Pernah tak kalian bertemu, berselisih ataupun berkawan dengan manusia yang bila berkata-kata dia ibarat raja??
Maksud saya..
Manusia yang dia mula bercakap, membuatkan kita terdiam sejenak..
kerana dia bagaikan tahu segala-galanya..
Apa sahaja yang kita tahu, dia juga pasti tahu..
Dan apa yang dia tahu, seperti kita langsung tak mengetahuinya??
Kalau bahasa lembutnya dipanggil "sembang lebat"..
Atau pun "sembang berapi"..
Pernah dengar perkataan ni??
Sudah pasti pernahkan..
Manusia seperti ni, memang menjelikkan kita..
Bukan kerana mahu memperlekehkan dia..
Cuma, yela..
Cara dia bercakap seperti dialah yang lebih mengetahui dari orang lain..
Pasti panas telinga bila dia mula berbicara..
Kadang kala bukan diajak berbual..
Tetapi dia datang mencelah..
Sedang kita enak berbicara, datanglah makhluk ini..
Yang datang tak diundang..
Dan datang menerpa, tanpa salam..
Mencelah bicara kita..
Ramai manusia semacam ni..
Apa yang dia katakan mesti betul, tiada yang salah..
Pendapatnya ibarat fakta..
Bicaranya ibarat pidato..
Yang tidak mampu untuk kita bidas..
Kononnya..
Padahal, dia manusia yang tak tahu apa pun..
Hanya tahu merapu..
Dan mencelah..
Ingin tunjuk dia tahu..
Padahal bila dia berbicara, ada manusia yang mula menjeling..
Mencuit tangan yang lain..
Memalukan bukan..
Tetapi manusia seperti ini tidak tahu erti malu..
Kita pula yang perlu malu untuk diri dia..
Pandangan orang lain akan menjadi satu kesalahn pada pandangannya..
Dia tahu segalanya..
Jangan dilawan, pasti kita akan malu kerana tidak mampu melawan hujjahnya..
Yang sebenarnya tiasa apa-apa..
Hanya rapuan semata-mata..
Saya sendiri pun pernah dan kerap kali jumpa manusia semacam ni..
Dia punyai kelebihan..
Yang kita akui..
Tetapi bila kita yang punyai kelebihan, dia akan mula memperlekeh..
Kerana dia tak mampu untuk atasi..
Jadi dia akan menggunakan senjatanya..
Iaitu memperlekeh..
Kononnya dia cerdik..
Padahal dialah manusia yang dangkal..
Sedarlah..
Kita ni hanya manusia biasa..
Jika tak tahu, cakap sahaja tak tahu..
Tak perlu tunjuk pandai, hanya kerana takut dipandang sinis..
Jangan takut, manusia akan lebih hormat manusia yang mengaku tidak tahu dari manusia yang buat pandai..
Jangan menjadi bodoh..
Kerana ia akan memalukan kita..
Dan pasti akan dipandang sinis manusia lain..
Kita sentiasa belajar..
Kita takkan tahu semua perkara..
Ilmu di alam semesta ni, sangat luas..
Ilmu Allah Taala..
Takkan habis untuk kita tuntut..
Dan takkan semua kita akan tahu..
Semakin belajar semakin kita sedar siapa kita..
Semakin kita tahu betapa luasnya ilmu alam semesta..
Makin kita tunduk..
Seperti resmi padi..
Makin berisi makin tunduk..
Be a humble person..
The others will respect you..
Saya tertarik dengan kata-kata seorang kawan..
Agak kasar bunyinya..
Tapi amat memberi kesan yang mendalam pada kita..
"Kalau bajet tahu semua benda, takyah jadi manusia.. Baik register nama jadi tuhan"..
Pedih bukan..
So, don't be and act like that kind of person..
Sentiasalah berdoa agar Allah mengekalkan hati kita..
Dengan segalanya..
Dengan agamaNya..
Moga sentiasa diredhaiNya dunia dan akhirat..
Amin..
Ya Rabbal Alamin..
Let's fly high to the sky..
(",)
Berjumpa dengan Penyembah Kubur?
-
*“Apa pendapat abang keretamayat tentang orang berzikirdi kubur? Ada yang
kata mereka tu penyembah kubur, betul ke?”*
Tanya sorang sahabat di kedai Teh T...
3 weeks ago