Tuesday, September 30, 2008

Rahmat Allah diambang Eidul Fitri, bagaimana dengan yang tidak merasa?

Hadiah Hari Raya

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjang umur sampai kepada hari 30 Ramadhan. Namun tidak dapat disembunyikan kesedihan tatkala Ramadhan hampir berlalu pergi meninggalkan insane yang mengharapkan keberkatan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah sepanjang bulan ini.


Hari ini kita mendapat satu berita yang melegakan semua rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa. Pembebasan kapal Melati 2 pada pagi tadi jam 4.14 pagi waktu tempatan merupakan Rahmat Allah di ambang ketibaan Eidul Fitri yang akan menjenguk kita tidak sampai 24jam sahaja lagi.


Pembebesan anak kapal Melati 2 yang seramai 29 orang pastinya memberikan makna yang besar kepada diri para tebusan terutamanya dan juga kepada para keluarga mangsa. Alangkah gembiranya para keluarga berkenaan dapat beraya dengan para mangsa yang sememangnya mereka merasakan sangat risau akan perkembangan keselamatan saat mereka berada ditangan lanun tersebut.


Pak Lah dalam memberikan komen dalam kejadian tersebut mengatakan bahawa pembebasan para tawanan merupakan hadiah hari raya daripada Allah s.w.t

“Ianya adalah satu hadiah Hari Raya daripada Allah SWT kepada kita, khususnya buat keluarga anak-anak kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 yang dibebaskan lebih awal sebelum ini,” kata Perdana Menteri kepada Bernama di sini bagi mengulas pembebasan kedua-kedua kapal tersebut.

-berita harian, mutakhir 30/9/2008-


Antara Dalaman dan Luaran


Mengulas kenyataan Abdullah Ahmad Badawi menggambarkan beliau seorang yang sangat mengambil berat dengan keresahan dan pederitaan yang dialami rakyat. Beliau bersyukur dengan pembebasan dan merasa gembira apabila mangsa tahanan akan dapat beraya bersama-sama keluarga mereka pada keesokkan harinya, InsyaAllah. Namun dalam ucapan dan sikap perihatin beliau ini, adakah beliau sedar akan penderitaan dan keperitan keluarga tahanan ISA yang bukan sahaja berpisah dengan keluarga selama beberapa hari tetapi bertahun lamanya, bukan ini merupakan kali pertama keluarga tahanan beraya tanpa ayah, suami atau abang kepada keluarga tersebut tetapi sudah berkali-kali raya ketiadaan orang yang disayangi disisi.


Jika Pak Lah mengatakan pembebasan tebusan anak-anak kapal MT Bunga Melati 2 & 5 sebagai hadiah Hari Raya daripada Allah, bagaimana pula hadiah yang sama diharapkan oleh keluarga-keluarga mangsa tahanan ISA daripada Pak Lah? Kuasa membebaskan para tahanan berada ditangan beliau, justeru adakah beliau tidak teringat sedikit pun akan tahanan ISA ini tatkala mengucapkan hadiah Hari Raya ini? Antara dalaman dan luaran, ianya suatu yang berbeza…


Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah s.b.t agar berikan kekuatan kepada tahanan dan keluarga mangsa tahanan akta zalim ini dalam mengharungi ujian hidup yang tidak sedikit peritnya. Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepada hamba-hambaNya yang sering bersabar dengan dugaan yang menimpa sesuai dengan janji Allah dalam surah Ali Imran ayat 186 yang bermaksud:


" Demi Sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orangyang telah diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang musyrik: banyak tuduhan dan cacian yang menyakitkan hati. dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat"



Takbir!!!

Bebaskan Tahanan ISA, Hapuskan Akta Zalim Ini!!!


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

6.36 pm

30 Ramadhan 1429H

30 September 2008

Rumahku, Kuala Terengganu

Thursday, September 25, 2008

Menjejaki LailatulQadar


Sedar tak sedar malam ni sudah masuk malam ke 26 kita berpuasa. Hanya tinggal beberapa malam sahaja lagi daripada 10mala terakhir yang dijanjikan kepada umat Islam satu ganjaran yang amat besar iaitu malam Lailatuqadar.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Ramadhan kali ini yang sudah menghampiri kepada pengakhirannya sudah dapat melihatkan kesan-kesan perubahan pada diri dalam kita menilai sejauh manakah amalan dan ibadat kita sepanjang hari-hari yang berlalu dalam bulan Ramadhan ini. Bagi diriku, impaknya masih jauh dirasakan, banyak perkara yang kurasakan masih aku kekalkan dalam bulan Ramadhan ini walhal bulan ini sepatutnya aku jadikan sebagai satu batu loncatan dalam meninggalkan perkara-perkara tersebut.

