TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

Showing posts with label UKHWAH. Show all posts
Showing posts with label UKHWAH. Show all posts

KELUMPUHAN SEMANGAT SUNNAH MENZIARAH


Era "Facebook-isasi" telah melumpuhkan semangat ziarah menziarahi sesama jiran tetangga apatah lagi sanak saudara dan sahabat handai yang tinggal jauh nun di seberang. Kecanggihan telefon pun sudah diatasi dengan ledakan fenomena "Facebook-isasi" ini.

Jangan terperanjat, nak cakap dengan roommate yang biliknya hanya sekangkang kera pun hanya dengan berFacebook. Sebab apa?

Malas.

Maka dengan itu berjayalah serangan propaganda Yahudi dengan menghancurkan kekuatan ukhwah umat islam. Facebook hanya menjadi asbab kehancuran rumahtangga apabila si isteri mengata suaminya di Facebook. Si adik bergaduh dengan kakaknya hanya kerana menekan butang dislike di gambar kakaknya. Dua hati bercekau dek salah faham yang wujud ketika orang luar me"like" dan mengomen di wallnya.

Dengan "malapetaka" kecerdikan manusia mencipta LRT, rapidKL, bas, kereta api, kereta dan kapal terbang, apa yang kita mampu adalah sekadar menziarahi wall Facebook teman kita.

"Bro! Lama tak jumpa. Ape cite skang?"

Sekali mungkin tidak mengapa. Jika berkali-kali? Jika semua orang begitu? Maka untuk apakah kenderaan diciptakan? Bertambah seksa lagi, Facebook telah menyediakan perkhidmatan video online yang boleh dilihat di mana-mana sekalipun di ceruk-ceruk kampung.

Jadi, bila masa nak balik kampung halaman? Mak ayah terkenang anak di perantauan menanti sekujur tubuh untuk dipeluk, dicium, dimesra, diajak berbual dan menemani hari-hari tuanya sebelum kubur memanggil.




SUNNAH YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja atau Hari Raya. Sabda Baginda Rasulullah SAW :

Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Kewajipan seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu : Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari &Muslim]

Sabda Rasulullah SAW lagi :

“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” 
Baginda ditanya : “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” 
Rasulullah SAW bersabda : “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Malah tidak cukup dengan menggiurkan buah-buah di syurga, malaikat juga turut mendoakan untuk kerahmatan yang berpanjangan.

Daripada Ali RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. 
Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]

Pemimpin beracuan soleh akan mempamerkan kecirian islam yang sangat "sweet". Bayangkan seorang sultan yang berpakaian zuhud turun menziarahi rakyatnya dengan penuh kasih sayang dan hanya mengharapkan pandangan Allah melebihi segalanya. Itulah kepentingan kuasa. Berdakwah secara halus untuk mengembalikan sunnah dan amalan Nabi yang semakin ditinggalkan kerana dunia.

READ MORE

BERSALAM DENGAN NAFSU


BERSALAM TANPA NAFSU

Kadang-kadang kita sendiri pernah terasa betapa hilangnya nafsu ketika bersalam sesama sahabat sejemaah. Inikan pula ahli jemaah yang sama-sama mengimarahkan masjid. Mungkin kita ada tertanya mengapa perlu bersalam sesama kita? Mengapa perlu bersalam selepas solat jika adabnya tiada?

Kita tertanya.

Mengapa tapak tangan itu umpama kulit ikan yang telah mati?
Rasa genggamannya begitu longgar bagai acuh tidak acuh untuk bersalam?
Wajahnya umpama keldai yang tidak tahu senyum.
Mengapa ketika bersalam bagai tidak merasa apa-apa aura?

Tangan bersentuh sesaat cuma. Namun, apa yang ingin diberikan melalui jabatan tangan?
Mengapa wajah-wajah yang ingin dimesrai begitu kosong dan menghampakan?
Mengapa pandangan mata itu umpama mata ikan sepat yang amat cetek renungannya?
Mengapa tidak renungan mesra yang meresap ke dalam hati?

Jika begitu, apa gunanya bersusah-payah menyambut salam?
Dan mengapa ada yang bersusah-payah di dalam saf ini untuk menghulurkan tangan untuk merasai kulit ikan mati dan wajah keldai yang sedemikian?
Dan terkadang, hanya ada huluran tangan sedang mata dan wajah melilau ke arah lain.

Sedarkah?

Sedarkah bahawa tangan yang dihulur dengan genggaman tangan yang erat adalah dengan renungan menjalin ukhwah yang hadir dari hati yang penuh ikhlas? Tapi mengapa ukhwah itu bagai tiada nafsu hatta ahli sejemaah pun? Hatta kita solat berjemaah bersama-sama.

Tidakkah kita tahu bahawa ukhwah sesama ahli adalah antara kunci kekuatan jemaah kita? Bagaimana pula solat berjemaah itu mampu menyatukan umat islam jika tiada aliran cas-cas positif ukhwah untuk dikongsi bersama?

Mengapakah kita jadi begitu jauh dalam erti ukhwah?



ADAB BERUKHWAH

Tergabungnya kita dalam kelompok jemaah ini adalah mengharapkan sesuatu. Sesuatu itu dinamakan (sakinah) ketenangan dan kemanisan jemaah. Ikatan ukhwah mahabbah fillah hanya akan terbina apabila akhlak yang mulia terpamer. Justeru kita digesa agar benar-benar mengamalkan dan mentarbiyah diri dengan budaya ahklak yang mulia.

“Allah SWT mempunyai bejana bumi ini iaitu HATI. HATI yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut, paling bersih dan paling cekal. Paling cekal dalam agama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut kepada saudaranya” - Saidina Ali.

Adalah perlu kita sedari sejauh mana kejayaan kita sebagai manusia adalah bergantung kepada kejayaan kita membentuk akhlak yang mulia. Setinggi-tinggi pencapai yang kita kecapi akan gugur dan jatuh nilainya sekiranya tidak berpaksi berpasakkan kepada ketinggian akhlak dan budi. Dan tidak di lihat Allah SWT.

“Sesugguhnya semulia-mulia kamu kamu di pandangan Allah ialah orang paling bertaqwa di kalangan kamu”Al-Hujurat : 13"

Dan sebenarnya taqwa itu sendiri adalah pengukur akhlak yang paling tepat. Taqwa itulah yang membuahkan kemanisan berukhwah. Taqwa itulah yang mengajar adab berukwah sekalipun cara bersalam menurut islam.

Kita sama-sama bergerak kerja atas nama dakwah.
Kita sama-sama solat berjamaah, sama-sama mengaminkan doa untuk keselamatan semua muslimin dan muslimat, mengapa tidak kita akhiri detik ahkir keberadaan kita di masjid dengan salam perpisahan penuh kemesraan sebagai saudara seagama, saudara sejamaah?

Mungkin nampak mudah tetapi dari salam itulah bermulanya tautan hati. Cuba fikirkan kembali, mengapa Allah suruh kita bersalam seusai solat berjemaah. Mengapa Allah suruh kita berjabat tangan ketika bertemu dan berpisah?

Yahudi pernah bersumpah untuk menjatuhkan umat islam. Tapi bagaimana kita ingin menentang yahudi jika ukhwah kita tidak sekuat mana?

READ MORE

"AWAK, APA HUBUNGAN KITA?"


"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari sabtu lepas saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F".

Mesej ukhti Ira tiba-tiba muncul di ruangan chatting Facebook. Agak berderau darah jantan aku apabila insan yang semakin aku pendam perasaan kepadanya menegur aku.

"Hehe....saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi presiden Kelab Bidadari Syurga UKM. Tak silap saya awak pun dapat anugerah tokoh muslimah harapan ummah sempena Bulan Dakwah kan?"

Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yang berlambak depan mata. Sungguh bersemangat aku chatting dengan ukhti Ira sehingga tidak sedar sudah larut malam. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul 12 tengah malam. Itupun aku langgar.

Kerana apa?

Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?

"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?" tanya ukhti Ira kelmarin membuatkan tidur semalamanku menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah.

"Awak, awak...kenapa awak panggil kita Ira je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan muslimat yang lain?"

Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini?

Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai 2 identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan sufi yang bertapa. Kala nafsu melonjak, ghairah aku untuk kembali jahil.

Naik gila aku fikir. Aku benar-benar rasa bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan.

Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia.

Ya, pada asalnya niat aku dan ukhti Ira berukhwah kerana Allah. Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula membogelkan niat suci tadi.

Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhawah muslimin muslimat. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.

"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego.

"................"

Tiada jawapan.

"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara seislam bertunjangkan rasa takut takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka"

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti" (al-Hujurat: 13)

TAKWA.

Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?

Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu? Perlukah?

Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!

Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?

Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.

READ MORE

"JIKA DIA MENANGIS DI HADAPANMU"


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai insan yang bernama sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Dengan satu aqidah satu pegangan hubungan ini terikat. Dengan satu arah satu perjuangan, di bumi ini dua orang sahabat ditemukan. Katanya ukhwah fillah ini tidak mungkin patah. Tertaut erat walau ombak walau badai mendesak. Namun tetap tidakkan musnah.

