-->
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

21 Jan 2020

Resepi Kuih Lapis Pandan

Resepi Kuih Lapis Pandan, Recipe, Kuih - Muih, Kuih Lapis Pandan Yang Sedap,
Resepi Kuih Lapis Pandan

Siapa yang suka makan kuih lapis kat sini? Kuih Lapis pun ada banyak jenis yang boleh buat antaranya Kuih Lapis Labu, Kuih Lapis Pisang, Kuih Lapis Keladi, Kuih Lapis Coklat Jagung, Kuih Lapis Sarawak dan lain - lain lagi. So dalam entry ini aku nak share resepi Kuih Lapis Pandan gitu. Tengok dalam gambar pun dah nampak sedap kan, apa pun gambar di atas dan resepi ini credit pada ownernya ye. Selamat Mencuba..


Bahan - Bahan Untuk Membuat Kuih Lapis Pandan

2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan


Cara - Cara Membuat Kuih Lapis Pandan

- Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.

- Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk, Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna hijau dan letakkan perisa pandan.

- Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan hijau.Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan hijau.

- Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,
Read More »

5 Jun 2019

Resepi Daging Sambal Tumis - Menu Raya

Daging Sambal Tumis, Resepi, Recipe, Resepi Daging Sambal Tumis, Menu Raya, Menu Hari Raya, Juadah Hari Raya, Raya 2019, Selamat Hari Raya,
Resepi Daging Sambal Tumis

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung dan pembaca Blog Miss Banu Story ini, raya - raya ni pun sempat gak up entry kat blog. Walaupun dah tahu trafik blog masa hari raya dan seminggu raya tu konform slow hahaha. Nak buat macam mana tak boleh berenggang dengan blog kena jugak up entry hehe. Kali ni aku nak share resepi Daging Sambal Tumis yang boleh korang jadikan menu atau juadah hari raya ni kan..Resepi di atas tu credit pada ownernya, boleh besarkan gambar kalau tulisannya tak jelas.. Selamat mencuba ye..
Ucapan Hari Raya, Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, Raya 2019,
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

17 Mei 2019

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa, Resepi, Masakan, Recipe, Siakap Tiga Rasa, Resepi Siakap Tiga Rasa,
Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Dah bulan puasa ni, aku nak share pula resepi Ikan Siakap Tiga Rasa, memang sedap makan masa nak berbuka puasa tu kan hehe. Tulisan dalam gambar di atas tu agak kecil, jadi korang boleh besarkan lagi gambar di atas tu, kalau nak tengok resepi lebih jelas okey. Credit pada owner resepi ini, Selamat mencuba ye.

Jom Baca ini juga ➔ Resepi Ayam masak Halia
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

24 Jun 2017

Resepi Biskut Raya - Biskut Kelapa

resepi, kuih raya, biskut raya, biskut, bahan - bahan, cara penyediaan, memasak, membuat kuih raya, Biskut Kelapa, ramadan, puasa, raya, Aidilfitri,
Resepi Biskut Raya - Biskut Kelapa

Assalammualaikum..
Kejap je masa berlalu, esok dah nak raya, pastinya hari ini semua pun sibuk mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Jadi dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua pengunjung dan pembaca Blog Miss Banu Story ini. Dalam entry ini aku nak kongsi resepi biskut raya iaitu Biskut Kelapa, gambar diatas dan resepi ini credit pada owner resepi ini iaitu Dari Daput CT.

