila dia kena marah ngan si bini kat opis, boleh nangis nangis tu. Cit!! Huarrgghh..ptuiii!! Aku cakap kat laki aku, kalau saya tu, saya tampar pas tu ludah kahak lagi ada la!!

Apa la ko carik nahas. dah memang ko cari pasal ngan laki orang. tak kisah la dia ada masalah ke ko ada masalah ke. nak kongsi masalah kongsi aje la..aku pun kongsi masalah aku ngan laki orang...(oppss kepada kawan-kawan laki aku, sila jangan report je-masalah yg dikongsi bukan masalah di dalam bilik tido) tapi jangan la sampai KONGSI LAKI..


eeee arrrghh ptuiii (ludah lagi sekali)..siap cakap susah ke nak menagih kasih (ke kongsi kasih?) tak kisah la...memang la tak boleh BEDUL!!!

UWAA aku hangat hati betul la tengok citer tu. tapi mungkinkah nak bagi kita pompuan ni tengok the other side of the story - bak kata kak ipar aku ; citer benar kot...hahahha

tak de maknya nye!!! ko nak semakkan kasih sayang orang pesal!!!!!! tak puas ati betul aku!

Wednesday, January 21, 2009

Twilight - Spoiler Entry

WARNING: ENTRY POTONG STIM.


Have u guys watched Twilight?


Sekiranya korang tak tau apa itu twilight, sila abaikan ya. Sekiranya korang tau, sila maklum that i haven't had the opportunity untuk membaca bukunya. In fact, only now i am googling for the book (s?) to know more about it.


As you now (ke?) i am a big fan of vampire books. Kenkonon perasan immortal. Apakah maknanya? Jangan la tanya - aku memang bengong. Come to think about it, waktu jawab fakta rawak ritu, maybe aku boleh cakap aku impikan nak jadik vampire? kuang kuang kuang.


Sila jangan jump the gun. Sekiranya anda membaca cerita vampire zaman kini, you would be very suprised at how they menceritakan asal usul vampire. Gone are the days of Count Dracula with cape and stupid vampire teeth, now its all about macho sexy men who are just irresistable. I am by all means aware that vampires do not exist. Tapi seperti biasa, a working mom with 2 small kids have to find an escape to la la land, and this is the best escape for me (shopping is just too expensive laaaa..)


The Blackdagger brotherhood was great. But the mystical aura tu aku cam geli ketiak pulak nak layan feeling lelebih. There is the Argeneau Novel by lyndsay sands which is very exciting and witty and just yummy. I am not one who spend money to membeli semua. memang cheepo tapi korang pun tau rm tu baik di beli barang anak-anak (or kasut mak yang baru..hehehe) so the alternative is to pinjam ke kenkawan. sorry yea kenkawan yang telah dijahanamkan bukunye itu oleh aku.

Anyhow..i intend to write about Twilight - The Movie. So lets get on with it.

I cannot find any fault with the movie. The casting was great. the story line was interesting enough that makes u wanna read its book. I am more the type who needs to be entertain visually coz mak nyer imagination very limited but twilight is a movie that makes me wanna read its book.

SAYANGNYA...as much as i want to relate and cair (secair memula tengok Titanic dulu) i cant relate with the character. The main and only reason is simply because...aiyahhhh awatnya citer pasai high school kids!!! college kids aku leh perasan lagi, ni high school? grrrr buang karan betul laaa...

Tetapinya citer tu memang menarik. Sila la beli DVD (harapnya yg bukan haram - ehem) kerana script nyer sangat laaaaaaaaaa meruntun jiwa.

"I dont have the strength to stay way from you" - Twilight is as romantic as the then "You got me at hello" - Jerry McGuire.

Just finished reading the reviews online. Hmm..wonder if the author have a story ready when the couple are in their 30s....

Thursday, December 11, 2008

Tentang Cinta

uWAA rasa cam berzaman tak memblog. so will do this in segments (kalau aku ada mood la yea)

Last friday was my last official day in the office for this year. I am writing this post while seated on my not so comfy dinner chair yg tak tarak span and lappy on a dinner table yang penuh dengan dishwears aku dan segala mak datok benda yg aku fikirkan takkan dicapai oleh Azhad yang masih lagi muat diletakkan di atas meja ni.

