-->
Memaparkan catatan dengan label JiWa kaCaUu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JiWa kaCaUu. Papar semua catatan

15 Dis 2013

Dilema Bila Mendownload

Assalammualaikum..
Sesape yang rajin mendownload Movies/Video/Game atau apa2 jer pasti pernah menghadapi masalah Lost Connection ni. Dah lama menunggu tetiba lost connection lak haha pengsannn hihi. Tu belum lagi bila kita mendownload lagi n masalah yang sama berulang dua tiga kali hihi rasa nak hempuk jer laptop tu hehe..tapi tu memang masalah biasa yg sering terjadi pada mereka yg gemar mendownload ni semua.
Read More »

23 Okt 2012

BuSy & CaRa Undian

Assalammualaikum
apa khabar semua..
sorry lama x blogwalking busy skit sejak dua menjak ni..
banyak benda nak kena urus laaa..huhuhu nasiblaa semua kerja aku dipermudahkan
Alhamdulilah..hope pasni semua kerja lebih mudah amin...
to GSF saya akan cuba blogwalking ke blog anda semua yer..dan tinggalkan komen ^_^
maaf kalau lambat sikit ke teratak anda semua tapi jangan risau saya akan tetap singgah dan terjah k..
sebelum ni ada yg pesan nak tahu cara2 nak mengundi JOZAN untuk Shout Awards..so kalau nak undi JOZAN secara ONLINE for Shouts Awards boleh pergi ke Laman Web ni http://www.shoutawards.com.my/2012/best-on-screen-chemistry-award.aspx undi k..sebab diorang x pernah menang award bersama-sama atas nama JOZAN..so if diorang menang award ni maknanya ni adalah award pertama diorang as a JOZAN..so vote k..nak vote menerusi SMS pergi je laman web tu ada diberitahu cara undi menerusi SMS..sorang leh undi 10 kali untuk sehari..undi jgn x undi..kalau minat JOZAN tuh undilah yer bukan susah pun klik link tuh jer pastu vote la 10 kali or kurang dari tu pastu dah habis heehe..

Read More »

14 Jun 2012

SamPaikan SaLaM CiNtaKu...

Assalammualaikum..
terkejut x tengok tajuk entry hari ni?jiwangnyer muahahaha
xdelaaa..saya ni walaupun hati ada taman tapi jiwa tuh kental juga haha..
sebenarnya saja nak kongsikan dengan pembaca blog ni..suke laa dengar lagu SampaiKan SaLam ni..versi original mmg dah best habis..rancak jer..suke sgt..terkini lagu berkenaan telah dibaladakan atau dislowkan menjadi lebih sedih dan mendayu-dayu jer...ditambah dengan alunan suara Adira yg memangnya sedap..terus rasa sweet jerr..layan berulang kali pun tetap sedap didengar...
so korang semua jom layan lagu Sampaikan Salam Cintaku Versi Adira..meh tengok video kt bwh..

Lirik Lagu Sampaikan Salam Cintaku – Adira
Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya
Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua

Korus
Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu
Read More »

31 Mei 2012

MakNa PeRsaHaBataN DaLaM 3 IDIOTS

Assalammualaikum..
semalam sempat layan cite Bollywood kat tv2..ada cite 3 IDIOTS Lakonan Amir Khan tuh..actually dh beberapa kali dh tengok cerita ni..tapi setiap kali tengok cerita ni mesti touching sangat..huhuhu...bagaimana cerita ni mengupas makna persahabatan tuh sendiri..so sweet..susah senang bersama..mmg touching la cerita nih..setiap dari kita pasti mengharapkan mempnyai kawan sebaik dan sebagus Amir Khan tuh kan..bagaimana die menyedarkan kawan2 nya tentang impian mereka masing2 serta memberi semangat untuk berjaya..part kelakar pun banyak..

Aku suka part masa diorang amik result exam tuh..diorang ada cakap "Bila kawan kita dapat markah lebih rendah dari kita..kita akan rasa sedih untuknya..tapi Bila kawan kita dapat markah lebih tinggi dari kita..kita akan rasa jauh lebih sedih"haha...terbaiklah...All iz Well ^_^
n masa kawan die koma selepas terjun dari bangunan tuh..mcm2 benda yg Amir Khan buat untuk bagi kawan die sedar dari koma tuh kan..so Sweet...touching kot masa nih..x lupa juga scene masa Amir Khan tolong bawa ayah kawan die yg sakit naik skuter kareena sebab Ambulans lambat sgt datang..OMG mmg terbaik...pendek kata aku suke cite nih..

