Monday, July 11, 2011

Tak perlulah..

Kadang kala jenuh dan kelabu mata seketika bila terpaksa melihat tulisan manusia yang kononnya sedang hangat bercinta..
Macam-macam..
Dan pelbagai ayat yang ditulis..
Untuk menyatakan isi hati, betapa cintanya dia pada kekasihnya..
Apa tujuan lakukan hal yang sedemikian??
Perlu ke tunjuk pada orang lain??
Kenapa ye..
Semata-mata nak beritahu dia tu kita cinta??
Atau pun nak tunjuk kita ni manusia yang romantik??
Saya rasa tak perlu..
Tak usahlah tunjuk pada semua orang..
Sekarang kita ada telefon bimbit..
Boleh hantar mesej..
Boleh buat panggilan..
Gunakanlah kemudahan yang ada tu..
Kalau nak sangat ucap semua benda..
Cukuplah antara kita dan dia..
Tak perlu la tunjuk kat semua orang..
Takde pun orang nak tau kisah kita..
Melainkan kita selebriti..
Cakaplah apa pun..
Sampai menitik air liur..
Takde orang nak marah..
Takde orang yang berasa jelik..
Hanya antara kita dan dia..
Talde orang yang perlu baca mesej yang kita hantar..
Iu lebih baik bukan??
Daripada menulis di wall..
Kononnya nak tunjuk rasa kasih..
Rasa sayang..
Nak beritahu satu dunia yang kita sedang hangat bercinta dengan si dia??
Come on la..
Kita dah cukup dewasa..
Saya tahu..
Itu profile anda..
Itu blog anda..
Anda punya suka la kan nak tulis apa..
Tapi masalahnya..
Apa motifnya??
Honestly speaking, saya rimas bila terpaksa scroll page korang yang tulis benda macam ni..
Nak taknak, benda tu akan ada bila bukak news feed..
Kang delete dari friend list baru tau..
Tapi tak boleh..
Kawan kita..
So, bukan ke semua ni membuatkan orang rasa rimas..

"Yang kau jeles tu kenapa"..??
Oh, tidak..
Saya tak pernah nak rasa cemburu ngan korang semua..
Saya tahu, saya tak punyai buah hati macam kalian..
Cukuplah keluarga menjadi kekasih dunia..
Allah dan Rasul kekasih segalanya..
Saya tumpang bahagia untuk anda..
Saya suka tengok orang bahagia dengan pasangan masing-masing..
Tetapi ingat..
Bercinta ada batasnya..
Selagi belum mengikat tali perkahwinan, jangan ingat dunia ini kita yang punya..
Ada peraturan, ada syarat..
Bukan semuanya kita boleh buat..
Bukan semua ayat kita boleh ungkap..
Cukuplah hati diikat antara kita dan dia..
Lainnya, serahkan pada Yang Esa untuk menentukan..
Kerana Dia lebih tahu..
Tak perlulah nak perbaharui cinta dengan perkataan yang tak perlu..
Kalau dia ditakdirkan milik kita, dia tetap akan hadir..
Kita tetap akan menyebut namanya apabila melafazkan akad nikah yang suci..
Kita tetap akn sarungkan cincin di jarinya..
Kenapa tidak kita berdoa padaNya agar dia ditakdirkan untuk kita??
Kita sering lupa dan alpa..
Sebab hati ni penuh dengan nafsu..
Buta mata..
Buta hati..
Gelap pandangan..
Kita hanya nampak dunia ini untuk kita sahaja..
Jika kita ditakdirkan untuk punyai jodoh dengan kekasih yang kita puja..
Syukurlah..
Kerana berbaloi usaha kita selama ini..
Jika, dia bukan ditakdirkan untuk kita..
Cinta putus di tengah jalan..
Tapi kita dah puas melafazkan ayat cinta..
Siapa malu??
Kita jugak..
Sebab semua orang tahu..
Semua orang tengok..
Bila orang tanya kenapa..
Tiada jodoh..
Ini ketentuan Ilahi..
Jawapan yang mudah bukan..
Lihat, Allah jugak yang tentukan segalanya..
Jadi apa fungsi lafaz cinta..
"I Love You"..
"I Miss You"..
"Cinta Awak"..
"Sayang Awak"..
Tiada fungsi bukan bila semua ni dah terjadi..
Dan semua orang yang kita pernah beritahu sebelum ni tentang indahnya cinta kita..
Manisnya pertemuan kita..
Mula bertanya, kononnya tanda simpati dengan perpisahan itu..
Tipulah..
Bukan semua simpati..
Mesti akan ada dalam hati menyumpah..
"Padan muka, dulu beriya-iya sangat.. Aku dah agak.. Tengok, kan betul.. Padan muka", (ni ayat jahat saya)..
Sadis bukan bila mendengar..

Jika mahu bercinta, bercintalah kerana Allah Taala..
Renung kata-kata seorang pujangga..
"Wahai wanita/muslimah, cintanya aku padamu kerana adanya kecintaan pada agama dalam dirimu.. Jika hilangnya kecintaan kepada agama dalam dirimu, begitu jugalah akan hilangnya cintaku terhadap dirimu"..

"Duhai wanita yang kukasihi.. Jika benar-benar hati kau teraput pada diri aku, biarkanlah Allah menjadi perantara kita.. Yakinlah dirimu dengan ketentuan Ilahi.. Jika benar kau untukku, pasti suatu hari nanti hati kau pasti akan disatukan dengan jiwaku.. Biar sejauh mana pun kita berada, seteruk mana pun badai yang menimpa, kita akan bersatu.. Dan pasti kau akan menjadi wanita yang paling bahagia.. Jika Allah tentukan aku bukan menjadi milikmu, pasti kita akan dipisahkan olehNya.. Walau sekuat manapun peganganmu denganku, sedekat manapun kau denganku.. Kita akan tetap tidak akan bersatu.. Oleh itu, yakinlah dengan janji Tuhan.. Pasti kau tidak akan kecewa, kerana kau tahu Dia yang menentukan segalanya".. (ayat pujangga Faiq.. hehe..)

Indah bukan bila bercinta kerana Allah dan Rasul..
Segala onak duri akan dilalui dengan penuh keimanan dan ketakwaan..
Saya bukan nk mengherdik sesiapa..
Sekadar menasihati, terutama diri sendiri yang selalu lupa dan alpa..
Saya akui..
Saya tak lari dari kekhilafan..
Saya terima bila dinasihati oleh rakan-rakan..
Apa salahnya kita terima nasihat orang lain..
Walapun kadang kala kasar..
Jangan tutup hati untuk mendengar kebaikan..
Sama-sama kita perbaiki diri..
Insya Allah..

Lets fly, high to the sky..
(",)

9 comments:

aishah meor said...

good write up...=)
Bercinta hanya kerana Allah...

FAIQ TAHIR said...

Thanks teacher..
Saje nak lepas geram..
Sekali sekala..
hehe..
=)

manny said...

Well said!:)

FAIQ TAHIR said...

Manny:
Thanks..
Skdr mengingatkan diri sendiri..
=)

nabillah bolhassan said...

Love this entry :)hanya cinta pada Allah je yang kekal kan? Ingat lagi x sy pernah story tentang the man that decide to change on the 12th hour dies on the 11th hour? jom baca entry ni http://nabillahbolhassan.blogspot.com/2011/07/contengan-jalanan-super-duper-best.html

FAIQ TAHIR said...

Nabilah Bolhassab:
Cinta milik Allah..
Igt lg..
Ok..
I will read it..
Thanks..
=)

nabillah bolhassan said...

faiq : could u please share with me on how to apply 4 cadet pilot post? My cousin is interested in this field. Now, he is studying at Matriculation College. Thank you. :)

FAIQ TAHIR said...

Nabilah Bolhassan:
Give me ur email..
I will sent to u about how to apply for a pilot course..
Insya Allah..
Boleh la bntu sket2, bg idea mcm mna nk apply..

nabillah bolhassan said...

faiq: arebield42@gmail.com