Monday, July 30, 2007

my big girl

huhuhuh...jumaat lepas ada birthday party kat rumah sedar hubby. Baru la ku sedar my cenonet is now a big girl dah. sepanjang kat sana, haram dia nak hang out ngan mak n pak dia. She was so busy main kejar kejar ngan sedara mara sampai tak hingat dunia. waktu nak balik pun, siap nangis-nangis...Alahai anak mama..

The next day pun cam tu. Refused to go back sampai sanggup tutupkan pintu kereta aku sebab nak mau ikut aku balik..Cit..bertuah punya budak..jangan harap mama nak bagi sha tido ngan orang lain tau. Whatever it is, my busuk face will be the first one u see when u open your eyes in the morning..moi or your bapak la.

Rationale: ntahla..boleh cakap nak paksa kasih sayang tak...ihiks!!
Posted by Picasa

Monday, July 23, 2007

I need Lurveeee

Sebenarnya la kan..aku ni berat hati sikit nak cerita pasal kisah hari ni. Simply sebab hari tu laki aku cakap.."berdosa awak umpat laki sendiri kat seantero dunia"..

Sejak dari hari dia sound aku hari tu..i tried to limit my blogging about dear hubby to benda yang baik baik. TAPI MASALAHNYA...geram la aku kan asyik nak citer yang elok-elok bila yang pastinya, kita ni manusia ada buat benda yang tak betul jugak kan.. So..aku nak citer jugak pasal kisah hari ni...with very much attempt memfilter kan apa yang patut difilter.

Alkisahnya laki aku ni mengamuk kat aku few days ago to the point cakap organ badan manusia ke aku ni. Hehhehe...aku ok aje la sebab aku pun ala ala ada habit 'memuntahkan' perkaitan berkenaan organ-organ manusia ni bila aku time marah. Yang aku terasa hati tu bila dia sound aku nak makan apa, dia bawak..dia belikan. Eh!eh!..bara la aku kan...aku ni kan tengah mengandung..sensitip la kalau cakap pasal makanan ni. Lagipun bukan apa sangat yang aku mintak..setakat daging masak merah kedai kat kota damansara je. Bukan la mintak daging rusa kedai kat seremban nun. Rasa nak aku campakkan aje duit bayar balik duit makan aku malam tu.

Tapi alkisahnya...dia marah sangat kat aku tu sebab aku malas nak singgah umah in law aku malam tu. Iyalah..time was already 900 pm masa tu. Hujan lak lebat. Aku dah la penat..perut dah kenyang. Dah la malam jumaat kan..hujan hujan lak tu. Aku tak sabar sabar nak balik rumah la kan...

Aku malas nak layan dah...Nak kata kecik hati, dah besar biji kuaci dah hati aku ni gamaknya.

Tup tap tup tap dah masuk hari Ahad. Kata orang sedangkan lidah lagi tergigitkan..sakit hati pun, takde la aku nak buat perangai cam zaman bercinta dulu. Apa pun..anak depan mata. Nak masam muka lelama pun buat stress n menambahkan kedut aku je.

The entire sunday, we had guest at home. Malam tu gamaknya kekasih hati aku ni tetiba ada semangat nak bercinta la kot. Sejuk agaknya sebab hujan..nak body heat lah tu..

Our conversation went on something like this:

Moi : awak ni sekarang tak reti nak mintak maap yea

Laki moi : (dengan muka sengih-sengih)..ala..saya marah pun bukan lama..kejab je.

Moi: dah salah kena la jugak mintak maap. tak kira la

Laki moi: alaa..nanti buat balik

Moi: (dengan muka berkerut tak paham)..apa?

Laki moi: kalau saya mintak maap pun, esok esok saya buat balik. Lagi sakit hati..Saya mintak maap dengan perbuatan je la ...(cakap endah tak endah sambil bangun gi toilet)

Moi: (muka pelik rasa cam bodoh..betul ke apa yang aku dengar ni??)

Apa gamaknya laki aku ni?? Patut ke apa apply concept "ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS" dalam perhubungan suami-isteri aku ni...

Thursday, July 19, 2007

My breastfeeding plan

I guess by now my closer cyber friends (ntah sapa sapa la aku claim kawan cyber aku ni - hehehehe..korang sudi ke di claimkan jadik closed cyber friends aku ni?), tahu impian aku nak fully breast fed baby #2 ni.