Read More »

29 Mei 2012

Kisah Menyayat Hati Seorang Pelakon Ahmad Nisfu


Assalammualaikum..
Mari kita membaca kisah hidup Ahmad Nisfu ni yg diambil dari satu artikel di internet...
Sy sempat menonton rancangan Tiga Abdul yang disiarkan menerusi TV2. Siapa tidak kenal gelagat mereka antaranya Tan Sri P Ramlee. Namun apa yang ingin dikongsikan di sini adalah pelakon Ahmad Nisfu. Siapa yang tidak kenal dengan beliau merupakan seorang pelakon dan pelawak yang berbakat. Banyak sahaja tagline yang digunapakai sehingga hari ini..
Dalam kita mengenang ramai artis-artis veteran terutamanya, mungkin tak semua yang tahu. Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada dipuncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman.
Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.
Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.
                         Di sinilah Ahmad Nisfu tinggal semasa hayatnya di Kubu Jepun (pillbox)
Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo
Berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain.

Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!
Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.
Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.
Melayukini.net - Rasa sedih pula apabila mengenangkan nasib allahyarham Ahmad Nisfu yang pengakhiran hidupnya amat menyayat hati. Seorang pelakon dan pelawak berbakat hidup dalam kedaifan. Admin percaya, rata-rata semua baru tahu mengenai riwayat hidupnya. Apa yang menyedihkan lagi, beliau dahulunya adalah hidup sebatang kara. Apa-apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah ~
~SUMBER~

Huhuhu sedih kan Kisah hidup Ahmad Nisfu..rasa sebak pula..nak menangis pn ada...ternyata pelakon2 zaman dulu x mcam sekarang..penuh liku..Selain Ahmad Nisfu, P.Ramlee sendiri juga mempunyai kisahnya yg sedih ketika di hujung2 usianya...Mereka amat berbakat..kita sering terhibur bila menonton mereka di tv tapi x sangka pengakhiran kerjaya mereka ckup sadis dan sedih..Al-Fatihah...moga roh mereka dicucuri rahmat....-
Read More »

23 Mei 2012

WoRdLess WedNesday #1- ^_^ SiaPa Dia?

Read More »

21 Mei 2012

Dapat Hadiah Free hehehe ^_^

Assalammualaikum..
dua tiga hari nih x sempat nak blogwalking..sebab busy sikit..
tapi jgn risau Insyaallah aku akan singgah gak kat blog2 awsome lagi terhebat milik korang semua nyer..sejak minggu ni aku seronok melayan drama Korea yg terlatest lgi popular..mmg best drama ni terbaiklah..aku baru tengok episod yg ke 15 dri 20 episod..drama apa yer?tajuknyer Rooptop Prince..
Selain tuh seronok juga melayan cite Oh My English!! muahaha disamping berhibur dapat juga belajar haha best2..berbalik pada tajuk entry ni tadi tengahari dapat hadiah ooo..dapat hadiah buku tau..free lagi..suke3x...sebenarnya sebelum ni aku layan FB tetiba nmpk la satu post yg dibuat oleh penulis Novel Bikash Nur Idris..die nak bagi hadiah pada sape2 yg besdaynya bulan April dan Mei..so die mintak la nama alamat semua utk post hadiah nyer..tahu x dapat hadiah pe mestilah hadiah buku..buku yg ditulis olehnya..Buku ni mcam Novel jugak la tapi die kecik sikit n nipis sikit dari Novel..yg dipanggil Mini Novella..

Aku dapat buku yg bertajuk Bukan Pilihan Hati..cerita cinta..gitu..mcm novel la jugak cuma lebih ringkas dan padat gitu..n dalam buku tuh siap ada signature dan ucapan dari beliau lagi..haha best giler kot..suke4x..
Kalau sape2 peminat Novel mesti kenal dengan Bikash Nor Idris nih..Aku suke giler baca Novel die terutamanya Novel yg bertajuk PriNcess tuh..sangat best novel tuh..bila lah pengarah drama nak adaptasi Novel Princess ni yer...Buku tuh aku baru dapat hari ni..jadi aku x baca lagi la..baru belek2 jer..nak tengok x rupa buku die..aku search kt tenet gmbr buku ni...

terbaiklah..rezeki...kurang2 terubat jugalah kekecewaan pasal hadiah Giveaway tuh...yg aku x dpt huhuhu..Sebenarnya sebelum nih ada join GA n aku jdi pemenang kedua tau..pastu bila dh lama tuh hadiah x sampai2 juga kt aku..pastuh x lama pastu pihak penganjur tuh sms aku tnya dh dpt belum hadiah tuh..aku cakap la x dpt..die cakap die dh hantar dh guna pos daftar..aku x pernah dengar or mungkin x perasan lak posmen datang umah aku..dlm peti surat mmg xde laa..emm bila check kt web aku tengok hadiah tuh dh sampai kat Butterworth maknanya kat seberang..mak aiii jauhnyer sape yg nak gi kat sana tuh..last2 aku biar jela..huhu sedey nyerrr..huhu...dpt buku ni kire pengubat kekecewaan la sikit..
oh yer ada beberapa gambar dh ditambah dlm entry Gelagat JoZan sewaktu Off Kamera Super Spontan..jangan lupe terjah k..-> http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/05/gelagat-jozan-sewaktu-off-kamera-super.html
Read More »

7 Mei 2012

JoHaN RaJa Lawak Nak Sertai Sepahtu!!??Biar BetoL?


