Saya terkejut membaca akhbar Kosmo bertarikh 21 Julai 2008 lalu yang memaparkan berita utama berkenaan kritikan Menteri Besar terhadap keputusan Kerajaan Pusat yang tidak membenarkan Exco-exco Kerajaan Negeri untuk memiliki kereta Mercedes Compressor E200 yang telah dibeli sebanyak 14 buah.
“
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna
"Ia adalah keluaran tempatan, kebanggaan negara. Jadi pemimpin perlu menjadi contoh selaku pengguna kepada barangan keluaran tempatan,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas langkah kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 Mercedes E200 Kompressor untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Kereta itu yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 orang Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.”
- Sumber Berita Harian , 21 Julai 2008 –
Tindakan kerajaan Negeri Terengganu jelas menunjukkan sifat sebenar mereka setelah memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri setelah memenangi PRU 12 lepas. Tindakan ini jelas merupakan satu pembaziran wang rakyat dalam masa sekarang rakyat mengalami kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan setelah harga petrol dan diesel yang dinaikkan secara mendadak.
Kerajaan Negeri sepatutnya menunjukkan contoh terawal dalam berjimat cermat sebagaimana nasihat yang selalu ditayangkan di television dan dipaparkan akhbar-akhbar oleh kerajaan pusat agar rakyat berjimat cermat dalam berbelanja. Namun tindakan kerajaan ini menimbulkan kesangsian kepada semua rakyat jelata atas kewibaan Exco-exco yang masih mengutamakan keselesaan dan kesenangan peribadi sebagai perkara utama melebihi kebajikan rakyat.
Saya selaku rakyat Terengganu menasihatkan para Exco-exco kerajaan negeri Terengganu untuk berfikir kembali tindakan mereka dalam melakukan sesuatu kerana mereka sekarang diperhatikan rakyat Terengganu yang telah memilih mereka untuk menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negeri Terengganu. Diharapkan kerajaan negeri mengambil iktibar dalam tindakan tersebut agar rakyat terus memberikan kepercayaan mereka kepada pemerintahan sekarang jika masih mahu memimpin rakyat, jika tindakan ini masih dipertahankan rakyat tanpa sangsi akan memilih Pakatan Rakyat yang sekarang jelas mengutamakan kebajikan rakyat sebagai agenda utama mereka.
ANAK TERENGGANU,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
7.50 am
28 Julai 2008
2-1-7 KHAR, UPSI