Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

CARA MENYAMBUT AIDIL FITRI MENURUT SUNNAH

CARA MENYAMBUT AIDIL FITRI MENURUT SUNNAH

Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan :

1.Zikir, Takbir, Tahmid, taasbih dan Tahlil.

Banyak berzikir membesarkan Allah, bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

2. Membersih dan mengemas diri.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

3. Mandi Sunat.

Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta’, bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

4. Makan sebelum menunaikan solat sunat hari raya.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

5. Mengerjakan Solat Sunat Aidil Fitri

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi. Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-’Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

6. Mendengar Khutbah.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi ‘Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

7. Memakai pakaian cantik dan terbaik.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik yang termampu. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

8. Ucapan Tahniah dan Ucap Selamat Hari raya dan Doa.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

Sunday, December 4, 2011

Puasa Sunat Asyura ( Awal Muharram )

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam yaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Adam a.s. dicipta.
Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
Sejarah Asyura bagi Perspektif Syiah

Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah s.a.w iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang derhaka pada pemerintahan.

Syahidnya Husain bin Ali

Rencana utama: Pertempuran Karbala
Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu yang beranggotakan hampir 10 ribu bala tentera. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kepala cucu Rasulullah itu dipenggal dan diarak seluruh kota Damaskus agar memberi peringatan pada penduduk agar tidak memberontak pada kerajaan. [1]Kemudian tawanan perang dibawa oleh Ibnu Ziyad mereka menghadap Khalifah di Damaskus,[2] dan kemudian dikembalikan ke Madinah dan diberi tahanan rumah.

Peringatan kesyahidan Husain

Peringatan kesyahidan Husain di Indonesia

Rencana utama: Tabot
Tabot adalah upacara tradisional masyarakat Bengkulu untuk mengenang tentang kisah kepahlawanan dan kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Husain bin Ali.

Asyura dalam Kalender Gregorian

Hari Asyura selalu sama pada kalendar Islam, tanggal di dalam kalendar Gregorian bervariasi dari tahun ke tahun kerana perbedaan antara dua kalendar.

2003: 13 Mac
2004: 2 Mac
2005: 19 Februari
2006: 9 Februari
2007: 29 Januari
2008: 19 Januari
2009: 7 Januari dan 27 Disember
2010: 16 Disember
.Senarai tarikh di atas hanya anggaran sahaja.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
Memuliakan fakir miskin
Menahan marah
Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
Bersedekah
Memelihara kehormatan diri
Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak
Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
Menjamu orang berbuka puasa
Beberapa hadis tentang kafiat puasa Hari Asyura

“Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)

“Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)."”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

“Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh umat Islam.[3]

Sumber : http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Asyura

Sunday, July 10, 2011

Saat Diketahui Ajal Akan Tiba

Alangkah dasyat sekiranya kita mengetahui ajal kita akan tiba. Pasti semua diantara kita akan bertaubat sebaiknya tatkala menyedari waktu untuk berada didunia ini tidak lagi panjang dan selepas waktu perpisahan roh dan jasad tersebut tiada lagi cara berpatah balik.

Begitulah apa yang berlaku kepada salah seorang rakyat Malaysia iaitu Yong Vui Kong yang menunggu saat dijatuhi hukuman gantung atas kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Berikut adalah antara petikan surat-surat terakhir yang dia lukirkan: Selamat Tinggal Semua

Dia bertuah kerana hujung kepada usianya sudah dikenalpasti, namun bagaimana pula dengan kita yang titik noktah kepada kehidupan ini tiada langsung dalam benak pemikiran kita, waktunya, tempatnya dan bagaimana caranya.


Justeru benarlah apa yang disabdakan oleh Rasullullah, Orang yang paling bijak adalah mereka yang sentiasa mengingati MATI.

Kerana pemikiran orang yang mengingati mati akan sentiasa membuat persediaan dan mengumpulkan bekalan bagi kehidupan abadi mereka. Pastilah kebahagiaan hakiki yang dicari.

Marilah kita sentiasa mengingati bahawa kematian itu selangkah sahaja didepan kita..

Moga kita sentiasa beringat..

Moga kita sentiasa bertaubat..


Yang Mohon Ditetapkan Iman,

Musliminsejati
10.24am,
11 Julai 2011,
SMK YAM Tuan Radin

Monday, November 15, 2010

Pesan Buat Menantu

Pesanan buat sahabat handai yang akan mendirikan rumah tangga pada Nov dan Dec ini...




Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

(Dengar di sini)

sumber: http://ummu-sumayyah.blogspot.com/2010/11/pesan-buat-menantu.html?spref=fb

Tuesday, August 17, 2010

Keajaiban sedekah, terjemahan Quran terbaik dan diabetis yang terabai

Ahmad Lutfi Othman


Ramadan terbukti bulan keberkatan yang melimpah ruah. Dorongan untuk melakukan kebaikan begitu mudah diikuti. Masjid dan surau penuh bercahaya. Iktikaf dilazimi.

Kemanisan beribadah benar-benar dikecapi. Lidah basah dengan zikir. Al-Quran dibaca penuh penghayatan dan ditekuni maknanya. Ramai menempah kitab terjemahan al-Quran sejak Syaaban lagi.

Seorang sahabat dari Johor mengirim SMS: "Akhi, mahu kita berlumba khatam Quran?" Saya tahu dia sekadar mengingatkan suatu amalan mulia.

"Apa azam anta?" tanya saya.

"3 kali (khatam)," balasnya.

Jangan lupa al-Kahfi

Sebelum ini pun, hampir setiap subuh Jumaat, SMSnya tidak pernah absen: "Lutfi, jangan lupa Al-Kahfi."

Ramadan turut memancarkan keunggulan bersedekah. Berlumba-lumba masyarakat menyumbang untuk juadah berbuka, terutama di masjid.

Seorang rakan memberitahu senarai penyumbang berbuka sepanjang Ramadan di masjid dekat rumahnya sudah penuh sejak hari pertama puasa lagi.

Apabila saya minta rakan sekerja bertanyakan sebuah masjid dekat pusat bandaraya yang menjadi tumpuan ramai berbaris panjang mendapat bubur lambuk, katanya, "tiada peluang kita menyumbang sebab sudah ada penaja sepanjang Ramadan".

Maksud hadis Nabi: "Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, maka baginya pahala orang berpuasa."

Dalam pada itu, solat tarawih masjid-masjid di Selangor khabarnya meriah sekali. Fenomena ini nampak terserlah selepas Pakatan Rakyat memerintah. "Macam solat Jumaat, siap kena ada sukarelawan bagi memudahkan parking," tambah rakan tadi.

"Kita berdoa moga dapat istiqamah sampai malam Aidilfitri nanti. Tak sedap juga kalau hanya bersemangat di awal puasa sahaja," ujarnya lagi.

Gandaan pahala sedekah

Sememangnya gandaan pahala sedekah dan menderma di hari-hari biasa - apatah lagi di bulan Ramadan - dipamerkan dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w.

Antaranya: "Sesungguhnya Allah Taala menggandakan di kalangan kamu (pahala derma) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar gunung Uhud." Dan dalam hadis riwayat Ahmad, maksudnya: "Tidak akan berkurangan duit orang yang bersedekah."

Di sini saya nukilkan kembali kisah tentang keajaiban sedekah, yang dipetik dari buku Ajaibnya Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya, terbitan PTS. Moga-moga kita beroleh manfaat bersama.

Kisah teladan cukup bermanfaat

Sebaik pulang dari rumah Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai manakan untuk suamimu?"

Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makana sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Husain." Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."

Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?"

Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"

"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah. Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."

Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu." Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."

Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang." "Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak mahal, 100 dirham sahaja."

"Baiklah, saya beli," kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?" "Ya," jawab Ali.

"Berapa?" Tanya Badwi itu. "300 dirham," jawab Ali.

"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300 dirham kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?" "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 10 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"

"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kata Ali. "Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?" Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."

Nabi menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."


II. TERJEMAHAN AL-QURAN TERBAIK DAN PENJAGAAN KESIHATAN

Terjemahan al-Quran yang dekat di hati saya sehingga kini masih Pimpinan Ar-Rahman, terbitan Darul Fikir yang diusahakan oleh Jakim. Versi jawinya, memang tebal, lebih 1,500 halaman, tetapi cukup memikat dan mengesankan sekali.

Saya rasa ia mungkin terjemahan terbaik dalam bahasa Melayu. Kitab besar ini diusahakan (diterjemah serta diberi penjelasan) oleh Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih, yang dimulakan oleh Ustaz Faisal Othman, dan disemak dan disahkan oleh Dato' Muhammad Npor Ibrahim, bekas Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Cetakan pertamanya pada tahun 1968.

