Monday, March 25, 2013

Penantian Berakhir.


Perasaan pertama.
Sayangkan tempat kerja sekarang dan kerja-kerja yang aku buat. Sayangkan rakan-rakan seperjuangan yang ada kat sini. Sayang suasana yang meriah, rapat dan ukhwah antara kami. Confirm akan rindu semua perkara kat sini. Gelak tawa, gurau senda dan nangis bersama. Ewah dah macam lagu Black dan Malique pulak. Hehehehe.

Perasaan kedua.
Takut suasana kat tempat baru. Keadaannya akan jadi lebih besar, sebab jabatan yang lebih besar kan. Sekarang ni aku duduk sekolah je. So perubahan suasana kerja agak mendadak. Takut tak dapat sesuaikan diri kat tempat baru. Takut lebih banyak kerja menanti. Takut lebih tension dan stress. Takut tak jumpa kawan yang ngam. Takut orang tak suka kat aku. Hahahaha perasaan macam ni pon boleh ada. Apa-apa aje lah aku ni. 

Perasaan ketiga. 
Lega sebab aku tahu Allah kasi aku peluang untuk aku ambil 'peluang'. Peluang untuk berubah, mungkin. Peluang untuk jadi lebih baik, mungkin. Peluang untuk baiki diri, mungkin. Peluang untuk berikan yang lebih baik, mungkin. Ini peluang dan ruang yang perlu diambil. Aku tak boleh sia-siakan. Allah knows the best. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku.

Insya-Allah, aku akan lapor diri pada 1 April 2013 ini. Doakan aku ye? :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, March 21, 2013

Debaran Semakin Terasa.


Ya Allah, tak sabarnya menanti esok.

Tapi, takut jugak. Haih.

Permudahkanlah, Ya Allah...


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, March 18, 2013

Supplement Shaklee Yang Saya Sendiri Ambil - Setiap Hari.

Ada orang, dia jual produk, tapi tak guna. Jadi macam tak best lah kan? Contoh paling mudah, dia kurus sebab produk Shaklee, tapi dia jual produk pelangsingan badan ABC (contoh). Jadi, ketulusan dalam jual beli tu tak nampak, tak rasa, tak jatuh cinta. Tak gitu Mak Jemah? Hahahaha.

But for me, saya jual produk yang saya sendiri guna. Yang saya sendiri rasa impaknya. Yang saya sudah jatuh cinta! Apa lagi kalau bukan supplement Shaklee kan? Setiap hari, tanpa jemu, mesti makan supplement untuk bekalan nutrien badan. Untuk lebih sihat, lebih bertenaga, lebih segar, lebih cantik, lebih cergas dan lain-lain lebih lagi...

So harini, sajelah nak menyenaraikan supplement yang saya sendiri consume.

♥ ESP - untuk bekalan protin badan, bekal tenaga, kulit cantik.
♥ Vitalea - untuk multivitamin, bekal tenaga jugak.
♥ B Complex - untuk anti-stress dan bekalan kumpulan vitamin B.
♥ Alfalfa - untuk boost susu, kesihatan dalaman wanita & detoks toksin.
♥ Lecithin - untuk bakar lemak dan pengemulsi kolesterol.
♥ Vitamin E - untuk kulit cantik dan vitamin CINTA! 
♥ Ostematrix - untuk bekalan kalsium badan. (thanks Maria sebab ingatkan!)
♥ Herb-lax - untuk cuci usus dan detoks lelemak.

Nampak banyak? Hahahaha. Bagi saya sendiri, tak pon. Nak sihat, nak cukup nutrien, apa ada hal? Lagipon, once kita dah jatuh cinta dengan setiap khasiat produk dan rasai impak positifnya, takkan nak fikir 'banyaknya', 'malas nak telan' atau lain-lain alasan cliche? Diri kita sendiri nak sihat ni kan? Takkan nak suruh orang lain telankan supplement? Hahahaha.

Lain-lain isu berbangkit? 

Supplement Shaklee MAHAL?

Subhanallah. Kalau anda nak tahu, supplement Shaklee ni, adalah supplement paling MAMPU MILIK oleh semua rakyat Malaysia tau. Serius. Sumpah tak tipu. Cuba bayangkan sebotol Vitalea yang super multivitamin itu, cuma berharga RM88.75 (retail price), ada 120 biji sebotol - maksudnya boleh guna sampai 4 bulan! Can you imagine? Echeh cakap omputih pulak. Tapi memang serius pon. Mana nak dapat supplement yang KUALITI BEST, SENTIASA BERKESAN, HALAL dan TERJAMIN dengan harga super hebat begitu?

Dah. Dah. Tak payah cerita banyak. Yang penting, ramai orang di luar sana dah makin jatuh cinta dengan Shaklee. Ramai orang dah rasa kesan positifnya. Hidup makin sihat, makin segar, makin cergas, makin cantik dan makin bertenaga. Makan supplement bukan waktu dah sakit dan dah tua. Waktu sakit dan tua tu makan ubat - nak bagi sembuh. Tak gitu jugak Mak Jemah?

Pertanyaan lanjut?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, March 12, 2013

Posisi Penyusuan.

Selamat hari Selasa semua!

Sambil kita dengar lagu Ubat Hati dari Opick, jom kita review sikit tentang Posisi Penyusuan yang aku sendiri suka sepanjang menyusukan Najah. Actually, aku terfikir nak kongsi benda ni sebab ramai yang email aku tanya pasal pengalaman aku menyusukan anak-anak. So aku ceritalah mana-mana perkara basic ye?