So far...walaupun aku still early in pregnancy, ini barang breastfeeding yang aku dah beli plus reganya (sori korang rega ni untuk aku refer kemudian hari bukan untuk eksi yea):-
1. Avent out & about set - got this for rm278 dari kawan Shafinas SI
2. Nursing pillow - beli waktu sogo sale at rm56
3. Nursing pillow cover (ni belian mengada) - rm21
4. Avent sterilizer - rm360 beli sogo sale jugak

benda yang aku nak beli:-
1. avent disposable liner - nak beli kat Sogo waktu sale ni (mental note : kena beli cepat sebelum abis sale)
2. techni ice - aku tak sure nak beli berapa sebab tak leh imagine lagi proses pengangkutan susu ke opis n umah in law. Nak mintak tunjuk ajar korang jugak ni...
3. cooler beg - ni pun aku tak sure camna sebab tak leh imagine lagi. Adakah aku perlukan beg jugak walaupun dah ada beg out n about? Beg Out n About untuk ke opis? And untuk transport ke umah inlaw, ke boleh aje aku pakai ice box yang putih tu untuk simpan EBM kat umah in law? Aku dok pikirkan ni coz peti sejuk umah in law tu penuh stok cili. udang kering etc etc. Tak muat nak isi ebm nanti. Apa kata korang. Sila turunkan ilmu please...

Apa lagi yang nak beli yea?

Untuk baby #2 ni jugak, aku plan nak pakai cloth diaper. Memang la ada yang rasa tak perlu..tapi ntahla..Aku ni memang kalau mampu sememangnya nak go green. Setakat ni aku ada 7 keping. So aku rasa aku kena stock kan lagi 13 keping (rm80 x 13=rm1040) Adeii..mampu ke nak stok banyak ni menjelang lagi 5 bulan nak meletup ni. AMINNNNNNN

Lagi satu dilema aku ialah samada kak ipar aku knowledgeable nak handle ebm ni. Untuk ni aku ngan ikhlas nyer ngaku aku dah cilok Cik Lovebaby punya entry and membuat sedikit modifikasi. (N.B: Fid, kalau ko tak izinkan, ko bagitau ok..nanti aku deletela ok...huhuhuh). So apa yang aku tulis bawah ni untuk tujuan diprintkan dan dibagikan ke kak ipar aku bila aku dah abis pantang dan juga untuk meremindkan aku sekali lagi.

Walaupun anda bekerja anda masih boleh menyusu bayi anda secara eksklusif..Bagaimana caranya?Sediakan susu perahan..


Bila anda harus mula memerah?

1. Terlebih dahulu anda perlu mewujudkan penyusuan susu ibu yang berjaya

2. Mulakan berlatih memerah susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja

3. Perahan boleh dibuat menggunakan pam atau tangan.

4. Beri peluang kepada pengasuh/penjaga bayi anda berlatih menyusukan bayi anda dengan susu perahan. (boleh minta suami membantu)

Cara menyimpan susu perahan

1. Pilih bekas menyimpan yang tertutup.Cuci bekas dan steril/rebus.

2. Masukkan susu perahan ke dalam bekas.

3. Tutup bekas dan labelkan. (nama anak, tarikh dan masa)

4. Simpan dalam peti sejuk (fridge atau freezer)


Tempat & tempoh menyimpan

suhu bilik 4-8jam

peti sejuk bahagian bawah – susu yang diperah akan tahan sehingga 24-48 jam

peti sejuk ruang beku (peti sejuk 2 pintu) – susu yang diperah boleh bertahan sehingga 3 bulan

peti sejuk ruang beku (peti sejuk 1 pintu) - susu yang diperah boleh bertahan sehingga 1 minggu
tempat pembeku (-2 darjah celcius) 1 tahun.


Cara memberi perahan susu kepada bayi anda

* Susui bayi anda sebelum anda pergi bekerja dan setelah balik bekerja

* Jadualkan pemberian susu setiap 2 jam sekali sebelum bayi menangis kelaparan.


Cara mencairkan susu yang telah dibekukan

* Jika susu disimpan di bahagian beku, keluarkan dan letakkan dibahagian sejuk (bahagian bawah) sebelum digunakan.