Resepi Biskut Kelapa

Bahan-bahan :
.
200 gm Tepung Jagung Brown & Polson
115 gram Tepung Gandum
1/2 sudu teh penuh Baking Powder
1/2 cawan Kelapa Kering - dikisar halus
.1 biji Telur gred A
100 gram Gula Aising
1/2 camca teh Esen Vanilla 
140 gm Mentega - atau secukupnya 
.Hiasan :
.Ceri merah - potong kecil 
Kelapa kering secukupnya untuk salut biskut
.
Cara Penyediaan
.
1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, baking powder yang diayak dalam mangkuk dan masukkan kelapa kering yang dikisar halus. Gaul rata dan ketepikan.
.2. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Masukkan esen vanilla, putar lagi rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan adunan tepung bercampur kelapa kering kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi teksture seakan serbuk roti.
.3. Dengan kelajuan perlahan sudukan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mendapat doh yang lembut dan lembap, kemungkinan besar mentega tidak akan habis digunakan. Matikan mixer, gaul rata adunan dengan spatula dan tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
.4. Ambil adunan tadi anggaran 1 camca teh, bulat-bulatkan. Kemudian letak 1 bahagian ceri yang telah didadu, golekkan dalam kelapa kering hingga bersalut. Susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit sahaja, jangan kuat-kuat nanti leper. Buat hingga siap.
.5. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit hingga masak dan bahagian bawah biskut nampak perang keemasan. Sejukkan atas rak dawai sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

22 Jun 2017

Resepi Biskut Arab Susu Yang Lazat & Gebu

Resepi Biskut Arab Susu Yang Lazat & Gebu

Assalammualaikum..
Lagi beberapa hari saja nak raya ni, pasti ramai dah buat kuih raya ataupun nak buat kuih raya di saat - saa akhir gitu. Jadi hari ini aku nak kongsi resepi Biskut Arab Susu, kalau tengok rupa biskut Arab Susu ni nak sama macam Biskut Suji je kan hehe. Apa pun tak kisahlah pasal nama biskut ni, yang penting rasa biskut tu sedap betul tak? hehe. Apa pun resepi ini credit pada ownernya iaitu YatiMemories, selamat mencuba ye..

Resepi Biskut Arab Susu Yang Lazat & Gebu

Bahan-Bahan

2 cwn Susu Tepung ( biasa guna susu nespray)
2 cwn minyak sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak)
ceri merah secukupnya-potong kecil2
Gula aising ( untuk gaul biskut bila dah masak sahaja)
.
Cara Penyediaan

Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising, kemudian siap!

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story
Read More »

18 Jun 2017

Resepi Biskut Mentega Kacang

Resepi Biskut Raya Mentega Kacang

Assalammualaikum..
Selain biskut raya popular yang lain seperti Almond London, Semperit, Biskut Mentega Kacang juga antara kegemaran aku. Sedapkan biskut Mentega Kacang ini, siapa suka makan kuih raya ini jugak, sila angkat tangan sekarang hehe. So hari ini aku nak share resepi biskut ini dalam entry ini. Resepi ini credit pada owner resepi ini iaitu Citarasawan. Aku ambil resepi ini dari Facebook Jom Buat Kuih Raya. Selamat Mencuba ye.

Resepi Biskut Mentega Kacang

Bahan - Bahan
.
250gm Mentega
140gm Gula Perang
1 sudu teh Esen Vanila
60gm Mentega Kacang / Peanut Butter
270gm Tepung Rose
80gm serbuk Kacang Tanah
40gm Tepung Kastard
30gm Tepung Kentang
1 biji Kuning Telur
.Kacang Tanah untuk hiasan.
.
Cara - Cara Membuat Biskut Mentega Kacang
.
1. Krim mentega dan gula perang. Masukkan mentega kacang dan kuning telur, sebatikan.
2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dan serbuk kacang tanah, gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel bulat. Sapu telur diatasnya dan hias dengan kacang tanah.
4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris dan bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
.Selamat mencuba..
Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story
Read More »

15 Jun 2017

Resepi Biskut Nestum Yang Rangup & Sedap

Resepi, Biskut Raya, Biskut Nestum, Kuih Raya, Biskut Sedap, Rangup, Menu Raya, Hari Raya, Bulan Puasa, Ramadan,
Resepi Biskut Nestum Yang Rangup & Sedap (Biskut Raya)

Assalammualaikum..
Biskut Nestum ini memang sedap dan ranggup, memang antara biskut raya kegemaran aku, so dalam entry ini aku nak share resepi Biskut Nestum ini. Resepi ini credit to owner resepinyer dan aku ambil resepi ini dari Facebook Jom Buat Kuih Raya. Jadi selamat mencuba ye..