Assalammualaikum..
Setiap hari ahad aku mmg akan beli akhbar Berita Minggu..so semalam bila aku bukak je akhbar sisipan B.PoP tuh terus terkejut den especially bila baca tajuk diatas..terus spontan aku berkata..Apaaaa...??Biar BetoL ni??haha...xde angin xde ribut apa kes Johan nak join Sepahtu nih..kalau ikut dari populariti sape lebih popular?JoZaN ke Sepahtu?mestilah Jozan kan..masa baca tajuk kat atas ni terus aku terfikir Zizan lak camne kan bila Johan join Sepahtu kesian Zizan..hehe sebenarnya cer tengok perkataan kt atas tuh kan..nama pun gosip..belum tentu kesahihannya lagi..wartawan yg menulis artikel ni pun ada menulis yg die pun x pasti akan kebenaran gosip diatas..mungkin Johan hanya bergabung dengan Sepahtu dalam Album ke,diorang berduet dalam lagu ke,maybe diorang berlakon sama2 dalam filem or drama..kan?byk kemungkinannya...Selain itu Johan juga baik ngan Jepp Sepahtu ni sbb diorang sama2 berlakon dlm Karoot Komedia tuh kan..Talkshow Johan yg terbaru tuh pun Jepp ada datang sebagai artis jemputan..

Selain itu dalam artikel kat atas tuh ada gak tulis maybe Johan Bergabung dengan Sepahtu untuk menyertai satu pertandingan..aku rasa pertandingan yg dimaksudkan tu mungkin Maharaja Lawak Mega 2 yg bakal bersiaran hujung tahun ni kot..aku teka jela..x tau betul ke x..maybe Zizan sangat sibuk so x dpt join sekali jadi Johan bergabung dgn orang lain..mungkinlah kot..tuh semua andaian aku jer la..x tahu betul ke tidak kan..hehe..

Selain itu Johan dan Zizan bergabung dengan menggunakan jenama "JoZaN"hanya utk menyertai pertandingan Maharajalawak..bermakna diorang bergabung sementara saja utk menyertai pertandingan..hakikatnya Johan dan Zizan x pernah bergabung sebagai sebuah kumpulan..Mereka berdua bebas bergerak secara solo dan membuat keputusan sendiri2..mereka hanya kembali bergabung sebagai JoZan dalam acara2 yg membabitkan mereka berdua seperti program Raja Lawak..so x pernah timbul lah isu berpecah or apa pun sebab diorang mmg bukan berkumpulan..Namun begitu diorang tetap bersetuju untuk mengekalkan jenama "JoZaN"sebagai tanda penghargaan mereka kepada peminat yg menyokong mereka..bermakna kadangkala diorang ni akan muncul bersama-sama sebagai JoZan laa..tapi lebih banyak secara individu jer la..hehe korang faham x apa yg aku cakap ni..dh rasa cam berbelit-belit pon ada ni hehe..


Selepas program Raja Lawak 6 agak susah nk tgk diorang sama2 kecuali dlm Super Spontan tuh pon lain2 kumpulan..n isu pasal Johan nak join Sepahtu ni juga agak kecoh di Facebook..sebabnya diorang hanya membaca tajuk x baca isinya jadi diorang terus menyalahkan Johan..ramai yg mcm marah2 dan kecewa bila baca tajuk gosip nih..wartawan pon pandai cari tajuk nak mensensasikan gosip berkenaan..ramai yg mcm marahkan Johan sebab tinggalkan Zizan..sedangkan hakikatnya lain..pada pendapat aku johan x mungkin laa bergabung ngan Sepahtu..dari sepah baik die terus ajak Zizan buat kumpulan..lagi bagus..kalau die nak join kumpulan dah lama die leh uat tapi die still jugak bergerak secara individu..isu ini hnya gosip semata-mata..berbalik pada kekecohan di Facebook tuh..disebabkan ramai yg dh start menyalahkan Johan..Fans2 Johan mula jadi benggang dan sedikit emosi..n mcm merajuk pun ada gak..Kesimpulannya disini pada pendapat aku ni semua hanya gosip..jangan percaya pada gosip..think Positif..bak kata Zizan masa besday die tahun lalu "xde sape yg dapat pisahkan Zizan dan Johan" sweet je dengar die cakap mcm tuh..kan..


aku jumpe gambar nih kat Facebook..ada yg edit gambar ni siap letak perkataan tuh lagi hehe sweet..kelakar pon ada tgk muka diorang..xpe layankan jela.. 
Read More »

6 Mei 2012

PerHimpuNaN BerSiH ler sgt..