First thing first, hubby got back from his la-la fun land holiday with his friends early this month. Aku yg terhegeh-hegeh menjaga 2 budak yg sangatlah tak reti perkataan NO and tercicir kain nak kejar dateline kerja dek nak bercuti panjang terpaksa redha dengan mencipankan diri dan mengambil kesempatan umah inlaw yang sepelaung sahaja jauhnya itu telah membuat muka tak malu dengan berkhemah selama 2 hari kat sana. heheh..hari jumaat after work aku telah mengelat kali ke 2 dengan membribe anak-anak buah cik abang dengan piza yg telah dimakan oleh Cik Erna kita iter (serious aku memang terliur piza itew okeh!! pastu kupon tu lak asyik buat nak order lagi & lagi & lagi!!) untuk spend the nite at my house supaya aku boleh la mengemas rumah sebelum kekasih aku tu balik bergumbira ngan kenkawannya and the kids can entertain anak-anak burung aku yg sentiasa ketagihan attention tu.

Sungguhpun aku dah nak sampai tahap meroyan Mizz Britney menjaga anak (hahaha sah sah tak leh jadik SAHM) tapi aku rasa ok gaks kalau me and hubby ada this time for ourselves once a year (heheh..yang sebetulnya aku dah plan nak gi holiday ngan my girlfrens lepas budak nyonyot tu wean off). After err soooo many yearsss of together and 4 years as a married couple, aku cam dah write off la wish list nak dengar suara laki aku kala usia percintaan baru 2 tahun. Alaa..time time gayut phone sampai telinga rasa panas tapi suara mantain je ayu and manja walhal badan dah melepek penat bercakap berjam jam. Hehehhe..alaaa..korang pun tau la kan aku maksudkan apa ni.

Rupanya distance (and maybe a speck of guilty consciense kerana meninggal anak-bini dirumah) boleh menyemarakkan perasaan..hahahhaa..well..nak kata dia tu bertepuk sebelah tangah , tak la gak..aku ni pun dah tahap tepuk kaki dan tangan dah ni!! eeehhh mestila rindukan..laki aku!! siap call hari hari tu..cam la dok dalam satu malaysia cakap telephone. Mau tobat pasni lepas tengok bill hp. hahahha..padan muka aku.

Monday, March 31, 2008

He loves me

I just need to be reminded of how lucky i am whenever i read pausetoreflect.
So this entry goes to my dear Baby. I dont need your words of love..I am daily reminded by it when you..
1. do the laundry because u know i am too big to maneuver myself in our small laundry room (regardless whether i was pregnant or not!! Haha)
2. hang the clothes because u know i hate the sweat and the sun on me
3. wash the dishes when i was busy with our kids
4. wake up at nite for alesha's bottle time coz u know i am forever 'attached' on azhad
5. buy me choc and such despite the fact we both know i seriously need to loose more than 10 kilos!!!

i love you though at times its very difficult to show our loves with 2 kids arounds.

Tuesday, October 30, 2007

Harga Kasih Sayang

Pagi ni macam dah jadik morning ritual, aku singgah pada blog-blog yg aku selalu frequent. Memula blog redribbon, belajar menginsafi diri dengan kisah2 HIV, pastu gi blog lovebaby baca dia mengomel and off topic sambil aku senyum simpul, pastu lak click blog anamiraa- dari senyum simpul aku senyum lebar - haa eksyen lagi pandai buat kueh, kan dah gemuk, dari situ, aku click blog idham - a clear blue sky.. dan senyuman aku jadik mati tiba-tiba.

Aku tak penah kenal Mr & Mrs D. Aku tau kewujudan diaorang pun dari blog Idham - yang memang tak kenal aku pun! Aku tak penah tinggal komen let alone nak call/ym etc etc untuk introduce diri aku ataupun join program-program yang diaorang anjurkan.

Tapi kadang-kadang bila lewat malam, aku terfikirkan kehidupan orang-orang yang aku tak kenal dan tidak pernah mengenali diri aku ni. Kadang-kadang aku rasa diri aku ni kecik sangat dibandingkan dengan diorang ni. Kadang-kadang aku rasa diri aku ni beruntung sangat sebab Allah dah beri apa yang aku ada sekarang dan aku tak cukup bersyukur ke atas segalanya.

Aku dah follow kisah Mr & Mrs D sejak sebulan lepas. Aku rasa diaorang loving couple malah lebih loving dari aku n dear hubby. Mungkin keadaan mereka membuatkan timbul kesedaran untuk lebih menghargai pasangan masing-masing. Lebih-lebih lagi bila kita tahu yang time is not on our side.