Ya, sebagai batu loncatan kerana bulan mulia lagi penuh keberkatan ini, syaitan-syaitan telah pun dibelenggu maka tiada lagi hasutan jahat dibisikkan kepada telinga dan hati kita pada bulan ini. Cuma yang tinggal adalah nafsu kita yang mungkin masih boleh mengajak kita kearah kemungkaran. Walaupun begitu, nafsu ini sedikit sebanyak telah dilemahkan dengan kelaparan yang kita alami pada siang hari kita berpuasa. Nah, apa lagi yang kita kehendaki dengan segala kelebihan dan ganjaran yang diberikan, kita masih tidak menggunakan peluang ini. Ayat ini lebih ditujukan kepada diriku sendiri..



Syaitan yang dibelenggu sudah bersiap sedia untuk dilepaskan kembali. Bayangkan bagaimana perasaan dan sikap syaitan saat mereka dilepaskan kelak? Sangat bengis dan penuh dengan kebencian serta dendam kepada umat manusia. Ibarat seekor anjing ganas yang telah diikat selama sebulan, penuh dengan perasaan lapar dan dahaga, walaupun tidak bertenaga tetapi atas dasar kebencian dan perasaan membuak-buak mencari makanan serta habuan, seluruh tenaga akan digunakan untuk menerkam sesiapa sahaja yang boleh dijadikan mangsanya. Justeru, marilah sama-sama kita beringat akan saat perlepasan syaitan daripada belenggu mereka pada tibanya hari Raya Aidilfitri nanti. Perubahan yang ketara akan dapat dilihatkan kepada mereka yang tidak mempunyai persiapan yang cukup sepanjang bulan Ramadhan ini dan mereka yang memanfaatkan ramadhan ini dengan sebaiknya akan dapat menangkis segala macam serangan awal daripada makhluk yang dilaknat Allah ini.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan,maka sesungguhnya dia(syaitan)menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar.kalu bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu,nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih(dari perbuatan keji dan mungkar itu)selama-lamanya ,tetapi Allah bersihkan siapa yang Dia kehendaki.Dan Allah Maha Mendengar,Maha Mengetahui"..(an-Nur:21)

Justeru, ana menyeru kepada diri sendiri yang masih lemah dalam memanfaatkan Ramadhan 1429H ini untuk menggunakan masa-masa berbaki ini untuk memfokuskan segala tenaga dan upaya kita meningkatkan ibadat dalam menuju ketaqwaan natijah daripada ibadat puasa ini. Lebih-lebih lagi kita sekarang berada dalam 10 malam terakhir Ramadhan, ayuh sama-sama kita menjejaki Lailatulqadar yang dijanjikan Allah Taala kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Smoga kita menemuinya dalam hayat kita ini…

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.47pm
26 Ramadhan 1429 H
25 / 9/ 2008
2-1-7 KHAR, UPSI

Monday, September 22, 2008

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak - Aziz Bari


Cara Dato' Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu.

Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai.

Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit 'di luar perlembagaan' (extra-constitutional) untuk menangani keadaan.

Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.

Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan.

Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.


Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda.

Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet.

Ini boleh berlaku selepas pilihan raya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Peletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya peletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003.

Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977.

Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu peletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu peletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan.

Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh Umno dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.

Apa peranan Yang di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa.

Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihan raya Mac lalu.

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan.


Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, peletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri dalam situasi sedemikian.

Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri.

Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihan raya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihan raya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihan raya.

(Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa) - (www.WauBebas.org)._

Friday, September 12, 2008

MUHASABAH RAMADHAN


“Ibarat minyak hitam motor atau kereta, kita mesti mahu jenis yang terbaik, yang tahan lama” pesan Ustaz Hasbi dalam tazkirah subuh di KHAR subuh yang lepas..

“minyak yang baik akan bertahan lebih lama, begitu juga dengan Ramadhan. Kita hendakkan yang terbaik dalam bulan ini untuk kita dapat bertahan bagi 11bulan akan dating” sambung beliau lagi.

Sedar tak sedar kita telah memasuki fasa kedua Ramadhan, dipertengahannya keampunan. Fasa pertama, diawalnya rahmat telah pun berlalu, sejauh manakah fasa pertama ini kita berjaya memperbaiki diri? Sama-sama muhasabah diri…


Fasa Pertama

Fasa pertama ini bagi diri ini masih banyak kekurangan lagi. Masih banyak melakukan perkara sia-sia dan melakukan perkara dengan tidak mengikuti keutamaan(awlawiyyat) yang betul. Ada perkara yang patut dilakukan dahulu, yang patut diselesai dahulu tapi diutamakan perkara yang memberi impak yang sedikit sahaja. Antara menyelesaikan tesis dengan menyertai permainan Dam Khalifah? Terasa diri bertindak tanpa berfikir panjang.