* Panaskan dengan merendam di dalam bekas yang berisi air panas. Jangan gunakan air mendidih atau mencairkan susu di atas dapur masak kerana cara ini akan merosakkan komposisi susu yang diperah.

* Kocak bekas susu bagi menyatukan cecair dgn lemak susu. Jangan goncang terlalu kuat kerana ianya akan merosakkan komposisi susu tersebut.

* Beri susu kepada bayi anda.

Peringatan:
Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Susu yang telah dikeluarkan dari bahagian beku peti ais tidak boleh dimasukan semula ke dalam bahagian beku.


Susu yang telah disejukkan dan dikeluarkan dari bahagian beku sekiranya belum digunakan boleh terus disimpan di dalam bahagian sejuk (bahagian bawah) peti ais untuk tempoh 24 jam sahaja.


Susu yang dicairkan DAN telah dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam bahagian beku atau bahagian sejuk peti ais. Susu mestilah diberikan kepada bayi dalam tempoh 1 jam.

Susu yang telah dipanaskan mesti diminum dalam masa satu jam. Sekiranya susu yang dipanaskan telah diminum tetapi tidak dihabiskan oleh bayi, susu hendaklah dibuang terus.

Susu yang diperah pada masa dan tarikh yang berlainan tidak boleh dicampurkan. Susu yang disediakan sekiranya tidak mencukupi bolehlah ditambah dengan susu yang diperah di dalam botol lain sekiranya bayi memerlukan susu yang lebih.

betul tak apa yang aku modifiedkan ni? Sila beri tunjuk ajar.


Tuesday, July 17, 2007

my 2nd trimester

Yesterday was my 20 weeks check-up day. It was not really my 20th weeks..more like 19 weeks ++.

The good news are:
1. tahap kemalasan dah beransur kurang
2. lethargic and mual mual dah takde
3. My semput is subsiding (aku kena astmatic attack at about 14 weeks)
4. my weight is now 75.3 kg (Aik..buat muka terperanjat..This is consider good la sebab den ni pun dah sedia ada 74kg before preggy. So..kena maintain not too much increase - nanti mati aku nak kurus balik)
5. I now know the gender of the baby..tapi ni suprise..Give me 1 more ultrasound cum 6 mos and i will get to the story telling .

The not so good news..
1. Perut though not that mereneng stretch dah start gatal-gatal. I foresee a very fierce stretch mark on the way..
2. Very bad sinus cum eczema attck..Muka all flacky and merah2 and gatal-gatal. Again i foresee this pregnancy moi wont be looking glowingly jambu - same goes during Alesha's.
3. Perut aku kekadang sengkak kat rib cage. Maybe lil' one ni ada habit snugling kat rib cage. And most of the time, dia kat ari-ari. Maybe i should consider urut for this? I will think about this bila nak masuk 6 mos nanti.
4. My gynae referred me to Respiratory Specialist - this to prepare me for my asthmatic attack during delivery. Not so good news and not much of info sebab gynae asked me to see the RP personally to get more info and ashmatic and labour
5. Gynae without much alarm informed aku masa ultrasound i've got lil' fibroid. Hmm..nothing to be worried about thats what she said..but you can help wondering eh?
5. The current hospital is charging mad bill!! Hmm...camna ni..nak beranak kat sini, tapi monthly consultation mahal sangat la pulak. Maybe best check at gynae at normal clinic and then beranak kat sini. Tapi banyak sangat la complications aku ni viz asthma, fibroid, difficult previous labour...hmmm...maybe i should just stick at 1 hospital where they have all my records??
6. I can't find any name i like. Hahaha..premature nyer nak pikir pasal nama at this stage kan. Tapi masa alesha dulu we went for about 5 -6 rounds of potential names since i knew i was pregnant. Yang ni semua nama yang kitaorang come accross aku cam tak berapa suka..hmm...kena tengok balik buku abu afiqah ni.

Uish..cam lagi banyak la pulak bad news dari good news...*ponder* *ponder*



Wednesday, July 11, 2007

Satu ketika dulu - citer cenonet

Rasa cam terpanggil nak tulis benda ni lepas baca blog si Erna. Walaupun aku tak di tag, tapi rasanya aku kena la tulis benda ni somewhere. Kat dalam fp dah tulis (kot!) tapi rasa cam nak tulis lagi la pulak.