Jika sahabatmu masih setia di sisimu, hargailah dia sebelum terlewat.
Jika sahabatmu menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan sentiasa menemani jalan hidupmu.
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, bersama denganmu.
Seorang sahabat tidak akan mengajuk berpanjangan, jika dia benar-benar menyayangimu sepenuh jiwanya.

Hubungan yang bahagia dibina di atas jalan keimanan yang benar. Menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta. Kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis. Kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah. Keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar

Kadang-kadang kita terasa sangat rindu dengan sahabat kita. Kerinduan padanya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian yang amat berat. Kita yakin pada Yang Maha Esa, ingin meneruskan hubungan ini biar bersama-sama istiqamah dalam perjuangan menempuh onak duri dunia hakiki.

Ya! Inilah nikmat paling indah. Sejuta kesulitan berukhwah pemberi semangat perjuangan. Doa rabithah hati diratib-ratib pagi dan petang tanpa jemu. Mengalirkan halawatul ukhwah menampakkan kesungguhan dalam berjuang di jalan dakwah.

"Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang membolak-balik hati kami, tetapkan hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Berkati dan rahmatilah hidup kami sebagai tentera-tentera Allah.” 

Apa khabar sahabat kita?

READ MORE

BENARKAH KITA BERKAWAN KERANA ALLAH?



Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika dia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah."

Jika dia mencintai seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia boleh mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Tetapi jika dia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana merasa senang berkawan dengannya. Dan dadanya terasa lapang bila duduk bersama-sama maka cinta serupa itu adalah cinta tabi', cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak lari daripada kebaikan.

Dalam satu kisah pula, hasil nukilan Imam al-Nawawi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa'ie, Baginda berkata kepada salah seorang sahabat yang bernama Mu'az bin Jabal :

"Ya Mu'az demi Allah, sesungguhnya aku mengasihimu. Kemudian aku ingin berpesan kepadamu, jangan engkau lupa untuk membaca selepas solat doa berikut (yang bermaksud) ;" Wahai Tuhanku, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan mengelokkan ibadah untuk-Mu".

Lihat bagaimana Rasulullah SAW sendiri memberitahu Mu'az tentang kasih baginda sebagai seorang sahabat. Kemudian setelah itu baginda menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat dengan memberi pesanan berkaitan doa yang amat baik dibaca selepas solat.

Itulah sikap seorang sahabat yang ikhlas dan inginkan kebaikan dunia dan akhirat bagi sahabatnya!

Ana sayang sahabat ana kerana Allah.
Kita berkawan. Kita bersahabat kerana Allah.

READ MORE

ADA APA DENGAN EGO LELAKI!

Dalam kehidupan tidak ada yang mudah dan senang. Namun, di mana harus letaknya ego lelaki?


Ada apa dengan ego lelaki?

Seringkali dalam bergerak kerja atau berurusan sesama manusia, terbit masalah hati. Konflik yang wujud bagai perang dunia ketiga meletus. Si adam tidak puas hati dengan si hawa.

Katanya Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Mudah sangat tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia.

Si hawa pula mengutuk ego si adam. Kalau sudah bermula satu ‘peperangan’ maka bersedialah si adam dengan ‘perisai’ untuk mematikan segala ‘serangan’ daripada si hawa.

Mereka berkelahi walaupun benda kecil. Bertegang urat leher walau perkara remeh temeh. Bermusim untuk dibuang yang keruh, mengambil yang jernih.

Nampak seperti kelakar. Tetapi tiada siapa yang terkecuali. Percayalah!



EGO SI LELAKI

Ya, memang benar ar-Rijal itu diciptakan untuk menjadi pemimpin, bukan diciptakan al-Khaliq untuk dipimpin. Dan untuk menjadi pemimpin yang berwibawa perlu ada sikap ego dalam kelembutan.

Tetapi pernahkah mereka terfikir?

Kaum adam yang selalu merasa ego dan gah dengan dirinya yang diciptakan sebagai golongan bertubuh sasa perlu melamar, merisik, meminang dan menikahi si hawa yang dikatakan golongan lemah.

Bila mana seorang adam itu punya hasrat untuk bernikah, maka dia perlu untuk memberi mas kawin kepada pihak hawa.

Cuba renungkan.

Apalah ada pada ego si adam untuk mencari seorang isteri?

Dia perlu seolah-olah ‘membeli’ wanita solehah tersebut daripada keluarga pihak hawa. Pernahkah terfikir, betapa ‘mahalnya’ darjat seorang hawa?

Allah angkat golongan ini begitu tinggi darjatnya, perlu ‘dibeli’ untuk dimiliki, manakala setelah bergelar ibu, syurga di bawah tapak kaki ibu sedangkan kunci bagi seorang hawa memasuki syurga adalah di tangan suaminya, bagaikan hubungan simbiosis lihatlah betapa hebatnya seorang hawa!

Betapa Allah itu Maha Hebat!

Tidak perlu merasa ego kerana Allah sudah menciptakan pangkat dan darjat yang tinggi kepadanya yang mana tiada diberi pada hamba yang bergelar ar-Rijal.

Moga-moga hawa tergolong di kalangan para solehah dan menjadi bidadari di taman syurga. Moga-moga adam tidak ego bertempat. Tidak seego dengan kuasa yang cuma setitik. Tetapi egonya sebagai seorang pemimpin, khalifah dan ketua keluarga wajar dalam mengemudi bahtera kehidupan ke syurga bersama hawa.

READ MORE

MENANGISLAH DI BAHUKU



Dingin malam terasa sejuk ke tulang. Ku lihat jam di tangan sudah hampir pukul 11 malam. Tingkahmu amat lemah. Muka pucat, mata membengkak dan senyuman tawar cukup memberi signal bahawa dirimu dilanda musibah. Fikiran yang kacau. Jiwa yang resah.

Nampaknya sudah lama kau memendam rasa.

Kau diam seribu bahasa. Hanya matamu yang cuba bicara. Bahawa saat ini hatimu terluka. Kau tahu aku di sini untukmu. Hanya untukmu. Aku sudi mendengar segala luahan hatimu.

Hingga kau tak kuasa menahan berderailah air mata. Dalam pelukan kemasku kau curahkan semua.

Menangislah. Kadang manusia terlalu sombong untuk menangis. Lalu untuk apa air mata telah dicipta? Jika bukan untuk menangis? Bukan bahagia sahaja yang ada di dunia.

Menangislah. Di bahuku kau berikan kepercayaan. Bawalah aku dalam haru biru kerna aku adalah sahabatmu.

Menangislah di bahuku. Aku di sini untukmu.
Menangislah di bahuku. Kerna aku sahabatmu.

Aku amat sayangkanmu. Tak ingin ku lihat kau begini lagi. Cukuplah derita yang kau rasa keseorangan selama ini. Izinkan aku menumpang duka lara jiwamu. Walau sekelumit cuma. Walau aku tahu aku tak mampu membantu.

“Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan” (HR Hakim)

Tidak mudah diukir senyuman tatkala hati menangis dan terhiris. Tetapi kau akan terasa indah tatkala kau menyedari semua itu pemberian daripada kasih Ilahi. Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan yang menyakiti untuk disakiti.

READ MORE

BIARPUN TIDUR SEKATIL




"Ana takde tempat berteduh malam ni. Boleh ana tumpang bilik nta?" Pinta akhi Faruq selepas habis meeting di Balai Sri Melaka. Matanya yang kuyu menampakkan bateri otaknya perlu dicas semula sebelum suisnya meletup.

"Owhhh..nta nak tumpang bilik ana ye? Boleh je. Ana tak kisah pown. Tapi katil ana kecik je..insyaAllah muat rasanye untuk kita berdua." Senyum kambing akhi Hazrul membalas.

Malam itu mereka tidur bersama selepas membaca surah Al Mulk dengan penuh ketenangan. Paginya kelihatan bantal dan selimut bertebaran di atas lantai. Dengan mengosok-gosok mata akhi Hazrul mengejutkan sahabatnya untuk menunaikan solat subuh berjemaah dan membaca mathurat.

Sekadar bersarapan biskut kering dicicah dengan air teh kosong, mereka bergegas ke destinasi masing-masing meneruskan pencarian rezeki di bumi Allah.



AKHLAK ISLAMIYAH MUSLIM

Susah sekarang ini mencari sahabat yang boleh membantu ketika susah. Diibaratkan menunggu kelip-kelip datang bertandang di siang hari. Walau diri susah dan tidak berkemampuan masih lagi sudi menghulurkan bantuan.

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. [Al-Baqarah: 268]

Hati jadi terharu. Sayu. Berterima kasih yang teramat kepada Ilahi dihadirkan seorang yang amat pemurah hatinya. Malah sapaan lembut 'assalamualaikum' dengan senyuman yang terukir tidak pernah lekang di bibir. Begitu sejuk hati dibuai keasyikan akhlak islamiyah. Terpaut dengan keindahan penghayatan Islam.

Teringat kata-kata Imam Umar bin Abdul Aziz :

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau."