Resepi Biskut Raya - Biskut Nestum Yang Rangup & Sedap

Bahan - Bahan

125 gram Butter, premium Anchor butter
1/2 Cawan Gula Kastor
1 sudu teh Esen Vanilla
1 biji Telur
1 cawan Tepung Gandum
1 1/2 sudu teh Serbuk Penaik
1 cawan Nestum original, kisar halus
1 cawan Nestum original, tak perlu kisar

Bahan untuk hiasan

Ceri merah atau hijau, hiris kecil
Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh

Cara Penyediaan

Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar. Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.

Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil). Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan Butter. Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri. Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

12 Jun 2017

Resepi Biskut Raya Cornflakes Madu

Resepi, Kuih Raya, Biskut, Biskut Raya, Cornflakes Madu, Biskut Cornflakes Madu, Raya, Aidilfitri, Bahan, Bahan, Cara - Cara Nak Membuat Cornflakes Madu,
Resepi Biskut Raya - Cornflakes Madu

Assalammualaikum..
Sekarang ini mesti dah ramai yang start buat kuih raya / biskut raya untuk dijual mahu pun untuk kegunaan sendiri. Salah satu biskut yang paling mudah nak buat dan tak perlukan banyak bahan adalah biskut Cornflakes Madu. Biasanya memang aku beli je biskut Conflakes Madu ni, tiap - tiap tahun, memang aku akan beli sebalang Biskut ni hehehe, aku takdelah gemar sangat makan biskut Cornflakes Madu ni, tapi kadang - kadang sedap gak menikmati biskut ini sebab ianya sangat rangup, manis dah macam keropok pula hehehe. Di bawah ini aku share resepi biskut ini, tapi aku bukanlah owner resepi ini ye, apa pun credit pada owner resepi ini iaitu Min Rosli. Aku ambil resepi ini dari Facebook, Jadi selamat mencuba ye. 

Resepi Biskut Raya Cornflakes Madu

Bahan - Bahan 

1 Butter
1 Cawan Gula Halus
Setengah Botol Madu
Sekotak Cornflakes Guna yang besar ye
Acuan

Cara - Cara Nak Membuat Biskut Conflakes Madu

Campur Butter dan Gula, Bila dah cair masuk Madu dan kacau rata. 
Dah rata tambah Hiasan kesukaan anda. 
Masuk dalam Acuan, Bakar selama 5-10 minit, suhu 160*c, bergantung pada Oven masing2. 

Resepi Lain

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,
Read More »

11 Jun 2017

Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sedap

resepi, ayam goreng, ayam goreng berempah, bahan - bahan, cara penyediaan, masakan, raya, menu berbuka puasa, ramadan,
Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sedap

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun suka makan Ayam Goreng Berempah ini kan, nak buatnya pun senang, gambar diatas ini aku ambil dari google ye dan resepi Ayam Goreng Berempah yang aku kongsikan dalam entry ini aku ambil dari Akhbar Kosmo edisi 9 Jun 2017. Jadi selamat berbuka puasa dan selamat mencuba resepi ini.

Bahan - Bahan

Bawang Merah 6 Biji
Bawang Putih 3 Ulas
Lengkuas 3 Inci
Serai 6 Batang
Kunyit Hidup 2 Inci
Telur 2 Biji
Daun Kari 1 lembar
Biji Ketumbar 10 gram
Jintan Putih 10 gram
Jintan Manis 10 gram
Ayam 1 ekor dipotong 16
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Ayam Goreng Berempah

1- Kisarkan Bawang Merah, Bawang Putih, Lengkuas, Serai, Kunyit Hidup, Biji Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih
2- Masukkan Daun Kari, Telur dan Garam secukup rasa
3- Gaulkan bersama Ayam dan perap selama 1 hingga 2 jam.
4- Panaskan minyak dan gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kemudian hidangkan.
Read More »