(Saya kira alangkah elok jika pihak penerbit dapat mengemaskinikan bentuk kitab ini, terutama dalam edisi rumi, yang lebih mesra pembaca. Untuk edisi jawi, rasanya sudah cantik. Kitab ini sepatutnya dimiliki oleh setiap rumah Muslim).

Bagaimanapun, untuk menghadiahkan kepada rakan-rakan sempena Ramadan saya berhasrat mencari yang lebih nipis dan ringan. Anak saya menunjukkan kitab terjemahan yang nampak menarik, terbitan Al-Hidayah House of Quran.

Penerbit berjaya

Pejabat penerbitnya dekat Batu Caves, berhampiran PTS juga. Saya pernah berurusan dengan pemiliknya, Kamaluddin Ibrahim, lama dahulu semasa saya aktif menerbitkan buku-buku politik dari rumah di Selayang Baru. Melihat senarai buku-buku best seller syarikatnya, ternyata beliau kini seorang penerbit yang cukup berjaya.

Lama tidak berjumpa dengannya. Namun dalam pertemuan Rabu lalu, kami lebih banyak bercerita soal kesihatan. Tentu sahaja hal pembedahan pintasan jantung saya dan perkembangan pemulihannya.

Kelihatan Kamal begitu berminat. Rupanya beliau mengikuti perkembangan saya melalui Harakah. Dia mencadangkan agar Harakah memperuntukan kolum khusus untuk kesihatan. Katanya, orang Melayu khususnya harus didedahkan dengan ilmu berkaitan penjagaan kesihatan, terutama sekali mengenai pemakanan yang sihat.

Saya segera teringat nasihat seorang ibu tua dari Surabaya, Indonesia, semasa menemani anak sulungnya menjalani rawatan angioplasti di sebuah pusat perubatan dekat KLCC.

Ketika itu saya terbaring di katil, juga menunggu giliran masuk ke bilik bedah.

"Yang penting kena jaga ini," kata ibu peramah itu kepada isteri saya, sambil melekapkan jarinya ke mulut.

Jahatnya mulut

"Jahat ini ... jahatnya mulut, di sinilah bermulanya bermacam-macam penyakit," tambahnya. Berdasarkan bual bicaranya, jelas dia mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan. "Selain jaga mulut, exercise juga penting, malah amat penting," pesannya lagi.

Sepanjang menunggu - dilihat daripada riak dan geraknya di hadapan katil saya, beliau pasti gementar dan cemas - ibu tadi tidak henti-henti berdoa, menurut amalan agamanya, rasanya Kristian, dalam bahasa Melayu yang fasih. Anak lelakinya tersumbat hampir 100 peratus pada empat saluran darah ke jantung.

Sebaik anaknya disorong keluar, saya pula masuk, dan 30 minit kemudian, saya dimaklumkan bahawa operasi angioplasti ketiga saya itu gagal dan perlu "by-pass".

Semasa mengucapkan selamat tinggal kerana dia dan keluarganya harus bergegas balik ke Surabaya, ibu yang sudah kembali berwajah ceria itu berkata sambil tersenyum: "Moga ketemu lagi ... tapi jangan di sini, ya."

Saya bersetuju apabila Kamal menyatakan budaya pemakanan orang Melayu perlu diperbetulkan. Katanya, lihat saja berapa ramai anak Melayu kini yang mengalami obesiti. "Ramai orang kita bukan saja gemuk, malah terlalu gemuk. Dan ia sudah satu keadaan yang biasa kita tengok di mana-mana."

"Apa tidaknya, pagi nasi lemak dengan ayam, tengahari nasi dengan ayam, malam nasi goreng dengan ayam. Di restoran pula order teh tarik gelas besar, dan kedai-kedai makan berlumba-lumba menawarkan jus gelas paling besar," tambahnya.

Kolum kesihatan dalam Harakah

Bukan Kamal seorang, ramai kawan-kawan lain juga, selain pembaca dari merata tempat, memberi cadangan agar Harakah memperkenalkan kolum khas tentang kesihatan. Media lain sudah ke hadapan, malah ada akhbar yang dicari kerana ruangan kesihatannya yang menarik dan begitu bermanfaat untuk panduan seharian.