Assalammualaikum...
sejak dua menjak ni..bukak je akhbar byk bebenor cite pasal perhimpunan Bersih nih..
rasanya perhimpunan ni awalnya nak dibuat secara aman lah tapi last2 tetap huru hara gak..
ish x paham aku..kalau nk berhimpun sgt..buat jela kt stadium..x pyh la nk berarak bagai..buat kt stadium tuh..sape nak gi je terus ke stadium..x pyh la nk tjuk sgt nk berarak bagai..last2 terpaksa lari lintang pukang utk menyelamatkan diri disebabkan gas pemedih mata tuh...satu lagi larangan telah dikeluarkan x leh berhimpun kt dataran merdeka..tapi kat situ juga la nk buat..x paham tul..geram plak rasa bila baca cerita2 pasal ni sume..tapi malas nk ckp lebih2 kang ramai lak yg marah2 kt komen nanti..Peace2 x yah la nak gaduh2 ni sume..kalau x puas hati guna lah saluran yg betul..
Read More »

30 Apr 2012

ZizaN Raja Lawak Masuk HosPitaL Kerana KeraDangan Otot

Assalammualaikum...
Kecoh kt FB,Twitter dan Blog2 Hiburan mengenai Zizan yg dimasukkan ke Hospital disebabkan keradangan otot..Kesian Zizan..ni semua sebab die yg terlampau kuat bekerja dan kurang berehat..Dikatakan die kena berehat di Hospital selama 2 minggu..Selepas pulih dari demam, batuk dan selesema,  Zizan dilaporkan diserang sakit Acute Myositis (Fatigue) atau keradangan otot di seluruh badannya.
Oleh kerana itu, Zizan kini terpaksa ditahan di wad hospital Pantai Bangsar untuk menerima rawatan yang lama.
Menurut pengurus peribadinya, Marina Juki menjelaskan doktor menasihatkan agar Zizan mengambil cuti rehat yang panjang supaya derita keletihan otot ini boleh beransur pulih dengan cepat.Zizan terpaksa membatalkan segala penggambaran filem dan juga penglibatannya dalam Melodi dan juga Super Spontan..maknanya Super Spontan untuk minggu ni Zizan xde laa..minggu depan kalau dh sembuh mungkin Zizan ada la kot..Kump Angsa Ganas kini tinggal 4 org jela..untuk minggu ni

"Zizan telah dikejarkan ke hospital malam tadi kira-kira jam 1.30 pagi selepas dia mengadu sakit teruk dibahagian belakang badannya. Waktu itu, dia sebenarnya dalam perjalanan ke Ipoh untuk menjayakan siaran live Melodi di Jom Heboh di Ipoh, Perak..
"Setelah sampai di hospital, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. Hasil ujian darah itu, doktor sahkan Zizan mengalami keradangan otot. Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikan tenaga dan pulih sepenuhnya. Jadi, doktor telah menahannya di wad bagi menerima rawatan selain berehat dengan rapi tanpa gangguan selama lebih kurang dua minggu.

"Doktor memberitahu, punca Zizan alami sakit ini disebabkan dia terlalu banyak bekerja dan kurang berehat. Malah, Zizan juga terlalu banyak menjalankan aktiviti lasak yang mana Zizan perlu melakonkan beberapa aksi ganas dalam filem terbarunya. Ia juga berpunca dari tekanan kerja dan masalah yang terlalu banyak," katanya.
Dalam pada itu, Marina memberitahu setakat ini, pihak pengurusan terpaksa membatalkan sementara waktu segala aktiviti Zizan.Bagaimanapun, status Zizan menerusi program Super Spontan masih lagi tergantung. Seandainya Zizan cepat pulih, dia akan menyertai program ini pada minggu seterusnya nanti.

Ramai peminat di FB dan Twitter mendoakan Zizan cepat sembuh..kesian kan Zizan sampai masuk hospital tuh..manakala Johan pula sekarang tengah sibuk dengan rakaman talkshownya yg terbaru..hari2 ada rakaman..n maybe Johan xde masa lagi nak melawat Zizan..apapun rasanya pasti Johan akan datang jugak tengok Zizan tuh..semoga dengan kehadiran Johan nanti Zizan akan lebih happy dan terhibur..bagi peminat Super Spontan,x dapatlah nak melihat telatah Zizan minggu ni..n kesian pula pada kump AG x pasal2 tinggal 4 org kan..apapun kita harap semuanya akan bertambah baik nanti... baiklah bagi peminat Zizan yg rindu ngan Zizan nih bolehla tengok video kat bawah ni..video yg dah diedit oleh peminat die yg aku jumpe kt FB..video aksi comel Zizan..sape yg rindu nk tengok telatah Zizan yg qiut2 tuh leh tgk video kt bwh ni yer..semoga terhibur..