4 Jun 2017

Resepi Biskut Almond London

Resepi, Biskut, Biskut Raya, Kuih Raya, Almond London, Popular, Coklat, Badam, Bahan Bahan, Cara - Cara Nak Membuat Biskut Almond London,
Resepi Biskut Raya Almond London

Assalammualaikum..
Biskut Almond London ini adalah biskut popular yang menjadi kegemaran ramai, setiap rumah pasti ada biskut ini. Rasa macam tak lengkap Raya kalau biskut Almond London ni takde hehehe. Pada yang nak buat sendiri Biskut Almond London ini bagi tujuan untuk berniaga mahu pun untuk kegunaan sendiri, aku kongsikan resepi biskut ini di bawah ini. Walaubagaimanapun Resepi di bawah ini bukanlah dari aku tapi credit pada Owner resepi ini iaitu Mariana Zainal dan aku ambil resepi ini dari Facebook Jom Belajar Buat Biskut. Jadi selamat mencuba ye..

Resepi Biskut Almond London

⧫ Bahan - Bahan

250g Butter
450g Tepung Gandum
2 sdt emplex ( perangup biskut)
140g Gula Aising ( gula caster pun boleh)
2 biji Kuning Telur
150- 200bj Badam ( lebih kurang)
(Badam goreng tanpa minyak atau panggang 15 minit - 20 minit hingga masak, saya suka goreng tanpa minyak lebih lemak) biarkan badam betul2 sejuk yer, baru guna..
1/ 2 kg Coklat Masakan (untuk celup biskut)
Sedikit Cocoa Butter (Takde pun takpe)
Badam cincang secukupnya
Paper Cup secukupnya..

⧫Cara - Cara Membuat Biskut Almond London

Pukul Butter + Gula + Kuning Telur hingga sebati, sebati jer tau, dalam 2 minit pun dah cukup.
Masukkan Tepung dan uli hingga tak lekat di tangan, amik doh sebesar duit sepuluh sen dan masukkan Badam. 
Bulatkan secara membujur, buat hingga siap, bakar selama 25- 30 minit..api atas dan bawah 180*c, dah siap biarkan sejuk.
Cairkan coklat secara double boiler, kemudian, masukkan Butter Coco, celup biskut dan masukkan dalam paper cup.
Tabur badam cincang, biarkan coklat mengeras, saya nak bagi coklat tu cengkam biskut dengan elok jadi saya letakkan dalam peti sejuk 6 - 7 minit (masa ini kena hati - hati, lebih masa biskut dalam peti sejuk, coklat boleh berpeluh dan tak cantik)

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa :)
Read More »

29 Mei 2017

Resepi Agar - Agar Milo Susu Yang Lazat

Resepi, Agar - Agar, Milo, Susu, Makanan, Pencuci Mulut, Dessert, Recipe, Lazat, Sedap, Manis,
Resepi Agar - Agar Milo Susu Yang Lazat

Assalammualaikum..
Alhamdulilah Ramadan datang lagi, Marhaban Ya Ramadhan.
Masa bulan puasa inilah yang teringin nak makan macam - macam kan, selalunya masa berbuka puasa aku memang suka makan Agar - Agar Milo Susu ini selain nasi, sedap sangat, nak menyediakannya juga mudah, senang dan tidak mengambil masa yang lama pun. Di bawah ini aku sertakan sekali resepinya.
Resepi Agar - Agar Milo Susu, Buku Resepi, Resepi, Dessert, Pencuci Mulut, Raya, Ramadan, Puasa, Makanan, Berbuka Puasa,
Resepi Agar - Agar Milo Susu