Diri ini bukanlah sahabat yang baik. Tetapi diri ini ingin menjadi sahabat yang baik kepada sahabat sekalian.

READ MORE

"PINJAMKAN AKU TELINGAMU BOLEH?"


Dalam keseronokan hidup ini, cuba sebentar kita tengok dan perhati diri kita. Membelek setiap organ deria yang terpahat kukuh di badan. Kenapa ya Allah ciptakan 2 telinga 1 mulut, bukan sebaliknya? Banyak orang pandai berbicara, banyak buah mulutnya, tetapi tak ahli mendengarkan.

"Seorang pendengar yang baik, lebih cepat mencapai kebijakan hidup daripada yang terlalu sibuk berbicara. Dan satu lagi, mendengar adalah pemberian yang memuliakan sesiapa pun. Kerana, sebab utama daripada kekecewaan banyak jiwa, adalah rasa kurang bernilai apatah lagi pendapat dan perasaannya tidak didengarkan. Tidak dipedulikan."

Maka, hadiahkanlah telinga kita kepada mereka yang kita cintai dan yang kebahagiaannya penting bagi kita.
Jadilah pembahagia sesama kita.

Dengarkanlah.

Mendengarkan adalah kesediaan hati yang baik. Lambang kemuliaan dan keikhlasan hati seseorang yang suka menghargai. Betapa kasihnya dia, orang lain juga kasih padanya.

Jika kita adalah sahabat kepada seseorang, jadilah sahabat yang baik, apabila ada masalah kitalah orang pertama yang dicari. Walaupun hanya mendengar, itu sudah mampu melegakan hati sahabat yang sedang gundah gelana. Indahnya bersahabat kerana Allah, susah senang dikongsi bersama.

Jika kita ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Jadilah sayap kiri kepada seorang khalifah. Menjadi pendengar setia kepada seorang daie. Tulang belakang kepada seorang adam. Memadailah dengan hanya mendengar, bagai secangkir cinta buat penghilang dahaga. Sebuah ikatan kasih buat pengikat, sekuntum sayang buat azimat perangsang diri. Tidak perlu apa-apa lagi.

Jika kita mahu menjadi dai'e yang mampu menggerakkan agama. Sebelum dai'e mahu mad'u mendengar, dai'e perlu lebih dahulu mendengar. Mendengar tanpa menghukum melulu. Penyebab dakwah didengar dan mendengar bukan logiknya ucapan, ianya kerana kesungguhan yang mendalam para dai'e untuk mendengar.


Kitalah yang melagukan lirik-lirik dakwah kepada telinga-telinga pendengar,
Kitalah yang melukis dakwah pada kanvas-kanvas hati manusia yang kosong,
Kitalah yang meneriakkan laungan-laungan dakwah di setiap tempat yang dihuni manusia.









GOOD LISTENER

Untuk menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik, seseorang perlu melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat dengar, tetapi renung!

Antara latihan yang paling mujarab adalah dengan merenung ayat-ayat Al-Quran. Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya) .”

Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi petunjuk seluruh sistem kehidupan manusia dan alam. Tidakkah kita berasa pelik apabila Kamus Dewan lebih tebal dari kitab Allah?

Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat untuk manusia berfikir. Its compact yet complete. Dengan berpandukan hadith-hadith nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi sesuatu yang besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam masalah manusia dan alam.

Sudah tentu, proses merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan kaedah yang betul dan berpandukan sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan membeli sebuah terjemahan bernilai tidak lebih dari RM20.00 di pasaran. Jika bertemu sesuatu yang tidak difahami, rujukkan perlu dilakukan segera.

Kajian juga perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan novel cinta yang perlu dihabiskan dalam masa satu malam. Ingat, kita sedang melatih minda untuk berfikir. Memadai dengan beberapa ayat setiap hari untuk difikir dan direnung. Itulah proses mendengar yang efektif. 

Banyak waktu dan tempat kita luangkan hanya untuk mendengar sebuah petuah tetapi kadangkala kita juga ingin didengar akan sebuah perasaan, kerana mendengar dan ingin didengar satu sikap yang memang kita harus jaga bersama kesuciannya

Banyak peribadi yang baik dan bjaksana berkembang kerana ia didengarkan dan mendengarkan. Hidup itu timbal balik, ada stimulus ada respon. Namun lebih daripada itu, bagaimana kita mampu berbuat lebih untuk membahagiakan sesama kita, salah satunya adalah mendengarkan. Cubalah, maka kita akan mengerti.

"what a wonderful life..."

Percayalah, seseorang yang memelihara hatinya, dakwahnya akan menyusup halus ke dalam hati para pendengarnya. Meski hati pendengarnya keras, pasti akan bergetar, terkesan, tersentak dan tersentap! 

Seandainya kedua-dua hati keras (dai'e dan pendengar), maka apa yang membezakan antara dai'e dan pendengar itu hanyalah daie itu petah berpidato, mempunyai kelebihan dalam berucap dibandingkan dengan pendengar yang hanya mendengar.


"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang TIADA DISANGKA-SANGKA." (Ath-Thalaq : 2-3)

READ MORE

UNTUK MU SAHABAT


Betapa aku hargai anugerah syurga di dunia, doa kudus aku panjatkan semoga dirahmati. Telahpun ku syukuri di dalam hidup ini, cinta suci kurniaan Ilahi.




Day 1 post-road tour PMUKM : Yang Indah Itu Pertemuan. Yang Manis Itu Kemesraan. Yang Pahit Itu Perpisahan.Yang Tinggal Hanya Kenangan.

SHUKRAN JAZILAN buat sahabat-sahabat ana UKM Bangi. Mungkinkah kita akan bertemu setelah kalian berada di alam kerjaya? Atau pun di lain masa?

Walaupun masa cukup mencemburui kita menyelam rasa, bertegur sapa apatah lagi berbual sakan. Namun pandangan, wajah dan kehadiranmu sendiri sahabat sudah mampu menerbitkan bibit-bibit kasih dalam ukhwahfillah kita.



HANYA DOA MAMPUKU UKIRKAN 

Sahabat ini sudah lama "pergi", sahabat yang sekarang bakal "pergi" jua

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi, orang yang rugi ialah orang yang tidak memperolehi sahabat dan yang paling rugi ialah ditinggalkan sahabat. Sesungguhnya hubungan persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan. Tanpa persahabatan percintaan akan berakhir, tetapi tanpa percintaan sahabat boleh kekal.

Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin, kerana sahabat mewakili sesuatu kekuatan. Sahabat yang paling baik adalah dengan melihatnya sahaja kita sudah bersemangat untuk menunaikan amanah dan menggalas "beban" dakwah.

Bergaullah dengan manusia sebaiknya sehingga kalau kamu mati mereka tanggisi dan kalau hidup mereka selalu merindu.



Walaupun "ungu" dianggap asing, istiqamahlah. 

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :
"Islam awalnya asing dan kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnya maka beruntunglah bagi al-Ghuraba' (orang-orang yang asing)." - H/R Muslim, no. 145.

Siapakah golongan yang digelar al-ghuraba' itu?

Tatkala warna "ungu" itu kiranya mampu menyatukan hati-hati kita untuk terus menegakkan kebenaran, berani  berhujah demi kebebasan akademik sejajar tuntutan islam dan aktif berdakwah, maka istiqamahlah. Istiqamahlah wahai sahabat di mana jua kamu berada, di mana sahaja kita bakal dicampakkan.

Walaupun "ungu" itu, diri kamu dan peganganmu tampak asing.


Tahniah semua!

Imam Adz-dzahabi berkata dlm bukunya Siyar Alam al Nubala : "Sesungguhnya sehari dalam kehidupan seorang pemimpin itu jauh lebih baik dari seluruh umur seorang manusia", maka janganlah takut menjadi pemimpin.

READ MORE

PEGANGLAH ERAT TANGANKU


Sahabatku, adakah kamu rasa apa yang aku rasa? Cuba lihat wajahku, tidakkah kamu nampak senyumku penuh keikhlasan, indah sekali kuukir agar hatimu bergetar dan hati kita terpaut di jalan perjuangan ini.
Sahabatku, sambutlah salam jihad dan mujahadah ini, sudilah menjadi sahabatku di dunia dan akhirat. Pasti akrab hubungan kita kerana kita seakidah, sama tuju pulau impian, sama kejar pelangi indah, sama kutip mutiara suci, sama hidup di bumi Allah, berilah sedikit ruang buatku selitkan di hatiku di sudut indah hatimu. 
Wahai sahabat seperjuanganku, ayuh kita kongsi hati menjadi sahabat sejati kerana Allah. Kita bertemu kerana Allah. Berpisah kita kerana Allah. Moga kekal sepanjang zaman, doaku tulus iringi kalian. 


SAHABAT, PERJUANGAN KITA MASIH PANJANG

Perjuangan menyambung risalah Nabi Muhammad SAW ini masih belum selesai. Masih panjang sehinggalah sangkakala bertiup memecahkan rantai-rantai perjuangan tersebut. Ya, sahabatku. Perjuangan kita ini masih dahagakan "darah" dan korban.