Read More »

11 Apr 2012

WoRdLess WedNesDaY #2-JeaLouS



hahaha mmg tgh jealous skrg ni bila tengok gambar2 yg dipost kt sinun..bukan aku sorang ramai yg jealous tahap kebabomm wakakaka...adoiiii derr..jeless ler...untungnya layla tuh :p
Read More »

5 Apr 2012

Nobody is Perfect!



 Assalammualaikum...
suke la ngan quotes diatas tuh..hehe mcm menggambarkan diri sendiri lak suke3x..hehehe..
Read More »

2 Apr 2012

TReNd JeMpUtaN KaHwiN~GuNa FB/SMS



Assalammualaikum...
skrg ni mmg trend gitu..dijemput dtg just guna fb or sms..Yg facebook lagi best..katalah kawan kite jemput menerusi FB n kite plak lama x bukak FB..haha cmne tuh..menerusi sms tuh pun sama..org yg djemput berdasarkan sms rasa cam biase je x rasa teruja nk pi..hehe..yelaa nmpak mcm tiada keikhlasan disitu..nmpk mcm terlampau ambik mudah..lainlah kalau sms tnya alamat nk pos kad khwin tu lain cerita la kan...korang suka x kawan korang kahwin jemput korang guna Facebook or SMS je..yg lagi best die jemput menerusi sms siap bagi alamat tempat kenduri semua kan..pastu tengok2 alamat pun leh salah taip?..hahaha..adoiiii...fahamlah sibuk nk urus persiapan kahwen tpi agak2 la kan..

#SituaSi
 A nak kahwen,masa tunang dulu A ada gtau S yg bila A kahwen nti die sendiri akan datang umah S bagi kad kahwen..lagipun rumah A dan S x jauh sangat kalau naik motor 5minit je dah sampai.
Bila tarikh perkahwinan dh semakin dekat si A mula jemput member2 guna Facebook.Tapi si S x perasaan yg si A ada jemput die kat FB..dh lama2 bru si S perasan..tpi xpela maybe nanti si A akan pos kot kad kahwen die kat S nanti..tambah2 rumah si A nih amat dekat dengan Pejabat Pos..jalan sikit dh sampai..kemudian hari berlalu,Tibalah plak besday si A nih...maka si S pun sms si A utk wish Happy Besday kat die..si A balas ckp thank you la kan tpi x sangka plak dlm sms yg sama si A ni ckp xde masa nk gi umah S jadi die jemput guna sms jela..cuba bygkan kalau si S tuh x wish besday si A tentu sms si A pun x nmpk byg..adoiii der..ckp x serupa bikin dowh..yg x fhm tuh umah si A dekat kot ngan pejabat pos..si S pun tetiba sentap la gak kan..
as a result si S x pergi kenduri si A...

hahaha..actually agak kagum ngan member2 yg dok jauh mcm kt pahang,kelantan,kL,sbrg perai..walaupun tahu kite nih dok jauh antara satu sama lain..kemungkinan untuk menghadirkan diri mungkin susah sedikit tpi kagum ngan diorang bila diorang berusaha mintak alamat pastu pos kan kad kahwen masing2..wah terharu gitu..kte pun akan usaha untuk pergi jugak walaupun jauh kan..tpi kadangkala x dpt nk pergi sbb ada hal2 yg x dpt nk dielakkan..apapun maaf dan juga terima kasih pada member2 yg berkenaan yer...

p/s-mcm2 hal,mcm2 perangai..
Read More »

31 Mac 2012

Review SuPer SpoNtaN 1st WeeK

Assalammualaikum...
Holaaaa..sape tengok Super Spontan semalam??best x??haha bagi aku mmg best la..sbb aku asyik gelak senyum,gelak senyum sampai ke sudah haha...happening gitu hehe...dekat youtube dh banyak org upload..ada 9part kesemua videonyer..sape x tgk lagi leh la gi tgk kat sana..aku malas nk letak video..aku letak gambar jela ye kt entry ni heehe..
Antara peserta yg menyerlah dalam SS(Super Spontan)untuk minggu yg pertama adalah yg semestinya lah JozAN kan iaitu JoHan,ZizaN,TauKe,Bell Ngasri,YasMin Hani,NaNa AF,RaHim R2,yg tuh yg paling menyerlah..yg lain masih belum panas lagi..
Pembukaan SS dimulakan dengan ahli2 kumpulan diperkenalkan sorang demi sorang..Nampak Zizan dan Johan dah mcm ketua kumpulan lak bila masing2 kuar yg paling awal sekali dgn memecahkan banner kertas ke apa ntah namanyer yg mewakili kumpulan masing2..