"Maaf cakap, saya perhatikan ramai juga aktivis PAS, termasuk yang muda-muda nampak terlebih berat," telefon seorang yang menggelarkan dirinya Makcik Kedah, dari Gombak.

"Bersenam dan jagalah makan sikit, bukankah perjuangan kita masih panjang," tambahnya. Saya sekadar dapat mengiyakan, sambil dalam diam berazam untuk membuang segala tabiat buruk terutama berkaitan dengan pemakanan.

Kita terpaksa akur bahawa gejala penyakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, kanser, kadar kolestrol yang tinggi dan serangan jantung tidak lagi mengenal usia dan profil pesakit. Kalau dahulu sebahagian penyakit itu dikatakan hanya menyerang "orang kaya" dan berumur 40 tahun ke atas, tetapi tidak lagi sekarang. Data pada tahun 2007 menunjukkan lebih 3 juta rakyat Malaysia mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.

Jangan ambil mudah diabetis

Strok boleh melumpuhkan anak-anak muda di bawah 30 tahun. Diabetis pula semakin "kejam" apabila anak-anak yang belum bersekolah pun tidak lagi selamat. Lima tahun lalu, dianggarkan 8 peratus penduduk Malaysia menghidap kencing manis dan tinjauan di hospital-hospital seluruh negara mendapati hanya 10.5 peratus pesakit diabetik berada dalam keadaan "under control". Seorang daripada 3 pesakit tidak menerima rawatan yang sepatutnya.

Sepanjang 20 tahun menghidap diabetik, selalunya semasa berjumpa doktor, saya selalunya akan ditanya soalan wajib, "jaga tak makan?"

Tersipu-sipu saya membalas perlahan, "jaga sikit-sikit."

Mendengar alasan itu, doktor cepat membidas, "tak ada jaga sikit-sikit, itu tandanya awak tak jaga makan."

Mengenali rakan-rakan yang turut menderita penyakit sama, saya perhatikan majoriti daripadanya bukan "pantang makan" tetapi "pantang tengok!"

Ramai lagi yang langsung tidak mengetahui kaedah merawat diabetis. Meskipun kesannya cukup buruk, seperti kerosakan serius pada saraf, buta mata, dipotong kaki, kegagalan buah pinggang, tersumbat arteri, mereka - termasuk saya - mengambil mudah sehinggalah petaka benar-benar terjadi!

NOTA: Sumbangan untuk golongan yang memerlukan di bulan Ramadan ini boleh disalurkan kepada akaun Maybank 564025400533 (atas nama Parti Islam Semalaysia), yang diselenggarakan oleh Dewan Muslimat PAS Pusat dan Bilik Berita Harakah.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan: Memenuhi Fitrah Manusia


Oleh: Tuan Guru Nik Abdul Aziz


" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." - Surah al-Baqarah, ayat 183.

Memahami tujuan hidup

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa sebarang masalah akan dirujuk kepada pawang atau bomoh.

Selalu juga berlaku, sebahagian atau segelintir orang mengambil langkah penyelesaian kepada pelbagai masalah itu dengan cara mengadu kepada kuasa lain selain Allah SWT. Cara itu adalah khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua itu menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada Tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapa yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya Tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui Tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan jasad manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Dengan kata lain, manusia diseru agar mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Pengabdian kepada Allah SWT merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Pencipta.



Al-Quran panduan hidup

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut tujuan tanah, air, api, dan udara atau sebagainya adalah berguna kepada manusia. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, siapakah yang dapat menjelaskan tujuan hidup jika tidak Allah SWT sendiri?

Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya mereka yang berpengetahuan tentangnya.

Demikianlah tujuan hidup manusia. Mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia, iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah (para rasul) yang ditugaskan untuk memandu manusia, bagaimana hidup ini perlu diselaraskan menurut kehendak Allah SWT.

Justeru jurupandu kepada umat ini ialah para ambiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berpandukan al-Quran.

Sehubungan itu, bersempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini (1431H), maka seluruh kehidupan ini hendaklah mengambil pengajaran darinya. Antaranya mengambil ingatan sebaiknya kerana bulan Ramadhan merupakan bulan penurunan al-Qur an. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas sepertimana firman Allah SWT:

" Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)." - Surah al-Baqarah, ayat 185.