Bumi kita bumi yang payah, penuh peluh, air mata dan "darah". Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah, kita ikuti di belakang ulama’ supaya tak goyah. Hakikatnya, berada di jalan ini menjadi mudah jika bersama kalian walau sepahit mana pun. Walau payah dan menuntut pengorbanan yang besar. Terima kasih sahabat.



Perjuangan itu amat susah, jadi berharaplah hanya keredhaan dari Allah (mardhotillah).



p/s : Dedikasi puisi "seorang sahabat" yang diadaptasi khas untuk semua sahabat ana. Malam ni kita gi berusrah kat rumah doktor. Moga ikatan ukhwah kita semakin erat seperti mana doa rabithah yang tersemat kemas di dalam al mathurat, kita baca tiap kali pagi dan petang, tiap kali itulah jua terasa getaran kemanisan berukhwah. Kau pendampingku saat iman ku memberontak.....

READ MORE

CAMNE NAK "ADAPT" DIRI DENGAN SITUASI BARU?



Perhatikanlah bagaimana suasana dan gelombang kegelisahan luar biasa yang menimpa sahabat Rasulullah SAW yang bernama Handzalah.

Ia merasa tidak mampu untuk berterusan dan menjaga kestabilan ruhaninya ketika tidak bersama Rasulullah SAW.

Suatu ketika, Handzalah yang juga salah seorang penulis Rasulullah SAW itu mendatangi Abu Bakar RA dengan melontarkan perkataan yang mengejutkan.

“Handzalah telah berlaku munafiq.. Handzalah telah berlaku munafiq…” katanya.

Kenapa pula?
Handzalah mengungkapkan bagaimana perilakunya berubah. Di kala ia bersama Rasulullah SAW, ia benar-benar seperti melihat syurga dan neraka di depan mata. Tapi, jika ia berada jauh dari Rasulullah SAW, pulang ke rumah dan bertemu keluarga, keadaan jiwanya pun berubah.

Abu Bakar tersentak dan mengatakan :

“Demi Allah, ini mesti kita sampaikan kepada Rasulullah SAW kerana aku juga mengalami hal yang sama.”

Akhirnya, mereka berdua pergi mengadap Rasulullah SAW dan menceritakan permasalahan tersebut.

Rasulullah SAW mendengar kegelisahan dua sahabatnya dengan tenang sekali dan setelah selesai mengungkapkan masalah mereka,

Rasulullah SAW mengatakan :

“Demi Allah, seandainya kamu terus menerus dalam keadaan seperti ketika kamu bersamaku dalam ingatan kamu, nescaya malaikat akan menyalami kamu di atas tilam kamu dan ketika kamu sedang berjalan. Akan tetapi wahai Handzalah… sesaat demi sesaat…” (HR Muslim)

Jadi?

Pesanan yang dapat kita tangkap dari peristiwa yang dialami oleh Handzalah dan Abu Bakar tersebut adalah pentingnya semangat berterusan, itiqomah dalam beramal dengan tetap memelihara kualiti amal semampu mungkin.

Seketika kita rasa semangat beramal, seketika kita alpa, Ya, itulah manusia, namun ada pesan penting di situ. ISTIQOMAHLAH.

Hadis Rasulullah SAW yang lain mengajarkan bahawa :

Dari Abu ‘Amrah, Suufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi RA dia berkata, saya berkata :

"Wahai Rasulullah SAW, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorangpun selainmu. 
Baginda bersabda : "Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian ISTIQOMAHLAH." (Riwayat Muslim).

Ya! Yakinlah!

Ketika kita mula mengalami perubahan dalam fasa hidup, ketika kita menempuh gelombang baru yang berselirat bagaikan badai taufan, PASTIKAN anda tetap istiqomah di jalan dakwah ini, walaupun kita tidak mampu menyumbang sehebat dulu, kita tetap perlu berada di jalan dakwah, setidaknya usrah mingguan mesti dihadiri.

Ini gejala sementara, sebelum kita berjaya ‘adapt‘ sepenuhnya. Kemudian, apabila kita sudah ‘adapt‘ dengan fasa baru hidup, menyumbanglah kembali sebanyak-banyaknya kepada Islam baik berupa tenaga mahupun wang ringgit.

Walaubagaimanapun, harus diingat tanggungjawab dakwah lebih utama berbanding tanggungjawab lainnya seperti yang tertulis dalam Surah A-Taubah 9:24.

"Berundur untuk mengatur strategi lebih baik daripada berperang dalam keadaan kelam kabut. Berundur bukan bererti kalah. Kalah hanya apabila berhenti berperang"

Tetap, berundur yang bagaimana?
Dalam situasi yang bagaimana?



MUHASABAH DIRI

Terkadang, kita melihat murabbi tidak memahami hakikat, mutarabbinya yang baru menempuh alam pekerjaan yang mencengkam jiwa tetap diberi bebanan kerja yang sama seperti mutarabbi yang lain. Mutarabbi atau mutarabbiah yang baru menimang cahaya mata diberi tugas yang sama seperti ikhwah/at bujang. Alasannya, mereka sudah lama ditarbiyyah.

Akhirnya, mereka tertekan, tidak dapat "adapt" dengan fasa baru kehidupan yang penuh dengan gelombang alfa dan beta, banyak masalah dan tanggungjawab tidak dapat selesai.

Penyelesaian mudah pun kemudiannya diambil "sayonara dakwah".

Jika situasi di kampus pula, bebanan atau "workload" kerja yang diberikan kepada ahli yang "bermasalah" mengkin menjadi salah satu contoh kepada isu permasalahan ini. Sebabnya, pimpinan tidak kenal ahli. Atau pemimpin tidak kenal orang bawahan. Tak habis taaruf.

Mengapa pula?

Setiap ahli mempunyai tahap dan potensi yang berbeza. Ada ahli jenis yang boleh buat 2 kerja dalam 1 masa, ada juga yang tidak. Ada pula jenis yang suka buat macam-macam kerja, tolong sana, tolong sini, mungkin dia mempunyai kelebihan dan bakat dalam bidang yang lain dan sukakan cabaran.

Ini yang pimpinan perlu kenal, nilai dan pergunakan seoptima yang mungkin dalam "human resource". Kerana tenaga dan buah pemikiran mereka amat diperlukan bagi kerja dakwah.
Ahli agresif, pasif dan sedang-sedang perlu dilayan mengikut tahap kelayakan mereka. Selain itu, mereka juga perlu diuruskan dengan secerdiknya agar potensi yang tidak atau masih belum digilap boleh dikembangkan.
Manakala ahli yang agresif dan terlampau rajin jangan sampai membunuh karriernya sebagai seorang penuntut ilmu. Berpada-padalah dalam setiap perkara. Kerja yang berat namun nilaian hasilnya sangat menguntungkan dan melicinkan kerja islam!

Sekadar pandangan daripada insan yang hina.



p/s : artikel ini juga sesuai bagi mereka yang nak adapt dengan situasi yang baru. tak kisahlah adik tahun 1, mereka yang nak mulakan kerja, atau mereka yang baru memegang amanah (jawatan)

READ MORE

UKHWAHFILLAH ABADAN ABADA


Jeles tengok kawan saya berteman. Adakah saya perlukan teman istimewa?
Saya temukan jawapan buat diri saya sendiri…
Ya memang hidup ini perlukan teman tetapi bukanlah yang bergelar teman lelaki

Ada ikatan lain yang lebih istimewa selain dari punya pasangan sebelum ijab iaitu UKHWAH.

Manisnya UKHWAH ikatan FILLAH (muslimin dan muslimat), apabila sama-sama nasihat-menasihati, ingat-mengingatkan dan melengkapi antara satu sama lain. Saat suka dan duka dirasai dan ditempuh bersama.

Manisnya UKHWAH kerana Allah apabila terasa hidup dapat memimpin teman-teman lain pada kebaikan, apabila teman saling menginginkan kebaikan dalam kehidupan.

Manisnya UKHWAH hingga ikatan itu menyuntik hidayahNya pada insan yang bersama kita.

Indahnya hidup apabila ikatan yang terbina berpaksikan Rabb semata, kebaikan teman mekar dalam ingatan dan kesalahan teman dihapuskan.

Tujuan tali hubungan yang kukuh itu hanya disandarkan pada Allah, masya-Allah terasa memang indah. Sangat manis melebihi keindahan mencintai seorang kekasih.



MESSAGE DARI SAHABAT BAIKKU

“Tarbiyah Allah amat mahal...tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian... Adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih daripada kelembutan... Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk didunia. Justeru itu, mengadulah padaNya, setiap titisan airmata yang mengalir amat bernilai dan berharga disisi Allah... 

Ya Allah ya tuhanku, tuhan yang membolak-balik hati kami, tetapkan hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Berkati dan rahmatilah hidup kami sebagai tentera-tentera Allah.” HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID!

“Di mana sahaja ‘dia’ berada pasti Islam akan agung semula. Bila sahaja ‘dia’ berbicara, pasti syaitan akan membencinya. Bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga. Untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya, nurnya takkan pernah sinaran menerangi insan disekelilingnya. Semoga dikaulah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama...