Aku kawen 29 May 2004 selepas nak dekat 8 tahun berchenta. Kitaorang bertunang 4 May 2003 sama tarikh dengan kitorang decide nak jadik boifren-girlfren tahun 1995. Tarikh 29 May pulak coincidently falls kat birthday bapak aku yg tersayang tu. Sebabkan aku memang sayang sangat kat pak aku tu, aku pun decided what the heck..Alang-alang sambut anniversary, boleh sambut birthday bapak aku.

Aku kawen di masjid depan rumah lepas maghrib. Biasalakan, orang takde mak, so upacara tu jadik upacara air mata. Aku pun pelik kenapa nak kena nangis..tapi hakikatnya, aku nangis sampai nak pengsan la siap kena tarik masuk bilik dek kak ipar aku sebab dah cam nak jadik majlis kebumi orang india pulak aku ni.

tapi sedey wooo...lagi lagi sedey bila adik aku yang laki tu datang pelok cium aku lepas akad..bapak aku nangis..uwaaa...aku tulis ni aku lak rasa nak nangis lagi sekali...

So..kawin la kitaorang yg dah tua ni (tapi still dok perangai cam bebudak) n tinggal ngan pak aku sebab umah aku tak siap lagi. Dalam akhir bulan September tu, aku perasan perut aku cam buncit. Mak ni kan kiasu nak kurus..aku pun telan la ubat kurus dalam dekat seminggu. Pas tu bila datang bulan, tak gak kuar bendera merah..aku pun buat la self-check..uwaa..dah nak jadik mak dah aku ni.

Tapi agaknya memang dah takde rezki kot, aku gugur bulan Oktober bila baby dah nak masuk 10 minggu. Masa tu dah akhir bulan Oktober 2004, dalam bulan puasa. Bila dah lepas gugur tu, aku tetiba terpanggil panggil rasa nak ada anak. Sebelum tu perasaan cam bercampur baur lagi. Tak rasa excited ataupun sedih sebab preggy. Bila aku diberitahu aku kena d&c, aku still ok lagi. Sebab perasaan tu tak rasa apa-apa.

Tapi lepas aje d&c, aku rasa cam membuak-buak nak beranak. Aku pun pantang ala kadar dalam 2 minggu pastu start kira balik fertility period aku. Sampai bulan December 2004, aku start counting days to conceive again.

Come January 2005, aku n hubby pun re-sructure balik out production output. (hehe) About 2 months try, still tak membuahkan sebarang hasil. Masa tu, kebetulan pak aku balik haji ngan umi aku. So dia ada belikan aku this debunga kurma rasul. Aku n laki aku pun pulun la makan this debunga with honey for about 1 month. Agaknya dah memang rezki, come April 2005, aku pun tested positive.

So bermula la episode mengandung aku. 2nd time pregnancy ni memang best pada aku. Aku takde morning sickness yang melampau. Cumanya during my 2nd trimester tu, aku developed muntah-muntah masa dalam kereta. Ni motion sickness la kot. Ada jugak la loya loya rasa nak muntah bila bau makanan..tapi tak effect kehidupan aku yang teramat sangat la.

Check up during the 4th mos tu, we discovered we are carrying baby girl. Aku ingat sungguh, masa aku tengah ultra sound tu, aku rasa cam terdetik , eh ni cam genital area je ni. Tapi aku diam lagi. But when Dr. Asma bagitau "eh..ni burger dia..' so aku pun rasa confirm la apa yang aku nampak tu memang baby girl. Yang hubby aku ni lak, ternganga-nganga tak sure apa yang dia pandang.

Hence, dah confirmla kitaorang ni akan ada baby girl.
Again, cam aku cakap, aku sailed through the pregnancy. Walaupun muka hodoh sikit sebab kembang sini sana (sah-sah la aku ni bukannya jenis yang glowing masa ngandung) aku memang semangat la nak ke sini sana. Masa ni hubby still kerja night shift, so aku memang panjang kaki keluar ngan gfs aku tak ingat dunia.

Masuk the 3rd trimester, aku mula terasa azab. Tido memang parah la sebab perut dah membusung.Tapi yang mengazabkan aku tu, aku kena penyakit gatal-gatal satu badan. This was when aku dalam 35 weeks. On top of that, aku dapat high bp. Dr. cakap this very common sebab my body was preparing itself for delivery. Adeeiii...yang gatal gatal tu pulak, sebabnya i have adverse reaction to hormones yang kuar to prepare my body for delivery. Memang masa tu aku miserable ya amat.