Permainan yg pertama yg diorang main adalah Penterjemahan..seterusnya permainan BeKu..haha yg ni yg aku suka..diorang kena uat sketsa apa pun sampai la ada yg ckp Freeze n ganti org yg bermain tuh hehe best3x..
Antara yang best apabila Zizan dan Johan sama2 berada atas pentas..semua penonton dh bersorak,riuh dan kecoh gitu..semua nk tgk aksi diorang together-gather gitu hehe..
masa ni lah penonton bersorak melihat diorang sama2 atas pentas..sweetnyerr..haha
kononnya tgh naik motor lari drp polis hehe
masa nih diorang dah di freeze kan haha..alahai sekejap sgt..
sygnye diorang x lama ada atas pentas..hanya beberapa saat je sebelum Rahim R2 ckp freeze dan dtg untuk menggantikan JoHan..


Seterusnya antara adegan yg paling aku suke masa game Pemberita Berkepala tiga tuh masa beruang Comel punya giliran yg mana wakilnya adalah JoHan,Cat Farish dan Yasmin Hani..masa dekat2 nk start tuh Zizan sempat naik pentas salam ngan Johan bagi semangat gitu..haha diorang nih dah la kumpulan lain2 n pihak lawan lak tuh leh plak jadi gitu kan hehehe..sweet laa kan..x caya meh tgk gambar kt bwh..
hahaha diorang nih dh cam kembar x leh nak dipisahkan..

Selain itu masa game Sketsa Soal Menyoal tuh pun best..game nih paling aku suke tau..seronok tgk..Yasmin Hani mmg terror main game nih..tauke,Bell ngan Zizan pun not bad..hehe best tgk..susah nak main gak sebab kena fikir pantas,kena ckp cepat dan x leh teragak-agak..
Kemudian antara adegan yg aku suke tengok adalah adegan Amir menemuramah Shahrol dri Kump Shiro tuh..Amir tugasnya kena tanya soalan2 panas kpd peserta2..teruk gak si Amir tuh kena kutuk n kena kacau dgn peserta2 lain haha..Amir tnya Shahrol yg mlm nih kenapa die x menyerlah sgt mlm ni adakah die simpan ataupun mmg setakat tu je tahap die..haha..soalan x boleh blah..kesian shahrol mcam benggang je ngan Amir..kemudian sila tgk dialog kt bwh haha
Shahrol-"ko nk main sgt ke ape...ah! ko nk main mainlah!"....
Amir-"ko kenapa ni,jangan buat suara jepp(sepah) boleh tak??"

haha sian.. pas amir sebut nama Jepp Sepah tu terus Shahrol terdiam dan sedikit terkejut haha kemudian tersenyum sedikit yg ala2 benggang ngan Amir hehehe..
inilah reaksi Shahrol hahaha smbil johan buat muka x boleh blah kt situ hhehehe
ni plak reaksi Zizan masa tgh tgk gelagat dan aksi Johan atas pentas tuh..ni mesti Zizan rasa teringin nk join sekali sama ngan Johan atas pentas tpi x leh sbb kumpulan lain2 haha..comel..

Seterusnya permainan yg paling last adalah permainan yg dipanggil demonstrasi..haha..permainan nih agak menakutkan jugak bgi sstgh peserta haha..dlm game nih ternyata kumpulan Angsa Ganas paling menyerlah dgn demonstrasi menghias kek yg diwakili oleh Nana sbg Hos,Zizan sbg tangan tauke,dan tauke di depan sekali hehe..mmg kesian tauke dikerja dgn teruk oleh Zizan..habis muka die disapu ngan cream kek haha sebelum kek tuh juga hancur dikerjakan oleh Zizan..muka tauke menjadi mangsa haha..nasibla tauke nih sporting..haha semua org time nih dh ketawa terbahak-bahak..
hahaha x boleh blah tullah..kesiannn pape pun terbaiklahhh....

Beruang Comel awal2 agak menyerlah..namun dalam game Demonstrasi ni Angsa Ganas sgt menyerlah haha..dan disebabkan ini jugalah yg buatkan undian diorang tinggi sekaligus menjadi pemenang bagi minggu yg pertama nih hehe..
hal ni menyebabkan Beruang comel terpaksa menyingkirkan salah seorang dari ahli kumpulan diorang..x tahu sape lah agaknya yg tersingkir..sbb ianya hanya akan diberitahu pada minggu ke-2..emm korang2 agak2 sape ek yg diorang singkir tuh..?sathiya aku tgk kurang menyerlah mlm tuh..tpi die kan otai ntahlaaa...sape yer?hehe...

apa pun aku enjoy dan happy menonton Super Spontan.. ^_^

Read More »