Ya Allah... siapakah layak menjadi ‘dia’ yang dinyatakan dalam mesej tersebut? Aku tidak layak sahabatku.. tetapi, berusahalah kita menjadi ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama.

READ MORE

TIPS MENJADI PANDAI DAN SOLEHAH


Waktu kecil-kecil dahulu, mak kita selalu berpesan "Angah, jangan kawan dengan budak nakal. Mak tak suka". Entah faham atau tidak, kita pun berkawan dengan budak baik-baik.

Bila balik sekolah nampak seluar sekolah terkoyak, mak mesti marah "Ni kenapa seluar koyak? Kan mak dah kata jangan main-main kat sekolah. Angah kawan dengan siapa ni?" Entah faham atau tidak, kita pun tidak bermain kejar-kejar lagi.

Bila sudah besar begini, kita boleh lihat siapa orang sekeliling kita. Jenis yang bagaimana? Yang soleh atau tak soleh. Lihat diri kita pula, bagaimana?

Kenapa ya mak kita selalu suruh kawan dengan budak baik?



BERGAUL DENGAN ORANG SOLEH

Antara sebab mengapa kita perlu bergaul dengan orang soleh, baik, cerdas dan pandai :

1. Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda turut menjadi cerdas. Sebagaimana bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda turut berani. Kalau anda bergaul dengan orang yang berjiwa besar, jiwa anda turut besar. Kalau bergaul dengan jutawan, hati anda turut merasa kaya lalu timbul keinginan untuk berusaha untuk menjadi sepertinya.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud :
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah: 119)

2.  Dek kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Kalau anda bergaul dengan penjual minyak wangi, badan anda akan harum kerana terkena wangi-wangiannya. Kalau anda bergaul dengan tukang besi, badan akan busuk kerana terkena wap besi yang busuk.” 

Demikian juga diformulakan oleh Imam Syafie, “Ada tiga perkara yang boleh mencerdaskan mental : selalu berdamping dengan ulama’, bergaul dengan orang-orang soleh dan meninggalkan perkataan yang sia-sia.”

3. Abdullah bin Mas’ud mempetuakan, “Ada empat perkara yang menggelapkan hati :  perut yang selalu kenyang, bergaul dengan orang yang berbuat dosa, tidak insaf dengan dosa-dosa lalu, dan panjang angan-angan.”

Kalau anda mengenali individu-individu yang pintar dan baik akhlaknya, jangan lepaskan kesempatan untuk berkawan dengannya.

"Bergaul dengan orang soleh adalah KEUTAMAAN, mengikuti jejaknya adalah KEWAJIPAN " jadikannya sebagai pedoman hidup kita. 


p/s :
Ada beberapa isu yang timbul di sebalik saranan berkawan dengan orang soleh

1. Kalau tak kawan dengan orang nakal, siapa yang nak ubah mereka?
2. Berkawan dengan berlainan jenis pada mulanya atas dasar ukhwafillah namun bertukar wajah menjadi episod kisah percintaan
3. Seorang daie perlu berkawan tanpa mengenal nilai taqwa mad'u nya
4. Men"delete" atau tidak meng"approve" kawan yang dikira tidak soleh kononnya tidak mahu bersubahat dalam hal-hal maksiat, contohnya terbaca status lagha, fitnah atau hasutan
5. Apa kaitan antara berdakwah dengan berukhwah?

Saya tidak mahu kupas di sini, jadi panjang lebar gamaknya. Bakal dikupas dengan izin Allah.

READ MORE

SAYA SAYANG KAMU

"Saya sayang kamu" : Ukhwah didasari rasa bertuhan. yang gusar tidak pernah hadir

Saya punya ramai kawan, teman, sahabat dan kawan karib. Mungkin sifat saya yang peramah dan mudah tersenyum memudahkan aliran cas-cas positif menentang hukum alam. Maksud saya secara fiziknya, apabila cas-cas positif bertemu secara spontannya saling menolak. Bagi saya tidak. Malah proses membuat kawan adalah seperti suatu hobi yang seronok dan teruja, kerana kita bakal membaca diari hidup orang lain!


Ustaz kata, orang Mu’min ini sama semuanya, tali ikatannya kuat, takkan ada apa yang dapat memisahkan orang Mu’min, kerana yang mengikatnya adalah Ukhwah Fillah. Tali persaudaraan kerana Allah. Warna, pangkat, darjat, rupa, bangsa, kaum, semuanya diletakkan di belakang asalkan dia Mu’min, dan aku mu’min.

Tetapi, realitinya kita sekarang, termasuklah saya, kurang sedar hakikat tali persaudaraan yang Allah dah ikat sesama Mu’min. Buktinya, ucapan salam tidak lagi terucap kecuali untuk orang yang dikenali ataupun orang yang sesama ‘labuh’ tudungnya. Salam tidak diucapkan untuk mereka yang bukan sama negaranya, dan untuk mereka yang bukan sama warna kulitnya. Hakikatnya, tali ukhwah itu hanya pada dasar nama dan bukan letaknya pada hati.

Allah SWT sebut dan ingatkan kita berulang kali bahawa berpeganglah dengan taliNya, bersama-sama, tanpa mengira apa, semuanya, dan jangan berpecah. Kalau semuanya berganding tangan, saling pimpin memimpin, umat Islam pasti tidak akan berpecah belah, kerana kita diikat dengan Tali Allah. Seumpama sebilangan kayu yang diikat dengan tali, mereka kuat, tidak rapuh, tidak boleh dipatahkan kerana tali itu yang mengikatnya. Dan kita, Ukhwah Fillah yang mengikat tali persaudaraan kita.

Teringat saya pada zaman kegemilangan Islam dahulu, dalam peristiwa hijrah. Catu ceritera bersejarah tentang persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin. Permulaannya amat sukar, dikecam dan dihina bahkan dari kerabat sendiri. Mereka dengan sehelai sepinggang keluar dari negara kecintaan kerana perlu berhijrah ke tempat yang lebih aman demi mempertahankan aqidah dan iman yang telah lahir dalam hati-hati mereka.

Tiba di Madinah, mereka bagaikan bukan orang asing, disambut dengan sorakan gembira oleh penduduk asal Madinah, bahkan boleh dikatakan setiap petang, penduduk Madinah berlegar dipinggir kota menantikan ‘saudara-saudara’ mereka tiba di sana. Indahnya persaudaraan itu, bila Rasulullah sendiri yang mempersaudarakan mereka.

“Kalau engkau mahukan harta, ambillah semua hartaku, kalau engkau perlukan tempat tinggal, tinggallah bersamaku, kalau engkau mahukan isteri, aku sedia menceraikan isteriku!” ambillah semua, apa yang ada, kerana aku tahu engkau dan aku punya hati yang sama. Hati yang berpegang pada tali dan janji Allah.

Allah..Indahnya..

Ukhwah didasari rasa bertuhan. Yang gusar tidak pernah hadir. Apa yang perlu dikatakan lagi, kerana engkau dan aku punya hati yang sama. Hati yang berpegang pada tali Allah!

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

UKHWAH FILLAH : we create our boundaries with Islam and Iman

READ MORE

SAHABAT : JAGALAH IZZAH AGAMAMU

Aku titipkan sayang dan rindu untuk mu. Moga kau menjadi bidadari yang selalu menghembuskan nafas-nafas iman islammu. Moga kau menjadi wanita solehah yang selalu mendapat kasih sayangNya, Moga kau menjadi muslimah yang sentiasa menjaga izzah agamamu.

Pepatah ada menyatakan ‘sahabat baik umpama pohon rendang‘ membawa maksud rakan karib sanggup bersama ketika susah dan memberi bantuan tanpa mengira masa atau keadaan.

Justeru, Islam sentiasa menasihatkan umatnya berhati-hati memilih sahabat bagi mengelak berkawan dengan mereka yang membawa kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud:

“Janganlah engkau mengikut orang yang sudah Kami lupakan hatinya untuk mengingati (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikut hawa nafsunya.” (Surah Kahf, ayat 29)

Jika kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, ia merugikan terutama apabila kita turut terpengaruh dengan sikapnya. Oleh itu, pilih sahabat yang membimbing ke arah hidup lebih baik mengikut syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Seseorang menurut agama (aturan) kekasihnya, oleh sebab itu baiklah seseorang daripada kamu semua itu meneliti orang yang dikasihinya.”

Sifat perlu ada pada seseorang yang ingin kita jadikan sahabat bolehlah dicontohi daripada wasiat al-Qamah kepada anaknya.

Katanya: “Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

“Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

“Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu.

“Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia sukar membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.”

Saidina Ali menyatakan: “Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu.”

Saidina Ali membuktikan katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW ketika Baginda dan Saidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah.

Walaupun Saidina Ali tahu risiko bakal dihadapinya kerana pemuda Quraisy bercadang menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuh Baginda, Saidina Ali sanggup menghadapi bahaya itu semata-mata atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya.

Contoh persahabatan lain yang boleh diteladani ialah antara Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiyakan apa yang Rasulullah SAW katakan.