Due to that gatal-gatalla, badan aku sampai la ni dah scar teruk. Takde la teruk sangat, tapi teruk la jugak kan sebab dulu putih suci je..(ahakss). Aku dah tak tahan sangat gatal tu, sampai to the point garu pakai sikat la..skru la and whatever benda yang aku boleh capai untuk mengeruk gatal tu. Sampaila satu hari, ada tukang urut ni, ntah apa la ramuan dia letak, ada bau cam minyak tanah je..soh aku lumur satu badan. Baru la rasa cam ok sikit..

Bila dah lega tu pulak, dr. tetiba cakap kena induce aku sebab high bp. Aku lagi la stress jadiknya. By rite aku beranakkan cenonet on 20/12/2007, tapi dr. fixkan 7/12 to induce. Aku freak out habis siap gi KBMC pulak to get 2nd opinion from another dr. Yang ni lagi siut, siap bagitau aku.."kalau saya dr. awak, at 35 weeks saya dah suruh awak induce.."

Adeeii..bila dengar semua ni, aku pun rasa maybe induce is the best way. Malam tu siap stress sampai nangis nangis sebab hi-bp. So, we went o our dr. balik, cakap, alang-alang nak induce, meh sini kitaorang pilih date. Hence 12 December 2005 = sama dengan anniversary pak aku n arwah mak aku.

So, kebetulan pulak, pada 11 December 2005 (ni hari ahad ni) banyak pulak kenduri kendara orang keliling umah. Aku pun pulun sakan la makan kenduri sebab tau esoknya dah nak kena pantang. Pastu lak, nenek hubby hari yg sama masa aku dah nak bertolak ke hospital, jatuh koma sampai ambulan kena datang umah bawak gi hospital. So, elok-elok petang tu nak gi hospital, akhirnya pukul 8 malam baru kitaorang sampai ke hospital untuk diinduce.

Dalam pukul 10.00 malam tu, Dr. baru datang untuk masuk ubat. By 11.00 mlm tu, aku ingat aku dok ngadu kat 2 orang kawan aku yg teman kan aku kat was (thanks rie n zai) yg aku rasa cam period pain. Masa ni laki aku balik kemas badan n barang. By 11.30 mlm, aku muntah-muntah. Sikit la punya banyak sebab dari pagi nye dok mabuk pulun makan. Eiii..padan muka aku makan banyak sangat.

Sepanjang malam tu aku muntah. And bila sakit contraction je, aku akan termuntah n rasa nak buang air besar. Akhirnya, everytime ada contraction, aku akan dok atas jamban sambil kencing sambil muntah sambil rasa nak buang air.

On off on off nurse tu akan datang check. By the time dah pukul 2.00 pagi, laki aku pun dah tak dan nak dok sebelah bagi sokongan moral (aku pun tak sudi dah..buek momokak yo)dia pun landing la tido atas katil sebelah. Sambil-sambil tu, aku dok sound nurse nak epi.Nurse kata tunggu dr. approve dulu baru boleh bagi epi. Enam jahanam betul la nurse tu. Dah la kat luar aku dok dengar dia citer bahasa tamil. Aku kat dalam bilik ni tengah kesakitan dok tunggu dia bawak epi tak datang-datang.

Dalam pukul 4.30 aku contraction lagi. Yang kelakanya, waktu aku tengah contraction, laki aku buleh terjaga dari tido. Mengelabah dia carik aku ingat aku dah pi beranak sensorang. Bila dia perasan aku kat dalam toilet, baru la muka dia lega. Tapi sampai la ni, expression muka gelabah dia tu memang priceless sunnguh. Sampai la ni aku ungkit citer dia tido masa aku beranak.

Kali ni aku suh laki aku bangun gi mintak epi kat nurse. Dah cam nak tercabut nyawa dah aku tahan. Ada ke patut, nurse tu kata .."eh..u ni baru lagi..sakit every 10-15 minits kan?" Aku pun jawab la.."tak la nurse..i sakit all the time.." Baru la minah alagappa ni nak seluk tengok aku dah berapa cm. Haa...ambik ko, dah 8 cm. Lepas tu boleh buat muka relaks cakap.."Ala kak, dah lambat la nak bagi epi.."

eiiii....aku rasa cam nak tumbuk je muka minah nurse tu. Dia soh aku tahan lagi sampai dilate penuh..Baranya aku tuhan aje yang tau.