16 Mac 2012

FiNaL RaJa LaWak MusiM KE-6

Assalammualaikum..
Malam ni akan berlangsungnya final Raja Lawak 6..sape yg bakal bergelar juara Raja lawak musim ke-6 dan mengikut jejak langkah juara2 sebelumnya seperti Yus,Nabil,Sepah,Kechik dan MaN..
Kumpulan yg bertanding pada mlm ni adalah 2yol,Zero,Shiro dan Cuit...
Kumpulan Shiro disebut-sebut mampu utk menang pda mlm nih..namun saingan pastinya dari Zero..Bagi aku kump 2yol tuh x patut masuk final pun..sbb x kelakar pun huhu..selain tuh aku rasa Kumpulan Cuit susah nak menang kot..sbb undian diorang mmg x brp tggi..stkt cukup2 makan je pun..aku rase kumpulan Cuit maybe dapat tempat ke-3 jer pun..aku harap kump 2-yol biar num 4 huhu..Kump Zero dan Shiro sama2 kuat..susah nak ramal sape..tapi selalunya kump Zero sering dpt undian tertinggi..
Aku sbg org utara of course la sokong kump Cuit hehe..tapi aku tau diorang mmg susah nk menang pun..kump Shiro pun aku minat gak lawak diorang byk yg best cthnya masa diorang jadi pengemis tuh hehe..cuma mggu sudah diorang agak x brp okey sbb task diorang agak susah gak..Kump Zero pun aku minat je hehe..diorang bertiga kalau buat lawakbetul2 mmg kelakar..tmbh2 diorang bertiga jadi lagi senang nk buat lawak berbanding berdua je kan..

Apa2 pun aku x kisahla sape yg menang yg penting ada JoZaN kt situ hehehe..walaupun peserta x lawak tpi pengacaranya knform lawak hehehe...namun malangnyaa kemungkinan besar aku x leh nk tgk siaran langsung kat astro warna..sebab mcm biasa bila malam je Astro Warna aku akan jadi sangat teruk n last2 die akan kata SERvice is Currently not available..dh berminggu jadi gitu huhu...maka terpaksa tggu tengah malammmm utk tgk kat You Tube..huhu..waaaa aku nk tgk secara live kat tv laaaa..x best tgk kt tenet huhu..Dh tepon Astro dah..tapi jawapan depa mmg dah dapat agak dah..hampehhh!harap keajaiban berlaku mlm nih..
Read More »

18 Sep 2011

BarU pas tgk SRK,RaNi,PrEity,AbhisHek dlm satu FiLeM.


Haha baru pas tgk Movie nih kat chanel B4u tdi..actually cite nih dh lama release pun..dlm beberapa tahun lepas..tapi termasuk td aku baru tgk movie nih 2 kali..hehe..tgk tv lgi best dri tgk dvd kt laptop tuh.
Cite nih bukan kisah cinta remaja tu semua..tpi cite cinta yg lebih matang.pendek kata yg boleh disimpulkan disini adalan Cinta,KecuraNgan/Skandal,Penipuan..gitu laaa...
apa maksud Kabhi Alvida Naa Kehna tuu?maksudnya lebih kurang Never say Goodbye laaa heheehe
dlm cite nih aku paling suka part2 yg kelakar tuh..haha..mmg kelakar giler..bile part sedih aku rasa biase2 je..x berperasaan apa pun ..
gitulaaa..boleh layaan cite nih lagipun filem nih menggabungkan 5 nama besar Bollywood iaitu Shah Rukh Khan,RaNi Mukerji,PrEity ZiNta,AbHishek BacHan dan AmitabH BachaN.
Read More »

14 Jul 2011

Adakah ianya hanya kiSah DoNgEng saJa....

Stacy - Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja...

p/s-lagu yg sedap didengar..dan lirik yg penuh makna..lalalala..
Read More »

9 Jul 2011

PerSoaLan JiWa dan JawapaN KepadanYa -_-


(PersoaLan)-KeNaPa AkU DiUji??

(JawaPan)-Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan:”Kami telah beriman”,sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang berdusta..


(Persoalan)-Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yang Aku Idam Idamkan??
(Jawapan)-“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.ALLaH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”.


(Persoalan)-Kenapa Susah Sangat Ujian ini??
(Jawapan)-ALLaH tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.



(Persoalan)-Rasa Frust?Tension?Lemah Semangat?
(Jawapan)-Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman”.


(Persoalan)-Bagaimana Harus Aku Menghadapinya??
(Jawapan)-Wahai orang-orang yang beriman!berabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan).Serta bertaqwalah kamu kepada ALLaH supaya kamu berjaya mencapai kemenangan”.

“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.



(Persoalan)-Kepada Siapa Aku Berharap??
(Jawapan)-Cukuplah ALLAH bagiku,tidak ada tuhan selain dari Nya.Hanya kepadanya aku bertawakal”.


(Persoalan)-Arghhhh Aku Tak Tahan!!!Aku Dah Bosan!!! ??
(Jawapan)-“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir”.


Kredit to blog->http://hidupdaku.blogspot.com
Read More »

1 Jul 2011

BLoG DaN AkU


1)Apa Nama Blog anda?

