Tahun ini,2009..tahun kesedihan buat aku..boleh di katakan,hidup ku tak kan terlepas dari kesedihan..ada aja cabaran buat diriku..sejak sekolah menengah lagi…agaknya,bila hari yang bahagia buat diriku ya..betul lah kata ustaz ku,”kekadang kita perlu mengorbankan impian sendiri demi mendapat kebahagian yang hakiki..”
Sejak kaki ku memasuki alam Universiti tahun 2008..cabaran demi cabaran datang bertimpa-timpa tanpa henti terhadap diriku..umi,adik2,kawan2 ku lah tempat ngadu,tidak terkecuali juga pada cinta ku awal dan akhir iaitu ALLAH SWT.
Cabaran,halangan,dugaan,ujian datang tanpa henti terhadap diriku..
Astagfirullah al azim..kadang2,aku bermonolog dengan diri sendiri..adakah tidak akan ada kebahagian,kegembiraan yang akan ku kecapi selama masih hidup..dan pelbagai lagi soalan demi soalan berkeceramuk dalam kotak fikiran ku..hanya air mata demi air mata mengalir tiap kali hati ini di sakiti,terguris,terasa@apa saja yang buat hati ku merasa pilu,sebak…ah!air mata,kau teman yang cukup sebati dalam diri ku tika susah,senang…
Aku..hampir anti sang adam setelah pelbagai pengalaman telah ku terokai,alami..hingga lah muncul seorang hamba ALLAH ini pada bulan 4 2009,bekas pelajar tahfiz..sekarang jurusan usuluddin telah menolong ku..membuang sifat “anti” ku..syukur,alhamdulillah..aku pujuk hati ku,bahawa ada lagi sang adam yang lain,yang baik,yang tidak seperti ku bayangkan…dia..insan yang teraamat istimewa dalam hidupku.dia juga,ciri2 suami yang ku cari2 kan selama ini…akhirnya,ketemu jua…^_^
Hari demi hari,perkenalan ku dengan nya menimbul satu perasaan yang lain..ahh!!HATI..senang saja kau serahkan…sampailah hubungan serius ku dengannya hampir sebulan lebih,kami nekad hendak berkahwin..tidak mahu terus-terusan lama2 tanpa hubungan yang sah..bunyi terlalu awal bukan??haha…lucu juga bila fikir-fikirkan kembali..tapi,kami tidak hendak membuat keputusan terburu2 hanya ikut hawa nafsu semata-mata atau sebaliknya..masing2 berdoa,mohon petunjuk…alhamdulillah..kami berdua dapat jawapan yang cukup buat hati kami di buai angan-angan seketika..hehe...lagi membuat hati ku gembira,iaitu umi,abi ku benarkan ku berkahwin pada usia awal dan masih belajar..terharu sekali aku di buatnya..bagaikan tidak percaya!mana umi,abi ku yang berpegang teguh untuk tidak membenarkan anak2nya berkahwin awal,tambahan pula masih belajar..mungkin berkat kesungguhan doa antara kami berdua..subhanallah…
Sang adam!kau..janji demi janji telah ku terima darinya..perancangan demi perancangan telah kami buat dengan teliti sekali..bagaikan tidak sabar hendak hidup bersama.. tetapi,disebalik kegembiraan..ujian yang berat buat kami…ibu bapa nya tidak benarkan bernikah semasa masih belajar dan belum bekerja..allah…sedih,punah sekali impian,angan2 kami…pelbagai usaha demi usaha dilakukan,tetapi masih tidak dapat di teruskan niat kami..seeediiih nyaaaa…
Bulan demi bulan..perhubungan dengannya hampir lah setahun..pelbagai lah ujian datang tanpa henti..TETAPI…tanpa ku duga…tiada ribut,tiada apa-apa…dia…mintak putuskan hubungan secara drastic!! Siapa yang tidak sedih akan perpisahan bukan..??kata nya,nak jaga pergaulan,jaga hati dan pelbagai lagi lah alasannya..buang lah segala yang boleh menghubungkan kami(ym,fb,email..)..mulanya,aku setuju..tidak terfikir apa2..hingga dia menyuruhku setia,tunggu kedatangannya masok meminang ke rumah ku bila tiba masanya… setelah perpisahan tersebut,air mata tanpa henti mengalir..hidup ku jadi tidak keruan..pelajaran terganggu..hafalan entah kemana..semangat belajar hilang…aku bagaikan orang yang putus asa!!teruknya diriku ketika itu…TEROK!!!!!!!
Ntah mana aku yang tabah,kuat dulu…hanya ALLAH saja yang tahu ape yang aku lalui,rasakan… tahu nangis ja..kejap-kejap menangis..haish…!!tah la…air mata ku terus mengalir aja..tanpa reti erti penat…kadang-kadang kasihan juga pada mataku..bila masanya hendak berhenti dan berehat…. Bila dah stabil cikit,aku mengatakan pada diri..mengapa perlu menangis,padahal hanya putus berhubung..nanti dia akan datang la masok minang..ape lah kau ni…haha… TETAPI…..
Suatu ketika…aku dapat khabar…dirinya seperti itu,ini…(tak sanggup ku katakan di sini..) ya ALLAH..cubaan apa lagi yang kau berikan padaku….mana kejujuran,kesetiaan,JANJI-JANJI nya…MANA?????????
“Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.”