Antara peserta Dam Khalifah


Menyertai Dam Khalifah juga penting, dapat mengeratkan hubungan sesama rakan surau dan bergaul dengan junior-junior namun setelah sekian lama sudah ana menyertai program-program kerohanian yang memupuk silaturrahim ini, semenjak semester satu sampai semester 7. Memang suasana berlainan dan orangnya bersilih ganti tetapi keutamaan kepada semester 7 adalah menyelesaikan tesisnya. Hak tesis bagi semester 7 perlu diberikan..aku muhasabah diri atas tindakan lepas.. Esoknya pula ada pertandingan karom…Fuh, tindakan sebijaknya harus diambil.


partner Dam Khalifah, dengan kaki terikat


Antara pengisian fasa pertama yang telah berlalu adalah solat terawih, tadarus al-Quran selepas tarawih, membaca al-Quran persendirian, menghadiri kuliah subuh, ceramah selepas isyak, mendengar kuliah online, berbuka bersama-sama kawan dengan bubur pusat Islam, bersedekah dan solat malam.

tadarus al-Quran

Namun amal-amal yang dilakukan tersebut masih berselang-selang dan tidak istiqamah dalam perlaksanaannya. Perkara yang paling banyak masa dihabiskan bagi fasa yang pertama ini adalah tidur. Entah kenapa bulan puasa ini cukup banyak tidurnya, ada suatu hari tu sampai sudah masuk waktu berbuka, masih lagi tidur di dalam bilik tanpa disedari oleh ahli-ahli rumah yang lain.



Azam Fasa Kedua

Antara azam dalam fasa kedua ini adalah berusaha memperbaiki amal-amal yang telah dilakukan pada fasa pertama dan memperbanyakkannya. Perkara yang paling hendak diperbetulkan adalah mengurangkan waktu tidur. Smoga fasa kedua dan ketiga menjadi semakin baik…sama-sama doakan..


Ramadhan Pesta Ibadah



Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.44am

13 Ramadhan 1429H

13 / 9 / 2008

2-1-7, KHAR UPSI

Thursday, September 11, 2008

TAG, BUDAYA BLOGGER YANG MENGERATKAN SILATURRAHIM…


“adakah tag ni budaya blogger?” monolog ana sendirian tatkala melihat rupenyer tag yang ana kene bersambungan dengan org2 sebelum ini.


Buat pertama kalinyer, ana terkene tag ni…daripada jitegha, syukran buat nta sebab menge’tag’ ana. Ana sebenarnye tak tahu ape yang dimaksudkan atau maknenye ‘tag’ tu. Is there someone want to explain to me? Walau apa pun maknanya, yang jelas pada pandangan ana ‘tag’ ini adalah suatu yang baik.



Fitrah Manusiawi


Pada ana jika tag ini adalah budaya para bloggers, ia adalah suatu budaya yang sihat dan harus diteruskan. Satu reason yang jelas, budaya menge’tag’ dapat mengeratkan silaturrahim antara bloggers yang sememangnya mempunyai connection yang luas. Itulah dunia bloggers, dunia maya penghubung manusia…


Fitrah manusiawi suka apabila mendapat sesuatu daripada seseorang, tak kira samaada kad raya, kad pose ( daripada ieda, syukran yer ), bermacam2 lagi kad, hadiah, ucapan dan tak ketinggalan ‘tag’ ini juge. Nak bagi hadiah pada ana agak susah lebih-lebih lagi kat seseorang yang kite tak knal..Justeru ‘tag’ adalah hadiah @ surprise yang paling ringkas dan cheapest but excited yang boleh diberikan…tak gitu?


cantik, kad yang dipostkan oleh ieda



Sasaran ‘Tag’ku


Sebagaimana yang diminta oleh Jitegha untuk menge’tag’ sapa-sapa yang ana suka, suatu arahan umum yang diketahui ramai oleh old bloggers(now me include), maka ana laksanakan pengeratan silaturrahim ini.. sasarannya adalah:


  1. Feerhan http://www.feerhann.blogspot.com/
  2. Fikri http://hidupmatikernaallah.blogspot.com
  3. Cg Eya http://cikgueya.blogspot.com/
  4. Abg Zul http://mujahideenkekasihallah.blogspot.com/
  5. Kak Iza http://www.tinta-muallim.blogspot.com/


So kepada insan2 yang mendapat ‘tag’ ni daripada ana, arahan yang sama kepada ntum sekalian untuk menge’tag’ 5 orang yang ntum suke…


Salam Ramadhan Semua



Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

8.53 am

12 Ramadhan 1429 H

12 / 9 / 2008

2-1-7, KHAR, UPSI

Template by - Abdul Munir - 2008