Bila Mrs. D decided to show their family pictures, hati aku sayu mengenangkan kehidupan diaorang. Wajah-wajah riang Mr & Mrs D suami isteri penuh kasih sayang, saling tak tumpah macam senyuman aku n dear hubby dalam gambar-gambar kami. In split second, they could have easily been us.

Bila ada masa, aku baca balik post Mrs. D yang mula-mula. Dari start Mr. D tak de penyakit, sampailah ke post terakhir Mrs. D semalam tentang sambutan hari jadi suaminya.

Betapa kecil aku rasa diri aku ni kerana aku pernah meminta-minta dear hubby belikan itu ini. Hakikatnya aku tau dear hubby kadang-kadang tak mampu, dan permintaan aku tu hanyalah gurauan. Tapi deep down, aku berharap yang dear hubby akan mampu satu hari nanti dan actually hadiahkan apa yang pernah aku minta.

Lain sungguh dengan Mrs. D yang hanya mahukan 'more of you each day' dari Mr. D. Dan apparently hanya Allah yang tahu apa baik untuk umatnya. Pagi tadi, dari blog Idham, aku dapat tahu Mr. D sudah kembali ke rahmatullah - Al fatihah.

Aku tahu betapa sukarnya bagi keluarga Mr & Mrs D (Mrs. D especially) untuk menerima hakikat itu walaupun mereka sangka they are spiritualy prepared for the hit. Tak kira berapa lama tempoh yang diberikan oleh Doktor atau berapa kita tekun kita berdoa untuk diberi kekuatan dariNya. Aku tahu perasaan menerima berita kematian dan menyangkakan diri telah cukup bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Hakikatnya, hanya masa yang akan menyembuhkan luka dan kekecewaan di hati. Dan perasaan rindu yang akan mendatang nanti, tidak akan pernah kurang dan one day, kita akan lena berendam air mata kerana perasaan rindu yang teramat sayang pada orang tersayang yang telah pergi. Kalau kita bernasib baik, mereka akan hadir dalam mimpi dan mengubat sekelumit kerinduan kita. Hanya doa dan harapan agar satu hari nanti, kita akan dipertemukan semula di ambang syurga jika diperkenanNya.

Aku tak tahu samada Mrs. D akan menyambung blognya dan memberikan update terkini keadaan keluarga selepas hari ni. Kalau aku berada dalam tempat Mrs. D, aku rasa aku tak mampu untuk membaca semula apa yang pernah aku tulis tentang hati dan perasaan aku waktu Mr. D masih ada.

Apa pun, aku berharap Mr. D sempat bertemu keluarganya seperti yang diceritakan oleh Mrs. D. Aku berharap Mr. D pergi dengan tenang dan dalam dakapan keluarganya. Aku harap Mrs. D terus tabah dan terus tenang sepertimana dia telah tabah dan tenang menjaga Mr. D sepanjang masa.

Post kali ini dedicated khas untuk Mrs. D - wanita tabah yang tidak pernah tahu betapa kagumnya aku pada dia. Hanya Allah yang tahu pengorbanan Mrs. D dan memberi balasan syurga yang sewajarnya.

Aku doakan arwah Mr. D ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Aku doakan agar kedua-dua Mr. D dan Mrs. D dipertemukan dan dijodohkan semula di kehidupan selepas ini.

- Amin -

Wednesday, August 29, 2007

I need a make-over

Sometime last week, hubby tetiba bersuara "Eh..rambut awak cantik la masa ni..". Dengan excitednye, i went over to him and peeked at the photo he held on his hand.

DUDE!!! It was my 1996 photo la!!!!! It was a picture of us at Sunway Lagoon with us both in shorts and of course my so called almost-platinum-cheesy-bad-cheap-oxidised shoulder length hair-do.

My hubby dari dulu memang have a taste for minah karat aka blonde. Come to think about it, i was a bit blondish when i met him and never stop dying my hair until recently. (Recently more defined lepas beranakkan Alesha la.) Was still coloring my hair when i was carrying her... and remembered that i was crazy looking for research whether coloring hair during pregnancy will harm the baby.

