Cari Post lain disini

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, September 1, 2008

Tips untuk pengumpul muda/baru

Dibawah merupakan tips yang saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca sebagai "guideline" untuk mengumpul syiling/wang kertas lama mahupun baru sebagai koleksi dan hobi;
  • Mula-mula sekali anda mesti enjoy dengan apa yang anda hendak dilakukan, jangan menjadikan hobi untuk mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru sesuatu yang membebankan. Kumpul mengikut kemampuan anda dan jangan beranggapan anda mengumpul untuk dijadikan pelaburan atau untuk dijual suatu masa nanti.
  • Perancangan penting dalam mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru, ianya penting supaya koleksi yang anda ada mendatangkan kepuasan suatu hari kelak. Anda boleh pilih samaada ingin mengumpul syiling, wang kertas atau kedua-duanya sekali. Tepuk dada, tanya budget dan minat anda.
  • Beritahu kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat yang anda seorang pengumpul syiling/wang kertas lama dan baru. Mana tahu, mereka ada simpan duit/wang kertas lama dan baru, kemudian memberikan kepada anda secara percuma. Anda juga yang untung.
  • Kumpul syiling/wang kertas yang berdonimasi kecil terlebih dahulu, sebagai contoh mulakan dengan syiling ataupun wang kertas RM1 kemudian RM5 dan seterusnya mengikut kemampuan. Tidak salah sekiranya kita meletakkan target untuk memiliki syiling/wang kertas berdominasi tinggi.....usaha tangga kejayaan
  • Seboleh-bolehnya cari syiling/wang kertas yang UNC terlebih dahulu, kerana syiling/wang kertas UNC bernilai tinggi sekiranya disimpan lama dan sedap mata memandang (bukan tujuan untuk menjualnya). Sekiranya susah untuk memperolehi gred UNC, gred syiling/wang kertas lain pun boleh, asalkan mendatangkan kepuasan kepada anda (susah nak dapatkan syiling/wang kertas lama dan baru yang UNC).
  • Kumpul syiling/wang kertas yang mudah diperolehi, dengan erti kata lain yang digunakan sekarang, sebagai contoh anda boleh tukar dari bank atau money changer.
  • Rajin-rajinlah mencari sumber maklumat untuk menambahkan ilmu pengetahuan anda berkaitan syiling/wang kertas lama dan baru seperti sejarah, gred syiling/wang kertas, harga semasa, tahun keluaran dan seumpamanya. Ini adalah sebagai persediaan sekiranya anda ingin membeli syiling/wang kertas baru dan lama yang susah di perolehi (RARE) supaya anda tidak mudah ditipu. Sebagai contoh, ada sesetengah penjual syiling/wang kertas lama menjual koleksi mereka pada harga UNC, walhal gred sebenarnya FINE. Selalulah survey harga dan buat perbandingan sebelum membeli syiling/wang kertas lama dan baru.
  • Elak daripada membeli syiling/wang kertas yang sudah di"polish"/dibasuh kerana nilainya akan menurun. "Polish" biasanya dijalankan pada syiling bertujuan untuk kosmetik tetapi impaknya amatlah teruk.
  • Simpan syiling/wang kertas lama dan baru ditempat yang bersesuaian supaya tidak rosak seperti dalam fail, plastik dan bekas yng dibuat khas untuk menyimpan koleksi syiling/wang kertas lama.
Note: Apa yang saya tulis diatas adalah berdasarkan penelitian, pengalaman dan pembacaan saya daripada beberapa sumber, dimana saya telah mengolah semula mengikut fahaman saya sendiri untuk disampaikan kepada pembaca sekalian....enjoy

Thursday, February 21, 2008

Tahap Gred Mata Wang Kertas

Ini merupa pengenalan bagi mereka yang ingin menjadi pengumpul wang kertas. Ianya penting kerana selain keluaran dan tahap susah untuk mendapatkan sesuatu wang kertas, tahap gred mata wang kertas juga memainkan peranan penting terhadap nilai semasa sesuatu yang kertas khasnya. Saya senaraikan disini tahap gred mata wang yang selalu digunakan;

Uncirculated (UNC)
Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar, kertasnya kukuh dan bersih

About Uncirculated (AU)
Kelihatan sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan lipat, mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Extremely Fine (EF)
Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yang tajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Very Fine (VF)
terdapat beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar, penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunya penjuru yang tajam dan kertas masih kelihatan keras.

Fine (F)
Terdapat banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi tidak ditengahnya. Warna kelihatan masih elok tetapi tidak terang.

Very Good (VG)
Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar, terdapat lubang-lubang kecil, tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

Good (G)
Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat. Terdapat lubang-lubang tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. Terdapat kesan contengan tulisan.

Fair (FA)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan.

Poor (P)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian besar daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan dan bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.

Rujukan: Buku Malaysia Banknotes and Coins



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute