Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Wordless: Which one us?



Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

 
Siapakah orang yang manis senyuman nya?
 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah 
orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata 
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." 
Lalu sambil berkata, 
"Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", 
sambil mengukir senyuman.

 
Siapakah orang yang kaya?
 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

 
Siapakah orang yang miskin?
 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

 
Siapakah orang yang rugi?
 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

 
Siapakah orang yang paling cantik?
 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan, di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

 
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

 
Siapakah orang yang mempunyai akal?
 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Resepi Cheesekut ♡ Cepat lagi lazat!

Assalamualaikum kalian.

Dah lama menyepi. Rasa rindu nak berblog macam dulu. Tskkk! Hope semua sentiasa dalam lindungan-Nya. Aaminn.

Kosong. Wa tak tahu nak post something yang menarik. Cumaaaaa...harini nak post resepi cheesekut yang senang ringkas tapi lazat. Bagi peminat tegar cheese boleh le try ye ;)

Bahan-bahan :

250g cream cheese
Fresh milk
1/2 tin susu pekat (kurangkan sikit kalau tak nak terlalu manis)
1 peket biskut Hupseng (4segi)

Cara-cara :

1. Blend cream cheese + susu pekat + fresh milk (ikut kepekatan).
2. Susun biskut satu per satu dalam 1 bekas sampai jadi 1 layer (before susun celup biskut dengan fresh milk)
3. Tuang sikit cream cheese atas biskut yang dah disusun.
4. Ulang langkah 2  & 3 sampai cream cheese habis.
5. Untuk topping boleh blend oreo then penyek je dekat atas cheesekut tu.
6. Siap. Letak je dalam fridge. Esok boleh makan :)

Selamat mencuba ツ

Women are meant to be loved

Wanita dijadikan daripada tulang rusuk seorang lelaki. Hatinya lembut. Andai sekali terluka............ (to be continue)

Konklusinya, hargailah setiap wanita yang pernah ada dalam hidupmu, wahai Adam.

Miss










I miss my blog....everything here :(






 

Which one is you ?



Please choose :)

Salam Ramadhan penuh keberkatan. Jaga nafsu bila ke bazar ramadhan. Kurangkan nafsu makan, banyakkan amalan :)

 

Ramadhan



Assalamualaikum. Almost 4 days je lagi kita dah nak puasa. Feeling excited. Semoga kita dipanjangkan umur untuk merasa Ramadhan untuk kali ini. In shaa Allah. Sama-sama jugak kita perbanyakkan amal. Peringatan buat diri ini. 


# Seriously, rindu nak berblog macam dulu-dulu. Tapi apakan daya. Laptop masih tak bernyawa :(

Semoga semuanya sihat sentiasa :)

 

DIY : Keychain



I'm in love with drawing. Padahal drawing tu entah apa la sangat. Kahkahkah. Bila dah cuti ni and nothing to do, ini je lah keghojenyee. I'm just draw on notepad putih, gunting, gum it on the black board then ambil loytape besar as a laminate. Untuk tambahan gue beli la ring tu then finally jadilah keychain made by Shuhada ! Haha :)

Anyway, happy hoooliday to all of u!


p/s : Agak-agak kalau nak bagi kat orang, orang tu terima tak? Wakaka. Okbai  :)



Dilema? What should I do?


Dilemma.
What should I do?
ISTHIKHARAH is the perfect answer. The best way.


Quote :

The best way to know whether or not Allah SWT is approving with our decision. May Allah SWT help us in making the right decision and strengthen our hearts & imaan to remain steadfast in walking towards His path, Ameen ya rabb! 

credit to : simplyhasanah. Thanks :)


Moga ada petunjuk dariMU ya Allah :')


Ciri-ciri pemimpin


PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah ‘selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:
1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.

i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
iv- Tinggalkan dosa.
v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.


Sumber : Edy PTPL



P/s: Mana  yang betul kita ambil, mana yang salah mohon diperbetulkan. Salam Jumaat :)


Sunah-sunah & adab-adab hari Jumaat



Jom sama-sama beramal :)


p/s : Harini balik kampungggggg !!! Ahad mengundiiiii.....! So, hati-hati ye. Confirm jalan jammed! :D

Cukuplah Hanya Allah Yang Tahu :')



Saat ini. Detik ini. Beribu-ribu perasaan datang menjelma. Sedih, marah, terkilan, kecewa, suka, bahagia. Walauapapun perasaan itu, cukuplah hanya Allah yang tahu :')

Bismillahirrahmanirrahim.
 Selamat hari Isnin. Selamat bekerja. Selamat menuntut ilmu baru :)

 

Terapi mata









" Salah satu cara gue hilangkan stress time kerja adalah dengan melihat sesuatu yang comel dan sedap mata memandang. HAHA. Selamat men-terapikan mata !! ;D


All the pictures from http://yummykawaii.tumblr.com :)


Wordless Wednesday : The Rules of Happiness






In Shaa Allah. Trying to practise bit by bit ;)
Moga dipermudahkan oleh-Nya.
Selamat hari Rabu. Tulat dah Jumaat. Lepas tu Sabtu. Cutiiiii !! HAHA


Tujuh pahala yang diterima selepas mati



Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya : 
 
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.








Salam Jumaat dari maksu dan Daniel. Moga hari ini penuh keberkatan buat kita semua ;)

Wordless Wednesday - Happy nyeeeee



Good morning kome kome .... !!
Yabedabeduuuuuuu.... harini durian runtuh sebab dapat online blog dekat pc office. Wakaka. sebelum ni dok kena block manjang. Lepas ni molek la mai keja awai then on selalu kt office. Kahkahkah. Sambil menyelam singgah minum air :)

Semoga urusan hari ini sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Aminnn :)