Puasa memenuhi fitrah manusia

Justeru, antara keberkatan utama bulan Ramadhan adalah difardhukan ibadat puasa sepertimana difardhukan ke atas umat terdahulu. Namun, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain juga merupakan keperluan bagi fitrah manusia. Jika sekalipun agama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas dirinya untuk berpuasa kerana banyak manfaat daripadanya, termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, maka lebih perlulah puasa ditunaikan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan.

Salah satu manfaat besar puasa ialah dapat membukti sejauh mana tanda taat dan tunduknya manusia kepada tuhannya. Manusia selaku hamba Allah, sanggup bersusah payah (dengan berpuasa), demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk menjaga anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita mengutamakan ibadat sepanjang Ramadhan ini, sanggup kita bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Dari sinilah, hati kita perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati yang memenuhi tuntutan takwa kepada Allah SWT.

Ingatlah, hilangnya keyakinan terhadap Allah, maka akan hilanglah roh dari ibadat puasa tersebut. Hilangnya roh ibadat puasa itu, maka akan menghilangkan pula ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang berpuasa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :


"Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat
apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam." - Riwayat Ibnu Majah.


Semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT di sepanjang Ramadhan. Malah, semua ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita, bukan hanya ketika bulan Ramadhan. Harapan kita, agar bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan al-Quran sebagai usaha kita memenuhi apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. InsyaAllah, Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas

Tuesday, August 10, 2010

Persediaan Menghadapi Ramadhan

الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

Persediaan

Cara

Iman

Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu

Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

Membaca buku-buku penyucian jiwa.

Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Dakwah

Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

Keluarga

Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman

Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

Sentiasa berlapang dada.

Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad

Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

Menahan syahwat dari perkara yang haram.

Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

Thursday, July 1, 2010

Tulang Rusuk Yang Bengkok


"Masa zaman ustaz Rosli dahulu, Ustaz ada bagi tazkirah tak kat aspuri?" Soalku kepada beberapa orang pelajar yang hadir sama bersolat diaspuri bagi menemani saya daripada keseorangan diri.

"Takde cikgu, ustaz buat perjumpaan besar di dewan makan saja"ujar salah seorang daripada mereka.

"O, takpe la kalau macam tu. Lain orang lain pendekatannya. Cikgu lebih suka untuk memberikan nasihat seusai selepas solat. Hati akan lebih tenang dan lebih mudah untuk menerima teguran. Itulah mengapa disarankan kepada ibubapa yang nak menasihati anak, suami nak menasihati isteri dan imam nak menasihati makmum, seeloknya dilakukan sebaik sahaja selepas solat"
peneranganku agak panjang kali ini agar mereka memahami mengapa cara begini yang kuambil.


Perbezaan Yang Disinergikan
Dalam artikel yang terdahulu, saya pernah menulis berkenaan "Bagaimana Mendidik Wanita?", satu penulisan yang bebentuk persoalan. Persoalan ini dilontarkan kepada pembaca dengan harapan para pembaca sekalian dapat memberikan sedikit idea ataupun pandangan tentang bagaimanakah cara yang terbaik dalam mendekati dan seterusnya mendidik jiwa-jiwa kaum hawa ini.

Wanita salah satu daripada jutaan makhluk ciptaan Allah yang mempunyai keunikannya tersendiri. Membaca buku 'Men from Mars, Women from Venus' sedikit sebanyak membuka minda dan sudut pandang saya kepada kehalusan jiwa dan ketebalan perasaan mereka. Memahami perbezaan sifat kaum ini dibandingkan dengan sifat kaum adam, membolehkan ketidaksamaan antara keduanya dijalinkan menjadi sinergi untuk mewujudkan satu kekuatan yang baru kepada kedua-dua belah pihak. Disebaliknya, jika kelainannya tidak dimengertikan maka itulah sebabnya kita melihat berlakunya keretakan hubungan disana sini.

Tulang Rusuk Yang Bengkok
Tazkirah buat pertama kali ini tidak menadakan semacam teguran tetapi ia lebih kepada bersifat umum, memberi mereka berfikir akan perkara basis kepada asas kewujudan, kesudahan, nikmat yang sering dilupakan, kehidupan sebumbung yang memerlukan persefahaman, kebaikan yang dikejari dan permusuhan yang harus diketepi dan tidak lupa menyelitkan sedikit berkenaan perasaan kasih kepada saudara semuslim di Palestin dengan membawakan isu terkini dan keseksaan mereka yang telah berabad lama untuk sama-sama dihayati dan dirasai.