“Sesungguhnya jiwa yang terLUKA kErAnA terMAKAN jAnji lEbih dalam lukanya.BukAn kErAnA ketidksetiaan,tEtApi pengKHIANATan ke atAs jAnji2 yANg dibuat.SyaitAn itu pengKHIANAT&amat suka mENdorong mAnusia mengKHIANAT jAnji2..”
Allah…astagfirullah…apa lah nasibku..di janji kan untuk bernikah bukan perkara biasa..bukan barang mainan..tetapi..tergamak kan dirinya…
Tidak lama selepas itu..aku..dikejutkan pula,muncul sorang sang hawa..perkenalan pada mulanya baik2 aja..makin lama,aku rasa ada sesuatu yang tidak kena pada “kebaikan” yang ditonjolkan…ahh!manusia..bertalam dua muka..bijak sekali..ntah la..sejak kemunculannya..selama hampir 6bulan gangguan demi gangguan dari segi mental,jiwa aku terus-terusan hingga ke final exam aku…allah…paling aku sedih,terganggu..sang hawa tersebut merayu-rayu,merintih gamaknya seperti orang kematian suami aja..mintak lupakan sang adam tersebut!!?katanya,tidak lama lagi mereka akan bernikah…????????hehe…lucu… erkkk…lantak korang lah..apa nak jadi..dah dapat kan cara penipuan,kotor..teruskan lah usaha korang…hihi…
study,hafalan ku betul-betul terganggu!!!!..syukur..berkat nasihat,kata-kata semangat dari kawan-kawan..akhirnya,berjaya juga aku habiskan paper yang terakhir..alhamdulillah,aku dapat jawab dengan sebaik mungkin..syukur pada mu ya ALLAH…
(aku thu ALLAH MAHA ADIL..dan..org sedemikian tak akan dapat lari dari balasanNYA..mungkin dia akan sedar,kalau ape dia buat pada diri ini,terkena pada anak perempuan dia nanti@adik dia..ku tak akan dendam,akan cube redha..tapi dgn kianat,penipuan,munafik yang dia buat..hanya ALLAH saja yg tahu..dengan memburuk-burukkan nama ku..dan pelbagai lagi yg lain..walaupon dia dah sedar,insaf..tapi balasan dariNYA pasti akan datang..ni bukan doa!!..tapi reality yang aku lihat sendiri..-HATI YG BETUL2 REMUK,HANCUR..dan..tak mampu ku kata ape2 lagi..terlalu perit…(hati,perasaan aku terhadap pernikahan,dah hilang nafsu,gara2 ape yg dia buat!!..sebab aku mintak padaNYA,tutupkan hati ku untuk tidak fikir,rasa tentang nikah selagi ALLAH tidak sediakan yang betul-betul terbaik pada diri&kehidupan aku)..
“Ciri-ciri orang MUNAFIK itu ada TIGA,bila BICARA ia berDUSTA..bila berJANJI ia mengINGKARI..dan bila diPERCAYAI ia mengKHIANATi. --Hadis Riwayat Muslim.”
Setelah bermacam2 jadi pada ku..umi,org yang aamat aku sayangi..kasihi..dia la insan yang sering ku luah perasaan,bercerita apa jua antara kisah sedih begitu juga gembira..saayang umi..pelbagai nasihat,kata-kata semangat umi sentiasa beri padaku.. ada suatu ketika,tanpa di duga..umi telah belikan senaskah buku pada ku..terharu sekali apabila aku melihat tajuk muka depan buku tersebut…
TERIMA KASIH UMI KU SYG..belikan buku nie pada ku..terharu sekali aku..terharu sangat..di saat sedih,sunyi seketika..akan ku buka,baca..semangat demi semangat datang padaku..syukur..insyaALLAH..akan ku jadi orang yang tabah,kuat,cekal,sabar!!ramai kawan-kawan kata aku tabah,kuat,betul kah..??huhu..
SITI SOLEHAH…moga..kehidupan kau lebih baik dari hari-hari sebelum ini..tiada lagi kesedihan berkenaan masalah hati…moga kau kuat,tabah,cekal,sabar hadapi tiap ujian yang datang dalam hidupmu..insyaALLAH,akan ku ubahnya dari yang lebih baik..yang
TERBAIK..mudahan..dipermudahkan..
Semester 6,tahun 3..aku nak kan yang terBAIK untuk diriku..dari segi hafalan quran ku..kuliah ku..aktiviti ku..kesihatan ku…kehidupan ku..aku BENCI pada siapa yang tidak jaga perasaan,hati ku..SOLEHAH PASTI
BOLEH..!! ALLAH KAN ADA …
(..WANITA LEBIH BAIK DAN UNGGUL DARI LELAKI DALM SOAL CINTA.WANITA LEBIH MENDALAM CINTANYA DARI LELAKI,LEBIH IKHLAS DALAM CINTA DAN LEBIH BESAR PENGORBANANNYA DEMI CINTA.WANITA JUGA BANYAK MENANGGUNG PENDERITAAN DALAM CINTA BERBANDING LELAKI..)
“Tadbirlah FIKIR dengan ZIKIR..tadbir ZIKIR dengan AMAL..tadbir AMAL dengan ZUHUD..tadbir ZUHUD dengan REDHA..tadbir REDHA dengan SYUKUR..dan..tadbir SYUKUR dengan SABAR.”
-SITI SOLEHAH BINTI ZAIMI AZLAN-