The first time i colored my hair was when i was 17. Back then, a bottle of oxidised will do. As i started earning money (and being single with no obligation to buy susu), i tend to spend more and more on hair. Iron perm u say? curl blow? apa lagi...semua la i have tried. And Dear Hubby was with me the entire time. Watching me go crazy with hair-do.

He particularly like it when i iron permed my hair. But then the damage was too bad (not to mentioned the maintenance costs ya!) that i just had to get it straighthen before beranakkan cenonet. (ni dok pikir camna nak pantang ngan rambut kerinting gembang n berkaler kaler - nak jumpa makcik/nenek/tok etc etc)

Once i had cenonet..of course budget pun dah lari. Lagipun rasa cam dah tak berapa selera nak melaram sangat with me wearing tudung. Oh..i started wearing tudung nisfu syaaban last year. Alhamdullilah dah setahun ek? walaupun hakikatnya at times memang la aku tak pakai tudung kekadang.

The point of writing this, i think i need to start making myself look yummy again. If not for dear hubby, for my own self esteem. Of course, this can only be done full force once lil' seed is out.

So mental note to self:
1. . Go get some new hair do - invest! invest!
2. Pack some make up and WEAR IT - im quite good at putting make up u see, but never have the patience to clean it up afterwards
3. Wear myself with style Tudung or No Tudung.

Monday, July 23, 2007

I need Lurveeee

Sebenarnya la kan..aku ni berat hati sikit nak cerita pasal kisah hari ni. Simply sebab hari tu laki aku cakap.."berdosa awak umpat laki sendiri kat seantero dunia"..

Sejak dari hari dia sound aku hari tu..i tried to limit my blogging about dear hubby to benda yang baik baik. TAPI MASALAHNYA...geram la aku kan asyik nak citer yang elok-elok bila yang pastinya, kita ni manusia ada buat benda yang tak betul jugak kan.. So..aku nak citer jugak pasal kisah hari ni...with very much attempt memfilter kan apa yang patut difilter.

Alkisahnya laki aku ni mengamuk kat aku few days ago to the point cakap organ badan manusia ke aku ni. Hehhehe...aku ok aje la sebab aku pun ala ala ada habit 'memuntahkan' perkaitan berkenaan organ-organ manusia ni bila aku time marah. Yang aku terasa hati tu bila dia sound aku nak makan apa, dia bawak..dia belikan. Eh!eh!..bara la aku kan...aku ni kan tengah mengandung..sensitip la kalau cakap pasal makanan ni. Lagipun bukan apa sangat yang aku mintak..setakat daging masak merah kedai kat kota damansara je. Bukan la mintak daging rusa kedai kat seremban nun. Rasa nak aku campakkan aje duit bayar balik duit makan aku malam tu.

Tapi alkisahnya...dia marah sangat kat aku tu sebab aku malas nak singgah umah in law aku malam tu. Iyalah..time was already 900 pm masa tu. Hujan lak lebat. Aku dah la penat..perut dah kenyang. Dah la malam jumaat kan..hujan hujan lak tu. Aku tak sabar sabar nak balik rumah la kan...

Aku malas nak layan dah...Nak kata kecik hati, dah besar biji kuaci dah hati aku ni gamaknya.

Tup tap tup tap dah masuk hari Ahad. Kata orang sedangkan lidah lagi tergigitkan..sakit hati pun, takde la aku nak buat perangai cam zaman bercinta dulu. Apa pun..anak depan mata. Nak masam muka lelama pun buat stress n menambahkan kedut aku je.

The entire sunday, we had guest at home. Malam tu gamaknya kekasih hati aku ni tetiba ada semangat nak bercinta la kot. Sejuk agaknya sebab hujan..nak body heat lah tu..

Our conversation went on something like this:

Moi : awak ni sekarang tak reti nak mintak maap yea

Laki moi : (dengan muka sengih-sengih)..ala..saya marah pun bukan lama..kejab je.

Moi: dah salah kena la jugak mintak maap. tak kira la

Laki moi: alaa..nanti buat balik

Moi: (dengan muka berkerut tak paham)..apa?

Laki moi: kalau saya mintak maap pun, esok esok saya buat balik. Lagi sakit hati..Saya mintak maap dengan perbuatan je la ...(cakap endah tak endah sambil bangun gi toilet)

Moi: (muka pelik rasa cam bodoh..betul ke apa yang aku dengar ni??)

Apa gamaknya laki aku ni?? Patut ke apa apply concept "ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS" dalam perhubungan suami-isteri aku ni...