Ketika Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Israk dan Mikraj kepada orang Makkah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah SAW, malah menuduh Baginda pembohong. Mereka berjumpa Saidina Abu Bakar untuk bertanya jika cerita itu benar atau sebaliknya.

Apabila Saidina Abu Bakar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya: “Apakah benar Rasulullah SAW bercerita begitu”. Mereka menjawab ‘ya’. Maka tanpa ragu-ragu Saidina Abu Bakar menyatakan apa yang Rasulullah SAW katakan benar.

Sepanjang perjalanan dari Makkah ke Madinah, Saidina Abu Bakar sentiasa berada di depan dan di belakang Baginda SAW. Apabila Baginda bertanya hal ini, Saidina Abu Bakar menjawab:

“Aku berjalan di depanmu untuk memilih jalan yang baik selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatan daripada serangan musuh yang mengejarmu.”

Perhatikan nasihat Abu Sulaiman mengenai pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan Islam. Katanya: “Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada dua orang ini. Pertama, orang yang dapat engkau ajar bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan dirimu untuk akhiratmu.

Jika engkau suka bersahabat dengan orang yang selain dua orang ini, maka pastilah engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.”

READ MORE

DAIE : PERUT BUNCIT MALAS BERKERJA


Ragam budak UKM :

"Man, jom pergi ceramah Isra' Mikraj malam esok kat surau"
"Boleh. Tapi ada merit tak?"

Ragam masyarakat Malaysia :

"Kau free tak sabtu ni? Masjid kita perlukan orang untuk gotong royong"
"Sabtu ni ye. Aku ada jemputan kenduri. Kalau ada makan-makan boleh la aku datang"




APA YANG DIKEJAR?

Walaupun ana bukanlah sesiapa dalam organisasi Surau ar-Razi HUKM, namun pengalaman setahun menjadi setiausaha Persatuan BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) di UKM Kampus KL ketika berada di Tahun 2 cukup untuk ana kenal ragam masyarakat kampus.

Setiap kali program mesti ada edaran senarai nama untuk merit kolej. Untuk apa? Satu ketika, ana pernah mendengar daripada adik junior "Fighting for merit! Fighting! Fighting! Kita mesti duduk kolej dalam next year"

Semangat betul adik tersebut. Sayangnya, semangatnya diletak pada benda yang salah. Tak salah untuk mengejar merit untuk duduk dalam kolej. Ana faham jika duduk kolej luar, payah, tak dapat sertai semua program kolej, keselamatan kurang terjamin dan yuran kolej mahal.

Ana masih ingat naqibah ana berpesan ketika ana Tahun 1, kami sedang berusrah dan beliau berpesan : "adik-adik, akak tak sekat kalau kita mengejar merit, tapi harus diingat niat perlu betul. Contoh, kalau aku tak dok kolej dalam, surau akan sunyi sepi. atau aku mesti dok kolej dalam supaya mudah untuk aku pergi program-program kerohanian BADAR."

Mindset antum kena betul. Jangan dok sedap trend adik-adik junior kejar merit dapat dok kolej dalam semata-mata. Ana cukup kesian adik-adik yang tinggal di kolej luar. Pasrah. "Tak ape lah dok kolej luar boleh fokus study. Amek medik kan sibuk, tak boleh la join banyak sangat program". Terus luntur, terpadam semangat mereka. Daripada Tahun 1 sehinggalah kini, Tahun 3.

Pengalaman ana sepanjang hidup di UKM, walaupun orang kata "superbz lady" terlalu banyak memegang jawatan dalam organisasi mahupun program, namun nama ana tidak pernah tersenarai untuk penempatan kolej dalam! (kecuali Tahun 3, itupun tak disangka-sangka)

Itulah realitinya. Ana tetap bersabar menanti. Ana yakin ana percaya mungkin ada hikmah yang Allah mahu tunjukkan. Dan alhamdulillah ana tetap tinggal di kolej dalam walaupun lambat daripada orang lain.

Ana mampu memerhati ragam masyarakat kampus, bahkan ana turut terkesan dengan perilaku sahabat ana di kampus Bangi. Datang usrah datang meeting, dihiburkan dengan imbuhan makan-makan. Kata mereka seronok berusrah, seronok bermeeting, brainstorming sampai "pecah kepala", sehingga lewat 2, 3 pagi tak kisah andai ada makanan.

Ana tahu mereka hanya berseloroh. Jangan dibiasakan tabiat sebegitu. Lihat sahaja masyarakat di luar, seusai program walaupun sekerat hari mesti dijamu dengan makanan. Nampak memang perkara remeh fenomena perut "mengandung 2,3 bulan", berat semakin bertambah saban bulan, bukan saban tahun lagi. Sehinggakan perasaan malas berjuang malas bergerak kerja beransur-ansur menyelinap ke dalam tubuh seorang daie.

Antum boleh tengok ustaz-ustaz kita di luar, antum yang menyebabkan mereka "mengandung". Antum yang "dera" mereka. Selepas habis ceramah didera dengan makanan berat berkalori tinggi. Jika ada 10 program pada hari tersebut, maka 10 kali ustaz tersebut makan demi menjaga hati pihak penganjur. Bersalah?

"Perut itu sarang PENYAKIT dan punca segala PENYAKIT TARBIYYAH. Sarang KEMALASAN, ubat kuat tidur, mengabaikan ibadah dan melemahkan kerja otak berfikir yang mudah ditusuk oleh syaitan. Maka melaparkan perut adalah raja segala UBAT".

Mahu ditegur siapalah ana. Tapi ana tahu itu adalah tanggungjawab untuk menegur.

Pengalaman ana sedari Tahun 1 mengikut senior turun ke medan lapangan masyarakat, kami beropkim, membuat rawatan kesihatan percuma di celah-celah kampung, desa, malah di perkampungan orang asli banyak mentarbiyyah (mendidik) diri. Merasai dan menjiwai kehidupan mereka yang lebih miskin dan susah untuk bernafas. Masakan tidak, rumah sekangkang kera, bagai pondok buruk yang menanti untuk rebah. Orang-orang asli ini sangat terbiar bukan setakat dari sudut kehidupan materialistik malah pegangan akidah mereka. Diislamkan namun ditinggalkan, dibiarkan seperti tali bergatung. Tiada follow up yang sistematik.

Ia adalah pengalaman yang perlu diperbaiki.

Setiap kali habis program atau ketika waktu makan tengahari, pasti ada makanan berlaukkan mewah. Ana bukan ingin menjadi seorang yang cerewet. Tidak sesekali. Malah, tidak salah untuk memberi kami makan. Tapi haruslah bersederhana dan berpada.

Bukankah molek duit makanan yang boleh dijimat diinfaqkan kepada yang lebih memerlukan?
Usah ber"persepsi" usrah mesti ada makan, bekerja mesti ada makan. Seolah-olah didoktrin setiap perbuatan mesti ada balasan, atau sebagai daya tarikan.

Jika benar-benar ingin menjadi seorang doktor berjiwa masyarakat, seorang pendakwah, seorang pemuda Islam, seorang pejuang agama Allah, kita perlu ikhlas dan bersederhana dalam bekerja. Ana cukup segan berusrah bersama para doktor. Bukan sebab level mereka lebih tinggi daripada ana, tetapi lambakan makanan yang mewah-mewah selepas habis usrah.




MUHASABAH DI PENGHUJUNG

Mungkin ada persoalkan keikhlasan. Ana tiada niat mahu pertikaikan keikhlasan antum bahkan ikhlas itu adalah rahsia Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu hati kita ikhlas atau tidak dalam perjuangan kehidupan.

Cuma renungkan kata-kata ini :

Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas. Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan? Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik, menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?

Satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta, dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.


Allah swt meningatkan :-
Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£ُÙ…ِرْتُ Ø£َÙ†ْ Ø£َعْبُدَ اللَّÙ‡َ Ù…ُØ®ْÙ„ِصًا Ù„َّÙ‡ُ الدِّينَ

Ertinya : Katakanlah: ""Sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama ( Az-Zumar : 11)

Nabi s.a.w pula bersabda :-
إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصًا، وابتغي به وجهه

Ertinya : Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali apa yang dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya ( Al-Bukhari, no 97, kitab al-Ilm)


‘ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami ‘ ( surah Al-Anbiyaa’ : 35 )

Bersama-samalah kita mengejar merit akhirat sebelum maut menjemput kita. Berusahalah sebanyak mungkin mengumpul bekalan yang pastinya dapat menyelamatkan kita kelak. Keep Allah in our heart forever



p/s : penulisan bukan mengkritik sesiapa. maaf andai terasa. hanya mahu kita mengambil benang dan menjahit semula sejadah iman yang sudah terkoyak dek kata-kata gurauan yang telah mejadi darah daging kita.

READ MORE

RAGAM HIDUP BERJEMAAH


Ada lidi kecik, ada lidi besar, ada lidi tua, ada lidi muda.. Kalau ia satu sahaja, rapuh dan mudah dipatahkan. Tapi bila disatukan semua, ia jadi kukuh, dan payah nak dipatahkan. Kalau penyapu lidi digunakan untuk membersihkan habuk dan sampah. Kita pula, marilah sama-sama berganding bahu menjadi penyapu yang membersihkan kesyirikan dan kemungkaran. - indahnya hidup berJEMAAH.