Dalam pukul 5 aku rasa contraction lagi. Again, aku pun lepak la atas jamban. Masa ni memang rasa cam nak teran pun ada. Aku bangun lepas contraction, aku tengok ada darah kat dalam toilet bowl. Aku tak tau apa dah..Dah la tak pakai spek..yang merah aku nampak tu aku pun tak tau apa..kot-kot aku dah terberanak dalam jamban kot. Aku suh laki aku tinjau n panggil nurse.

Bila nurse datang, dia kata aku dah dilate. Baru la kecoh-kecoh prep aku untuk labour room. Dalam pukul 6.00 dia pun tolak la aku pi labour room. Sampai sana, aku dah memang tak keruan dah. Menahan sakit sampai mantra dalam kepala aku ni..tak pe tak pe kejab lagi keluar..Itu aje la yg aku dok pikir. Dalam pada tu, aku dok lamaze breathing. BUkan nya aku belaja pun, tapi memang betul la the right breathing technic helps. Laki aku lak, sebab aku dok muntah sepanjang malam, n exhale pakai mulut, dah naik pitam bau napas aku..Siap cakap "sorry la saya nak muntah bau mulut awak..saya kena keluar.." Eiiiiii boleh tak camtu? So tinggal la aku sensorang dalam labour room.

Tengah-tengah menahan sakit tu, boleh pulak ada baby teriak nangis sikit punya kuat sampai aku nyer concentration nak lamaze breathing tu jadik huru hara..Adeeiiii...anak sapa lak nangis kuat sangat sampai kacau konsentrasi aku ni.

Pukul 7.00 pagi baru dr. datang. Prep aku letak atas labour bed tu sambil suh aku sangkut kaki kat holder dia. About 5 minit aku push, aku dah tak larat dah sebabnya napas aku pendek. Alaa..ni sinus lahabau nyer pasal la ni. Dr. pulak siap bagitau aku, baby nye heart beat dah lemah. Kalau aku tak usaha jugak, kena bawak kuar cara lain.

Aku try lagi sekali dua..Tapi rasa cam dah putus napas dah aku nak teran. Aku sound dr. ada cara lain tak, sebab saya dah tak larat nak teran dah ni. Tak de napas dah..Dr. pun cakap, kita vacuum la. Aku alrite aje. Anything but potong perut la.

So, pukul 7.06 cam tu, Dr, pun memvacuum la anak aku. Zupp!! kejab je dah kuar. Selesaiiiii!!!! Tapi kan, aku masa nak teran tu, aku tak sakit apa dah. Korang sakit tak? ke dr tu bagi ubat aku tak sakit. hmm..pelik aku..

So..itu la kisah memberanakkan Alesha. Panjang giler citer aku. Sebenarnya citer ni tulis kat sini nak bagi aku baca. hahahha..nak meremindkan diri aku for the incoming one ni. Nak rekod sama ke lain processnya.

Apa pun...aku harap nanti cenonet besar buleh la dia baca blog ni sambil sambil aku kasi guilty kat dia betapa sakitnya beranakkan dia. Uwaaaa...emotional threat lak aku ni..Kijam kijam...

Wednesday, July 4, 2007

Drastic Tactic

For the past courple of weeks, Alesha ada peel baru memalam. Dalam tengah2 malam tu, dia akan tetiba menangis menjerit jerit membentak bentak membanting badan. Aku pun pelik. Nak kata ada ganguan, hmm..ntah lah. Nak kata eczema dia tu ganggu dia sesangat..maybe jugakla..sebab few seconds aku perasan sebelum dia jerit jerit tu, dia mesti mengeruk tak hingat sampai cam bunyi orang makan chip..kruk krak kruk krak..nak kata dia lapo memalam, maybe jugak la..sebab aku memang jarang bagi dia makan nasi memalam. Kalau menjelang malam tu, dia makan ringan ringan cam biskut atau roti je..Susu je la berbotol botol.

laki aku pun dah macam stress tahap gaban dah. Muka berjela jela muncung tahan ngantuk waktu cenonet tu tgh tantrum. Tu tak masuk dia punya membebel tengah tengah malam tu. Sampaikan citer kain kotor aku (ni kes perangai buruk suka compile baju kotor belakang pintu la ni) pun kena bebel tengah malam tu. Dalam hati aku, eh..dia ni lalok lalok ngantuk marah anak menjerit, ngan aku sekali kena marah? Nampak pulak mata lalok dia tu kain kotor aku yg aku sorok belakang pintu tu..cit!!