Here we go!




Normally, bila first time dapat baby, bila first time nak menyusukan, kita akan guna cara yang Cradle Hold tu kan? Itulah yang paling basic sekali. Itu kalau baby newborn, memang sangat best sebab ringan lagi nak bertatang macam tu. Duduk diam je baby kena bedung pastu kita peluk pon sama rap je dengan lengan kita.  Kalau kat hospital pon, nurse bagi baby kat kita nak suruh menyusukan, kita akan guna posisi ni. Paling basic, paling automatik senang cerita.

Posisi Football Hold dan Cross-Cradle Hold sangat jarang dilakukan oleh aku (tak pasti pulak orang lain). Sebab macam payah sikit untuk aku. Tapi aku pernahlah buat 4-5 kali sambil dibantu oleh Nursing Pillow. Perasaan dia best jugak, tapi macam tak puas peluk baby. 2 posisi ini sangat disyorkan jika si ibu bersalin secara Caeser. Sebab bila pangku baby macam posisi Cradle Hold tu, takut terlanggar-langgar pulak luka jahitan Caeser tu. So 2 posisi ini sangat selamat jika anda bersalin Caeser. Jangan lupa dapatkan Nursing Pillow di kedai-kedai baby berhampiran anda! Sempat iklan hahahaha.


Nursing Pillow


Akhir sekali, posisi kesukaan dan kecintaan aku dan ramai ibu-ibu lain - Lying Down. Sebab sambil menyelam, sambil minum air seteguk dua. Sambil baby menyusu, sambil aku pon tido sekali. Hahahaha. Tapi serius, skang Najah dah 10 kg lebih beratnya. Cuba korang bayangkan camne aku nak menyusukan dia sambil dia sendiri tak reti duduk diam. Kejap terpusing sana, kejap terpusing sini. Kejap korek mata aku, kejap korek lubang hidung. Istighfar panjang aku ni tau. T_____T

Memang sekarang ni, posisi yang kira kekal ialah Lying Down tu lah. Sebab tu aku anak beranak suka melepak rumah je berkubang. Hahahaha. Dengan Najah yang semakin aktif, sambil menyusu kang, kaki dia kat muka aku. Kejap kang dia tertonggeng atas badan aku lah. Memang penatlah badan nak melayan. Tapi bagi aku, perasaan macam ni memang priceless sangat. Seronok sangat bila anak dah mula besar, masih menyusu pastu dengan berbagai kerenah. Terharu rasanya. :)

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. The End. 

Hehehehe.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, March 1, 2013

Promosi Bulan Mac : Ostematrix (Yahoooo!!)

Pastinya, ramai yang mencintai Ostematrix senyum lebar bila tahu bulan ni Shaklee keluarkan harga promo untuk Ostematrix. Bila pos kat FB je tadi, menderu orang tanya 'Aishah, betul ke bulan ni promo Ostematrix?'. Hahahaha. Ye. Ye. Bulan ni promo Ostematrix okayy. Memang best!

Fewitt! I love you! :)

Untuk pengetahuan anda semua, Ostematrix ni memang paling wajib aku telan setiap hari sebelum tidur. Kalau dah tertidur pon, sanggup bangun pergi dapur telan dulu 4 biji. Lepastu, confirm rasa lega dan lena je nak tidur. Bangun pagi pon, segar bugar dan energetic gitu! Paling penting, dah takde dah masalah sembelit atau kesusahan membuang air besar! Lancar segala-galanya. Hahahahaha!

Tapi memang betul pon. Aku cakap benda yang betul. Pengalaman diri sendiri dan rakan-rakan customer yang dah jatuh chenta habis dengan Ostematrix ni. Kalau tak, takkan lah aku berani kasi statement camni kan? 

Seperti biasa, jom berkenalan dengan Ostematrix ni. 

Kelebihan Ostematrix :

* Menguatkan tulang.
* Memperbaiki kekejangan dan kebas
* Meringankan stress.
* Memperbaiki masalah stress
* Pengalkalian badan.
* Memperbaiki hyperaktif perut dan gastrik
* Magnesium

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Kredit : http://mysecretvitamin.blogspot.com/2012/07/kelebihan-ostematrix.html

Jadi kepada anda yang ada masalah susah tidur (Insomnia), masalah pra-haid, tak suka minum susu, sakit gigi, sakit tulang, kebas-kebas tangan dan badan, ada masalah sembelit ke, bolehlah mencuba Ostematrix ni ha. Dijamin memang best! 

Oh ya, kalau ada masalah tulang rapuh pon boleh konsisten ambil Ostematrix ni. Aku ada seorang customer dari Mersing, Pakcik Osman nama dia. Masa memula call aku 5-6 bulan yang lepas, dia minta suggest vitamin apa yang bagus untuk masalah dia tu. So aku suggest lah Ostematrix ni ha. Sampailah sekarang, memang wajib beli setiap bulan. Dia kata masalah sakit dia tu berkurangan. Alhamdulillah. Lega sangat bila orang suka dan jatuh cinta dengan produk yang kita jual.

So kepada korang-korang di luar sana. Meh pakat rebut promo bulan ini. Beli 6 percuma 1. So maksudnya, stok untuk 7 bulan. Lama gila boleh spare kat rumah. Seisi keluarga boleh consume demi menjaga kesihatan tulang, gigi dan seluruh badan. Jom jom jom!

Aishah Rahim | ID 882365
FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
BBM : 2701848E
Email : shara85_jb@yahoo.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015