“Nur, aku tak jadi lah datang…”, Asiah beritahu saya menerusi telefon. Saya mengajaknya datang ke bilik saya untuk berbuka puasa bersama dan dalam masa yang sama berbincang sesuatu.

“Tapi plan asal tadi aku nak pergi…” Asiah sambung.

“La…kenapa? Aku dah masak nasi goreng dah untuk kau..” Saya sedikit kecewa. Tapi tak mengapalah, nampaknya nasi goreng ini perlu disedekahkan.

“Ada hal sikit lah, sori Nur.. Tak apa, nanti ko bawa nasi goreng tu ke kelas esok ya!”, Asiah berseloroh. Kami ketawa berdua dalam perbualan.

Gembira rasanya bergerak dalam berjemaah. Sama-sama berbincang untuk menyelesaikan masalah ummat, maksud saya dunia dakwah dan membincangkan sesuatu tugasan yang tak terlaksana. Walaupun saya akui, saya ini masih mentah, dengan adanya sahabat-sahabat lain terutamanya yang berpengalaman dan bersemangat bekerja banyak membantu saya menjadikan saya istiqamah dalam posisi saya.


CONAN?

“Pernah tengok cerita detektif conan tak?”, tanya seorang sahabat.

“Pernah, kenapa?”, saya balas.

“Aplikasikanlah dalam dunia dakwah, kan ada mesej yang baik, terutamanya hidup berkumpulan”. Terketuk ayat tersebut ke benak.

Ada betulnya. Dah lama sangat saya tinggalkan kartun bersiri itu. Teringat lagi fungsi Shinichi Kudo sebagai ‘mas’ul’ bagi tiga detektif cilik bawahnya (subordinate) , dia membentuk sebuah kumpulan bersama 3 teman sekelasnya, iaitu Ayumi Yoshida, Mitsuhiko Tsuburaya, dan Genta Kojima. Ia seolah-olah menggambarkan seorang yang mengaplikasikan 3T (ta’aruf, tafahum dan takaful). Kartun yang juga menyuntik motivasi dan membentuk pemikiran. Entah sampai manalah agaknya cerita itu hari ini sehingga orang masih tergila-gila ceritanya.

Saya, sewaktu kecil dahulu juga tidak terlepas, selalu mengadap depan TV tengok cerita Conan sehingga leka untuk keluar bermain-main . Setahu saya, cerita kartun ini masih belum habis. Apa yang saya masih ingat, hidupnya cerita Conan itu, betul-betul menggambarkan bahawa bersatu-padulah punca kekuatan siasatan mereka. Posisi-posisi hebat dikhususkan bagi mereka yang mempunyai kelebihan berfungsi untuk tujuan "offense dan defense".

Cukup cerita kartun di sini.

Saya nampak di sini, dalam posisi berjemaah, kita rasa senang apabila setiap ahli dalam kumpulan sentiasa berganding bahu dengan kemahiran masing-masing. Selalunya, dalam organisasi, saya selalu memegang posisi setiausaha. Kerja-kerja yang berkaitan dengan multimedia diserahkan kepada saya. Saya suka mencari maklumat dan menulis, oleh sebab itulah saya tidak ada masalah dalam bekerja. Itu sahaja posisi saya, tak lebih. Yang lain, khususkan oleh sahabat-sahabat yang lain.

“Strength lies in differences, not in similarities”


MENCABAR POSISI DIRI

Saya tidak berapa kisah sekiranya ketika kita bekerja, orang tidak ambil endah apa usaha yang dilakukan. Tetapi yang menjadi masalah adalah kurangnya respons dari ahli-ahli yang lain. Seringkali perkara ini berlaku mungkin kerana kerja mereka yang juga bertindih-tindih. Komunikasi dan perhubungan boleh jadi semakin lama semakin rapuh menyebabkan matlamat tak menjadi.

Orang dulu-dulu kata ibarat lidi nan sebatang mudah dipatahkan, lidi segulung payah dihancurkan. Namun, bagaimana jika lidi-lidi itu tadi rapuh dimakan anai-anai? Banyak tak banyak, tentu juga mudah dipatahkan.

Seorang ustaz ada mengatakan, “Jangan jadi seperti Ultraman, bergerak seorang diri. Akhirnya tumbang entah ke mana. Jadilah seperti Power Rangers, ada yang jadi kaki, tangan, badan dan kepala akhirnya utuh menjadi robot yang gagah di medan perlawanan”, geli hati saya dengarnya, tetapi fakta itu betul!

John C. Maxwell, seorang pakar latihan kepimpinan (leadership training) ada memberi tahu, “one is too small number to achieve greatness”. Cuba renungkan apa yang dikatakan;

1.  Teams involve more people, thus affording more resources, ideas and energy than would an individual.
2.  Teams maximize a leader’s potential and minimize her weaknesses. Strengths and weaknesses are more exposed in individuals.
3.  Teams provide multiple perspective on how to meet a need and reach a goal, thus devising several alternatives for each situation.
4.  Teams share the credit for victories and the blame for losses. This fosters genuine humility and authentic community.
5.  Teams keep leaders accountable for the goal.
6.  Teams can simply do more than an individual.

Walaupun kita berbeza posisi, berbeza pemikiran, berbeza ideologi, berbeza usrah mahupun berbeza jemaah. Ambillah posisi masing-masing. Tidak salah berbicara dan bertukar pendapat. Bukan mahu lihat siapa menang siapa salah. Bukan mahu lihat siapa hebat siapa bodoh.

Ubah persepsi diri. Satu perbincangan adalah masanya untuk berganding bahu. Kita satu matlamat, satu akidah. Bersikap prejudis atau berburuk sangka terhadap hamba Allah yang lain adalah satu KECUAIAN yang sangat besar terhadap diri, malah ianya betul-betul memutuskan tali persaudaraan.

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,” (Surah Ali Imran : 105) 

p/s : artikel ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Jangan terasa pula

READ MORE

BERKAWAN PUN ADA VIRUS?


BEDAH BUKU : Virus-virus Ukhuwah
Pengarangnya: Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

SEDIKIT mutiara-mutiara yang ana dapati daripada karya HEBAT ini!

1.  Ukhuwah adalah suatu NIKMAT yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam. "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)

2.  Ukhuwah dan pertautan hati tak akan terikat tanpa perkenan izin oleh Allah SWT, hatta jika manusia membelanjakan segenap hartanya sekalipun.

"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)

3.  Ganjaran orang-orang yang berukhuwah dan mencintai kerana Allah sangat besar.
"Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui oleh para Nabi dan syuhada.” (HR Ahmad)

4.  Namun, Ukhuwah yang terbentuk itupun kadang-kadang 'bisa' TERUNGKAI tatkala diserang virus-virusnya! Baiklah, berikut adalah tips-tips untuk MEROSAKKAN ukhuwah yang dapati daripada buku tersebut (saya hanya senaraikan sebahagian);


-  Berbicaralah pada saudaramu dengan nada yang tinggi dan kasar  "Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai" (Luqman 31: 19)

-  Jangan mendengar dan jangan menghargai pendapatnya   'Atha' (ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai."


-  Selalulah berbantahan dengannya walaupun sekecil-kecil perkara  "Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. " (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

-  Kritiklah dengan keras Sehingga perasaannya terluka. Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; "Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya." Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum.

Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan 'detail' sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, "Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?" Dengan penuh bijak si isteri menjawab: "Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik." Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang...

-  Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain (Lagi ramai lagi BAGUS!)  Imam Syafi'i pernah bersyair,

Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian Kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan Yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku Maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu
-  Perbanyakkan 'Negative Thinking' kepadanya dan jangan maafkan kesalahannya.  Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat." Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."

-  Jika ada aib atau rahsia yang diketahui, maka sebarkanlah kepada orang ramai .  "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya." (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)

-  Mudahlah untuk berprangsangka yang bukan-bukan tentang dirinya.  "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (Al Hujurat 49:12) Umar Al Khattab pernah berkata, "Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu."

READ MORE

SAHABAT : AKU BUKAN BENCI KAU

Hanya sahabat sejati yang akan mengerti penderitaan, keluh kesah dari
seorang sahabat sejatinya dan terima kasih wahai sahabat.

CERITA SEORANG SAHABAT

Ada seorang sahabat yang baru sahaja kemalangan motorsikal. Demi mengelak kereta yang masuk laluannya secara tiba-tiba, dia terbabas melanggar batu di penghadang tepi jalan, lalu tercampaklah dia dan motorsikalnya ke hadapan.

