Showing posts with label phuket 2016. Show all posts
Showing posts with label phuket 2016. Show all posts

Thursday, February 16, 2017

makan depan stadium boxing, phuket

hallo haiiii... ngeh ngeh ngeh.. hari ni ada jiwa nak sambung kesah phuket. nasib la kalu crita ni kot² kuar setahun sekali. kahkahkah... apelah nasib!

takpelah, kalu ade yang sudi nengok, silakanlah baca ye. aku pun tk igt dah nak crita banyak dan detail sebab dh lupa sangat dah. 

balik dari island hopping tu, kami rehat² kt bilik, malam je mengelupur kuar nak carik makan. member aku yang kaki travel si bob tu cakap, makan kat depan stadium boxing ni sedap. moh le kite cuba.

dalam banyak² gerai yang ade, tak silap aku ni je kedai halal yang ada. tempat ni mcm deretan kedai makan le. ade jugak seketui dua gerai yang jual kasut, souvenir.. kami taknak hadap semua tu, memasing dh tak keruan lapar. 

 pilih nak masak ape

 hah... nama gerai ni mimi halal food. pekerja dia ade sorang yang boleh cakap melayu.

 kitaorang order tomyam campur, sup ayam ngan udang masak ape entah tu. lupa plak.

 ni ayam madu. sedap oiiii. dak aus suker

 cicah ngan sos thai. lazat!

 ade kailan goreng belacan

 siakap stim limau pedas rasanya ni

 ha, ni la mamat yang boleh cakap melayu tu. dia akan layan korang sampai korang puas hati. mmg bagus dia ni, tapi aku lupa nama dia... hahaha

 abes makan kami ronda² kt patong beach. 

org cakap kt bangla road ni tk sesuai bawak budak. mmg betul la, tempat ni akan buat anak korang byk tanya dan tergamam dgn ape yg dorang nampak. hahaha... sori le, telajak perahu boleh undur, kami dah terlajak jalan, tkleh undur dah, jauhhh. hahahaha

 kalu lupa wajah tuan rumah ni, ha tu lah dia. baju merah tu. hahahaha

ujung bangla road tu kami singgah shopping baju anak² yang jual tu pun pandai cakap melayu. ramah sangat, nama dia cri cha. ha yang ni aku igt plak. hehehe.... ni bisnes family dia. syoknye kan.

dah penat, anak² pun dah ngantuk, jom le balik bilik. dak aus suker nau naik tuktuk. kalu naik nak duduk kat pintu lak tu. tapi tkde la kami kasi, apaknye la dok ujung skali tu, ate giler nak kasi anak aku dok situ. dah la tuktuk ni bapak laju.

ni hari ke tiga di phuket. masa utk kami bertolak ke krabi pulak. nampak kereta kami bederet parking bawah hotel, in shaa allah selamat, janji korang jgn parking kat line merah putih. tu bahaya. 

 singgah hard rock phuket jap, rembat selai dua tshirt kt sini

 dak aus igt ni hotel. hahaha

 yeay... tengkiu daddy belanja kite tshirt 

 ummi pun beli baju, antek angat baju dia. i is jeles sbb tkde size kite. haahhaha

kalu diberi peluang ke phuket, rasanya aku tk berapa minat kot. tak tau la, jiwa aku tk berapa kata suker. kalu krabi, yes...pegilah berapa kali pun, aku mahu. hahaha

 ini budak nak kasi diam, pasang je movie upin ipin. in shaa allah senyap

 haaaa, sebelum tu kami ade sggah kedai ni. best giler wei kedai ni. tapi aku lupa kat mana. huwaaaa!!!!!! tshirt kt sini cantek² tao.

 mcm² ade

 dari baju, souvenir, beg, sarung bantal.. eh mcm² ade. tak leh amek gambar sebenarnya dalam ni, ni gambar curik. hahahaha

oklah, nnt sambung krabi. mungkin tahun depan plak. huhuhu

Tuesday, December 27, 2016

island hopping, phuket

jgn terkejut, hari ni ada sambungan phuket. sambungan ni aku taip aku save, esoknya taip lagi pastu save. pastu berminggu sambung balik. tak senonoh... hahahaha... tapi aku sangat stress sebab aku dh tak igt pasal island hopping ni. arghhh!!!

bercuti tanpa megi mmg tak sah kan... hehehe. menunggu megi kembang, kami bersiap dulu.

  pastu turun lobi, van dah menunggu

 ruang lobi

 lek lek je kan

 teringin nak rasa bermalam kat sini, tu ada nombor. 
hotel ni aku booking pakai booking.com. mudah aje kan.