BAHAN-BAHAN:
  • 1 paket serbuk agar- agar
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 7 sudu besar Milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 500ml air panas
  • 500ml air kosong
CARA-CARA :
  1. Bancuh Milo, susu pekat dengan 500ml air panas dalam jug.
  2. Dalam periuk yg sesuai, masukkan serbuk agar-agar & gula & 500ml air kosong. Kacau hingga rata.
  3. Campurkan bancuhan Milo kedalam periuk.
  4. Letakkan periuk atas api sederhana. Kacau hingga mendidih. Tutup api.
  5. Tuang dalam bekas agar-agar. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti ais (Gambar dan Resepi credit to -> Buku Resepi )
Berita Baik buat semua, ada sale besar - besaran di Lazada iaitu Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale yang berlangsung pada 19 May ini hingga 30 June 2017, dimana korang boleh dapat special discount hingga 90% tau. Berbaloi - baloi Shopping Di Lazada ini, harga semua berpatutan. 
Delicious Ramadhan: Kitchen Appliances
Bazaar Ramadhan() : Groceries 

Resepi Agar - Agar Milo Susu ini tidak memerlukan bahan yang banyak pun, sebab ianya mudah disediakan, malah korang boleh dapatkan bahan - bahan untuk memasak resepi ini di Lazada gitu.
Milo, Murah, Diskaun, Lazada, Shopping Online,
Milo antara bahan wajib untuk resepi ini, ada diskaun kalau korang beli Milo di Lazada ini

Susu, Susu Pekat, Susu Pekat Manis, Krimer Manis,
Stainless Steel Milk Pot With Bakelite Handle di Lazada, Shopping Online,

Stainless Steel Multipurpose Conditioning Pot Stock, Periuk, shopping online, lazada,
Selamat Membeli - Belah di Lazada..
Miss Banu Signature, tandatanganu, Blog Miss Banu Story, Blogger,
Read More »

28 Mei 2017

Resepi Biskut Raya Semperit Susu

resepi, kuih raya, biskut, semperit, semperit susu, biskut raya, bahan - bahan, cara - cara na buat semperit susu, hari raya, ramadan, aidilfitri,
Resepi Biskut Raya - Semperit Susu

Assalammualaikum..
Sempena bulan puasa ini, mesti ramai yang tengah cari - cari resepi untuk buat kuih raya / biskut raya untuk dijual mahu pun untuk dimakan sendiri hehehe. Biskut Semperit ini antara biskut raya kegemaran aku, sedap betul, masih terbayang - bayang lagi rasa sedapnya itu hehe. Biskut semperit ini setakat 2 balang je memang tak cukup, harus berbalang - balang hahaha. Walaubagaimanapun Resepi Semperit Susu yang aku kongsikan dalam entry ini bukanlah resepi dari aku ye. Sebaliknya aku ambil resepi ini dari facebook. Credit untuk owner resepi ini beserta gambar resepinya sekali ye. Aku ambil resepi ini dari FB Jom Belajar Buat Biskut. Kebiasaannya, kuih raya ini semua aku beli saja, jarang buat sebab aku tak beli oven lagi, Nanti kalau ada ada oven bolehlah aku try resepi Semperit Susu ini nanti kan. Untuk bahan - bahan dan cara nak membuat Biskut Semperit Susu ini, bolehlah lihat di bawah ye. Selamat Mencuba. 

Resepi Biskut Raya - Semperit Susu

Bahan - Bahan & Cara - Cara nak membuat Semperit Susu

3 cawan Butercup
1 cawan Susu Pekat Manis
(Satukan semua bahan ni dan kacau sebati guna senduk)

Masukkan 2 sdb Tepung Beras
Kacau lagi..
Masukkan 4sdb Tepung Kastard
Masukkan pula 4 1/ 4 cawan Tepung Jagung dan uli sebati.

Adunan mestilah agak lembut,  kalau masih keras, tambah butter. .

Terap dan biarkan 20 minit dan bakar..
Suhu 160 selama 20 minit
Api atas dan bawah..

*Adunan saya buat ini dapat dalam 200pcs
Kalau nak buat sikit boleh bahagikan 2
Tandatanganku, miss banu, blog miss banu story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017