Alhamdulillah, Allah masih sayangkannya.
Nyawanya masih ada lagi, tulangnya tidak patah.
Cumanya dia mengalami kesan hantukan di kepala yang amat kuat
Kepalanya hampir berdarah
Bibirnya pecah
3 giginya patah
Dagu dan dahinya lebam dan berdarah
Kaki dan tangannya luka di sana sini
Dia tak dapat bercakap dengan fasih kerana terasa lidahnya terkoyak

Dia dikejarkan ke hospital yang berdekatan, HUKM (Hospital UKM). Darah banyak tersimbah keluar dan membasahi tudung dan bajunya. Dia tak dapat berkata apa-apa. Hanya air mata yang mengalir keluar menahan kesakitan yang teramat sangat. Me'recall' kembali kejadian yang berlaku kepadanya, amat menyakitkan kepala.

Setelah 3 jam lebih, semua procedure telah dibuat dan darah yang keluar dapat dikurangkan. Dia menerima 3 jahitan di bahagian mulut. Luka-luka telah dibersihkan setelah meraung-raung kesakitan.

Pukul 12.30 malam, sahabat itu yang tinggal di asrama HUKM telah dibawa berehat. Hampir semua sahabatnya yang lain membantu, memapah dan mengangkatnya menggunakan kerusi sehingga ke biliknya di tingkat 3.

Disebabkan hanya tinggal seminggu lagi exam akan bermula, sahabat itu mahu fokus belajar di biliknya. Malam itu, dia tak dapat tidur. Hanya terlantar di katil bertemankan air mata kesakitan. Kaki dan tangannya tidak boleh banyak bergerak kerana terlalu sakit.

Makan, minum, mandi, solat dan sebagainya diuruskan oleh adiknya yang baru pulang ke KL pada hari kedua accident selepas mendapat khabar buruk kakaknya.

Dalam mengharungi tempoh selama seminggu untuk persiapan terakhir exam, sahabat tersebut agak tertekan kerana susah nak terima apa yang dibaca. Kepalanya selalu pening. Lidahnya sakit untuk berbicara apatah lagi untuk makan. Dia tiada tenaga dan tiada kudrat.

Masuk hari kedua, dia hampir putus asa untuk mengambil exam. Tidak putus-putus dia mengucap kalimah syahadah untuk terima takdir Allah dan berdoa kepada Allah untuk kuatkan semangatnya yang kian luntur. Dia tidak ingin menjadi hamba yang lemah dan berputus asa. Sembahyang di atas katil agak meng'kekok'kan dia untuk sujud menyembah bumi. Air mata bagai tidak mahu berhenti, berterusan mengalir menagih simpati Illahi. Walaupun bibir tak dapat digerakkan, hanya hati sedang berbicara dengan Sang Pencipta.

Ya Allah...
Terlalu berat ujian ini...

Dia keseorangan dalam bilik dan semangat juang untuk belajar semakin pudar. Dia cuba sms sahabat-sahabatnya yang lain agar dapat membantu dan study bersamanya. Ada yang merespon, dan ada yang tidak. Tapi alhamdulillah juga, walaupun hanya belajar di waktu malam lebih baik daripada langsung tidak belajar.

Exam semakin hampir. Kerisauan semakin memuncak. Masih banyak yang tidak dibaca. Sahabat itu cuba menjadi cekal dan tabah. Kegeringan kesakitan menjadi peneman ketika belajar. Air mata tak dapat ditahan-tahan lagi. Tersedu-sedu sambil menghafal nota-nota. Habis basah notanya.

Ya Allah......
Sakitnya badanku......
Sakitnya kepalaku.....

Menjelang exam, sahabat tersebut cuba untuk bangun berjalan pergi ke dewan peperiksaan. Dikumpulkan kekuatan dan azam untuk terus menempuhi peperiksaan tersebut. Seminggu terlantar di atas katil, memustahilkan dia untuk pergi ke ward bagi mempraktis 'short case'.

Sebulat hati hanya berserah kepada Allah. Bertawakal kepadaNya dengan sepenuh jiwa dan raga. Tiba exam 'short case', examiner meminta untuk melakukan Central nervous system examination at lower limb (kaki) sahabat tersebut tidak dapat melakukan dengan baik kerana tangannya masih tidak kuat untuk bergerak, apatah lagi mengangkat kaki pesakit tersebut. Ditambah keadaan fizikal pesakit yang tinggi dan berbadan besar.

Akhirnya, keputusan peperiksaan keluar.

Untuk kertas teori alhamdulillah, dia tak sangka boleh mendapat markah 30/40. Melepasi markah lulus sebanyak 20. Tetapi, percaturan Allah memang sangat hebat, dia hampir lulus 'short case' dengan nilai 3 markah lagi.

Ketika melihat keputusan peperiksaan, air mata dia sudah kering untuk menangis lagi. Walaupun hampa, dia masih bersyukur kerana masih ada nyawa untuk berusaha dan cuba yang lebih terbaik pada masa akan datang.

Namun, sehingga hari ini, apabila terkenang adegan terseksanya belajar dalam tangisan kesakitan, air mata  pasti mengalir. Dia cuba memujuk hati agar terus bertabah. Parut yang masih ada di muka, terkesan di jiwa sampai bila-bila, Parut itu walaupun tidaklah sebesar mana tetapi berdarah semula dan memakan masa untuk sembuh. Begitu juga hati yang terluka dengan ujian hebat Allah.

Setiap hari menatap muka di cermin, pasti ada air jernih mengalir.
Terkenang sebuah kisah kedukaan mencoret garis hitam dalam sejarah hidupnya.

Dia akur dengan takdirnya. Pasrah dengan ketetapan takdir. Jika Allah mahu cabut nyawanya,ketika itu dia akur, Kerana pada malam itu, dia keluar untuk melakukan kerja dakwah. Dia gembira andai kata kisah hidupnya tamat seperti 2 orang sahabat UPSI yang meninggal dunia dilanggar lori ketika menaiki motorsikal pulang dari satu program dakwah. Mayat kedua mereka disemadikan dengan wajah yang tenang dan tersenyum.

Allah...andai diberi peluang. Sahabat itu juga memahukannya. Tapi dia takut. Amalannya masih tidak cukup sebagai syarat untuk mati dalam keadaan mulia sebegitu. Dia menangis malu.




SAHABAT YANG SUKA MEMBERI

Sahabat...kau terlalu baik untuk aku. Aku tak layak untukmu

Hadis Ibn Umar R.A, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu“(HR At-Tarmizi & Ibn Majah)

Melihat kisah sahabat di atas, salah satu perkara yang paling penting untuk merangsang semangatnya bangkit kembali adalah SAHABAT. Mungkin dia sudah berdoa kepada Allah, dan Allah memakbulkan doanya dengan menghantar seorang sahabat sebagai pengantara.

Seorang sahabat yang suka memberi amat payah untuk dicari. Ketika senang, ramai sahabat di sekeliling kita. Tetapi , ketika susah tiada seorang pun mahu berkongsi rasa. Tiada siapa yang sanggup mengorbankan masa, waktu dan wang untuk membantu. Sebagai contoh, jika dengar sahabat sakit atau ditimpa musibah, berapa orang sahaja yang sudi menziarahinya, menolongnya atau memberikan kata-kata semangat kepadanya.



SAHABAT SEJATI BUKAN MEMBERI SAAT DIPINTA
" Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-

Sahabat sejati bukan memberi pada saat orang meminta, ia mempunyai mata pandang yang mampu menembus kegusaran hati sahabatnya. Ia memberi tanpa kata-kata, doa, dan motivasi tanpa menepuk dada.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”(HR Bukhari&Muslim)

Sahabat itu tidak pernah berkira, tidak bakhil, pandai meraikan dan suka menolong orang.
Suka saling menasihati dan berkongsi ilmu.

Mungkin sepanjang perjalanan hidup selain keluarga, kita pernah ada seorang sahabat yang menjadikan dirinya batu pijakan sehingga kita boleh melangkah maju dan lebih jauh. Meskipun cuma batu kecil, namun tidak mustahil mampu menyelamatkan kita dari jurang kejatuhan yang melumpuhkan. Sayangnya, seringkali kita tak pernah dan kadang-kadang tidak sedar batu-batu pijakan itu dan melupakannya.

Sahabat sedemikian adalah harta yang laing berharga di dunia. Bagi diri ini, kehadiran sahabat sejati menjadi dambaan setiap kita. Ia adalah pelita penerang dalam kehidupan. Ia bak bintang yang menemani sang rembulan.

Aku bersyukur kerana hadirnya sahabat-sahabat yang suka memberi nasihat kepada aku. Aku doakan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat.

Semoga persahabatan kami terus berkekalan dan dirahmati. Semoga perkenalan ini kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.

Puisi ini khas untuk sahabat-sahabat seperjuangan yang disayangi kerana Allah. Uhibbukum fillah abadan abada.

Teman,
di jalan Allah persahabatan ini bukanlah milikku,
dan bukan jua milikmu...
persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia..
kerana Dialah aku mengenalimu,
dan kerana Dia juga telah menetapkan kau dan aku mengukir 1001 kenangan bersama...
persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang...
kerana ukuwah itu indah andai keranaNya
sekalipun kita pernah saling terasa
ketahuilah,
aku tidak pernah MEMBENCI dirimu
apatah lagi diri ini tidak layak bersahabat denganmu

READ MORE

THE MOST POPULAR POST