 trip kali ni kami tempah tshirt. bila ada tshirt pakai dgn group rasa mcm wow hebaknye. hahaha

 kak icha ikot sekali. sian dia kalu tak bawak. 

 ni family aku dan kak sue. tengah tudung biru kazen aku. mana adik aku entah... dua family lagi takde masa ni. ke celah mana dorang menunggu tak igt.

 cantek tak baju kami

 ni driver van kami. mula² dia sangat ok.. tunggu nnt...

 dh sampai tepi laut

 kitaorang sewa satu boat utk family kitaorang jek

 aus teruja sangat masa ni

 tapi geli nak pijak lantai boat. hahaha

 duduk atas riba daddy sebab takot nak duduk sendiri tapi lelama daddy yang rasa nak muntah sebab aus berat. hahaha

 sebelum gerak tadi kami singgah beli pulut ayam. tapi mmg tak terasa pon nak makan. kepala memasing semakin pening. lambatnye nak sampai

 aus dan kakak semakin berani. tapi takleh bediri lama, ombak tinggi, dorang asik nak tejatuh jek

 kakak dah bosan sebab lambat sangat nak sampai. mmg lama, lagi lama dari penah aku island hopping di krabi, walhal tempat yang kitaorang pegi ni sama mcm aku penah pegi dulu dari krabi

 panas mengelip dah masa ni

3 ketul montel yg dh tak nampak biji mata. hahaha

abah dan anak²

memasing ada mabuk lagi masa ni. rehat la dulu

budak² ni panas ke, pening ke depa pedulik ape... janji dapat main pasir


laki aku jugak layan blues kt sini. aku risau je dahan pokok tu krekkkk patah. hahahaha... 

sebuk la amoi belakang tu....

kak icha dan kak bie sebuk melompat, yang belakang tu aiii... kemain melentik liut nak begambar. hahaha

geng bidin al-zaifar... kenapa nama tu... rahsia! hahaha


adel!!!!!!!!! kenapa menonggeng tu nak oii. hahaha

ko sebuk nak becium kt situ, anak kau manaaaaaaa. hahahaha

ada la dalam 2 jam kot kitaorang kt pulau tu. naik balik boat nak ke phi phi island plak. melantak la buah yang dihidangkan. perut mmg tgh lapar giler dh masa ni. masa aku pegi round island kat krabi lagi cantek dorang potong buah. ni tak cantek... hahahaha

sampai phi phi island dh. kali kedua kami sampai sini. dulu tak bawak aus, skang aus dah mencemar duli sama. 

jalan² cuci mata

singgah makan kat sini

syok wooo makan mengadap laut membiru


ha nah seketul lautan di depan mata

ini budak berganda² keseronokkan dia

dekat sejam lebih kitaorang kat phi  phi island. naik boat semula dan masa utk snorkeling. aku tak sangka dak aus bersungguh nak join. tak sabar dia nak ikot daddy dia turun

daddy cakap dalam air lagi berat budak ni. hahaha

ibu pon berani. caiyok la ibu...

taknak naik pulak dah. dia cakap best nampak ikan... dah la dik... cepat la naik, daddy tak larat dah tu

dari phi phi island nak balik ke jeti, kitaorang semua kelu tak berkata sebab ombak terlalu kuat dan memasing takot tak terkata. aku tak tau nak kongsi cerita kat sini cemana, sebab aku rasa mcm sempat ke kitaorang selamat sampai. boat kitaorg teruk dilanda ombak. aku mcm serik nak naik boat lagi. tapi dak aus lena tido sbb letih sangat. syukurlah kami semua selamat. aku tabik la pada budak yang bawak boat tu. ye lah, mestila depa banyak pengalaman kan. sampai jeti memasing lapar, terkam beli pad thai. 

leklek je dia memasak. aku plak rasa nak soh cepat. 

tapau pancake jugak

tapi aku tak sempat sebab driver van dah bising. dia jerit² soh cepat. mcm hareem driver van tu sebenarnya. kita pulak kena ikot masa dia. aku rasa nak tumbuk je. pastu sound kitaorang jgn makan dalam van. menate sungguh. dalam van kitaorang semua pakat mengata dia. sampai hotel semua pakat turun tak cakap tengkiu pun kat dia. nampak dia terasa, sebab memasing pun wat tak tau je. semua main blah. padan muka kau! benci aku. luah rasa geram kat driver van, tapi abg pancake yang glamer kt sini. hahaha

sampai hotel buat megi sedap layan ngan pulut ayam. nikmat dia mcm kau mkn spaghetti olio ngan nasi ayam rempah. hahahahaha




tunggu sambungan yang entah bila bersambung... :p