Kelmarin, aku bara betul bila dia mengamuk lagi skali masa cenonet kena 'attack'. Dalam hati aku ni..ish dia ni, cakap cam tak reti reti nak beranak kecik lagi. kan ke cenonet nak dapat adik nanti. Padan muka dia nanti kena bangun malam jaga anak kecik..

Tapi sebenarnya aku pun tersuffer jugak sebab tak cukup tido. Malam semalam, aku pun menyemat dalam hati nak buat langkah drastic. 1. Mainkan mp3 al quran - ni kekalau ada gangguan la. 2. Nak pasang aircond at 17 degree sepanjang malam (sebelum ni aku jarang pakai aircond) - ni untuk combat kegagatal eczema dia sebab dia berpeluh kalau panas memalam. 3. Bagi dia makan nasi sebelum tido.

So dengan semangat tekad, aku pun plan la nak buat ni. Tapi semalam tetiba dvd player buat hal, aku fed up ajak laki aku pi beli baru. On the way back, cenonet tertido dalam keta sampai la kat umah. So no. 3 is out la sebab tak sempat nak bagi makan nasi ayam yang aku beli tu (ni aku la bedal kan). Aku pun proceed la ke no. 1 dan no. 2 nyer tactic. So far so good.

lebih kurang pukul 10.00 mlm..aku tgh lepak dalam lampu samar samar ngan laki tengok Supernatural. Tetiba aku ternampak bayang gerak gerak kat tepi pintu bilik. Aisay...hati aku yg penakut ni dah memacam pikir. Uish ada toyol kecik ke dalam umah aku ni. Ke towel aku yg tersidai kat pintu tu ditiup angin..Takkan la angin tu kuat sangat. Eii...perangai penakut aku ni dah meluwap luwap dah. pastu bayang tu makin besar dan akhirnya aku nampak rambut kusut masai cenonet tu tengah intai aku dari dalam bilik..siap senyum senyum lagi..Aii...aku dah cuit laki aku dah. Yang sebenarnya takut nak panggil sebab rasa lain macam je..anak aku ke sapa ni...dok senyum senyum lak tu. Tadi iyo iyo tido ni tetiba dah senyum senyum cam orang lain je. Boleh tak mak penakut cenggini?

Laki aku lak dok bengkek sebab aku asyik tercuit cuit dia yg syok tengok supernatural..Bila aku juih kat tepi pintu, dia gelak panggil cenonet nak peluk. Aku relaks sikit la..ni anak aku ni..tapi sempat jugak aku bangun jeling atas katil nak tengok anak aku ada ke tak..hehehe..teruk betul tahap penakut aku ni.

Tapi ini cerita sampingan penakut aku la..Yg pentingnya, aku dapat jugak implement langkah no. 3 sebab cenonet tu bangun dari tido.

Nak tau apa outcome drastic tactic aku..hehehhe..alesha tak berkuit pun malam tu. Aku yang terjaga - ni kes sebab body clock dah haywire asyik terjaga malam - tengok dia kat ujung katil tetiba cakap '..shushu..' Terus aku kejutkan laki aku buat susu..suap kat alesha..sambil angkat dia tido sebelah aku.

Tapi menjelang nak subuh tu sampai la aku bangun tido..cenonet tu dah ada ujung kaki aku balik. So aku andaikan la, minah ni memang suka tido dalam aircond sejuk sejuk tu. (untuk pengetahuan korang..aircond ni memang aku letak ujung kaki - so angin air cond tak circulate sangat sampai kepala/ badan kitaorang unless kalau dok bebetul bawah aircond i.e. ujung katil la)

So untuk malam ni, aku tak tau nak buat semua tactic di atas, atau stick ke aircond je. Kalau nak buat semua, adeeiiii..mati la aku nak bayar bill api..ngan aircond nye, lampu nye, tv / mp3 player nye.

Apa kata korang?