CeRiTERaa S@HB@Nuu

2)Kenapa anda memilih nama itu?
Sebab ianya adalah cerita saya,kisah saya n semuanya mengenai saya dan apa saja yg berkaitan dengan saya.. =)


3)Tema Warna BLog anda?
Sebenarnya saya suka yg colourful hehe..tapi untuk bLog ni saya memilih warna Merah..melambangkan saya seorang yg berani, bersemangat waja, tegas tapi qiut hahaaha,tidak mudah mengalah,berprinsip dan sedikit gila-gila hehe ;-P


4)Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di BLog?
Selalunya 1 entry untuk sehari..kalau sangat teruja untuk menceritakan sesuatu barulah 2-3 entry untuk 1 hari..kalau xde yg menarik sgt just 1 entry je laa..kadang2 lau xde mood xde entry langsung hehe..selain blog ni…ada gak blog untuk contest/giveaway..tu pun tgk kerajinan juga..kalau tiba mood rajin banyaklah join Ga/Contest..kalau xde mood mmg xde langsung..n ada lagi 1 blog yg jarang update langsung hehe..tu blog suka2 jer..lau rajin n sangat emosi baru la update blog tuh..tapi sekarang masih setia di BLog ini =)


5)Isu atau Topik yang selalu dimasukkan dalam BLog anda?
Ni BLog personal so banyak cerita2 tentang aku laa..tentang pengalaman aku, tentang suka duka aku..n kebanyakannya lebih kepada minat dan hobi aku laaa..n banyak juga berkisar pada hiburan,rancangan2 tv dan lain2..

6)Kenangan Manis/pahit selama anda berblog?
Kenangan Manis apabila ada orang memberi reaksi dan sudi memberikan komen terhadap apa saja yg kita tulis..trutamanya komen2 positif mahupun kelakar.Hal ini membuatkan kita makin seronok untuk menulis..manakala bila kita sedih dan kecewa ada pula para blogger yg lain cuba memberikan kata2 semangat/perangsang untuk kita bangkit daripada kegagalan lalu..Hal ini amat beerti dan bermakna bagi saya..saya amat menghargai setiap komen yg diberikan terutamanya komen2 yg berunsurkan positif..Komen2 negatif yg mengutuk dsbnya saya x layan..


Kenangan Pahit pula apabila ada pihak2 yg salah faham terhadap penulisan saya..apabila kita meluahkan sesuatu dikatakan fitnah,dikatakan mereka-reka cerita,menuduh tanpa usul periksa…memberi komen ala2 kurang ajar..belum masuk bab serang menyerang..dasyat tak??kini apa saja yg saya tulis diBlog ni saya berani jamin ada je pengintip2 tertentu yg sentiasa meneliti hasil penulisan saya diBLOg ini..so kalau ada je kesilapan sikit pastinya teruk dihentam..hal ni membuatkan saya menyampah nak menulis di blog nih kerana merasakan saya sudah kehilangan kebebasan dalam menyuarakan isi hati,pandangan..pada mulanya saya ingin menutup terus Blog ini..namun akhirnya saya merasakan tidak wajar untuk saya takut sebab berani kerana benar dan saya juga sayang pada blog nih..kerana apa yang ada dalam blog nih adalah hasil usaha,hasil idea2 saya..maka blog ini terus wujud hingga ke hari ini..sebab tu jugalah wujudnya Blog ketiga saya yang tiada siapa tahu akan kewujudannya hanya saya saja tahu hehehe..tapi blog tuh jarang diupdate kecuali saya sangat emosi barulaa blog tu berupdate hehe..


7)Blogger IdoLa (kalau ada)
Para Bloggers yg sudi menjadi follower blog saya lah yg merupakan idola saya hehehe..terima kasih kerana sudi follow blog saya nih =)


8)Target follower untuk Blog anda?
Untuk jangka masa pendek, saya target follower saya dapat mencecah 200 orang..manakala untuk jangka masa panjang saya harap ianya dapat mencecah 500 orang laaa..nak sampai 1000 orang tuh agak payah sikit kot untuk jangka masa pendek tapi bukan sesuatu yg mustahil hehehe..tapi kalau dapat sampai 500 orang pun dah cukup bersyukur dah.. =)


9)Namakan satu benda yang paling anda suka terdapat dalam blog anda?
Emmm apa yee..semuanya saya suka laaa hehehe


10)Kata2 Ucapan kat Blog anda?
Saya Sayang BLOg saya..i LoVe YOU…hahaha..semoga BLog nih terus kekal hingga ke akhirnya..dan selamat membaca pada semua pengunjung BLog nih..enjoyyy..n rajin2 laa singgah ke Blog nih yer..


thanks to fara anak abah yg tag saya untuk buat benda nih..rajin2 singgah sini ye =)
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017