Tidak saya nafikan pelbagai karenah telah didengari, dilihati dan dipendami sekian lama tentang kaum hawa ini. Namun bukan kaedah yang terbaik bagi orang baru dalam kehidupan dekat mereka untuk terus menegur secara kasar. Biarlah ia berperingkat dan memakan masa sedikit asalkan mereka dapat menerima dan tidak pula terus meletakkan satu dinding penghalang didalam pemikiran mereka. Dengan kata lain, mereka tidak terus lari.

Mendidik kaum ini memerlukan kesabaran yang tinggi, jauh sekali dengan aspura. Mereka lebih bersifat logik dan kurang sentimen perasaan. Justeru inilah dikatakan, memperbetulkan mereka haruslah dengan perlahan-lahan, jika dibiarkan ia akan terus bengkok, jika terlalu kuat ia akan patah, merekalah tulang rusuk yang bengkok.

Searching For My Ribs(tulang rusukku) To Be Straighten
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.42am

2 Julai 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Yam Tuan Radin,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Sunday, June 27, 2010

Muslimah Sejati dalam dambaan Setiap Jiwa Wanita

Tahukah anda bagaimana ciri-ciri wanita solehah?


Iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang. Bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.

(Cerita ini diubahsuai semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis)

Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...
Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.
"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)

Si ayah terus menyambung.


"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."


Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.


"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULALLAH

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

HAH! Tengok tu, isteri Rasulullah beb... bukannya Siti Nurhaliza, bukannya Britney Spears, bukannya Ning Baizura, dan apatah lagi Jennifer 'Kueh Lopez'...

Sumber: http://mizzrufaidah.blogdrive.com/

Saturday, June 26, 2010

ADA APA DENGAN REJAB?

PENGERTIAN


Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN REJAB


Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Friday, June 18, 2010

Apa Pendirian Anda, Sebar atau Buat Tak Endah?

Assalamualaikum w.b.t, dizaman jaringan(networking) yang semakin meluas dinihari, penyebaran sesuatu risalah atau maklumat berlaku dengan pantas dan sangat mudah. Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit komentar berkenaan dengan satu risalah yang kerap disebarkan terutamanya pada jaringan facebook yang semakin digilai ramai. Anda juga mungkin pernah menerimanya..

bace sampai abez....pastu fowardkn.....
ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.

UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari bombay telah
menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.

2.
seorang hamba Allah telah menerima surat
ini tetapi tidak mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini palsu, maka selang
beberapa hari kemudian anaknya meninggal
dunia.

3.
Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya
mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka
selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di
malaysia timur.

4.
tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar
perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang lain tetapi
beliau telah menyedari kesilapannya lalu
beliau mencetak semula wasiat ini dan
mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.

5.
Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan
hukuman pancung sampai mati.

6.
di Terengganu, seorang pekerja bengkel
kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya
dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam.
baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.

7.
Di Terengganu juga, seorang hamba Allah
telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya
dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkan
orang yang membacanya.
Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan.
setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu
kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana
mereka mendapat malapetaka.
setelah
kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda menerimanya.
InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah
membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda
orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan
dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.

kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
Berikut adalah komentar saya berkenaan dengan surat ini atau surat-surat sebegini:

Oleh kerana sumber asalnya tidak jelas dan lagi satu berkenaan petikan-petikan berikut:

"setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah."

"seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia."

Petikan sebegini sebenarnya mampu menggungat akidah dan kepercayaan kita. Tiadalah sesuatu terjadi sesuatu bala/musibah mahupun kebaikan melainkan semuanya daripada Allah Taala.

Walaupun nasihat yang diminta untuk disebarkan memberi manfaat iaitu mampu memberi peringatan kepada semua kaum muslimin namun pada anggapan saya, petikan diatas yang seakan-akan meletakkan satu kuasa yang luar biasa dalam penyebaran surat ini, justeru penyebaran surat sebegini adalah kurang wajar.

Jika anda ingin meneruskan memberi peringatan yang terkandung dalam surat ini, saya sarankan anda membuang terdahulu petikan ancaman dan kelebihan dalam penyebaran surat ini.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu juga dari Allah. Semoga iman dan akidah kita terus teguh hanya kepada Allah.

Yang Benar,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.18 am,
19 Jun 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Yam Tuan Radin,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Template by - Abdul Munir - 2008