Tuesday, February 17, 2009

SEMINAR DINAR EMAS (DINAR'09)

SEMINAR DINAR EMAS (DINAR'09)

Tarikh : 21 Februari 2009
Tempat : Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Masa : 9 pagi - 5 petang

Pembentangan Kertas kerja oleh :

- YB DATUK PADUKA HJ HUSAM MUSA (EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN)
- PROF UMAR IBRAHIM VADILLO ( PERINTIS DALAM PENGENALAN SEMULA DINAR EMAS)
- PROF MADYA AHAMED KAMEEL MYDIN MEERA ( PENSYARAH UIAM)
- PN NIK MAHANI MOHAMAD (AHLI JAWATANKUASA DINAR KELANTAN)


Yuran : RM 35 bagi pelajar Um dan luar UM
: RM 50 bagi bukan pelajar

maklumat lanjut layari http://dinarpmkum. blogspot. com



Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Masanya akan tiba pada umat manusia ketika tidak ada apapun yang berguna selain dinar dan dirham." (Masnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

.......tahukah anda wang kertas yang anda gunakan tidak sah berlandaskan hukum Isalm???....
.......tahukan anda dinar dan dirham akan menjadi kekuatan kepada ekonomi Islam!!!!........
.......tahukah anda menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam kembali menggunakan dinar dan dirham...
.......tahukah anda wang kertas yang digunakan pada hari ini dikategorikan sebagai RIBA!!!!!... .


Segala persoalan di atas bakal dibincangkan dalam seminar ini.



Ayuh sahabat2, kita dalami bidang ekonomi..ini merupakan salah satu jihad kita dalam ekonomi..inilah masanya...sebarkan kepada sahabat2 yang lain...utk pendaftaran boleh contact di talian 0132042649 (DAYANG SOHANA)...SMS NAMA, IC & NO TEL....x mahal yurannya...yuran termasuk breakfast, lunch, cenderahati, sijil penyertaan dan bayaran penceramah.. tolong sebarkan pada shbt2 kampus, ahli keluarga n org2 di sekeliling anda.....inilah masanya untuk kita kembalikan kegemilangan ekonomi Islam


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
4.50pm
17/2/2009
CC Hutan Melintang

Tuesday, February 10, 2009

Forum Sempena SIDANA ’09

Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Tunku Canselor UM
Masa : 8.00 - 12.00 malam

Ucapan perasmian SIDANA ’09
Oleh : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Forum Sempena SIDANA ’09
”Mahasiswa Tempatan vs Mahasiswa Luar Negara”

Moderator:
Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin
Mahasiswa Universiti Malaya

Panelis 1:
Sdr. Mohd Ramadhan Fitri Elias
Mantan YDP MPMUM Sesi 2003/2004

Panelis 2:
Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Panelis 3:
Prof. Madya Dr.. Azmi Shaharom
Pensyarah Kanan,
Fakulti Undang-Undang UM

Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan Kuliah Utama APIUM
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Ucaptama
Oleh:Prof Datuk Dr Gauth Jasmon
Naib Canselor
Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Pembentangan Kertas Kerja 1
Tema : Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat
Oleh : YB Saifuddin Nasution
Ahli Parlimen Machang.

Pembentangan Kertas Kerja 2
Tema : Mahasiswa Menggugat di Era Baru
Oleh : Prof. Dr. Mohammad Abu Bakar
Dekan Fakulti Sastera UM.

Pembentangan Kertas Kerja 3
Tema : Pengukuhan Kesatuan Mahasiswa Islam
Oleh : Sdr. Muhammad Hisommudin Bakar
Mantan Presiden MPMUM Sesi 2001/2002.

Pembentangan Kertas Kerja 4
Tema : Membentuk Mahasiswa Islam Yang Berdaya Saing Dalam Memacu Ekonomi Masa Depan
Oleh : Tan Sri Syed Mohktar Al Bukhary
Pengerusi Yayasan Al Bukhary.

Surat jemputan untuk menghadiri program mula dihantar kepada semua kampus.Sebarang masalah boleh hubungi Ketua Unit Perhubungan SIDANA saudara Nik Razak (013-2965731) atau saudara Hasbie (013-2965619)

Tuesday, February 3, 2009

Membina ‘Public Realtionship’ (PR) dengan guru-guru

Alhamdulillah semalam ana berkesempatan mengikuti satu program bermain badminton bersama-sama dengan guru-guru lelaki sekolah ana, Sek. Men. Keb. Hutan Melintang. Program yang diadakan secara tidak lansung ini adalah hasil sepakat guru-guru lelaki sekolah ana yang rata-rata ramai dikalangan mereka merupakan kaki badminton. Walaupun ana sudah lama tidak turun ke gelanggang badminton tetapi lebih kerap ke padang bola, namun ana sudi menerima undangan cikgu-cikgu ini.

Public Relationship(PR) sangat penting dalam kehidupan seharian. Kita memang tidak dapat menafikan bahawa kehidupan harian kita memerlukan perhubungan yang berterusan dengan orang lain. Ada keperluan yang kita perlukan daripada orang lain dan perlu ada sumbangan yang perlu kita berikan kepada orang lain. Itu sebab dalam satu hadis nabi bersabda bermaksud:
“Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka”

Para guru mempunyai kehidupan yang unik dan hampir sama dikalangan mereka. Satu pemerhatian yang jelas, kebanyakan guru-guru lelaki ini cenderung untuk bermain badminton pada sebelah malam hari. Hobi yang diterapkan oleh guru-guru sekolah ini mungkin bermula dengan hubungan yang baik dan penerimaan ajakan oleh guru lain lantaran membuahkan satu skuad badminton yang tersendiri di setiap sekolah.

Ana yang baru sebulan bersama dengan guru-guru disini masih kekok untuk bergaul mesra dengan mereka. InsyaAllah hubungan ini akan lebih baik hari demi hari. Mala mini insyaAllah satu lagi undangan untuk bermain badminton akan ana pergi. Membina PR kerana Allah..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.32 am
4 Februari 2009,
Pusat Sumber,
Sek. Men. Keb. Hutan Melintang

Template by - Abdul Munir - 2008